29 January 2013

First Time

Hola Holi Holu...

Intro je dah tak pape. Inikan lagi isinya. Lek lu. Don't judge too early. Wokay guys.

Sebenarnya nak update entry ni dah lama. Tapi kemalasan yang menimbun dalam diri aku walaupun aku takde benda nak buat sangat dekat rumah. Well, obviously it's me. 



First time naik ktm.. Actually bukanlah first time sangat sebab dulu pun aku ada naik ktm dari Labu pergi Seremban. Tapi kiranya ni first time aku naik ktm pergi KL lah. Oh dan juga first time pergi KL dengan kawan without ibu bapa.

Agak nerves ah sebenarnya sebab aku ni mana pernah pergi jejauh without pengawasan orang tua. Pastu nak naik kenderaan awam lak tu. Gegirl nerves. Hoho. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Gambar atas tu gambar dekat ktm Seremban menuju ke KL Sentral. Tak boleh duduk woi!! Orang penuh! Sedih siut. Sakit kaki gua. Setiap kali berhenti kat stesen, aku harap sangat ada orang turun tapi harapan je lah. Makin ramai naik ada lah. Huhu sedih.

Pastu turun kat KL Sentral, tukar naik komuter. Oh kali ni beli token guna mesin automatik!! Baru ah feeling Korea sikit. Haha. Aku yang tukang belikan tiket untuk semua orang. Murah je, dari KL Sentral pergi stesen Universiti baru RM 1.60. Oh naik komuter aku dapat duduk jap. Huhu legaaaaaaaa.

Dah sampai stesen Universiti, naik bas awam. Oh first time naik bas awam gak. Murah je. RM 1 terus dia hantar kat padang UM. Dalam bas pun dapat duduk. Seat dia bapak tinggi woi. Best je feeling tinggi.

Then sampai UM pergi lah karnival Jom Masuk U. Panas gila dalam tu sebab aircond rosak. Like seriously. Kenapa time aku pergi gak aa rosak? Dah macam telur goreng dah kitorang. Jap, ada gambar. 



Terpaksa edit sikit disebabkan muka kitorang yang berminyak nak mampus. Terutamanya aku. Serious time tu comot gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Lepas balik UM tu, kitorang naik bas pergi Mid Valley. Pergi makan. Hoho. Dapat makan makanan Koreaaaaaa. Yeay! Yeay! Yeay!

Oh, first time makan makanan Korea dekat luar jugak!



Ini set yang aku makan. Bibimbap. Harga dia takdelah mahal sangat. Kira mampu ah untuk orang menganggur macam aku ni. Sedap. Cuma kimchi dia kureng sikit. Aku buat lagi sedap kot kimchi dia. Haha.



Ini set yang aku order bersama Niena. Kek beras pedas. Yummyyyyyyy!! 


Dan ini niena punya. Jajangmyeon. Ahhhhh entah macammana eja pun aku tak tau. Malas ah nak google. Line sedang slow gilaaaaa. 

Oh kitorang makan dekat foodcourt Mid Valley. Harga takde aa mahal sangat. Standard jer. Tiga-tiga hidangan tu baru RM 30 lebih. Murah ah gak sebab selalunya makanan negara lain ni harga satu set je dah 20+ kan. 


Lepas perut dah kenyang, hati pun gembira. La La La....


Lepas makan, jejalan kejap. Ah jangan ditanya mengapa selendangku begitu.Aku pun tak tau asal dia meleret ke lengan camtu. Huhu sodih.

Guna handphone Beela amik gambar. Oh lelaki baju merah yang pakai beg warna langsung tak matching(gambar bawah) tu memang poyo cenggitu bila amik gambar.Agaknya kalau bagi penampar, baru dia tahu apa tu erti penyesalan. 

Inilah semua yang terlibat pada hari itu. Budak-budak 3B tahun 2010. Oh how I miss them. 

Dan pastu time balik! Time balik memang semua dah penat gilaaaaaaaaa. Sampai stesen Bangi, dapat duduk. Finally. Huh lega kaki den. Pastu dah dapat duduk, mula lah camwhore kejap. Nah, tengoklah gambar kami bertiga yang comel. *tangan atas bahu*




Guna camera 360 ni. Tulah lawa semacam. Suci semacam muka aku. Kalau tak hehhhhhhh. Camera trick semua ni. Hashtag INI SEMUA POYO. Haha'

Aku kira-kira semua kan. Agak murah aaaaa. Kiranya aku belanja tak sampai RM 50 pun. How jimat am I??!! Hahahaha.

Oh berbalik kepada tajuk (Oh kau dah meleret panjang-panjang, baru sekarang nak berbalik kepada tajuk) , apa yang first time?

(1) First Time naik KTM pergi KL Sentral 
(2) First Time pergi KL without pengawasan orang tua
(3) First Time naik bas awam yang bagi tiket
(4) First Time makan makanan Korea dekat kedai
(5) First Time naik Komuter pergi Stesen Universiti
(6) First Time pergi Universiti Malaya

Ohhh banyaknya first Time aku pada hari itu. Pecah rekod.

I am happy on that day. I am proud of myself sebab berjaya naik transport awam :)

Okaylah, sampai sini je. Oh aku ada satu plan lagi dengan kengkawan aku. Minggu depan aku cerita. Okayyyyyy. Babai.

XoXo Mira. Publish. (tetibe feeling Istanbul Aku Datang)

No comments: