02 September 2016

I'm back but...

Hi readers. I am back! After what almost a year, I finally decide to start blogging back.

But yeah

I know blogging is not a hot trend right now. Tak macam dulu yang semua orang berebut nak followers beribu. (I never have a thousand followers in any of my social media accout including this blog). 

But hey, i am writing for my own satisfaction right? 

Kalau ada ilmu lebih, kita kongsi. Tak salah.

Kalau tetibe rasa nak menulis jiwang jiwang, kita tulis. Tak salah.

Kalau tetibe rasa nak tulis pengalaman supaya nanti lima enam tahun boleh tengok balik dan kenang, kita tulis. Tak salah.

The thing is I will write whenever i want to. Terima kasih kepada sesiapa yang masih sudi buka blog saya walaupun dah hampir setahun tak menulis. I appreciate that.

Saya tak janji saya akan update selalu  but whenever I have the time and I feel like I want to write, I will write. 

Last not least, here is my latest picture. 


Still the same me. And still with my braces. I guess a year is not that long huh.

Okay later peps.

20 October 2015

Reasons.

There is a few reason why I don't write anymore.

First, tak ada motivation. Kalau hidup ni tak ada motivation, memang takkan ke mana. Macam sekarang. Aku memang tak ada langsung perasaan nak menulis. Tak ada langsung semangat untuk duduk depan laptop dan taip untuk blog aku ni. 

Kedua, sibuk. Sebab sekarang ni hidup aku makin sibuk. Sibuk dengan hal duniawi yang tak pernah nak habis. Sibuk dengan test, assignment, lab report, class & lain-lain lagi. 

Ketiga, malas. Kalau aku tak sibuk, aku malas. Aku malas nak buka blog, buka folder gambar dan bla bla bla. Aku malas sangat.

Jadi dengan tiga sebab yang releven ini, aku dengan rasminya mengantungkan blog aku ni untuk seketika. Tunggu sampai semua sebab ni hilang, aku akan menulis balik. Buat sementara ni, biar aku cari motivation aku, biar aku menghadap dengan kesibukan duniawi dan biar aku buang perasaan malas ni.

Thank you. 

18 August 2015

Langkawi De Tour


Assalamualaikum. Lama tak update blog so now this is the time. 

Aku sebenarnya baru balik dari Langkawi. Baru tak baru jugak lah tapi tak sampai seminggu lagi. Aku pergi Langkawi 3 hari 2 malam. Langkawi best weh! Aku pergi Langkawi sebab nak jumpa kawan-kawan matrik aku. Memandangkan diorang semua dari utara (sorang Kedah, dua orang lagi Perak), kitorang pilih destinasi yang dekat dengan diorang lah. Tapi aku bawa cousin aku untuk teman aku. Haha.

So untuk harini, aku akan cerita aktiviti kitorang dekat sana serta hmm harga tiket aktiviti. 

Kitorang kat sana duduk homestay & Sewa kereta. Pakej homestay + sewa kereta + island hopping is RM 135 per person. Kitorang pilih Eylizar Homestay. 

FIRST DAY



First day, aku sampai airport around 11 a.m. Lepastu tunggu semua orang. Around 1.30 p.m macamtu, kitorang dah masuk rumah. Mula-mula, kitorang dijanjikan dengan kereta Alza, lepastu tetiba kata kereta Avanza. Sampai dekat sana, kitorang dapat kereta Grand Livina. Nasib kitorang baik sebab kereta Livina tu diorang baru beli dua minggu lepas. Dapatlah merasa drive kereta baru. Hehehe. Lepas dah bersiap-siap, kitorang menuju ke Paranoma. Kat situ, ada macam-macam aktiviti boleh buat. Boleh naik cable car, boleh pergi 3D Art Studio, boleh main ATV, boleh kayuh itik dan lain-lain lagi lah. Korang boleh pergi website diorang. Go google paranoma langkawi.

Kitorang pilih pakej Cable Car + Sky Dome + 3D Art Studio yang berharga RM 47. Murah RM 3 la kalau dibandingkan harga asing-asing. Ini harga untuk pemegang MyKad tau. && Yes Sky Dome tu memang sekali dengan Cable Car. Walaupun aku rasa macam tak perlu je sky dome tu sebab hmmm korang akan tahu la bila masuk sana. Tapi sebab dia memang ade dalam pakej tu, masuk je lah Jah oii. Jom tengok gambar dekat Cable Car ke puncak!



Us. On the top of the Langkawi.



Cantik kan pemandangan? Memang puas hati la walaupun penat mendaki sikit haha. 

Next is, 3D Art Studio. Besar weh! Kalau nak dibandingkan dengan yang dekat PD tu, aku rasa Langkawi ni lagi best dan puas hati.Hihi.



Kiss sikit.


With Mr. Penyu


Tak dapat naik gajah, peluk dengan gambar pun jadilah.


Miss Miss Diva.


Awak suka saya sangat ke sampai nak kurung saya ni?

Jom kita balik ke rumah kita.

Malam tu, kitorang pergi Hj. Ismail Group shopping chocolate. Murah lah chocolate-chocolate kat situ. Macam coklat Daim biasanya kat sini harga RM20+, kat sana baru RM 15.90. Tapi aku tak beli lah coklat Daim sebab kat rumah aku ada lagi coklat tu. Aku beli coklat yang aku suka je.


Inilah hasil coklat-coklat yang aku beli. Aku suka Daim Snax tu. Sedap! Mahal sikit lah tapi sedap gila. Ritter sport tu pun sedap gila. And that Twix! Dulu aku suka makan Crunchie yang Cadbury tu tapi lepas kes Cadbury tu, aku suka Twix pulak. Rasa lebih kurang sama je. Ada biskut kat dalam. Yummy!

Lepas dah puas shopping, kitorang gi makan dekat Restoren Wan Thai. Lokasi dia dekat je dengan Hj Ismail ni. Makanan dekat situ sedap! Price dia? Yang aku ingat nasi goreng dia dalam RM 6-9. Range macamtu la. 

SECOND DAY


Hari kedua, kitorang pergi Island Hopping pagi tu. Harga Island hopping ni dah termasuk dalam pakej homestay dengan kereta tu. Kitorang berenam naik satu bot je sebab tak suka lah ramai-ramai. Rimas. 

Island Hopping ni memula kitorang pergi Pulau Beras Basah. Eh ye ke? Kitorang tak bergambar dekat signboard sebab ramai sangat orang dok lepak kat situ. Cantik pantainya. Kalau ikut hati, nak je aku mandi tapi sebab cuaca panas dan kawan-kawan aku tak nak mandi, aku pendam je la hasrat aku. Huhu.


Dapat rendam kaki pun jadi la. 


Inilah dia geng aku masa matrik. 


Ini kesayangan.


Nampak tak bentuk orang bunting kat belakang tu?

Petang tu, kitorang pergi Underwater world. Harga tiket untuk underwater world RM 30 sorang. Mahal? Memang pun. Bagi aku, Underwater World ni tarikan dia penguin je. Yang lain macam biasa-biasa jer.


Us with pingu.


Obor-obor ~~

Malam tu, kitorang singgah Dataran Lang. 

Aku ada sebenarnya tapi disebabkan gelap jadi tak nampak aku kah kah kah.

THIRD DAY


Last day, flight aku malam. Flight dua kawan aku pagi. So lepas hantar diorang kat airport, aku dan the remainings pergi The Bird Paradise. Harga tiket ni RM 18. Best la jugak, kau dapat kasi diorang makan, kau dapat main-main ngan diorang. Seronok gak la.


Ni paling best dan paling comel!



Nah, makan carrot ni.


Rabbit-rabbit yang comel!

Lepastu, kitorang hantar kawan aku gi jeti. Tinggallah aku dengan kazen aku. Kitorang jalan-jalan pergi shopping baju, beli cokelat lagi dan pergi massage. 


Tengoklah muka kitorang exhausted gila kut.

Penat tapi seronok! 

So...

Kat sini aku tulis perbelanjaan aku kat sana. 

Flight : RM 130 (around la, aku tak ingat sangat)

Homestay + Island hopping + Kereta : RM 135 (per person & aku pergi 6 orang)

Tickets for activities : RM 93

Okay that's all! Duit makan dan shopping semua tu korang pandai-pandai lah! Huhu. K korang, selamat bercuti ek! Byeeeeeeeeeeee.