10 August 2011

10 Things To Do Before I Finish My School

Fuhh. Tajuk je dah panjang kan. Tapi Nampak gempak tak tajuk tu? Derr, jangan nak menipu. Cakap je lah gempak. Jangan nak menafikannya lagi. Benci tau.


Kenapa muka aku macamtu? HIHI. Aku sendiri tak tahu. Sengaja masukkan gambar ni menandakan aku budak sekolah lagi ky.


Okay ni aku tulis saje-saje. For fun. Sementara nak menunggu pukul 3.50, nak tengok cerita Korea kan aku tulis lah benda ni. Sambil dengar lagu Kim Jong Kook okay. Dahlah Mira, jangan nak membebel lagi.

  1. Aku nak belajar betul-betul. Serious! Aku nak score straight A plus dalam SPM aku. Insya-Allah. Doakan aku ye semua. Aku nak banggakan ibu aku, aku nak buktikan dekat ayah aku, aku nak jadi contoh kepada adik aku dan saudara-saudara aku.

  2. Aku nak turunkan berat badan. Walawey, ini pun masuk dalam list ke Mira hoi? Kenapa ada dalam list ni? Sebabnya, metabolism kita tinggi bila kita dalam alam remaja kan? Sebab kita kan berjalan je kerja, kalau boleh satu sekolah nak round kan. Betul tak? Nak turunkan berapa berat badan? Hmm… Nak berat badan 45 kilogram, boleh?

  3. Aku nak pakai tudung. Betul aku cakap. Aku nak pakai tudung sebelum aku habis sekolah. Lepastu aku nak belajar cara pakai selendang yang sekarang ni tengah meletopz you allz. Ehh jangan salah sangka, aku nak pakai tudung sebab Allah yang utamanya. Fesyen jatuh kepada sebab kedua untuk pakai tudung, okay?

  4. Aku nak belajar masak. Wohhhh, ini perkara penting ohh untuk perempuan. Perempuan kalau tak reti masak, susah wohh. Nanti macammana nak bagi anak-anak makan? Nak bagi suami makan? Kan? Jadi aku nak belajar memasak. Nanti bila hidup bujang, takdelah asyik makan dekat luar je kan. Tapi aku lebih suka masak benda western western ni macam pasta, cakes. Aku kureng sikit masak makanan kampung macam nasi lemak semua tu. Tapi takpe, aku nak belajar jugak!

  5. I-pad 2 boleh tak masuk dalam list ni? HEHE.

  6. Aku nak dapat check Churp Churp yang akuu baru daftar tuu. Kalau boleh aku nak check RM200, boleh? Hehe. Kalau nak, kenalah rajin promote kan churp churp kan? Guys, ini korang totally kena tolong aku. Kalau ada aku suruh click, just click okay? Cantekk!

  7. Aku kalau boleh nak lesen motor. Lesen motor je lah kan. Lesen kereta memang tunggu habis sekolah dulu baru boleh ambik lah kan sebab birthday aku kan bulan 10. Jadi takkan aku nak ambil bulan 10 kan? Memang tak lah, dahlah waktu tu nak dekat SPM, mesti mak aku suruh focus untuk SPM. Tapi kannnn, lesen motor ni pun, bukannya ayah aku kasi pon. Semuanya disebabkan abang aku? Kenapa sebab dia? Panjang ceritanya. Godek-godek lah older entry aku kayh.

  8. Aku nak belajar pakai high heels boleh? Okay jangan gelak bila baca statement aku tadi. Tapi yes, aku memang nak belajar pakai heels. Sekarang pun aku ada kasut heels satu. Tapi baru dua kali pakai lah. Which is sekali aku pakai keesokannya selepas beli dan satu lagi aku pakai untuk ambil anugerah PMR 2010 dekat sekolah sebab aku pakai baju kurung kan, takkan nak pakai sneakers kot. Tak senonoh. Kenapa pulak aku nak belajar pakai high heels? Sebab nanti bila aku dah kerja, takkan aku nak terus pakai sneakers? Kononlah aku kerja jadi lawyer, so takkan pakai sneakers? Tak senonoh tau.

  9. Nak tinggi boleh tak? HEHE. Betullah aku nak tinggi. Bersungguh-sungguh aku cuba untuk tambah ketinggian aku. Sekarang ni ketinggian aku 150 cm which is sangat pendek sebab classmates aku semua 155 cm ke atas. Aku sorang je yang 150 cm. Agak down lah sebenarnya bila diorang asyik mempertikaikan ketinggian aku tu. Aku beli calcium dan makan setiap hari untuk tinggi. Nampak tak kebersungguhannya itu? Paling kurang pun biarlah ketinggian aku naik 5 cm sebelum aku habis sekolah ni haa. Tapi lebih baik kalau naik 10 cm kan. HAHA.

  10. Semua di atas.

Okay aku memang tak ada idea nak tulis nombor sepuluh tuu. Betul, aku tak tipu. Aku memang tak ada idea. Tapi disebabkan nak cukup 10, tulis jugaklah. Hihihi.

Okaylah, mungkin ada lagi benda yang aku nak buat before habis sekolah, tapi aku malu nak habaq kat you allz. Jadi biarlah hanya aku sahaja yang tahu kayh? Okay sambut salam sayang dari aku. Cepat sambut! HAHA.

Okay Challos.  

2 comments:

maya aheeda said...

hulalala. kebersungguhan ea? xD

Unknown said...

Haha. Itu untuk tunjukkan betapa bersungguhnya