Sebelum tu, sila ambil perhatian di sini. Aku tak dapat pun anugerah tuuuu okay. Tapi class aku dapat. Kelas terbersih. Bangga pulak. Hihi.
Oh ye lagi satu. Harap maklum, tudung aku agak tak betul disebabkan anak tudung yang aku guna waktu tu tersangatlah tidak selesa buat aku. Oh aku bertugas sebagai usher. Yang kena bawak parents masuk dalam dewan, tunjuk tempat diorang tu. Tapi sedih, tak dapat usherkan parents sendiri. Al-maklumlah tak menang anugerah la kata kan. Hihi. Oh Wawa, jangan jealous ehhh? Hihihi.
Lepastu cikgu suruh aku ambil tandatangan tetamu-tetamu semua. Tapi Fadzleen yang pergi sorang. Sebab aku tengok ramai cameraman dan camerawoman yang menyemak kat depan tu. Macam sesak pulak. Jadi malas lah nak ikut. Hihi. Okay siapa tetamu-tetamu itu? Jeng Jeng Jeng...
Aidil Zafuan & Zaquan Adha. Pemain bola Negeri Sembilan tuu lah. Handsome kan? Melting duh semua perempuan dekat sekolah aku tu. Oh sebenarnya ada sorang lagi tetamu iaitu tukang rasmi majlis. Tapi tak ada pula gambar dia. Ye lah, orang semua sibuk tangkap gambar Aidil & Zaquan jee. HAHA.
Diaorang sepatutnya kena bagi ceramah about kerjaya dalam sukan. Tapi diorang pergi memperkenalkan diri diorang pulak. Choii. Hihi.
Orang kata muka aku sama dengan muka cikgu yang pakai tudung pink baju pink tuu. Hihi sama ke? Kita kembar lah cikgu. Oh ini lepas majlis dah tamat. Tengok Tengok aku paling pendek. Sobs Sobs.
Lepastu aku tunggu dekat kereta diorang. Nak kasi hamper yang sekolah kasi dengan cenderamata. Lama jugak la tunggu sebab diorang pergi menjamu selera. Jadi sebab lama sangat, kitorang snap la gambar dengan kereta dulu. Dengan kereta pun jadi laa kan. HAHA.
Eh dapat laaaa tangkap gambar dengan dia. Dengan Zaquan Adha jee dapat. Dengan Aidil tak dapat. Oh aku haritu tersalah bagi info. Yang adik ye nama dia Zaquan. Yang abang namanya Aidil. Hihi.
Apa ni? Aku sampai paras bahu jee. Choii. Oh jangan jealous yer semua orang. Kita dapat ambil gambar dengan diaa. Hihi.
Okaylah. Tu je lah gambar yang boleh aku share kan. Ni pun semua gambar dari camera Liyana Yusof. Thank you Za.
Okay Challos <3
No comments:
Post a Comment