28 April 2012

10 perasan cool



Some people just think they are so cool eventhough they are not actually. Eh, speaking pulak aku ni. K turn to Bahasa Malaysia back. Bahasa jiwa bangsa! *tetibe*

Kadang-kadang manusia ni fikir dia tu cool sangat. Tapi orang lain pandang tak. Benda yang dia buat tu langsung tak cool. K sekarang kita try list ek berdasarkan apa yang aku perhatikan. Kejapp...

1. Lek lu bro. Isap rokok lu..

Apa yang cool tentang hisap rokok ni? Buat sakit diri je. Buat pendek umur je. Buat paru-paru kita turn to black je. And buat orang lain terpaksa menahan hidung bila dekat dengan golongan yang hisap rokok ini. Tak, aku tak anti orang hisap rokok ni. Sebab sejujurnya, ayah aku pon hisap rokok. Aku okay je. Aku memang dah biasa dengan bau rokok nii. Tapi sometimes aku pelik ah, kalau nak hisap rokok, tak perlulah dekat sekolah. Betul tak? So not cool bro.

2. Kau ni memang tutt, tutt tutt. Aku benci kau lah tutt. Baik kau blah skg tutt tutt.

Apa best tentang mencarut? Kalau setakat bodoh, bangang tu tak apa. Ini kau mencarut sampai keluar F**k, P**im*k dan lain-lain lagi. Kata carut itu sebagai contoh sahaja. Aku selalu dengar orang mencarut ni. Boleh dikatakan hampir setiap hari. Kalau lelaki mungkin tak memberi kesan sangat. Tapi perempuan mencarut teruk-teruk tu, err. Like it's not cool Cik kak. Hanya menjatuhkan maruah kau sebagai perempuan je.

3. I nak you kiss I dekat mulut depan orang ramai kalau u syg I.

Kalau setakat holding hands, mungkin masih boleh diterima lagi walaupun sebenarnya haram di sisi Islam. Tapi kalau peluk, cium, duduk atas pangku. Itu dah lebih. Mungkin awak rasa cool, tapi orang lain tengok meluat. Menyampah. Kau tak fikir ke, orang lain akan pandang kau as orang yang tak ada maruah? Atau like, Depan depan diorang boleh cium. Mesti dekat belakang dah buat benda tu. Hancur hancur. Get it what I'm trying to say? Tak faham, cuba fahamkan.

4. Saya datang ke tidak, guna duit cikgu ke? Cikgu nak busybody sgt ni kenapa.

Sekarang ni, dunia dah makin teruk. Pelajar yang kurang ajar dengan cikgu macam dah jadi perkara biasa. Macam everyschool harus ada at least sorang pelajar yang terlebih ajar ni. Tahu tak? Kalau cikgu tak berkat ilmu yang dia kasi, kita akan gagal? Kalau cikgu kecik hati dengan kita, lepastu doakan yang kita akan gagal, confirm kita akan gagal nanti. Awak nak? Saya tak nak. Not cool lah bro.

5. Nama aku Afiqah tapi kau panggil aku Fiq je.

Peliklah. Yang perempuan nak jadi lelaki. Is that something you can be proud of? Ni perempuan, dah elok elok hang jadi perempuan, hang nak jadi jantan pasai apa? Macam main bola sepak. No. Memang tak salah perempuan main bola sepak. But, ini awak pergi potong rambut pendek macam jantan lepastu pakai seluar pendek macam jantan. Kalau sekali pandang, memang orang ingat jantan tu. Kau fikir kau cool? Tak pon.

6. Awak gangster? Muka awak? Huh

Sometimes certain people ni memang dilahirkan, dididik dan dibesarkan menjadi people yang baik. Tapi sebab awak fikir jadi gangster cool sebab nama awak selalu disebut jadi ramai awek minat awak. Sebab tu, awak bertukar jadi gangster. But your face totally tak gangster. Tapi degil juga, nak jugak jadi gangster. Lalu awak mula tak siapkan kerja sekolah, pergi sekolah bawa beg isi pen sebatang, lawan cakap cikgu, hisap rokok, merempit. Haih, mengapa? Mengapa harus mengikut jalan yang penuh dengan dosa bila dahulunya, awak ikut jalan yang betul. No. It's not cool. Obviously not cool.

