29 October 2011

Running Man





Dah tengok dekat atas tu? Best tak? 


Tajuk variety show tu Running Man. Yupe, it's korean variety show. Orang yang minat K-Pop mesti minat punya kan? Tapi orang yang tak minat K-pop pun mungkin akan suka.


Serious!

Aku ni mana ada minat K-Pop sangat. Aku minat gitu-gitu jee. Tapi rancangan ni memang best. Memang menarik minat aku untuk tengok.



Korang pun try lah tengok. Cerita ni memang best. 


Channel 393 (astro) , Every Friday, 6.30 p.m.


Okay? Kay Challos.

25 October 2011

Happy Deepavali

Happy Deepavali kepada semua yang menyambut. Makan muruku tu ingat-ingat sikit akuu. Eh tiba-tiba je kan? HAHA. 


Maaflah dah lama tak post entry. Maaflah entry kali ni sangat pendek. Maaflah entry kali ni sangat dull. Aku tak ada idea plus mata aku yang semakin membengkak. Bengkak bukan sebab crying-crying okay. Tolong sikit, kita tak ada masa nak crying-crying ni. Berlagak tak ayat aku? Hihi.


Okaylah. Tu jee nak tulis. Kay Challos. 

21 October 2011

Finally, it's over :)(:


Apa yang over nya? Tak. bukan pasal aku dah clash lah. Couple pun tidak, nak clash apa benda nya kan? Dan bukan juga friendship over. Sebab aku tak ada pulak gaduh dengan sesiapa sekarang ni. Jadi tak mungkinlah over yang itu. 

Jadi apa sebenarnya yang over? Ehh, OVER pulak kau ni Mira. Hihi.

Exam lah yang dah over. Yes!! After three weeks of examination, three weeks of suffering, finally it's over. Suka? Dah semestinya. Manusia mana je yang tak suka exam habis? Baru final exam, dah happy macamni. Kalau SPM, macammana lah agaknya? Hihi.


So Mira, How's your exam? 

B. Melayu

Ada ke patut suruh cari gaya bahasa dalam sajak? Memang tak lah. Aku gaya bahasa ni memang teruk. So I do badly in my paper two. Yang ada komsas tu. Dan aku dah dapat dah result untuk B. Melayu. Tak dapat A pun. Dapat B je. Sedih. 

English

Essay aku tulis pasal friends. HIhi. Penat aku cari idea nak menulis. Tapi English not bad lah. 

Maths

Paper one ramai yang tak cukup masa. Tapi aku sempat jee. Hihi. 

Sejarah

Great! Aku suka. Hope dapat A lah. Apa yang aku baca semua keluar. That's why aku suka tu. Cuma bahagian struktur akuu taram je. Tak ingat doh nak jawab apa. Bahagian Tamadun India tu. Waktu tu memang blank gila. Hihi.

Agama

Paper twoo. First time aku dapat jawab semua dalam paper two. Yang paling aku suka tajwid lah. Percaya atau tidak, aku dah hafal pasal tajwid semuaa. Hihi Bangga woo. Cuma ayat hafazan aku tak hafal lah. Tapi paper one memang susah. Pecah kepala otak nak ingat sirah ni. Betul. 

EST

Paper two susah gila babenggggggg. Yeah, walaupun objective tapi tetap susah. Ayat berbelit-belit. Aku bukannya terror pun English ni. 

Chemistry

Paper three awesome!

Biology

Paper two sucks. Rasa macam nak repeat balik je paper tu. Susah la gila. Betul. Walaupun aku dah study hard untuk Bio tetap aku tak boleh jawab jugak. Jangan fail sudah laaaa. Be good to me Biology!

Addmaths

Paper one okay. Paper two susah doh. Tapi kan, bila aku buat buat. Aku rasa aku tak boleh buat ah chapter function tu. Ye chapter pertama tuu. Betul, aku blank gila kot waktu nak buat function. Tapi aku terror bahagian Triangle. Yang guna cos sin semua tu. Hihi. Suka.

Physics

Paper Three bahagian design aku salah buat. Aku pergi buat Force dengan Mass. Sebenarnya Pressure dengan Mass. Sedih doh :| 

Dengan itu berakhirlah paper paper exam akuu. Tak perlu lah nak cakap pasal PJK dengan Sivik sebab tak penting pun. Kan? 

And ada lagi satu benda yang dah overr. 

Izzani, I made it. Aku dah lupakan diaaa. Dah over dah. Good for me kan? And yess no hard feeling. Hihi. Aku happy doh wei, Izzani. 

Eh okaylah. Banyak dah type nii. Okay Challos.


15 October 2011

Hari Anugerah Koko

Seperti yang aku bagitahu pada entry yang lepas, harini aku nak tulis pasal Hari Anugerah Koko yang dilangsungkan pada hari Khamis haritu bersamaan dengan 13 October 2011. Ceh, ayat skema pulak.


Sebelum tu, sila ambil perhatian di sini. Aku tak dapat pun anugerah tuuuu okay. Tapi class aku dapat. Kelas terbersih. Bangga pulak. Hihi.



Oh ye lagi satu. Harap maklum, tudung aku agak tak betul disebabkan anak tudung yang aku guna waktu tu tersangatlah tidak selesa buat aku. Oh aku bertugas sebagai usher. Yang kena bawak parents masuk dalam dewan, tunjuk tempat diorang tu. Tapi sedih, tak dapat usherkan parents sendiri. Al-maklumlah tak menang anugerah la kata kan. Hihi. Oh Wawa, jangan jealous ehhh? Hihihi.


