14 January 2011

27 Facts about me



(1)  Nama aku. Kalau korang tengok nama belog aku pon, aku rasa kau orang dah boleh guess nama aku. Yup. Nama aku Mira. Sepuluh markah untuk anda. 

(2) Aku lahir tahun 1995. Ce kira umur aku sekarang berapa? Oh aku lahir bulan sepuluh tujuh haribulan. Aku dah bagitahu tu, jangan lupa bagi hadiah. *kenyitmata*

(3) Aku orang Negeri yang ada 9 daerah tu. Negeri apa? Cuba tekaaa. Yes, sepuluh markah untuk anda lagi. Negeri Sembilan lah bro. My lovely Negeri Sembilan. Oh, tahukah anda, aku tak pernah stay luar dari Negeri Sembilan. Maksud aku, aku tak pernah tinggal dekat negeri lagi selain negeri Sembilan. Nampak tak betapa aku cintakan Negeri aku? Haha. K sila ambil baldi sekarang.

(4) Pernah tak korang wonder kenapa nama belog aku supermiera? Kenapa bukan kuasamiera? Ataupun the-power-miera? Sebabb.. Sebabb.. Sebab aku suka dengan nama supermiera tu. Nampak kena dengan nama aku. Betul dak?

(5) Aku ada 3 sekolah dari aku standard one hingga form five. Standard one, aku sekolah dekat Sekolah Kebangsaan Dato' Bandar Rasah. Lepastu bila Sekolah Kebangsaan Seremban 2B dah bukak, aku terus masuk sekolah tu. Sebabnya dekat sangat dengan rumah aku. Jalan kaki tak sampai lima minit dah sampai. Then, aku form one aku sekolah dekat Sekolah Menengah Kebangsaan Seremban 2 yang sebelah SKS2B.

(6) Aku peminat setia colour hijau. Sebab apa? Entahh. Tetiba je hati aku memberontak cakap dia suka colour hijau. Haha. Terus aku beli semua barang aku colour hijau. Hinggalah sekarang.

(7) Aku orangnya pendek je. Tinggi aku 152 cm. Pendek sangat kan? Nak buek camno? Dah genetic. Dekat sekolah, aku selalu kena bahan sebab pendek. Depa semua panggil aku adik. Kwajo! Umur kita sama k.

(8) Aku jenis tak cerewet. Aku makan semua makanan sebenarnya. Tapi ada lah beberapa yang aku tak makan. Contohnya apa? Hmm masak lemak cili api, peanut butter, kuah dhal. Pelik? Lantak kau lah.

(9) Aku peminat setia biskut. Kira macam biskut sentiasa ada dalam stok makanan aku lah. Sebab biskut ringan dan mudah. Kalau roti, leceh nak bubuh jem lah apa lah. Biskut ni, just ambil sepeket masuk dalam poket dan pergi sekolah. Tapi selalunya aku bawak 2, 3 paket sebab sepaket mana cukup. Sepaket ada 3 keping. Si polan tu makan sekeping, aku makan sekeping, polan tu makan sekeping lagi. Dah habis. Tapi aku tak kisah sangat pon. Sharing is caring kan bak kata omputeh.

(10) Aku tak reti gulung lidah. DIAM! 

(11) Mata aku aset aku. Waktu aku form four, semua budak lelaki dalam class aku panggil aku CEPET disebabkan mata aku yang sepet. Kwajo tak? 

(12) Aku cepat stress dengan benda-benda yang kecil. Macam.... lupa bawak air pergi sekolah. Haha. Malas aku nak beli air dekat kantin. Air rosakkan buah pinggang. Pewarna letak berlambak woi.

(13) Aku jugak cepat happy dengan benda yang kecil. Like... crush aku senyum dekat aku. 

(14) Speaking of crush, kita ada banyak crush. I mean, kita banyak yang kita suka nengok. Yang kita suka gaya dia. Tapi... crush hanya sekadar crush. Tak lebih dari tu. No hard feeling.Just for fun.

(15) Oh aku cepat down jugak. Bila ada subject yang aku fail, aku mesti down. Mesti tak semangat seminggu. Haha. Teghuk naa.

(16) Koreaaaaaaaaa? Aku tak ah fanatik sangat. Aku cuma layan Running Man and some of their dramas. Dan juga layan lagu Jong Kook sebab aku minat dia sebab badan dia sangat awesome! Tapi aku tak ah minat sampai sanggup beli album beratus-ratus ringgit. Dari aku beli album tu, lebih baik aku beli baju. Ada gak pekdahnya.(faedahnya)

(17) Aku tak pernah kena chicken pox.

(18) Aku tak reti lastik guna getah! Pengakuan berani mati. Haha. Walaupun ramai dah ajar, aku tetap tak boleh. Aku lastik, getah tu pergi tak jauh pon. Sodih.

(19) Aku tak pandai speaking sangat. English aku biasa-biasa je. Tak bagus mana pun.

(20) Aku kerap sangat salah cakap. Tersasul. Lepastu kena drop. Sakit hati.

(21) Orang cakap perangai aku macam budak-budak. Tak matured. Orang cakaplah. Aku tak cakap pun. Haha.

(22) Tak suka dengar lagu omputeh sangat. Tak tahu kenapa. Sebab tu ah English pon tak berapa teror.

(23) Aku tak suka bangun pagi. Tapi senang bangun pagi.

(24) Aku suka bulan Ramadhan dan Syawal. Bulan Ramadhan sebab bulan mulia. Lagipun bulan Ramadhan, boleh turun berat badan. Hehe. Syawal sebab... Jap sapa tak suka raya ha? Semua orang suka kan. 

(25) Oh dan aku suka bulan Oktober jugak. Sebab birthday aku. Hihi.

(26) Aku si pemalas pergi sekolah. Selalu cari alasan tak nak pergi sekolah. 

(27) Aku tetap aku.

No comments: