18 July 2014

MH17

#PrayForMH17

Al-Fatihah untuk semua yang terkorban.

Ahli keluarga, saudara mara, dan sesiapa yang rapat dengan mangsa, harap sersabar. Semua yang terjadi ada hikmahnya.

Yep kami semua mungkin tak rasa apa yang korang rasa sebab kami tak melaluinya.

Mungkin kesedihan yang kami semua rasa cuma lah 10% daripada kesedihan yang korang alami.

Tapi kami semua takkan berhenti berdoa supaya Allah menempatkan mangsa-mangsa di tempat orang yang baik-baik. In Shaa Allah everything happen for a reason.

Believe in Allah. Don't ever salahkan takdir. Percayalah Allah takkan menguji hamba-Nya dengan perkara yang  hamba-Nya tidak mampu.

And for those yang buat rumours, buat joke bodoh about this thing, stop it. Ini bukan perkara main-main. Ini melibatkan nyawa orang.

And please please please please jangan salahkan PM, jangan salahkan MAS, jangan salahkan government, jangan salahkan krew MAS, jangan salahkan sesiapa.

Keadilan akan datang juga nanti. Allah itu Maha Adil.

For this time being, marilah kita semua bersatu dan keep praying for MH17.

15 July 2014

Double Standard

Korang tahu tak apa maksud double standard ni? Double standard ni macam...

Pompuan tu cakap banyak, dia joyah tapi kalau lelaki cakap banyak, dia friendly.

Gitu... macam kau buat tak apa, tapi aku buat tak boleh. That is so bad you know...

Aku ni dilahirkan sebagai sorang je pompuan. Abang dan adik aku laki (obviously). Jadi aku memang selalu kena double standard ni. Contoh-contoh situasi yang aku selalu kena...

"Inikan kerja perempuan, kau buatlah"

"Kau kan perempuan, kau kena lah buat semua tu"

Tapi disebabkan aku ni terkenal dengan sikap suka menjawab dalam adik-beradik aku, jadi aku akan selalu balas. Kengkadang aku bengang, aku tak buat pun apa yang disuruh. Biasalah anak kedua kan suka rebel sikit. Huhu.

Tapi kengkadang double standard ni bagus jugak. Macam...

"Berat lah. Kau kan lelaki, kau angkatlah benda ni."

"Panas lah kat luar. Kau lelaki, kau buat lah kerja tu."

Haha.

Sebenarnya double standard ni takdelah teruk sangat. Depends macammana orang guna. Tapi janganlah double standard sangat. 

Eh hello, aku pompuan aku pergi sapu laman juga kengkadang kat luar. Kau angkat pinggan bawak pergi dapur pun malas?

Okay bye.

12 July 2014

Puasa

Hai korang semua!! Selamat berpuasa. Macammana puasa? So far penuh tak? 



Puasa tahun  ni bagi aku lain dari tahun sebelumnya. Kenapa? Tahun ni aku berpuasa dekat rumah tanpa ada sebarang aktiviti. Faham tak maksud aku? Tak faham? Meh aku terangkan...

Dulu zaman aku sekolah, aku puasa kat rumah gak sebab aku sekolah harian je dari darjah satu hingga form five. Tapi kebanyakan masa aku habiskan dekat sekolah. Yelah sekolah balik kan dah pukul 3 petang camtu. Balik rumah, rehat rehat jap eh dah berbuka. Maknanya tak rasa sangat lah puasa tu sebab jadual pack. 

Pastu habis zaman sekolah, masuk matrik. Kat matrik lagi la jadual dia pack. Kelas sampai pukul 5. Beli makanan itu ini pung pang pung pang balik eh dah berbuka. Tapi sedih weh tahun lepas puasa. Dahlah puasa jauh dari keluarga for the first time. Tak dapat balik hujung minggu nak berbuka kat rumah. Balik rumah time nak dekat raya. Puasa berapa hari je dekat rumah. 

Ni haa dah habis matrik ni, aku duk umah tunggu keputusan upu keluar bulan 8 ni, dapatlah puasa sebulan penuh dekat rumah. Dan baru aku tahu puasa dekat rumah macamni lagi cepat laparnya. Ye lah, takde benda nak buat. Duk rumah tengok tv. Nak keluar naik kereta sikit mula lah pening lah apa lah. Peel memacam....

Huhu.

Okaylah itu je aku nak membebel harini. Sebab aku rasa dah lama gila aku tak membebel macamni. Asyik tulis entry yang puitis (ek eleh perasan. Sedarlah diri kau bukan budak sastera) je. Rasa lega sebab akhirnya dapat membebel macam nenek tua kat sini.

Haih blog I miss the old time....

Byeeee

03 July 2014

Siblings



Kengkadang aku rasa sakit hati sangat dengan kau sampai aku pernah terdetik, 'why you should exist?'



Kengkadang aku rasa kecik hati sangat sampai aku malas nak ambik tahu pasal kau. Siap aku cakap dalam hati yang aku takkan tolong kau bila kau susah nanti
.

Kengkadang aku rasa happy sangat dengan kau sampai aku minta janganlah cepat berakhir masa tu. Biarlah lama sikit.

Tapi kau kena tahu.


Andai kata satu hari nanti kau dalam kesusahan dan kau perlukan bantuan, kau boleh harapkan aku.


Andai kata satu hari nanti, kau dalam kesedihan yang teramat sangat, kau boleh datang dan pinjam bahu dan telinga aku.


Andai kata satu hari nanti, ada apa-apa berlaku, aku akan jaga kau semampu aku.
Kau tahu tak? Air dicincang takkan putus. Aku akan jaga kau semua selagi kita berbinkan ayah yang sama.

Kau jangan risau? Kalau kau lupa diri satu hari nanti atau besar kepala, aku akan bagi penampar tepat dekat muka kau supaya kau sedar siapa kau.

Sebab apa?

Sebab kita adik beradik.