Eh bila masa pulak aku pergi hanoi ni?
Haaa sebenarnya dah lama dah aku pergi Hanoi. Tahun lepas lagi tapi aku takde masa nak scroll album gambar dan update. Sekarang ni baru ada masa (sebab kena tinggal dengan rumet, duk sensorang dalam bilik).
Masa aku pergi Hanoi dulu, masa tu musim sejuk. Best! Ye, sila percaya yang Hanoi pun ada musim sejuk. Walaupun sejuk dia bukan sampai tahap turun salji, tapi still sejuk. Menggigil. Kena pakai jacket berlapis-lapis. Lagi-lagi masa pagi, pergh sejuk gila weh. Sampai tulang rasa sejuk dia.
Okaylah, mari aku ceritakan sedikit tentang trip aku ke Hanoi.
Sebenarnya, aku ikut trip company ayah aku. Maknanya aku pergi dengan kengkawan office ayah aku. Aku pergi dengan ayah aku and Iki jer. Trip tu 4 hari 3 malam je. Pergi hari Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad.
Bertolak hari Khamis pagi. I mean like totally pagi. Before Subuh kut flight kitorang. Kena ada kat airport pukul 2 pagi. So kau bayangkan lah macam zombie aku kat airport. Ayah aku dah mengantuk gila, tidur kat corner airport. Aku dengan Iki merayau dalam airport cari aiskrim. Hahaha.
Keluar je dari airpot diorang, pergh sejuk mula mencengkam tulang-tulangku. Kita orang Malaysia mana biasa sangat dengan cuaca yang sejuk macamtu. Al-maklumlah, negara kita kan panas. Tapi aku suka sejuk-sejuk.
First destination kitorang adalah..... (aku dah tak ingat sebenarnya). Tapi yang aku tahu tempat tu cam ada bangunan Ho Chin Min. Pastu ada cam tasik. Orang kata, kalau kita tepuk tangan, nanti ikan timbul. Masalahnya aku dah tepuk tangan sampai tapak tangan aku merah, ikan tu tak muncul-muncul pun. Ikan tu benci aku ke pe?
Haa ini lah yang aku kata ada bangunan Ho Chi Minh tu. Sesiapa tahu apa nama tempat ni? Maafkan memori saya yang dah tak kuat ni. Almaklumlah dah tua. Uhuks uhuks.
The scenery was pretty. Cantik sangat.
Lepastu pergi makan, check in hotel. Oh, kitorang check in hotel Sunway. Yer, hotel tu owner dia orang Malaysia. Mandi dan siap-siap nak keluar lagi.
Jalan-jalan shopping kata nya. Beli kain sutera ke pebenda tah. Aku mana tahu nak beli kain-kain ni so aku ngan Iki lepak kat tepi kedai, main ambil-ambil gambar. Ayah aku lepak dekat kedai kopi dengan kawan-kawan dia. Haha tunggu je la kaum-kaum mak beli kain.
Ayah & Me.
Sepatutnya malam tu pergi tengok puppet show yang famous kat sana tu tapi ayah aku malas nak join. So kitorang ponteng. (Now you know dari mana aku ambik perangai ponteng ni kan. Hahahahahaha) Kitorang naik taxi dan balik hotel sebab ayah aku nak tengok bola. Malaysia lawan Vietnam. As for me, aku nak tido. Ngantuk ZzzZzzZzz.
Second day
Kitorang pagi pagi dah bertolak pergi Halong-Bay. Kitorang nak bermalam dalam cruise. Imaginasi aku yang tinggi (tapi tak setinggi sampai dapat bayangkan macammana bentuk molecules dalam Inorganic Chem), aku ingat cruise tu macam cruise dalam movie Pisau Cukur. Rupa-rupanya kocik je hahahaha. Tapi still cantik juga.
So basically, kitorang duduk dalam cruise dan tengok-tengok pulau yang cantik.
Cantik kan?
Then, kitorang masuk gua.
Still in the gua
.Kalau bukan sebab cuaca yang sejuk, dah lama aku terjun dalam pantai tu. Cantik sangat.
Hari ketiga
Moh le kita balik ke darat. Oh there is something I should tell you all yang plan nak bermalam di cruise ni. Be careful with the toilet. Masa ni, kitorang semua naik tiga cruise. So malam tu, kitorang rapatkan cruise cruise tu so that senang nak masuk cruise lain (untuk karoke ke apa ke). Jadi, bila cruise dah rapat tu, kalau kau naik cruise punya rooftop, kau boleh nampak bilik dan toilet cruise sebelah. So please be careful. Aku dengan Iki nampak kut orang tengah membuang dalam toilet cruise sebelah. Nasihat aku, tutuplah tingkap toilet dengan tisu ke apa ke so that orang lain takleh nampak apa yang berlaku dalam toilet tu.
Tujuan trip ni sebenarnya nak pergi masjid diorang, nak jumpa orang Islam dekat sana. Don't be suprise sebab tak ramai Islam kat sana. Serious. Sikit gila. Kalau tak silap aku, tak sampai 50 orang pun. Sangat-sangat sedikit. So balik dari naik cruise tu, kitorang pergi singgah masjid ni.
Memang dekat sini susah nak cari makanan halal, susah nak cari orang Islam.
Pastu malam balik hotel yang masa first night kitorang tu. Malam ada dinner ramai-ramai. Ada sesi pertandingan karoke. Ayah aku masuk pertandingan tu sebab kengkawan dia sebut nama dia. Hahahaha. Gigih berlatih nyanyi. Last-last waktu nak bertanding tu, lagu rosak!!! Hahahahaha tak dapat nak present. Lawak betul.
Hari keempat.
Masa untuk balik Malaysia you guys! Hahhhh rindu Malaysia. Hahahaha gedik.
Okay bye kakak naga nak balik rumah dah. Sebab esok dah ada kuliah. Zzzz. (Last-last tak gi pun kuliah sebab penat sangat)
Maaflah kurang informasi pun entry ni. Lebih kepada show off gambar jer. Sorry sangat-sangat. Otak dah berkarat memandangkan dah lama sangat pergi ni. Lepasni aku akan update cepat-cepat kalau aku pergi memana.
Oh dan aku akan buat journal kalau aku travel luar lain kali.
But whatever is it, korang kalau nak melancong pergi Hanoi, pergi lah. Dan aku sangat syorkan pergi waktu musim sejuk. Sebab ala, bosanlah pergi waktu cuaca panas. Hahahaha. Best kut pergi musim sejuk.
Okaylah bye korang! Ada apa-apa pertanyaan, boleh tanya. Hakak naga tak marah. Hehehehe.
No comments:
Post a Comment