12 May 2011

Apa yang kau perlukan kawan?


Kawan, kau tak perlu menjadi orang lain untuk berkawan dengan aku. 


Kawan, kau tak perlu berpura-pura gembira sedangkan dalam hati kauu penuh dengan kesedihan.


Kawan, kau tak perlu ada duit yang banyak untuk menjadi kawan aku.


Kawan, kau tak wajah yang cute untuk berkawan dengan aku.


Kau tahu apa yang kau perlukan?


Cukuplah kau sekadar jujur, ikhlas dan memahami diri aku. Cukuplah sekadar kau ada kala aku senang dan susah.


Itu sahaja yang kau perlukan untuk menjadi kawan aku. Hanya itu sahaja.


P/S : I love all my friends ♥

11 May 2011

They are who they are.



Aku rasa aku dah biasa dengan suasana kelas aku ni haa. Aku rasa aku dah mula ngam dengan budak-budak class aku nii. Aku rasa aku dah mula happy dengan class aku ni haa.

Mungkin aku masih rindukan budak-budak class dulu aku. Ye lah, tiga tahun kot aku susah senang bersama dengan diorang. Kena  marah sebab bising, kena marah sebab tak siap homework, kena marah sebab apa-apa lah kan. Lepastu kena puji. Semua sama-sama. 

Tapi I have to accept the fact. Dan Aku dahpun menerima hakikat. 

Four A one, I love you all. And I mean it. 

Muah Muah. Hiihihi

07 May 2011

Sunshine


Apa itu sunshine? Mengikut google translate, sunshine itu sinar matahari. Tapi aku bukan nak cerita pasal sinar matahari yang menyilaukan mata tu. Bukan juga nak cerita pasal cahaya matahari yang mengandungi Vitamin pada waktu pagi. Tapi aku nak cerita pasal babies.

Baby ibarat Sunshine kan? Diorang sinar kehidupan kita. Diorang buat hidup kita lebih bermakna. Diorang buat hidup kita lebih bahagia.
















Yeah aku sangat sukakan budak kecik. 



Okaylah kita malas ahh nak tulis panjang-panjang. Penat ahh. Esok kalau ada masa, aku update blog lagi K?

Okay Challos. Jangan rindu-rindu aku :|


01 May 2011

Jangan mengadu kalau kau sendiri puncanya.





People zaman sekarang ni asyik-asyik mengadu panas. Tapi mereka tak sedar, merekalah puncanya mengapa dunia ni panas.


Okay harini aku nak cerita pasal kepanasan yang melampau di bumi pada zaman sekarang. Kenapa aku nak cerita pasal ni? Sebab tadi aku buat latihan pasal berkaitan dengan entry ni.


Okay tanpa membuang masa, mari kita mulakan. *dengan semangat yang membara*


Dunia sekarang ni dah tak macam dulu. Dulu kalau tak pasang kipas pun sejuk. Guna udara semula jadi jee. Dahlah sejuk, angin segar pulak tu. 


Tapi sekarang? Dah ada aircond, kena pasang kipas lagi tuu. Barulah boleh rasa sejuk. Angin memang langsung tak segar lah. Bau asap je kan.


Ini semua salah siapa? Salah kita lah. Jangan nak buat-buat tak tahu. Takkan semua ni salah binatang yang tak ada akal fikiran tu? Takkan ini semua salah pokok yang tak ada hati tu? Ini semua salah manusia! 


Janganlah tak mengaku. Semua manusia bertanggungjawab demi menjaga muka bumi ini. Kalau seorang je yang bersemangat nak jaga bumi tapi yang lain buat dunno pun tak boleh kan? Macam sekaranglah, aku je yang kecoh pasal pemanasan global tapi korang yang baca buat dunno je. 


Siap boleh kutuk aku kata, ' eh minah ni kenapa ha? Kecoh je lebih.'


Cukuplah kita binasakan bumi ni. Cukuplah. Dan jangan pernah mengadu panas kalau kau sendiri punca kenapa muka bumi ni panas.