08 June 2014

Untuk perempuan sahaja



Hi! Entry kali ni khas untuk perempuan sahaja. Yer, lelaki tak payah la baca entry ni. Skip this entry will you boys?

Dalam entry ni, aku nak tulis a few tips untuk kita wahai para perempuan. Bukan nak bagi tips muka flawless ataupun tips kurus sebab muka aku pon berjerawat jugak dan aku pon tak kurus walaupun masih dalam kategori normal ye.

Just nak bagitahu tips umum untuk kita. Okay let's start.

(1) Siapa kat sini senggugut? Angkat tangan!! Haha aku pun menghadapi masalah ni. Dulu senggugut aku teruk tau. Maknanya masa first day aku period tu, aku memang baring je. Time sekolah dulu, memang kalau aku kena period,aku ponteng sekolah. Jadi kau bayangkanlah setiap bulan mesti ada absent sekali disebabkan masalah senggugut yang teruk. Tapi...

Kini tidak lagi! (Dramatik tak ayat?) Senggugut tu ada lagi tapi tak ada la teruk sangat. Maknanya tak ada la aku baring je sepanjang first day period tu. Aku boleh la jenjalan, tengok wayang bla bla. Sakit tu kurang la cuma rasa macam lenguh lenguh pinggang je.

Apa tips? Itulah aku nak bagitahu ni. Korang amalkan senaman ni. Jap aku describe camne senaman ni. Memula korang baring atas katil ke atas lantai ke atas sofa ke. Suka hati korang la, janji boleh baring. Tapi aku slalu buat atas katil sebab lembut. Lepas dah baring korang luruskan tangan. Angkat dua dua kaki perlahan-lahan sampai 90°. Pastu tahan jap selama mana korang boleh dan turunkan kaki perlahan-lahan. Buat lah sebanyak yang korang mampu. Amalkan tiga empat hari sebelum period. Kalau rajin buat lah setiap hari. Insya-Allah berkesan.

(2) Hari pertama period tu, jangan minum air sejuk. Minum air panas atau suam.

(3 ) Tukar la pad tu selalu. Jangan biar lama sangat. Tak elok untuk kesihatan kita. Dalam sehari tu pastikan tukar pad 3-4 kali yer girls.

(4) Ada jugak orang kata minum air coke masa period elok. Well yang ni aku tak tau betul ke tidak sebab aku jarang minum air coke. Cause perut aku tak tahan sangat air gas ni.

(5) Kalau nak hilangkan kesan darah akibat bocor kat pakaian dalam kita atau apa-apa lah, guna sabun mandi atau syampoo. Stain tu akan lebih senang hilang.

(6) Tak payah guna berus nak hilangkan kesan darah tu. Just geselkan pakaian tu. Hmm camne ek nak describe. Pepaham sendiri je boleh?

(7) Minum air mineral banyak-banyak. (Benda ni aku paling susah nak ikut sebab tergoda dengan air manis)

(8) Kalau sakit perut, pegang perut sambing cangkung. (Okay ni takde motif)



(9) Pakai ubat gigi kalau nak hilangkan jerawat dalam masa yang singkat. Pakai sebelum tidur. Kau guna je colgate apa-apa pon. 

(10) Amalkan pakai bedak sejuk before tidur untuk hilangkan kesan jerawat. Oh well, benda ni aku baru start amalkan. Biasalah leceh kan pakai bedak sejuk. Kengkadang habuk dia masuk mata, pergh perit gila rasa. Masuk dalam hidung terus terbersin sampai penuh katil dengan partikel-partikel putih tu. Hahaha.

Okaylah itu sahaja petua yang aku boleh bagi! Ini yang aku pernah buat kecuali nombor 4 tu. Hehehe. Okay bye semuaaaaa!!

No comments: