21 August 2012

First time beraya di Pahang



Merujuk kepada perkara di atas, saya, Nur Amirah Binti Mohamed Khairuddin dengan nombor I.C 951007-05-**** ingin memberitahu bahawa sepanjang 16 tahun 10 bulan saya berada di bumi tercinta ini, tahun ini merupakan tahun pertama saya beraya di tempat lain selain Seremban. 

Perghh berlagak macam nak tulis surat penting je. Padahal nak cerita pengalaman beraya di tempat lain selain Seremban. Mesti semua tertanya-tanya, mengapakah saya tak pernah beraya di Pahang? Adakah ibu saya queencontrol sampai raya pertama wajib beraya di rumah  Seremban?

Tidak sama sekali. Sebenarnya, nenek belah ayah aku tinggal sekali dengan aku. Jadi, buat apa nak balik Pahang beraya? Sebab nenek aku memang dah ada dengan aku. Kan? That's why kitorang balik Seremban je setiap tahun. 

Tapi tahun ni memang pecah rekod balik beraya dekat Pahang. Mula-mula ayah aku bagitahu kitorang balik raya Pahang, aku macam 'What? Pahang? Alaaa kenapa?'. But then, bila dah sampai kat sana, best pulak. Beraya sana sini. Makan sana-sini. Memang terbaik.

Oh tahun ni kitorang orange! Polka dot orange! Aku pakai bawal je raya pertama. Kononnya mula nak pakai bawal ala Najwa Latiff. Last-last leceh sangat aku pakai macam dekat atas tu je. Lagi simple. Senang. 

Okay we look at the pictures. K?


Haha. Maaf. Kitorang lupa nak ambik gambar pagi-pagi tu. Bila dah sampai rumah, aku dah cabut tudung, barulah ingat nak ambil gambar. Hahahahahaha. Pastu gua malas nak sarung tudung balik. Beginilah jadinya.


Tengok rokok di tangan ayah aku dan pak ngah aku. Mentang-mentang dah boleh hisap rokok di pagi hari. Amboih.


Semua dah tukar pakaian moden kecuali aku and mak aku. Haha. Tapi mak aku dah tukar baju kurung. Aku je yang masih pakai baju kurung pagi tadi. Malas ah nak tukar. Sebenarnya bawak satu je baju kurung. Haha.


Gambar tak ready lagi. Hahahahahahahahahaha.


This is my family and pak ngah family. Oh kejap, aku tak ada dalam gambar ni. So, this is my family without me and pak ngah family. Sobs Sobs.


And this is with me! Aku ada. Yihaaaaaaa.


Hahahaha ada line. Silau. This is my family. Gua punya family. 


This is pak ngah family...


The powerpuff girlsssssssszz.


Me and my bro. Hahaha.


Dah syok sendiri ambik gambar dah... Atoyai.


Mata aku senyum bersama dengan aku.


Apahal gedik sangat nak kelip mata sebelah ni?


HAHHHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Awat buruk naaaaa ni?


Dengan ini berakhirlah entry raya pertama aku. Penat dah jari aku. Harap raya korang bermakna tahun ni! Budak form five, marilah kita beraya di minggu pertama raya ni. Minggu ketiga dah nak trial. K bye.

No comments: