Jap... Siapa kitorang tu?
Kitorang tu aku(supermiera), Beela, Izzani, Nadiah, Niena. Siapa mereka ini?
Inilah "kitorang" tu. From behind, Supermiera (obviously aku), Niena, Beela, Nadiah and Izzani. Time ni kitorang dalam bas. Tambang bas dari Seremban ke Stesen PD baru RM 4. Murah ke tak murah tu? Murah aaa kan. Okay sebenarnya aku spend kat sana less dari RM 70. Like seriouslyyyyyyyyyy.
Sampai sana, pergi supermarket kejap. Beli barang-barang sikit macam air, tuna, roti segala bagai aaa. Baru RM 7.20 sorang.
Pastu beli buah RM 1.
Then balik apartmen Izzani. Lepak-lepak sana. Tengok movie Minyak Dagu. Pastu perut lapar. Pergi lunch dekat kedai sebelah Politeknik PD. Aku order nasi goreng pattaya dengan sirap limau (sebenarnya aku order sirap laici tapi dia salah dengar kot). Baru RM 6.50. Pastu beli barang untuk masak dinner dalam RM 5.50.
Pastu petang balik apartmen. Rehat jap. Lepas Asar, mandi kolam!!! Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.
Mandi kolam!! Splashhhhhhhh...
Okay pastu malam lepas Maghrib dan lepas habis tengok Setia Hujung Nyawa, kitorang masak dinner reramai!! Sebenarnya ada gambar makanan yang kitorang masak tapi mak aku terdelete gambar tu. Sobs Sobs. Kitorang masak Maggie Korean Style. Hahaha KONONNYA.
Malam tu, kitorang main game UNO yang diubahsuai ikut cara family aku main dulu. Macammana? Senang jer, cara main dia sama. Yang bezanya, siapa kalah muka dia kena conteng. Dua orang yang menang dulu dapat conteng muka orang yang last sekali kalah dengan alat kosmetik (macam lipstick, celak). Haha. Best main game ni sebab boleh conteng muka orang. Camne jadinya muka kitorang?
Inilah hasil karya kami semua. Yang mana satu yang aku conteng? Aku conteng dua garis kat pipi beela. Aku conteng garis dahi kat muka Nadiah. Dan aku conteng sambung kening dan janggut kat muka Izzani. Hoho.
Pastu tengok movie dan tidur. ZzzZzzz
Hari esoknya, bangun awal. Buat sandwiches, hot dog, daging burger dan bebola untuk jadi bekal piknik. Dan kitorang pergi Pantai Purnamaaaaaaaaaaaa. Kosong giler. Takde orang.
Makan makan..
Pastu sebab boring sangat takde orang, kitorang sanggup jalan kaki pergi Teluk Kemang. Jauh gak. Sakit kaki.
Kat sana, main banana boat! Yeayyyyyyyyy
Baru start..
Baru jalan...
WOI!! LAJUNYAAA. Menggigil,
Posing jap kat tengah laut.
Jatuh!!! Hoho.
Okaylah, pengalaman baruuuuu naik banana boat. Dulu pernah gak naik tapi tak jatuh. Sebab takot. Hoho time nak jatuh ni dug dap dug dap gak. Macam nak gugur je jantung. Hoho.
Oh banana boat RM 10 sorang.
Balik jalan kaki. Serious wa cakap, penat gila. Sampai rumah lepas mandi dan keringkan rambut dan solat Zuhur then ZzzzzZzzz.
Lepas Asar, pergi Telok Kemang. Naik teksi sorang RM 1. Pergi Telok Kemang beli T-shirt. Harga T-shirt baru RM 18. Then makan air batu campur, Oh yang tu Nadiah belanja. Hoho. Pastu balik apartmen kena jalan kaki!! PENAT!!
Dalam lif. Tima nak bertolak gy Telok Kemang...Semua muka stok baru bangun tido ni.
Bergambar di tepi kolam.
Rasanya time ni kat tengah jalan time nak balik. Hoho. Muka penat semua orang!!
Yeay sampai pon apartmen!! Finally bebehhhhhhhh :)
Marilah lihat gambar kami semua syok sendirii sementara menunggu mak niena untuk jemput kitorang.
Me with the twin (beela)
Beela. izzani. Amirah. Kami geng Merah!
Kami.
Apa ni feeling lentok?? Gedih ah kau Mira...
Kami saling sayang menyayang.. Hoho Hashtag Ini Semua Poyo.
Oh kau nak jadi sivaji the boss eh Mira? Motif?
Love among us...
Muahahahahaha. Ke tepi semua orang, aku nak konker satu gambar ni. Muahahahahaha.
Oh anda semakin menjadi gila, Mira. Mohon pergi check otak anda...
My twin and me!! Serupa tak?Hoho Serupa tapi tak sama...
Okay setakat ni je lah entry guaaaaa. Gua penat dah ni. Kalau korang perasan, makin sampai ke penghujung, makin merepek apa yang aku tulis. Hoho.
Okay, so setelah dikira-kira, memang aku spend less than RM 70. Ini semua thanks to parents Izzani sebab kasi kitorang stay dekat apartmen dia dan mak Niena sebab jemput kitorang balik. Hoho jimat duit.
Jadi kalau korang nak jimat duit, pergilah vacation di mana korang ada tempat tinggal free!!! Hoho. Apapun, aku belajar banyak dari vacation aku dengan kawan-kawan aku ni. Best memory ever!
Next plan apa ye? Mungkin pergi theme park dengan kawan-kawan? I don't know. Kita simpan duit dulu okay. And I need to find a job... Like seriously. Hoho.
Okay bloggers, till then. Goodbye and Assalamualaikum...
No comments:
Post a Comment