Assalamualaikum semua! Selamat hari raya Aidilfitri you olls.
Mesti pelik kan apahal pulak budak ni update pasal Street Art time time raya camni. Hello, sekarang raya kot, update lah pasal hari raya. Yang engko update pasal Jalan Seni ni apahal?
Sabo kakak-kakak, abang-abang, adik-adik. Bawak bertenang. Sebenarnya aku malas nak transfer gambar raya masuk dalam laptop, itu yang aku tak update pasal raya.
Lagipun, gambar-gambar kat Street Art yang dah lama dok terperap dalam hard disc aku ni macam memanggil-manggil je aku suruh update pasal journey ni haa. Gambar-gambar ni dah masuk 8 bulan terperap. Haha lama gilos.
Aku pergi Street Art ni zaman aku kat matrik dulu. Tujuannya, nak buat siapkan assignment science comp kena buat video. Pastu datang la idea, jom buat video kat Street Art, lawa sikit pemandangan sambil tu boleh buat kenangan. And then here we goooo... To the Street Art we goooooo
Aku pergi 4 orang. Dari matrik ke jeti, kitorang naik teksi. Dari jeti kitorang naik ferri pergi pulau. Aku tak ingat la berapa Ringgit sebab dah lama kan haha. Pastu dari pulau tu, kitorang naik bas sampai sesat. Sebenarnya plan kitorang nak pergi Bukit Bendera but time tu diorang renovate jadi kecewa sat kitorang kat stesen bas.
Pastu tukar plan nak pergi rumah P. Ramlee. Naik la bas dengan yakinnya. Pastu boleh pulak kitorang sesat!! Huhuhu sedih tak journey kitorang? Nak pergi Bukit Bendera, tutup. Nak pergi rumah P. Ramlee, sesat. Jadi solutionnya? Pergi je lah Street Art yer.
Sampai kat situ, apa lagi, Kita fotogedik la apa lagi!!! Hahahahaha siap bawak prop you olls nak bergambar.
Oh, aku pergi dengan Ros yang berbaju merah hitam kotak-kotak kecik tu, Amimza yang pakai spek dengan tudung cekelat dia tu, Syazatul yang beg sama colour dengan baju tu. Oh aku yang pakai kemeja ada riben riben bajet comel tu.
Aku baru prasan masa aku tulis blog ni yang gambar aku dengan Syazatul tak banyak time ni. Banyak gambar dia yang aku tak masuk sekali sebab aku tukang capture (yang aku tak masukkan sebab hey ini blog aku bukan blog dia so what's the point letak gambar orang lain kan hahaha sellfish much), dan gambar aku yang dia tak masuk sebab dia tukang capture.
Random pictures.
Gambar acah-acah candid. Aku kata, jom berlakon nak. Macam aku ngan Amimza berborak sakan, pastu kau Syazatul jadi lonely kat situ. Hahaha.
Gambar tepi tingkap pon jadi laaaaaaaaa ye dok
The last picture, perjalanan nak balik ke Jeti kembali.
Oh aku rasa journey aku ni, aku guna duit tak sampai RM 100 pun kot. Siap boleh beli jeruk dengan T-shirt lagi. Siap makan nasi beriyani ayam lagi kat Jalan India (kot tak ingat).
Ohhoi kengkawan ku, bila kita nak jumpa lagi ek? Meh le datang sini kita pergi Sunway Lagoon ke. Main theme park pulak. Hehehehehe. I miss this moment and I miss you guys!
Okaylah sampai di sini sahaja entry kali ini. Bye bye.
No comments:
Post a Comment