12 November 2012

Last Day Of School



Hai. Haruslah mulakan entry dengan gambar sendiri. Wajib bagi semua bloggers yang  gewdiks macam ai. Hahahahaha.

Hari Jumaat haritu ialah hari terakhir aku bersekolah. Untuk tahun ni dan untuk selama-lamanya!! Dah tamat musim persekolahan aku. Dah tamat zaman persekolahan aku. Sekarang ni aku cuma pergi sekolah ambil exam je. Dah tak ada belajar dengan cikgu dalam kelas bersama teman-teman seperjuangan (ayat sastera sangat). Dah tak ada dah. 

Okay, sebelum bercerita dengan lebih lanjut tentang perasaan aku. Apa kata, kita berhibur sekejap dengan gambar-gambar yang perasan comel. Ambil guna camera Izzani. Ada 400 lebih keping gambar. Dan gambar aku ada 3/4 daripada keseluruhan gambar. Hahahahaha bapak banyak doh.  Jadi, mari kita tengok. Comel ke idok ambik gambar bebanyak ni?


Wawa and me. Kita kawan since sekolah rendah. Form four baru rapat. Rapat gila ah. Pernah juga gaduh dengan dia ni. Paling teruk waktu form three. Waktu tu, aku bagitahu dia tentang apa yang aku tak puas hati dekat dia. Perghh pastu tak cakap lama ah. Pastu form four sekelas, entah kenapa kitorang boleh jadi rapat balik. Tiba-tiba. Tanpa petir tanpa kilat. (metafora sangat) And Wa, I love you. Like seriously you are my friend. Can we be friend forever and ever?


Ni gambar ramai-ramai time pengawas tengah busy check kebersihan class. Lama sangat tunggu. Bosan sangat. 


Kita kawan sampai bila-bila yerrrrrrr?


Motif?


Pun sama. Kita kawan sampai Jannah. Sampai bila-bila. Forever and ever and everrrrrrrrrrrrrrrrr


Sebenarnya gambar ni rosak. Tapi nampak smart pulak. Hahahaha. Macam tangga. 


Nadiah and Me. Aku kenal dengan dia waktu sekolah rendah tapi tak ngam sangat. Pastu rasanya waktu form one baru okay sikit dengan dia. Dan form four baru rapat gila! Sebab dia parking motor dekat rumah aku. Jadi selalu pergi sekolah sama-sama. Oh tak percaya eh dia bawak moto? Hahahahaha memang dia muka baik tapi ganas. Kah Kah Kah.. Nadiah, I lap you. You lap me? Hahahahaha. Friend forever eh?


Di Kantin. Menikmati suasana kantin untuk kali terakhir sebagai pelajar sekolah. Sedihnya kitaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa


Intan!! Kita kawan since form five which is tahun ni lah. Kita takdelah rapat mana pun tapi bolehlah kan. Still kawan. Still boleh gelak sama-sama. I lapchu.




Aleen and me. Aleen is a good friend. Walaupun dia 3/4 lelaki dan 1/4 perempuan, tapi dia still   macam pompuan lain. Gewdiks. Hehehehe. Kitorang pun rapat since form four. Best kawan dengan dia. Sebab dia gila! Otak sewel. Hahhaha, Aleen aku sayang kau. Kita kawan sampai bila-bila. Nanti pergi PLKN, pakai sunblock okay. Supaya kau tak hitam logam. Hahahahaha.


I love you all. Muah kanan muah kiri.


Hehehehehe. Ni je yang datang sekolah. Ni pun campur dengan class lain. Hahaha


We rawks.


How can I not love them? Hmmmmmmm


Menggila sekejap bersama diorang. Hahahahahaha. Seronok sangat.


Kita kawan sampai bila bila. Forever and ever. (entah ke berapa kali ulang benda ni)



Asyik peace je aku ni. Why why why??!! 


Pertandingan muka paling hodoh. Dimenangi oleh siapa? Jeng Jeng Jeng...


Za!! Kita kawan pun since sekolah rendah tapi time tu aku tak suka dia. Sebab dia suka jerit. Sakit telinga aku woi! Tapi masuk form one, kitorang rapat. Form four lah yang paling rapat sekali. Zaaaaaaaa! I love you. Kawan sampai bila-bila ehh?


Kawan sampai mati.

Banyak sangat gambar. Penat aku menaip. Eh silap, penat aku upload gambar. Naik lenguk pinggang aku. Hahahahaha. Okaylah. Last day memang best. Memang hari paling banyak ambil gambar. Hari paling banyak senyum. Hari paling banyak gelak. Hmmm.

Aku sedih jugak nak habis sekolah ni. Sedih sebab lepasni dah tak boleh bergurau senda dengan cikgu-cikgu. Tak boleh nak curi-curi makan dalam kelas. Tak boleh nak buat bising dalam library(takde sivik betul). Tak boleh nak makan bekal orang. Tak boleh nak pau gula-gula orang. Tak boleh nak buat isyarat rahsia yang hanya dua pihak faham bila cikgu ada tengah ajar. 

Hmmm pasti aku rindu detik-detik tu...

Tapi aku juga tak sabar nak habis sekolah. Terlalu banyak perkara pahit yang berlaku di sekolah. Sampaikan aku sendiri tak sabar-sabar nak menghabiskan zaman persekolahan aku. 

Hmm sekarang ni kita fokus pada SPM. Lepastu kita berparti sampai malam. (Parti di situ bermaksud tengok tv dari pagi sampai tengah malam) Hahahaha no life gilaaaaa. 

Okaylah. Last picture from me.


Hwaiting!!!

K bye








No comments: