Hai. Harini aku rajin nak update blog. Sebab apa? Sebab aku dah bluetooth semua gambar-gambar dari camera tab masuk ke laptop ni. Yeayyyy! Gambar-gambar tu semua mencecah seribu lebih weyh! Sebab sejak first time beli(which is akhir tahun 2011) tak pernah transfer. Jadi harini aku nak share sikit gambar makanan! Yummy!!! Tapi takdelah banyak sangat sebab aku pon jarang capture gambar makanan... Jap, gambar semua tak ikut turutan. Aku main letak jer ikut suka hati aku. Hehe.
Chocolate dari Disneyland Hong Kong. Eh tak, aku tak pergi pon sana. Jiran aku yang pergi. Jadi dia kasi coklat ni. Comel sangat coklat ni. Bentuk mickey mouse.Tapi telinga dia sebelah dah kena gigit. Hiks Hiks. Sedap dowhhhhhhhhhhhhhh!!
Cawan hijau yang diberi oleh Izzani Madzlan! Yeayyyyyyyy. Comel sangat. Oh time ni, brunch sebelum nak study. Nak SPM lah katakan time tu. Jadi sebagai pemberi tenaga, aku makan ah roti cicah milo. Sedap!!! All time fav.
Mc Shaker!! Aku suka gile makan mc shaker. Sedap aaaaaaaa. Oh sebenarnya aku memang suka fries Mc D. Sedap sangat!!! Yummyyyyyyyyyyyy.
Ice-cream cake!! Sedapnyaaaaaaaaaaaaaa. Time ni, saje jer nak test cake dari kawan mak aku. Ingat kalau sedap, nak order time birthday aku tahun lepas. oh memang sedap pun dan oh memang aku order pon time birthday aku. Hik Hok...
Western style breakfast. Memang kengkadang kalau malas nak masak, kitorang breakfast camni jer. Senang. Goreng telur. Goreng nugget. Masuk dalam microwave read beans. Ambik roti dua keping. So delicioussssss. Kenyang pun memang aaaaaaa. Dan bajet rendah...
Sedap tapi mahal!!!!!! Huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Chocolate cupcakes!!! Aku yang buat time bulan puasa tahun lepas. Hik Hok. Sedap. Tapi kat bawah dia ada yang hangus sikit. Hahahahahahaha.
Ayam goreng crispy. Yummy. Aku yang buat gak..
Caramel!! Senang jer buat dia. Aku dapat resepi dia dari Liyana dulu. Adik aku paling suka kalau aku buat benda alah ni. Memang ah senang buat tau tapi banyak beno telur guna. Huwaaaaaaa! Gemok ah kalau selalu buat.
Kuih raya 2012. Aku yang buat gak. Entah kenapa, aku rajin benau nak buat ni. Rasa dia pelik sikit sebab madu yang aku guna tu rasa dia pelik. Tapi sedap! Bebudak suka benau makan. Kuih raya paling laris 2012. Hehehehe..
Barbican!! Air ni banyak betul gas nya. Aku jarang minum. Sebab gas dia banyak. Dan mesti sakit perut kalau minum air ni. Haih...
Oreo goreng!!! Yummy. Pelikkan? First time aku dengar pasal oreo goreng ni, budak classmate aku yang bagitahu. Dia asyik cite pasal oreo goreng. Pastu entah camne hati aku tergerak nak buat! Hahahahahaha rupa dia buruk benau! Rasa dia sedap aaaaaaa sebab oreo ni cam lembik-lembik. Deliciousssssssss!!
Bubur kacang durian!!! Nenek aku masak. Oh aku suka makan bubur kacang durian sejuk. Pelik? Hhahahaha lantak argh...
Lempeng KIMCHI!!! Huhu. Sedap woi. Korean food. Rasa dia masam-masam. Pastu aku bubuh cili so dia ada rasa pedas-pedas gak. Yums Yums Yums.
Sape kenal buah ni? Buah ni dari Korea. Orang kampung panggil 'kaki pisang'. Hik Hok. Sedapppppp!!!!!! Seriously sedap. Boleh makan dengan kulit sekali. Makan macam epal jer.. Tapi dia ikut musim. Jadi susah sikit nak cari...
Spygethi!!! Yummyyy! Aku suka masak dan makan benda alah ni!!! Sedap gile.
Koktel karamel cara Malaysia. Sedap gileeeee. Dan senang nak buat.
Bubur labu. Sebenarnya time aku buat ni, aku ingat aku nak buat yang cara Korea. Yang ada bebola yang dibuat dari tepung beras/ Tapi tak jadi. Hik Hok. Tapi sedap gak. Pekat gila bubur ni aku buat.
Garlic bread dan Mushroom Soap. Sedap sangat. Breakfast gua entah bile. Aku dah lupa...
Agar-agar milo!!!! Pun senang gak nak buat. Yummy.
Bibimbap!!!! Sedap dowh!!! Korean food.
Okay sampai sini sahaja. Aku dah penat menaip. Hik Hok. Lain kali aku update entry bergambar lagi. Hari ni aku dah penat.
Selamat menjamu mata dengan gambar-gambar makanan kat atas tu!!
K bye...
No comments:
Post a Comment