30 September 2011

Miss the old memories

Betul. Aku tak tipu.


Bila aku baca entry-entry lepas aku, aku rasa rindu sangat. Rindu kepada masa lalu aku. Rindu kepada orang yang datang dan pergi dalam hidup aku. Rindu dekat tempat yang aku pernah pergi. Rindu dekat things yang aku ada. Rindu kepada semua lah.


Macam-macam orang aku dah jumpa. Macam-macam perangai aku dah tahu. Macam-macam perkara aku dah lalui. Dan aku rasa semua tu mematangkan aku. Sangat-sangat mematangkan aku.


Dari nothing kepada something.


Dari nobody kepada somebody.


Betul. Aku rasa bersyukur sangat. Mungkin kalau bukan sebab orang-orang yang pernah muncul dalam hidup aku, aku takkan sekuat ni. Mungkin aku takkan se'super' ni. Mungkin aku takkan seberani ni. Dan mungkin aku takkan sematang ni.


Memang bila someone yang memberi kesan besar dalam hidup kita hilang macamtu jee dari hidup kita, kita akan rasa sakit. Sakit sangat. But kesakitan itulah yang kemudiannya mengajar kita supaya lebih kuat.


So guys, I'm a big girl now. And big girl don't cry. Eh boleh percaya ke? Ha-Ha. Mana ada manusia di muka bumi ini yang tak menangis. Kita manusia. Lumrah manusia akan menangis bila waktunya.


Kita manusia tak boleh terlalu memandang kepada masa lalu. Kita kena move on. Tapi tak salah kalau ada masanya kita rindukan detik detik lalu sebab it's normal. 


Okay Challos.

29 September 2011

A friend in need is a friend indeed. Love you so much guys.





Hari ni aku pergi City Park. Eleh, setakat pergi City Park pon nak kecohkan. Orang lain pergi New York tak ada pon kecoh macam aku kan. But suka hati akulah. Belog aku bukan belog orang lain. Hihi. Gurau. Gelak sikit.


Balik sekolah, siap siap then Nadiah datang rumah. Kita weempits pergi sana. Tak apa, Nadiah weempits yang ada lesen. Jadi tak ada masalah punya. Okay aku memang pelik. Nak pakai topi keledar pun tak reti. Hehe. 


Sampai sana, kitorang orang paling awal. Jadi chop pondok. Duduk duduk dan Eii ada orang gila.  Betul. Orang tu cakap sorang sorang. Sampai kena tegur guard sebab dia macam nak terjun dalam tasik tuu. Agak seram lah. Sebab kita tak boleh predict apa orang yang tak waras nak buat kan? Jadi apa yang mampu kitorang buat? Hanyalah berdoa dan bersabar. Okay ayat sangat poyo.






Then one by one datang. Niena bawak makanan lah. Dia bawak goreng pisang, karipap, coklat, cake, air. Perghh memang dah macam picnic dah kitorang dekat situ. Tapi goreng pisang dia sedap ahh. Mana kau beli niena? Hehe.


Kononnya nak study Physics tapi hampeh. Malas ahh. Aku bila dah nampak orang lari sana lari sini, aku pun tak boleh nak fokus. Terus aku tengok orang lalu lalang sambil cari orang yang aku kenal. Kot kot lah ada kan. HAHA. Jumpa lah dua tiga orang.







Lepastu dah penat jogging, kitorang buat poco-poco. Sumpah memalukan. Dahlah hanya kitorang berlima jee buat. Tapi hentam sajalah. Lepastu dah penat semua duduk main game kosentrasi. Okay aku slow sikit nak dapat rentak game tuu jadi it's like banyak kali kot try and error. But at last, boleh jugak. Bangga sikit :D


Okay apapun memang aku enjoy gilaaa. Niena, thanks for all the food. Dan take care of yourself. Tak payah nak sakit sana sakit sini lagi yek. Dah besar tu jagalah diri elok elok okay. Love youuuu.

Dan to all, I love you all. Thanks ah sebab sudi colourkan hidup aku. Betul. Aku memang rasa tersangat bertuah sebab ada kawan macam korang. Za, Nadiah, Amin. Love youuu <3. 

Okay Challos.


26 September 2011

First impression?





Percaya atau tidak, first impression sangat penting. Orang boleh cakap, "Ahh aku pilih dia kerja dengan aku sebab dia rajin bukan sebab dia berpenampilan." Tapi cuba kalau orang tu selekeh, adakah dia masih nak ambil orang tu kerja? Tanda soal di situ.


Yee. Manusia memang akan menilai orang dengan first impression. Dan atas sebab itulah, first impression sangat sangat penting. 


No, bukan aku cakap pasal rupa. Tapi aku cakap pasal penampilan. Rupa dan penampilan adalah sesuatu yang sangat berbeza. Please take notes there people.


Dengan penampilan kita, orang boleh menilai kita. Even sometimes apa yang orang fikirkan tentang kita itu salah. Tapi bukan salah diorang sebab penampilan kita yang buat dia fikir kita begitu. 


Dan apa first impression orang terhadap aku? Yeah sebelum aku buat entry ni, aku dah pergi soal siasat dekat a few people tentang their first impression towards me. And here we go.






"First time aku tengok kau, aku fikir kau Cina."


Ramai sangat yang cakap aku macam Cina. Betul. Mungkin sebab mata aku kot. Yer, aku memang ada Chinese blood. Nenek aku Cina. But aku memang tak pandai cakap bahasa Cina, tak pandai tulis Bahasa Cina. Satu benda pun aku tak tahu. Tapi Alhamdulillah, selama aku hidup ni tak ada pulak orang Cina yang datang dekat aku sambil cakap bahasa Cina. Alhamdulillah lah. Kalau tidak, aku pun tak tahu nak bereaksi macammana. Hihi. Mungkin aku akan blah jee tanpa cakap apa-apa. Mungkin?


"Aku fikir kau sombong woo."


Sombong? Aku sombong ke? Aku tak rasa aku sombong. Okay guys. Di sini aku nak mengaku, aku memang susah sikit nak rapat dengan someone yang aku langsung tak kenal. Aku bukan macam certain people yang jumpa orang yang dia langsung tak kenal pun dah siap boleh tepuk tampar. Tak. Aku tak macamtu. Tapi aku pun tak sombong. Cuma kau orang add aku dekat facebook, aku approve. Cuba kau orang tegur aku dekat facebook, aku balas. Cuba kau orang tegur aku in real life, aku balas. Cuba kau orang call aku, aku jawab. Cuba kau orang text aku, aku reply. So tang mana yang aku sombong tu? 


"Budak ni tak penat ke bercakap, talkative gila!"


Iya terima kasih. Jadi kalau aku talkative, macammana aku boleh masuk kategori sombong? Tu lah orang cakap, lain orang lain cara penilaiannya. Yer, aku mengaku. Memang aku jenis yang talkative. Sangat sangat suka bercakap. Lagi-lagi bila ada people yang satu kepala dengan aku. Memang bising lah kan. Tapi ikut time lah bro. Takkan waktu orang menangis tersedu-sedan aku cakap banyak pulak kan? Atau waktu orang tengah mengamuk sakan. Tu memang cari nahas lah.


"Dulu aku fikir kau ni tomboy. Rock semacam aku tengok."


Statement tu memang buat aku nak tergelak terguling-guling dekat atas katil sambil tekan perut. Kelakar sangat. Aku tomboy? Ye ke? Mungkin lah. Sebab aku dilahirkan dalam keluarga yang penuh dengan lelaki. Macam banyak sangat je kan. Padahal aku ada sorang abang dan sorang adik laki je. Tapi mungkin sebab tu orang cakap aku tomboy. Sebab persekitaran aku. Tapi kan. Nak tahu satu kisah?


Dulu waktu aku form one. Ada orang panggil aku Tomboy. Betul. Entah sebab apa tah. Tapi sekarang ni aku dah tak berkawan dengan budak tu lagi. Tak, bukan bergaduh atau apa. Tapi friendship tu tiba-tiba hilang macamtu jee. Sebab lain kelas kot dan salah sorang dari kitorang tak ambil apa-apa langkah untuk kekalkan friendship tu. Jadi ia semakin pudar sehinggalah sekarang. Langsung tak bertegur sapa. Bunyi macam bergaduh tetapi sebenarnya tidak. Biasalah things change time by time. Begitu jugak dengan friendship.


