04 March 2011

Err cikgu, saya ada banyak cita-cita lah.

Aku ada banyak cita-cita. Kalau kau nak tahu. Ni senarai cita-cita aku dari dulu hinggalah sekarang.






Waktu aku kecik-kecik aku nak jadi doctor. Pernah aku berangan dengan kawan aku nak bukak clinic sama-sama, kononnya. Hiihihi. Tu angan-angan waktu aku sekolah rendah lah. Biasalah jawapan standard kan waktu kecik-kecik dulu. Semua cita-cita nak da'bomb je kan. Tapi bila aku melangkah ke form one, baru aku realize something yang buat aku tak boleh jadi doctor. Apa benda tu? Biarlah hanya aku & orang tertentu jea yang tahu. Tapi apa pun, doctor memang cancel lah.





Lepastu waktu aku kecik-kecik jugak, aku nak jadi cikgu. Biasalah, waktu sekolah rendah dulu aku tengok jadi cikgu macam best jea. Lepastu mula lah berangan kalau aku jadi cikgu aku nak buat kelas aku lain dari yang lain. Aku nak rehat satu jam. Macamlah ada kuasa sangat kan. Tapi bila aku tengok cikgu-cikgu dekat sekolah menengah yang memang stress jee, terus aku lupakan hasrat aku. Hiihihi. Maunya dapat anak murid yang nakal tahap gaban, memang penat lah kan. So cancel.


Lepas dah cancel dua tu, aku mula lah cari cita-cita baru. Aku nak bukak taska plus tadika. Hiihihi. Comel kan cita-cita aku tuu? Kenapa aku bercita-cita nak bukak taska plus tadika? Sebab aku suka budak-budak. Comel. Tapi bila aku fikirr, budak-budak zaman sekarang ni hyperactive nya lima puluh kali ganda. Terus cancel. Penat lah. Kalau sorang dua boleh tahan lah, tapi kalau berpuluh-puluh? Tak ke pengsan aku? Lagipun zaman sekarang orang cerewat. Nanti kalau luka sikit anak dia, mula lah saman-menyaman. Kalau tak nak anak tu luka sikit pun, jaga lah sendiri kan anak tu. Banyak cekadak pulak. Hiihihi. Apa pun, bukak taska plus tadika cancel.


Pastu, aku nak jadi engineer. Nak jadi macam ayah aku. Dapat travel merata-rata tempat. Aku suke. Tapi ayah cakap jangan jadi macam ayah sebab stress. Hiihihi tapi aku nak jugak. Sebab best. Tapi entahlah sekarang aku still nak jadi ke tidak. Rasa macam nak tapi in the same time rasa macam tak nak. lima puluh lima puluh. So tak tahu.


In the same time, aku nak bukak business sendiri. Tak kisahlah business apa pun. Janji business. Hiihihi. Maybe a boutique? Or salon. Or cafe? Ataupun florist. Err, apa-apa je lah. Tapi memang superb lah kalau impian ni tercapai. Memang I likeeee lah. Ini cita-cita akuuu hingga sekarang okay.


Dan aku nak jadi lawyer. Lawyer yang berjaya! Aku nak tolong orang yang tak bersalah yang dimasukkan ke dalam lokap. Kesian diorang kannn. Tak bersalah tetapi disalahkan. Dan kalau ada rezeki lebih, aku nak bukak Mira & Co. Hiihihi mantap habis wey. Ni pun cita-cita aku sekarang.


Ada lagi dua sebenarnya tapi err. malulah aku nak cakap. Biarlah aku simpan jeee lagi dua tuu. Nanti kalau dah besar aku dapat capai cita-cita aku yang aku tak bagitahu dekat sini, aku bagitahu ye. Hiihihi. Apa pun doakan aku okayyyy. Okaylah Challos.



2 comments:

mira said...

all the best ^^

supermiera said...

Thanks nama sama!