20 October 2015

Reasons.

There is a few reason why I don't write anymore.

First, tak ada motivation. Kalau hidup ni tak ada motivation, memang takkan ke mana. Macam sekarang. Aku memang tak ada langsung perasaan nak menulis. Tak ada langsung semangat untuk duduk depan laptop dan taip untuk blog aku ni. 

Kedua, sibuk. Sebab sekarang ni hidup aku makin sibuk. Sibuk dengan hal duniawi yang tak pernah nak habis. Sibuk dengan test, assignment, lab report, class & lain-lain lagi. 

Ketiga, malas. Kalau aku tak sibuk, aku malas. Aku malas nak buka blog, buka folder gambar dan bla bla bla. Aku malas sangat.

Jadi dengan tiga sebab yang releven ini, aku dengan rasminya mengantungkan blog aku ni untuk seketika. Tunggu sampai semua sebab ni hilang, aku akan menulis balik. Buat sementara ni, biar aku cari motivation aku, biar aku menghadap dengan kesibukan duniawi dan biar aku buang perasaan malas ni.

Thank you. 

18 August 2015

Langkawi De Tour


Assalamualaikum. Lama tak update blog so now this is the time. 

Aku sebenarnya baru balik dari Langkawi. Baru tak baru jugak lah tapi tak sampai seminggu lagi. Aku pergi Langkawi 3 hari 2 malam. Langkawi best weh! Aku pergi Langkawi sebab nak jumpa kawan-kawan matrik aku. Memandangkan diorang semua dari utara (sorang Kedah, dua orang lagi Perak), kitorang pilih destinasi yang dekat dengan diorang lah. Tapi aku bawa cousin aku untuk teman aku. Haha.

So untuk harini, aku akan cerita aktiviti kitorang dekat sana serta hmm harga tiket aktiviti. 

Kitorang kat sana duduk homestay & Sewa kereta. Pakej homestay + sewa kereta + island hopping is RM 135 per person. Kitorang pilih Eylizar Homestay. 

FIRST DAY



First day, aku sampai airport around 11 a.m. Lepastu tunggu semua orang. Around 1.30 p.m macamtu, kitorang dah masuk rumah. Mula-mula, kitorang dijanjikan dengan kereta Alza, lepastu tetiba kata kereta Avanza. Sampai dekat sana, kitorang dapat kereta Grand Livina. Nasib kitorang baik sebab kereta Livina tu diorang baru beli dua minggu lepas. Dapatlah merasa drive kereta baru. Hehehe. Lepas dah bersiap-siap, kitorang menuju ke Paranoma. Kat situ, ada macam-macam aktiviti boleh buat. Boleh naik cable car, boleh pergi 3D Art Studio, boleh main ATV, boleh kayuh itik dan lain-lain lagi lah. Korang boleh pergi website diorang. Go google paranoma langkawi.

Kitorang pilih pakej Cable Car + Sky Dome + 3D Art Studio yang berharga RM 47. Murah RM 3 la kalau dibandingkan harga asing-asing. Ini harga untuk pemegang MyKad tau. && Yes Sky Dome tu memang sekali dengan Cable Car. Walaupun aku rasa macam tak perlu je sky dome tu sebab hmmm korang akan tahu la bila masuk sana. Tapi sebab dia memang ade dalam pakej tu, masuk je lah Jah oii. Jom tengok gambar dekat Cable Car ke puncak!



Us. On the top of the Langkawi.



Cantik kan pemandangan? Memang puas hati la walaupun penat mendaki sikit haha. 

Next is, 3D Art Studio. Besar weh! Kalau nak dibandingkan dengan yang dekat PD tu, aku rasa Langkawi ni lagi best dan puas hati.Hihi.



Kiss sikit.


With Mr. Penyu


Tak dapat naik gajah, peluk dengan gambar pun jadilah.


Miss Miss Diva.


Awak suka saya sangat ke sampai nak kurung saya ni?

Jom kita balik ke rumah kita.

Malam tu, kitorang pergi Hj. Ismail Group shopping chocolate. Murah lah chocolate-chocolate kat situ. Macam coklat Daim biasanya kat sini harga RM20+, kat sana baru RM 15.90. Tapi aku tak beli lah coklat Daim sebab kat rumah aku ada lagi coklat tu. Aku beli coklat yang aku suka je.


Inilah hasil coklat-coklat yang aku beli. Aku suka Daim Snax tu. Sedap! Mahal sikit lah tapi sedap gila. Ritter sport tu pun sedap gila. And that Twix! Dulu aku suka makan Crunchie yang Cadbury tu tapi lepas kes Cadbury tu, aku suka Twix pulak. Rasa lebih kurang sama je. Ada biskut kat dalam. Yummy!

Lepas dah puas shopping, kitorang gi makan dekat Restoren Wan Thai. Lokasi dia dekat je dengan Hj Ismail ni. Makanan dekat situ sedap! Price dia? Yang aku ingat nasi goreng dia dalam RM 6-9. Range macamtu la. 

SECOND DAY


Hari kedua, kitorang pergi Island Hopping pagi tu. Harga Island hopping ni dah termasuk dalam pakej homestay dengan kereta tu. Kitorang berenam naik satu bot je sebab tak suka lah ramai-ramai. Rimas. 

Island Hopping ni memula kitorang pergi Pulau Beras Basah. Eh ye ke? Kitorang tak bergambar dekat signboard sebab ramai sangat orang dok lepak kat situ. Cantik pantainya. Kalau ikut hati, nak je aku mandi tapi sebab cuaca panas dan kawan-kawan aku tak nak mandi, aku pendam je la hasrat aku. Huhu.


Dapat rendam kaki pun jadi la. 


Inilah dia geng aku masa matrik. 


Ini kesayangan.


Nampak tak bentuk orang bunting kat belakang tu?

Petang tu, kitorang pergi Underwater world. Harga tiket untuk underwater world RM 30 sorang. Mahal? Memang pun. Bagi aku, Underwater World ni tarikan dia penguin je. Yang lain macam biasa-biasa jer.


Us with pingu.


Obor-obor ~~

Malam tu, kitorang singgah Dataran Lang. 

Aku ada sebenarnya tapi disebabkan gelap jadi tak nampak aku kah kah kah.

THIRD DAY


Last day, flight aku malam. Flight dua kawan aku pagi. So lepas hantar diorang kat airport, aku dan the remainings pergi The Bird Paradise. Harga tiket ni RM 18. Best la jugak, kau dapat kasi diorang makan, kau dapat main-main ngan diorang. Seronok gak la.


Ni paling best dan paling comel!



Nah, makan carrot ni.


Rabbit-rabbit yang comel!

Lepastu, kitorang hantar kawan aku gi jeti. Tinggallah aku dengan kazen aku. Kitorang jalan-jalan pergi shopping baju, beli cokelat lagi dan pergi massage. 


Tengoklah muka kitorang exhausted gila kut.

Penat tapi seronok! 

So...

Kat sini aku tulis perbelanjaan aku kat sana. 

Flight : RM 130 (around la, aku tak ingat sangat)

Homestay + Island hopping + Kereta : RM 135 (per person & aku pergi 6 orang)

Tickets for activities : RM 93

Okay that's all! Duit makan dan shopping semua tu korang pandai-pandai lah! Huhu. K korang, selamat bercuti ek! Byeeeeeeeeeeee.

11 June 2015

Final Exam is Coming

Just a short update to tell you guys yang aku sedang menghadapi study week. (Dah hari Khamis pun, Eh nak masuk Jumaat lagi 20 mins). Huh hakak stress (tengoklah jerawat yang naik di wajahku dan lemak-lemak yang mula berkumpul). Okaylah, korang doakanlah aku dapat jawab exam aku dengan baik. Ugh dahlah paper Analisis Chem dengan Inorganic Chem dalam hari yang sama! Dengan gap sejam je! I just cannot...

09 May 2015

Kenapa pilih matrikulasi?

Hai. Assalamualaikum.

So, I noticed that sekarang bebudak lepasan spm tengah pening nak pilih matrikulasi ke diploma ke asasi. But before that, tahniah diucapkan kepada yang dapat matrik, yang dapat asasi, yang dapat diploma, yang dapat matrik & diploma dan yang dapat matrik & asasi. Yang tak dapat, mohon bertabah dah buat rayuan. 

Sebenarnya, aku prasan ramai orang takut masuk matrik. Katanya, matrik susah. Katanya, matrik susah dapat degree. Katanya, matrik takde life. Uh huh, dik, tak cuba tak tahu. Meh akak 'senior' nak bagi memperbetulkan prespektif korang semua. 


"Adik tak nak masuk matrik sebab nanti failed tengah jalan, rugi."

Dik, kalau kau masuk diploma, failed tengah jalan pun rugi. Kau kena belajar la dik. Jangan buat kerja separuh-separuh. 

"Tapi, matrik susah. Diploma tak susah."

Siapa cakap diploma tak susah? Dan siapa cakap matrik susah? Dik, kalau kau tak belajar, memang la semuanya susah. Cuba belajar rajin-rajin. Mesti kau rasa senang je matrik tu. Instead, lagi senang pada SPM dan diploma kalau kau belajar betul-betul. Dia macam kau nak buat cake. Kalau kau tak study how to bake a cake sebelum kau nak buat cake tu, memang kau akan rasa susah kan? Pastu cake kau buat tu tak jadi. Luar masak tapi dalam tak masak. Tapi kalau kau study dulu cara-cara nak buat kek before kau buat kek, mesti kau akan rasa senang. Mesti kek kau menjadi. Ahha, sama je la macam belajar ni dik. Kalau tak belajar, semuanya susah.

"Macammana kalau result adik tak bagus, lepastu tak dapat sambung degree? At least diploma dah ada kelulusan. Matrik takde. Kang penat-penat adik belajar, tak dapat degree lepastu kelulusan adik takat SPM je. Macammana?"

Memang matrik tak ada sijil. Matrik adalah shortcut untuk sambung degree. Tak dapat sambung degree, memang kelulusan kau takat SPM je. Yes, that is true. Tapi dik, matrik ni setahun je. Cuba kau bayangkan, cuba lah yer. Kalau belum apa-apa pun kau dah bayangkan result matrik kau yang hanya setahun tu teruk, cuba kau bayangkan result diploma yang kau akan hadap untuk tiga tahun tu? Cuba lah. 

Belajar lah dik supaya result kau tak teruk. Belajar bersungguh-sungguh for that one year. Tak lama pun dik, setahun jer. 

"Tapi kat matrik kan takde life? Adik kan suka outing, shopping. Ni kat matrik, macam kat asrama pulak. Takleh keluar everyday. Ada curfew. Adik kan dah besar!"

Siapa kata kat matrik takde life? Eh dik, akak dulu masuk matrik, outing jer. Shopping jer. Memanglah tak boleh keluar everyday sebab ada class. Tapi you can still go out on weekend right? Akak dulu siap pergi Street Art lagi kat Penang. Memang ada curfew sikit outing ni. But it's for your own good, dik. Terjaga sikit kau punya pelajaran. Kalau bebas sangat, nanti kau lupa diri. Dari elok-elok pakai baju longgar, tetiba jadi baju ketat kalau bebas sangat.

And you know what? Dekat matrik ni lah, ramai yang berubah jadi manusia yang lebih baik. Like seriously. Ramai yang dari tak pakai tudung, masuk matrik pakai tudung. Ada yang pakai tudung singkat, masuk matrik pakai tudung labuh. Ada yang pakai baju ketat, masuk matrik pakai baju longgar. Kenapa? Masuklah matrik kalau nak tahu.

"Tapi matrik susah nak dapat degree kan? Asasi at least dah secured tempat."

Degree ni, bukan budak matrik je yang mohon. Ada budak diploma, ada budak STPM, ada budak asasi, ada budak matrik. Semua nak sambung degree. Jadi untuk dapatkan course yang kau nak pada universiti yang kau nak, kau kenalah ada result yang bagus. Asasi yes, diorang dah secure tempat dekat u yang diorang belajar sebab diorang tak payah go through UPU lagi sekali.

Tips untuk budak matrik dapat sambung degree is simple. Belajar and get a good result. Oh huh do you all know? Peluang budak matrik nak sambung degree adalah lebih cerah dari budak diploma or STPM. Kenapa? Woi kerajaan dah kasi elaun RM3000 kat korang, mestilah dia nak korang dapat masuk degree. Nak korang berjaya.

Kalau tak dapat IPTA, mintak IPTS. Mahal? Ptptn kan hadooo. Siapa suruh kat matrik tak nak belajar rajin-rajin?

"Matrik dapat elaun?" 

Yer. RM 250 sebulan. Kalau setahun, dah RM 3000. Banyak ke tidak?

"Matrik memang setahun je ke? Tapi kalau diploma, sambung deree dapat pendekkan ke dua tahun. Jadi bukan sama je ke nanti?"

Matrik ada yang setahun dan dua tahun. Tapi yang aku tekankan sekarang ni untuk setahun punya. 

Matrik = 1 year
Degree = 3 or 4 years
Total = 4 or 5 years.

By the time umur kau 22 or 23, kau dah ada degree. 

But.

Diploma = 3 years
Degree = 2 years or 3 years or 4 years.

Tapi perlu diberi perhatian dekat sini, bukan senang nak pendekkan degree jadi 2 tahun. Result diploma kau kena bombastic kalau kau nak pendekkan degree jadi 2 tahun. And ada U yang tak kasi kau pendekkan tempoh tu. Kau ingat kalau result dip kau cukup-cukup makan, kau boleh ambik degree dua tahun je? In your dream la dik. 

"Oh sekarang baru adik jelas. Adik nak masuk matrik lah!"

Haha.

But masuk matrik ni ada cons dia jugak. Macam....

Matrik ni sebenarnya ada dua jenis. Ada PST (setahun) dan PDT (dua tahun). Yang aku cot cet cot cet ni pasal setahun.

Aku tak syorkan sangat korang masuk dua tahun punya. Sebab apa? Sebab risiko ambik dua tahun matrik ni tinggi. Aku rasa korang boleh faham sendiri kan? Nasihat aku kepada yang dapat dua tahun punya, better pilih diploma kalau dapat.

Tapi kalau memang matrik je lah harapan terakhir korang, just go for it. Tanam dalam hati kau, kau nak belajar bersungguh-sungguh. Ramai je budak PDT yang satu course dengan aku sekarang ni. 

Dan masuk matrik ni perlu keazaman yang kuat. Kau kena betul-betul tanam dalam hati kau, kau masuk matrik nak belajar. Bukan nak cari pakwe/makwe. Bukan nak main-main. Bukan nak buang masa. Bukan nak enjoy duit elaun beli iphone

Kalau kau ada azam yang kuat, even kau kat sekolah SPM result tak bagus, Insya-Allah dekat matrik kau boleh score.

Aku cakap berdasarkan pengalaman. Result SPM aku sangat-sangat tidak membanggakan. Aku rasa malu sangat dengan resut SPM aku. Tapi aku dah berazam yang aku nak ubah diri aku dekat matrik. Aku tak nak main-main lagi macam kat sekolah. Aku nak belajar. Aku nak score. Aku nak banggakan mak bapak aku. Aku nak buktikan kat kawan-kawan aku yang aku boleh berjaya. And yes, I did it. 

Ini bukan nak riak atau apa. Anggap je lah ini sebagai pembakar semangat korang ye. 

SPM dulu aku dapat 4A jer. Tapi sebab aku dah berazam nak ubah diri aku. Aku belajar betul-betul. Dan CGPA matrik aku 3.88. Cukup untuk aku sambung degree dalam kos yang aku nak dan cukup untuk aku dapat scholarship. 

Aku yang dapat 4A pun boleh berjaya, inikan korang yang dapat banyak A tu?

Apa yang penting is that kau yakin dengan diri kau. Kau ada sifat nak belajar. Kau ada semangat yang tinggi untuk ubah hidup kau. 

Apa orang lain nak cakap, matrik ni tempat buangan ke apa ke, kau ketepikan. Bila kau dah dapat course degree yang kau nak, kau ludah balik kat muka orang-orang yang cakap matrik tu tempat buangan dengan result kau. Pedulikan mulut orang. 

Okay adik-adik? Akak doakan korang dapat buat keputusan yang betul. Dapat pilih hala tuju hidup korang dengan baik. Dan sekaligus berjaya dalam hidup.

Assalamualaikum. Bye.






08 May 2015

Hanoi, Vietnam




Eh bila masa pulak aku pergi hanoi ni? 

Haaa sebenarnya dah lama dah aku pergi Hanoi. Tahun lepas lagi tapi aku takde masa nak scroll album gambar dan update. Sekarang ni baru ada masa (sebab kena tinggal dengan rumet, duk sensorang dalam bilik).

Masa aku pergi Hanoi dulu, masa tu musim sejuk. Best! Ye, sila percaya yang Hanoi pun ada musim sejuk. Walaupun sejuk dia bukan sampai tahap turun salji, tapi still sejuk. Menggigil. Kena pakai jacket berlapis-lapis. Lagi-lagi masa pagi, pergh sejuk gila weh. Sampai tulang rasa sejuk dia. 

Okaylah, mari aku ceritakan sedikit tentang trip aku ke Hanoi.


Sebenarnya, aku ikut trip company ayah aku. Maknanya aku pergi dengan kengkawan office ayah aku. Aku pergi dengan ayah aku and Iki jer. Trip tu 4 hari 3 malam je. Pergi hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Bertolak hari Khamis pagi. I mean like totally pagi. Before Subuh kut flight kitorang. Kena ada kat airport pukul 2 pagi. So kau bayangkan lah macam zombie aku kat airport. Ayah aku dah mengantuk gila, tidur kat corner airport. Aku dengan Iki merayau dalam airport cari aiskrim. Hahaha.


Keluar je dari airpot diorang, pergh sejuk mula mencengkam tulang-tulangku. Kita orang Malaysia mana biasa sangat dengan cuaca yang sejuk macamtu. Al-maklumlah, negara kita kan panas. Tapi aku suka sejuk-sejuk. 

First destination kitorang adalah..... (aku dah tak ingat sebenarnya). Tapi yang aku tahu tempat tu cam ada bangunan Ho Chin Min. Pastu ada cam tasik. Orang kata, kalau kita tepuk tangan, nanti ikan timbul. Masalahnya aku dah tepuk tangan sampai tapak tangan aku merah, ikan tu tak muncul-muncul pun. Ikan tu benci aku ke pe?


Haa ini lah yang aku kata ada bangunan Ho Chi Minh tu. Sesiapa tahu apa nama tempat ni? Maafkan memori saya yang dah tak kuat ni. Almaklumlah dah tua. Uhuks uhuks.


The scenery was pretty. Cantik sangat.

Lepastu pergi makan, check in hotel. Oh, kitorang check in hotel Sunway. Yer, hotel tu owner dia orang Malaysia.  Mandi dan siap-siap nak keluar lagi.


Jalan-jalan shopping kata nya. Beli kain sutera ke pebenda tah. Aku mana tahu nak beli kain-kain ni so aku ngan Iki lepak kat tepi kedai, main ambil-ambil gambar. Ayah aku lepak dekat kedai kopi dengan kawan-kawan dia. Haha tunggu je la kaum-kaum mak beli kain.


Ayah & Me.


Sepatutnya malam tu pergi tengok puppet show yang famous kat sana tu tapi ayah aku malas nak join. So kitorang ponteng. (Now you know dari mana aku ambik perangai ponteng ni kan. Hahahahahaha) Kitorang naik taxi dan balik hotel sebab ayah aku nak tengok bola. Malaysia lawan Vietnam. As for me, aku nak tido. Ngantuk ZzzZzzZzz.

Second day

Kitorang pagi pagi dah bertolak pergi Halong-Bay. Kitorang nak bermalam dalam cruise. Imaginasi aku yang tinggi (tapi tak setinggi sampai dapat bayangkan macammana bentuk molecules dalam Inorganic Chem), aku ingat cruise tu macam cruise dalam movie Pisau Cukur. Rupa-rupanya kocik je hahahaha. Tapi still cantik juga.

So basically, kitorang duduk dalam cruise dan tengok-tengok pulau yang cantik. 


Cantik kan?


Then, kitorang masuk gua. 


Still in the gua
.

Kalau bukan sebab cuaca yang sejuk, dah lama aku terjun dalam pantai tu. Cantik sangat.


Hari ketiga

Moh le kita balik ke darat. Oh there is something I should tell you all yang plan nak bermalam di cruise ni. Be careful with the toilet. Masa ni, kitorang semua naik tiga cruise. So malam tu, kitorang rapatkan cruise cruise tu so that senang nak masuk cruise lain (untuk karoke ke apa ke). Jadi, bila cruise dah rapat tu, kalau kau naik cruise punya rooftop, kau boleh nampak bilik dan toilet cruise sebelah. So please be careful. Aku dengan Iki nampak kut orang tengah membuang dalam toilet cruise sebelah. Nasihat aku, tutuplah tingkap toilet dengan tisu ke apa ke so that orang lain takleh nampak apa yang berlaku dalam toilet tu. 


Tujuan trip ni sebenarnya nak pergi masjid diorang, nak jumpa orang Islam dekat sana. Don't be suprise sebab tak ramai Islam kat sana. Serious. Sikit gila. Kalau tak silap aku, tak sampai 50 orang pun. Sangat-sangat sedikit. So balik dari naik cruise tu, kitorang pergi singgah masjid ni.

Memang dekat sini susah nak cari makanan halal, susah nak cari orang Islam. 


Pastu malam balik hotel yang masa first night kitorang tu. Malam ada dinner ramai-ramai. Ada sesi pertandingan karoke. Ayah aku masuk pertandingan tu sebab kengkawan dia sebut nama dia. Hahahaha. Gigih berlatih nyanyi. Last-last waktu nak bertanding tu, lagu rosak!!! Hahahahaha tak dapat nak present. Lawak betul. 


Hari keempat. 

Masa untuk balik Malaysia you guys! Hahhhh rindu Malaysia. Hahahaha gedik.


Okay bye kakak naga nak balik rumah dah. Sebab esok dah ada kuliah. Zzzz. (Last-last tak gi pun kuliah sebab penat sangat)

Maaflah kurang informasi pun entry ni. Lebih kepada show off gambar jer. Sorry sangat-sangat. Otak dah berkarat memandangkan dah lama sangat pergi ni. Lepasni aku akan update cepat-cepat kalau aku pergi memana.

Oh dan aku akan buat journal kalau aku travel luar lain kali.

But whatever is it, korang kalau nak melancong pergi Hanoi, pergi lah. Dan aku sangat syorkan pergi waktu musim sejuk. Sebab ala, bosanlah pergi waktu cuaca panas. Hahahaha. Best kut pergi musim sejuk. 

Okaylah bye korang! Ada apa-apa pertanyaan, boleh tanya. Hakak naga tak marah. Hehehehe. 

18 March 2015

Keluarga



Keluarga tu apa bagi kau?

Adakah keluarga itu orang yang ada blood-related dengan kau? Yang duduk serumah dengan kau? Yang jadi teman gaduh-gaduh dengan kau? Yang waktu kecik kau tarik rambut dia sampai dia nangis? Yang waktu kecik berebut hot wheels sebab dengki nak jugak? Yang waktu kecik mandi sama-sama?




Bagi aku, keluarga is orang yang aku percaya akan ada dengan aku bila mana satu hari nanti aku akan jatuh sedalam-dalamnya atau aku akan terbang setinggi-tingginya. Ya. They will be there for me. Hulur tangan kalau aku jatuh. Tak kira betapa dalam aku jatuh, their hand will always be there. Takde tangan, kaki pun jadi lah.

Dan bila aku dah terbang setinggi-tingginya, aku akan hulurkan tangan aku untuk mereka terbang sekali dengan aku. Ataupun mungkin kaki. Bergantung.


Keluarga aku unik. Bagi siapa yang kenal dan tahu keluarga aku macammana, they will be suprised. They will be shocked. They will be like, how can you bla bla bla bla. 

Walau apapun mulut orang cakap, aku sayang diorang. Tak kisahlah orang kata kami semua pelik ke apa, tapi aku tetap sayang diorang. 

Tipu kalau kata aku tak pernah sekali pun terfikir what if this... what if that... if and only if... (for those who know what I meant, you can figure it out kut. For those who don't, try to figure it out by yourself)

Tapi aku tetap sayang diorang. No matter what.


So don't you ever mess with my family. Jangan sesekali kau kutuk keluarga aku. Don't you ever dare touch them. And don't you ever ever ever critique our family. Ini keluarga aku. Aku je yang boleh mess up dengan keluarga aku. Aku je yang boleh kutuk keluarga aku. Aku je yang boleh pukul diorang kalau diorang nakal atau diorang lupa diri. Aku je yang boleh kritik diorang bila perangai diorang annoying tahap bulan. 



Kau jangan risau. Kau jangan gentar. Kau jangan kecut. Sebab aku, akan selalu ada kat belakang korang. Aku akan selalu ada dengan korang. Ini janji aku, walau apapun berlaku aku janji aku takkan tinggalkan korang sendiri. You can count on me. Because every single of you are important for me. Ibu, ayah & every single of you, siblings. 

21 February 2015

Let me introduce you....

Hello readers!

Memandangkan aku dah lama tak update blog dan aku asyik cakap nak update blog nanti tapi asyik lupa je, maka hari ini aku akan update blog. And yeah as you all can see, three posts (including this one) in a row! Lama tak buat weh. 

Okay harini aku nak introduce kat korang kawan-kawan gila dan senget aku dekat UPM. Budak coursemate, budak satu aras dan budak satu bilik. And yeah all of us satu kolej. Haha well, you know me. Susah nak bergaul. 

Okay. 


Tengok gambar pun dah boleh tahu tahap kesewelan apakah rumet aku ni. Ya, dia adalah rumet aku yang paling gila dan havoc sekali. Walaupun dia tu KAKAK tapi selalu ajar aku benda tak betul. Hahahahahahahaha joke. 


Ini budak coursemate aku. Kat kolej aku tak ramai yang satu kos dengan aku. Kalau perempuan Melayu, dia sorang je lah. Hahaha. Dia ni pun tengok je muka baik tapi perangai havoc gila. Kuat menyanyi. Sakit telinga aku. Hahahahahahaha. 


Yang bersila macam bertapa kat atas huruf M tu budak satu aras. Selang dua bilik dari aku je mak cik tu. Budak kimia jugak tapi dia kimia perindustrian, aku major kimia. Mak cik tu pun tak kurang hebat juga tahap kesewelan dia. Hahahahaha. 


Hahahahahahahaahahahahahahahahahahahahaha

Aku sendiri cannot decide siapa yang palng tingtong antara kitorang. Macam sama je semua. Tapi apa yang penting, aku the least ting tong le. Hahahaha.

Okay korang! Selamat berhibur dengan gambar-gambar sewel kitorang. Bye.