Berbalik kepada topik asal, aku tak tomboy kayh. Aku perempuan biasa-biasa jee. Yang bila gembira asyik tersenyum. Yang bila sedih asyik berdiam diri. Yang bila marah akan luahkan. Adee faham? 


"Dulu before aku kenal kau, aku fikir kau ni gedik."


Gedik? Maksud gedik begitu meluas. Betul, banyak makna. Dan aku rasa aku tahu tang mana yang orang kata aku gedik. Mungkin sebab aku ni terlalu hyperactive. Sometimes. Dan mungkin kerana tu, orang cakap aku gedik. Sometimes aku akan buat apa sahaja tanpa berfikir. Dan kadang-kadang benda apa sahaja tu menyakitkan hati orang dan seterusnya membuatkan orang berfikiran yang aku seorang yang gedik. Yer. Aku faham. By the way, semua perempuan ada kegedikan masing-masing. Eh even tomboy pun gedik tau. Cuma bergantung pada orang untuk lihat sisi gedik itu. And by the way, gedik is not too bad. Depends.


"Eh aku fikir kau tak makan dekat kedai-kedai mamak macamni."


Hel-lo? Siapa yang tak pernah makan dekat kedai mamak memang rugi woh. Kedai mamak adalah port yang paling best untuk lepak-lepak sambil menikmati roti canai dengan milo ais bersama suasana yang bising. Betul. Aku tak tipu. Aku bukan jenis orang yang sangat sangat mengada sehinggakan makan dekat kedai mamak pun tak nak. Eh sometimes makan dekat hotel pun takde lah sedap mana. Kena jaga penampilan lagi. Tapi kalau makan dekat kedai mamak, pakai kain pelekat dengan Singlet Pagoda pun orang tak heran. Lelaki lah. Kalau perempuan yerr memang orang pandang lain. 




Tu je yang aku tahu buat masa sekarang. Ada lagi yang nak tambah tentang first impression korang dekat aku? Okay tinggalkan komen. Challos ♥

25 September 2011

Without tittle

Hari ni aku nak tulis randomly. Sebab tu tittle aku 'without tittle'. Sebab tak ada specific thing yang aku nak cakap. Aku tulis mengikut gerak hati aku. Jadi sekiranya merepek entry kali ini, beribu kemaafan dihulurkan. Sebab aku memang kering sekarang. Ketandusan idea.


Pertama aku sangat sangat bangga sebab ada orang tulis pasal aku dekat belog dia. Seriously. Dia kata muka aku sama macam 'angah' dia. Ehh betul ke? Nak tengok? Nah click link ni :-


http://myrarawrr.blogspot.com/2011/09/supermiera-vs-angah-teheeee.html

Kembang hidung sat. HAHAHA. Terima kasih dekat tuan belog sebab sudi lah masukkan blog saya dalam entry tu. Terima kasih sangat-sangat :P


Ehh lagi nak cerita pasal apa yer?  Fikir sat. 


Exam dah nak dekat. Lagi berapa hari jee. Dahlah waktu birthday aku pun exam! Tahun lepas pun birthday aku PMR. Tahun ni waktu exam jugak. Why Datin why? Kenapa buat exam waktu birthday saya?  Benci :| Dah nasib. Siapa suruh birthday bulan October kan? Memang bulan October bulan Exam apa kan. Nasib badan. Adoi Adoi.


 Persiapan Exam? Aku baru je study Bio hingga chapter three. Baru hingga chapter Three okay. Ohh kenapa hanya Bio sahaja yang aku study? Sebab Bio adalah subjek yang paling aku benci. Dan subjek yang paling aku dapat markah rendah. Jadi aku ambil keputusan untuk study subjek tu dulu. 


Haisyh. Aku harap lah marks aku naik untuk semua subjek. Aku tak target banyak untuk Bio. Kalau 60+ pun aku dah bersyukur sangat. Dan aku target subjek science stream yang lain pun 60+. Boleh? Kalau nak kena study lah kan. Tapi ni tak memanjang online. Memanjang tengok tv. Memanjang tido.


Okay berubah berubah. Chayok Chayok. Doakan aku ek aku dapat reach the target. Nanti aku doakan korang pulak. Okay? Sayang korang lebih lebih ♥. Ikhlas.


Okay cukup sampai sini kot. Kalau entry kali ni membosankan tahap gaban ataupun merepek tahap tenuk, aku mintak maaf sekali lagi. Sekali lagi, aku menaip mengikut gerak hati aku. Okay so Challos :D

23 September 2011

Kem Satu Murid Satu Sukan



My school, SMK Seremban 2 terpilih untuk Kem Satu Murid Satu Sukan Pakej 2. And dia pilih form two dua lelaki dua perempuan dan form four dua lelaki dua perempuan. Pendek cerita, aku pun pergi kem tu. Of course aku pergi, kalau tidak buat apa aku tulis entry ni kan. 


Dekat kem tu sangat-sangat best. Even banyak gila masalah. Pasal bilik lagi lah. Ada ke patut aku dapat bilik lelaki? Aku nak hantar bag je tengok bilik tu full dengan budak lelaki. Malu siut -.- Lepastu tukar bilik. Then tukar lagi sekali sebab bilik tu full sangat. Tiga bilik wei aku berhijrah. And the last room, Alhamdulillah okay. Dahlah menghadap laut, memang syok ahh.


And everyone dekat sana okay lah. Kecuali for the certain-certain people which sangat kurang ajar dan sangat sellfish beserta sangat poyo. And I hate that. Tapi kita watlek watchill (bak kata Za). 


And hell ya, I'm Malay okay.  Semua orang cakap aku Cina. Bila aku kata aku Melayu, ada pulak yang tak percaya. Tension betul. Aku Melayu lah. Ye, nenek aku memang Cina. Tapi aku serious Melayu. Cakap Cina , tulis Cina satu pun aku tak tahu. Everyone, I'm not Chinese okay. Don't ask me that question again.


Kem kali ni, aku satu fb pun aku tak minta. No. Phone apakan lagi. Entah, I just don't feel like doing that thing. Bukan sebab malas atau apa. Tapi entah. Tak rasa macam nak minta. Jadi sorry. Mungkin nampak macam aku sombong atau berlagak atau poyo's tapi memang aku tak terasa nak minta. Sesiapa yang add aku dekat fb, thanks okay. Aku sangat menghargainya :P


Okay banyak dah tulis. Penat. K Challos

14 September 2011

Nowdays trends

 Bila aku duduk dekat mall tengok orang lalu lalang dengan gaya masing-masing, trend masing-masing, aku terfikir nak buat entry ni. Bila aku duduk dekat dalam bilik sorang-sorang aku mula menaip entry ni dekat Microsoft Word. Dan bila aku duduk sambil bergoyang kaki macam tak ada homework nak buat, aku post entry ni. So here you guys! (drum roll)  10 Trend orang sekarang! 
((1)    (1) Trend tudung




Siapa cakap perempuan pakai tudung tak boleh jadi fashionable? Eii kalau korang masih berfikiran macamtu, memang korang ni kolot betullah. Orang sekarang ni dah cipta macam-macam gaya untuk pakai tudung ni. Ada selendang satin, pashmina, tudung ariyani, tudung bawal. Etc. Dan sekarang ni orang dah semakin terbuka. Kalau dulu-dulu orang pakai tudung style Yuna pergi mall, mesti ramai kutuk kutuk. Kata prasan cantik lah. Over dress up lah. Tapi sekarang ni pakai selendang satin macam Hana Tajima tu pergi mall pun orang buat tak tahu. Kata trend kan. Tapi jangan pulak pakai selendang yang berbelit-belit tu pergi pasar malam. Haa tu ye memang patut dikutuk. Muehehe.  

(2) The Angry Bird Trends

Mula-mula ramai betul yang suka dekat Domo. Apa Domo tak tahu? Domo tu benda alah ni haa :-



Sampai beg, pencil box, rantai, subang, cincin, gelang, baju, seluar and even boxer pun nak ada gambar Domo. Pokok pangkalnya, barang apa yang ada Domo semua nak beli. Kalau patung tu sampai lima enam dekat rumah. Dari size penumbuk hingga size separuh dari kita. Semua ada. Fuh. Lepastu dah senyap sikit. 

Muncul pulak Angry Bird. Angry Bird tu Game. Yess Game. Ala Game yang ada watak haiwan hidung besar tu. Sampai budak-budak umur  dua tahun yang baru pandai cakap pun reti sebut  ‘nak angry bird! Nak Angry Bird!” Maknanya dia nak main game Angry bird lah. 



Tapi aku agak tak faham lah. Bukan ke dalam game tu ada watak haiwan hidung besar tu? Jadi kenapa Orang Islam mesti nak mengangungkan benda alah Angry bird ni? Ei aku kalau T-shirt Domo ada lah dua helai. T-shirt Angry Bird memang tak lah. Entah, tak suka dengan trend ni. 

(3) Trend cermin mata nerd


Apa tu cermin mata Nerd? Cermin mata Nerd ni cermin mata putih yang besarnya hampir separuh dari muka. Macam dalam gambar tu. Lagi besar cermin mata tu lagi nerd lah jenis cermin mata tu.

Orang yang selalu pakai cermin mata ni fikir dia comel. Konon-konon muka baik lah tu.  Tak dinafikan ada sesetengah wajah memang sesuai pakai cermin mata jenis ni. Tapi ada yang tidak. Dan bila yang golongan tidak tu pakai dan mula membajet macam dia budak paling comel di alam semesta ini, sudah semestinya aku rasa macam nak sedekahkan kasut aku yang size empat tu. 

Tapi tak apa. Kita kena faham orang sekarang ni suka berfashion. Jadi kena terima. Aku pun sebenarnya dah lama nakkan cermin mata macamtu. Tapi sebab tak nak kena hentam gelak dengan abang adik mak aku jadi ku pendamkan saja hasrat itu. Muahaha.

(4) Trend seluar colour terang


Lagi sekali pasal fesyen. Memang berani betul orang sekarang. Pakai seluar colour tak nak kalah. Kalau dulu colour hitam, biru pekat, biru lusuh yang jadi trend tapi tidak sekarang. Orang sekarang kalau boleh nak seluar colour hijau, kuning, merang, purple, oren  atau apa-apa warna yang striking.

 Tak dinafikan seluar warna-warni macamtu memang lawa. Sangat berfesyen. Tapi kalau ianya terlalu striking, ia akan menimbulkan kesan seksi seksa. Lagi-lagi kalau masukkan baju dalam seluar.  Mungkin dia rasa seksi tapi orang lain yang pandang seksa. Tak pasal-pasal orang lain dapat dosa maksiat mata. Aduh.


Kalau aku, aku nak seluar colour merah. Dan dipadankan dengan T-shirt labuh putih. Sumpah lawa gila. Macam pelajar AF dah. Merah putih.

Jadi di sini aku nak nasihatkan, kalau nak pakai seluar yang warna striking-striking ni, kalau boleh pakailah baju yang labuh dan janganlah di masukkan baju tu ke dalam seluar. Aku nasihatkan sahaja. Nak ikut atau tidak, terpulang kepada korang. Korang ada akal, korang fikirlah sendiri. 




(5) Trend baling mercun dekat sekolah



Dekat sekolah ramai yang baling mercun sana sini. Waktu bulan Ramadhan lagi lah. Yee mungkin diorang terlebih excited nak raya walaupun diorang tak sambut raya. Eh betul. Budak yang main mercun tu kadang-kadang bukan budak Islam tau. Yang Islam pun ada lah. Tapi kira boleh dimaafkan lah. Sebab diorang excited nak raya. Tapi yang bukan Islam tu? Apa tujuan main mercun? Habaq sikit kat Cek naa.

Aku rasa orang yang suka main mercun dekat sekolah ni nak perhatian orang ramai. Ye lah, bila ada orang letupkan mercun semua tercari-cari dari mana datangnya mercun. Siapa baling mercun tu? Dan atas sebab tu lah dia baling mercun. Dan ada juga yang fikir ‘macho betul aku main mercun ketupat dekat sekolah’. Nama mercun pun ambik nama makanan.. Haiyo.

Tapi apapun trend ni memang tak boleh diubah. Bukan waktu raya je. Waktu nak habis sekolah, waktu perayaan lain, waktu habis exam. Tetap ada. Dan aku rasa memang tak ada cara lah nak hentikan. Jadi reda je lah.

(6) DSLR Trend


Eh memang sekarang ni trend DSLR tengah malatop kot. Pergi mana mana mesti nampak orang bawak camera besar gedabak tu. Pergi mall nampak. Pergi zoo nampak. Pergi pasar malam pun nampak. Hadoi. Yang tang pergi mall, pergi zoo semua tu aku boleh faham lagi. Tapi pergi pasar malam? Aduh tak logic betul bawak DSLR pergi pasar  malam. Nak buat macammana, orang sayangkan DSLR. Satu saat pun tak nak berpisah kan.

Same goes to my friends. Kebanyakan diorang ada DSLR ni. Semua score dalam PMR lepastu mintak DSLR kat mak bapak masing-masing. Aku pun nak jugak DSLR ni tapi nanti-nantilah. Aku nak beli dengan duit aku sendiri. Baru best. Dan baru kita akan jaga betul-betul. Insya-Allah. And aku nak beli colour hijau macam dekat atas. Boleh? *Err ada ke kat Malaysia ni?

(7) K-Pop Trend


K-pop di sini bermaksud lagu Korea. Aku sangat-sangat tak faham kenapa orang sekarang terlalu mengagungkan muzik Korea lebih dari muzik tempatan. Padahal for me, muzik kita lebih best.

 Ye memang lagu Korea tu best. Menghiburkan. Tapi tak perlu lah nak jadi fanatic sangat kan? Tak perlu lah sampai sanggup tarik rambut sebab nak dapatkan album Girls Generation. Kan? Tak perlulah sampai tolak-tolak sampai salah sorang jatuh dalam kolam lepastu mati lepas sebab dia tak reti berenang disebabkan hanya nak bersalam dengan Super Junior. Okay mungkin melebih. Tapi the point is tak payah nak melebih-lebih sangat dengan K-Pop ni.


Aku Cuma cakap apa yang aku rasa. Mungkin lepasni peminat fanatic K-Pop marah aku. Tapi this is what I think. Malaysian, change your mind. Ubah fikiran. Support our local industries. At least dapat menolong negara kita sendiri. Tapi kalau support luar negara punya, apa yang kita dapat?

To be honest aku pun tengok cerita Korea. Yeah, aku tengok cerita Running man which is Kim Jong Kook(gambar kat atas tu) sangat sangat handsome, aku tengok Family Comes here, aku tengok Protect The Boss yang baru episod dua. Aku tengok. Tapi tak ada lah over sangat. Apapun akuu rasa Malaysia is the best. Tak tahulah korang kan.

(8) Trend Text Manja-Manja

Aii. Nie itew punyer belog. Follow itew punyer belog au. I lap yu!
Ataupun.

HyE. NiH KiTeR PuNy0 BeLoG. FoLlOw KiTeR PuNy0 BeLoG Yew. I loikee Yu.

Trend ni memang dah makin berleluasa sekarang. Dulu waktu aku kecik kecik aku terikut-ikut juga dengan trend ni. Ye lah waktu tu pemikiran tak matang kan. Apa yang orang lain buat, aku pun nak try jugak. Konon-konon manja lah tulis perkataan-perkataan macamtu. Tapi sekarang bila dah matang ni *err matang ke?* baru aku tahu betapa annoyingnya menulis begitu. Hihi. So guys jangan tulis macamtu lagi. Annoying!



(9) Trend Jam Striking


Jam colour yang striking like hijau, kuning, merah, biru and others yang orang ramai guna. Selalunya orang pakai jam G-Shock. Eleh setakat jam G-shock RM 40 beli dekat Uptown, apa ada kesah? Aku ada colour hijau punya. Memang betul-betul striking. Lepastu aku guna jee terus ramai yang guna. *berlagak* Tapi betul woo. Sampai ada seorang laki ni cakap dengan aku dia nak beli jam macam aku. So there he is. With the same design as my watch but different colour. Tapi design sebijik kot. Ahah. 

Tapi tak kisah kan. Aku pun tiru Zizan Raja Lawak. HAHAHAHAHA


Tapi betul memang ramai gila pakai jam colour striking-striking ni. Menarik woo. Menyerlah sikit. Eh bukan sikit tapi banyak. Hehe.

(10)  Trend couple letak gambar pasangan masing-masing

Trend ni terjadi hanya pada orang yang statusnya 'in a relationship'. Sebab orang single tak boleh buat trend ni. Orang dah kahwin pun takkan buat trend ni. 

Trend ni akan mengelirukan kita semua. Betul. Tengok nama lelaki tapi kenapa gambar perempuan? Ataupun tengok gambar lelaki tapi kenapa nama perempuan? Oh rupanya diorang letak gambar couple diorang. Cukup annoying tau.

Aku cakap ni bukan sebab aku jealous dengan orang yang couple. Cuma don't you all think it's a bit over? Yeah. Cukuplah bubuh dekat status tu in a relationship with ..... . Takk perlu nak over sangat. Okay guys?

Orait. Setakat ni jee. Ada apa-apa lagi yang korang nak tambah? Sila komen. Challos.

07 September 2011

Period Pain



Oh yee tadi dapat report card dekat sekolah. And well benda pertama yang aku check adalah Kehadiran aku. Okay aku tak hadir 19 Hari termasuk MC dan ponteng. Tapi aku tak tahu lah berapa hari yang aku ponteng. Tapi rasanya kurang dari 7 hari kot. 


Sebab kebanyakannya aku dapat MC doktor. Ye lah, aku perempuan. Setiap bulan Period. Dan bila Period je mula lah kena period pain atau lebih senang dipanggil segugut. Kalau kena segugut tu maca sakit perut je tak apa. Ini tidak. Kadang-kadang tu sampai tak boleh nak bangun. Sakit sangat.


Ada masa pulak tu aku kena sampai dua hari. Tu memang tahap kronik lah. Ada dua ke tiga kali aku kena sampai dua hari. 


Memanglah boleh makan panadol jee terus baik. Tapi cuba ambil tahu kesan sampingan dia sikit. Dan nenek aku pun tak galakkan sangat aku makan panadol. Jadi aku pun tak makanlah. Aku cuma baring dan tuam dengan benda panas.


Okay mungkin perempuan faham situasi aku tapi lelaki confirm tak faham. Tak payah ambil contoh jauh. Contoh dekat dah ada which is abang aku. Dia memang kalau aku period je mesti perli. Kata aku lembik lah apa lah. Which is aku rasa nak sepak je muka dia tapi tak boleh. Hihi.


Eh apa pun aku tak dapat surat amaran lagi sebab surat amaran pertama hanya akan dihantar bila aku tak datang sekolah 11 hari tanpa surat. Jadi aku memang yakin aku banyak MC dari ponteng. Dan aku akan cuba menghadirkan diri aku ke sekolah setiap hari lepasni. Insya-Allah. 


Eh mungkin lepas ni aku akan jarang update blog. Bukan apa, bulan October dah nak Final Exam. Dan aku Bio masih lagi merangkak-rangkak. Physics lagi lah. Dahlah Final Exam dua hari before birthday aku. Sedih siut. Dahlah tahun lepas pun PMR waktu birthday aku. Apa kan nasib? Birthday exam.


Oh ye jadi aku akan jarang update blog. Mungkin seminggu sekali atau dua kali je aku akan update. Tak macam selalu kalau boleh setiap hari nak update blog kan. Jadi don't miss me yeah. [macam ramai orang baca je kan].


Before aku end kan entry ni, nak letak gambar sikit. Jadi tak de lah korang rindu aku sangat kan. Hehehe.



Ini budak kelas 4 Arif 1 iaitu kelas aku. Comelkan aku pakai tudung? Okay prasan. 


Follow tumblr aku. http://supermiera.tumblr.com

Okay Challos.