7. Fuyoo. Cerita kau memang 99% auta dan 1% fakta.

Ada orang jenis kuat bercakap. Mulut murai. Tak kisah kalau awak mulut murai tapi kenapa awak nak jadi mulut murai pembongak? Hell-o. Orang tak bodoh untuk menilai cerita kau betul atau auta. Nak impress kan orang tak salah, but berpada-padalah. Ini sampai cerita kau jadi tak logik langsung. Pada mulanya orang semangat nak dengar, terus jadi malas nak dengar bila cerita kau lebih-lebih sampai kalah cerita Harry Potter. Awak, cerita tu tak perlu nak menipu sangat. Tak guna. Tak cool.

8. Eiuu. I tak biasalah duduk kampung. Panas! Hitam muka I nanti.

Padahal baru 2 tahun pindah bandar. Mudah benar kau lupa asal-usul kau. Baru capai populariti, semua kau lupakan. Tahu tak? Kampung is much better than bandar. Sapa yang tak suka duduk kampung ni, memang totally mengada-ngada. Totally out from the list. Dah ada kampung tu, bersyukur aaa sikit. Aku ni kampung tak serupa kampung pon. Rumah batu je. Nak jugak aku merasa duduk rumah papan dengan nenek. Pastu, makan nasi lauk sambal belacan dengan ulam dan air sirap ramai-ramai. Petang, jalan-jalan dekat sawah atau mandi sungai. Perghh, mesti syok kan. Anyone, nak ikut balik kampong korangg. Oh ye, memang tak cool langsung orang yang tak suka kampung ni. Not cool bebeh.



9. Jum mewempittz dengan iteww, iteww kuacai jalanrayew tuww!

Huh. Susah betul nak baca. Orang macamni selayaknya dibaling dengan kamus tebal dekat kepala dia. Takpun kurung dia dalam satu bilik yang cuma ada dia dan kamus. Biar dia baca sampai habis kamus tu. Biar dia hafal semuanya. Biar BM dia dapat A tambah. Haha. Tak penat ke menambah huruf. Orang lagi nak sesingkat yg boleh. Kau nak sepanjang ug boleh pulak. Kita jadi iteww. Merempit jadi mewempittz. Haih, penat jari tekan keyboard je. Not cool broh.

10. I malas ah nak pakai singlet. Panas. Lagipun buat apa beli bra warna-warni kalau x tunjukkan?

Hotak mu! Bra tu gunanya untuk sokong aset kau tu. Yang kau nak tunjuk sangat tu apahal? Apa kes? Awak rasa apa lelaki fikir bila nampak bra awak yang menyerlah di sebalik baju jarang awak tu? Lelaki akan fikir, Eii size berapa agaknya tu. Dan semua fikiran yang kotor yang saya tak boleh sebut di sini kerana akan mencemarkan belog ni. Lelaki ni ada satu nafsu je. Dan nafsu dia ialah perempuan. Sekarang ni, nak salahkan siapa kes rogol semakin meningkat kalau awak sendiri tunjukkan warna pelindung aset awak tu? Fikir sendiri. Sebab ianya tidak cool.

Sepuluh je yang mampu aku bagi. Sepuluh ni pon, aku fikir lama. Susah nak perah idea bila dah lama tak tulis entry macamni. Kan?

Sapa ada perkara yang difikirkan tidak cool, boleh aaa tinggalkan komen. Dialu-alukan! Dan mengapa followers tak meningkat ni? Rasanya dah sebulan lebih ianya statik di nombor itu. Mengapakah? Adakah entry aku semakin bosan? Tanda soal di situ. Hanya anda yang ada jawapannyaaaa....



Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: