21 December 2012

Korean Drama(s)

Hai. Memandangkan sekarang ni cuti sekolah. Eh jap, dah tak perlu panggil cuti sekolah kot sebab aku dah habis sekolah. Jadi nak panggil apa? Cuti akhir sekolah? Pun boleh la. 

Hehe. Okay berbalik pada ayat atas.

Memandangkan sekarang ni cuti akhir sekolah, aku pun menghabiskan hari-hari aku dengan menonton cerita. Drama, movie, karton. Melayu, Korea, Englis, Indo, Filipina. Semua aku bantai tengok. Hehehe.

Tapi harini aku nak tunjuk Drama Korea yang aku dah tengok/sedang tengok. Untuk panduan kepada sesiapa yang tercari-cari drama Korea yang best kan. Drama okay. Bukan movie bukan variety show. Just Dramaaaaaaaaaaa. Cerita bersambung-sambung tu. Okayyy.

Oh dan tak ikut urutan jugak. Aku tulis yang mana aku ingat dulu. Hehehe. Here we gooooooo for real.

(1) My Girlfriend is a Gumiho




First Korean Drama yang aku tengok online. Hehe. Lee Seung Gi comel sangat ahhhhhhh. Shin Min Ah pun comel sangattt. Hehe. Cerita ni serious best. Dulu cerita ni ada dekat ONE HD tapi aku tak tengok sebab time dia tak kena aaa. Malam minggu. For sure abang dengan ayah aku nak tengok bola. Jadi sebab tu la aku tengok online. Hahaha. Serious you all should watch this drama. Best sangat. Five star out of five.

(2) To The Beautiful You




Cerita ni aku nengok kat ONE HD. Sebenarnya adik aku yang entah kenapa dia boleh minat cerita ni. Dia bukannya layan sangat cerita Korea ni. Tapi bila cerita ni, dia siap suruh record nak tengok. Muahahahaha. Pelik juga aku. Mungkin sebab cerita ni agak kelakar kan. Hahahahaha. Cerita ni pun best. Should watch. Five star jugak.

(3) Loving You A Thousand Times




Cerita ni best jugakkkkkkkkkkk. Ada Hechulllllllllll. Hehehe Hechul comel sangat. Hechul kan nama dia? Hehehe. Cerita ni best. Tapi banyak beno episodnya Pelakon utama lelaki tu hensem siut. Tak ingat nama dia. Cerita ni pasal ibu tumpang. Form five bio belajar pasal ibu tumpang ni. Okay cerita ni four star out of five stars.

(4) My Ex And The Neighbours




Cerita ni best jugak. Baru habis dekat ONE HD haritu. Cerita ni dulu pernah keluar. Pastu maybe tak dapat sambutan, dia ulang sekali lagi. Dan aku pun tengok yang versi ulangan tu. Hahaha. Best cerita ni. Eun So comel sangat. Siapa Eun So tu? Nak tau, tengoklah sendiri. Cerita ni pasal bekas laki dia yang tinggal sebelah rumah dia. Bukan rumah diorang sebenarnya. Rumah siapa, korang tengokah sendiri. Four stars out of five stars..

(5) Protect The Boss



Protect the boss! Cerita ni kelakar sangat. Aku kenal Ji Sung pun dari cerita ni lah. Dalam cerita ni, Ji Sung jadi lelaki yang lembik. Hahaha comel sangat. Tapi cerita ni memang best. Kelakar. Tapi sayangnya, aku selalu missed episode cerita ni. Sebab dia kan siar malam. Malam aku mana tengok sangat cerita Korea. Sebab tu laa. Tapi, cerita ni memang best. Kelakar. Dan comel. Five stars out of five!

(6) The Innocent Man




Cerita ni gila besttttttttt! Seriously. First drama yang aku tengok dekat channel KBS HD. Hahaha. Aku start tengok pada episod 3. Sampailah habis. Tak pernah missed kot. Sebab cerita dia best sangat. Buat kita tertanya-tanya apa yang akan berlaku. Dan Jong Ki comel sangattttt! Kwang Soo. Hahaha lawak pulak nampak dia berlakon jadi macamtu. Siapa yang tengok running man faham apa yang aku cuba sampaikan ni. Hehehe. Five stars!


(7) Swallow the Sun


Cerita ni best! Ji Sung berlakon lagi! Kali ni dia jadi serious. Wowwwww! Nampak sangat real weyh. Nampak lain giler dengan watak dia sebelum ni, And that's made him soooo handsome? Hahahaha. Tapi cerita ni memang best! Five stars lagi!

(8) My Daughter The Flower


Cerita ni tengah disiarkan dekat ONE HD. Setiap hari Isnin hingga Jumaat pukul 10 lebih. Best jugak. Tapi cerita ni panjang sangat. Seratus lebih episod dia. Sampai aku malas nak tengok. Hehe. Cerita ni pasal satu keluarga yang dah berpecah-pecah. Keluarga yang kelam kabut sangat zzZzzZ. Hehe. Three stars je kot.

(9) Mackerel Run



Cerita ni pun best. Aku tengah tengok online cerita ni. Pendek je cerita ni. Ada 8 je episod kot. Kelakarrrrrr. Seriously. Pecah perut aku tengok cerita ni. Pasal budak high school. Nak komen panjang-panjang pun, aku baru tengok sampai episod 3. Best. Aku bagi five starssss!

(10) My Blessed Mom


Cerita ni baru episod 4 harini dekat Astro One HD. Dulu pernah keluar jugak setiap hari Jumaat. Tapi aku malas nak nengok. Best setakat ni aku nengok. Hehehe. Lain dari yang lain sikit cerita ni. Five stars jugak.

Okay tu je lah. Sepuluh pun dah lenguh pinggang aku menaip. Hehehehe. Aku bukanlah peminat Korea yang tegar. Tapi aku tengok jugaklah cerita Korea. Ada yang best ada yang tak. Kena pepandai pilih ah. 

Okay. Aku nak tengok My Blessed Mom ni! Okay byeeeeeeeee!

5 comments:

Izzani Madzlan said...

My Girlfriend is a gumiho tu best kannnn? Seung Gi hehehe :3 Try tgk Secret Garden, best gak :)

supermiera said...

Secret Garden? Dulu aku ada tengok gak sikit-sikit. Hehehe. Nanti kalau ada masa aku nengok!

intan kamilia amaniena said...

miera,dh tgh boys over flower? pun best gakk. my blessed mom 2, dh abis dh. tp mmg terbaik la :) ihiks

taufik maria said...

tq sbb bg idea nak tengok cerita yg mane 1.. ngah cari citer yang kelakar2 je. xnak tengok cerita sedih..

Syarifah Abdul Nasir said...

Emergency couple. Memang best... Klakau