Lepastu cikgu suruh aku ambil tandatangan tetamu-tetamu semua. Tapi Fadzleen yang pergi sorang. Sebab aku tengok ramai cameraman dan camerawoman yang menyemak kat depan tu. Macam sesak pulak. Jadi malas lah nak ikut. Hihi. Okay siapa tetamu-tetamu itu? Jeng Jeng Jeng...


Aidil Zafuan & Zaquan Adha. Pemain bola Negeri Sembilan tuu lah. Handsome kan? Melting duh semua perempuan dekat sekolah aku tu. Oh sebenarnya ada sorang lagi tetamu iaitu tukang rasmi majlis. Tapi tak ada pula gambar dia. Ye lah, orang semua sibuk tangkap gambar Aidil & Zaquan jee. HAHA.


Diaorang sepatutnya kena bagi ceramah about kerjaya dalam sukan. Tapi diorang pergi memperkenalkan diri diorang pulak. Choii. Hihi.


Orang kata muka aku sama dengan muka cikgu yang pakai tudung pink baju pink tuu. Hihi sama ke? Kita kembar lah cikgu. Oh ini lepas majlis dah tamat. Tengok Tengok aku paling pendek. Sobs Sobs.


Lepastu aku tunggu dekat kereta diorang. Nak kasi hamper yang sekolah kasi dengan cenderamata. Lama jugak la tunggu sebab diorang pergi menjamu selera. Jadi sebab lama sangat, kitorang snap la gambar dengan kereta dulu. Dengan kereta pun jadi laa kan. HAHA.


Eh dapat laaaa tangkap gambar dengan dia. Dengan Zaquan Adha jee dapat. Dengan Aidil tak dapat. Oh aku haritu tersalah bagi info. Yang adik ye nama dia Zaquan. Yang abang namanya Aidil. Hihi.


Apa ni? Aku sampai paras bahu jee. Choii. Oh jangan jealous yer semua orang. Kita dapat ambil gambar dengan diaa. Hihi.

Okaylah. Tu je lah gambar yang boleh aku share kan. Ni pun semua gambar dari camera Liyana Yusof. Thank you Za. 

Okay Challos <3











13 October 2011

Choii

Ramai orang tanya kita apa maksud 'CHOII'. Ramai orang cakap dengan kita 'kenapa kau asyik cakap Choii je? Sampai dalam blog pun.' Eh dia baca blog kita lah. <3 Hihi. 


Okay Choi tu tak ada maksud pun sebenarnya. Saja nak guna. Buat cantik ayat. Pada dulu lagi aku tengok orang asyik cakap Choii Choii. Tapi baru sekarag aku terasa nak guna. Tu pun aku berjangkit dari someone. Mula-mula saja saja jee lah guna perkataan tu, nak ajuk. Tapi lama-lama melekat pula. Terima kasih lah untuk orang yang buat saya berjangkit virus 'Choii' ni. Hihi.


Okay sebenarnya kita nak tulis pasal hari anugerah koko tadi. Tapi sebab kita tak ada gambar-gambar lagi jadi kita tangguhkan dulu lah. Nanti bila dah ada gambar, baru kita type ehh. 


Jadi sekarang nak upload gambar-gambar hari Sabtu haritu. Hari Sabtu ada apa? Tak ada apa-apa pun. Hari Sabtu kita tidur rumah wan kita. Eleh macam jauh sangat padahal kalau drive dari rumah tak sampai sepuluh minit dah sampai. Tu kalau ayah kita yang drive lah. Hihi.



Nasi Beriyani Ayam <3 Telur dia tu yang sedap. Makan dekat Carefour Rahang. Ala, kedai laksa tu leeeeee. 



Tengok Ajim. Muka dia bajet macho. HAHA. Adik sapa lah ni? Mestilah adik Wanie. Hihi.


Budak ni lelaki tau. Dia diam jee apa orang buat dekat dia. Hihi. Comel betul <3


Pahlawan Syahiran. HAHA. Comel lah.

Okay dah. Cukup lah tuu. Erk minggu depan kita ada exam Bio, Chemist, Physics, Add Maths, EST, Agama. Kita risau ah. Lagi-lagi subjek Bio tuuu. Doakanlah kita dapat result yang gempak kay. Okay Challos.

10 October 2011

KDM

KDM? Apa tu KDM? KDM stands for Kampung Dato' Mansor.  Siapa nama dia Mansor? Atau nama ayah dia Mansor? Atau nama atok dia Mansor? Bangga sikit. Hihi.

Okay hari ahad haritu ada jamuan untuk warga KDM. Walaupun aku bukan wargatetap KDM, aku tetap pergi. Biarlah, wan aku tinggal situ. Jadi aku bolehla pergi kay. So Sabtu petang dengan malam tu pergilah. Tolong tengok-tengok jee. Hihi. Dan tolong makan sekali. Sup daging lembu tu weiiii. Sedap :)



Comel kan? Hihi. Tapi jangan terpedaya dengan kecomelan dia. Tidur lasak weii. Asyik asyik sepak aku je kerja diaa. 

Then ahad tu barulah majlis sebenarnya. Makan tengah hari dekat situ laa. Lauk semua sedap-sedap tapi disebabkan ramai sangat oranggg, jadi aku cuma makan lemang dengan  kuah kacang je. Dan juga ice-cream. Hihi. Tak dapat nak rasa lauk kari kambing diaa. Cis.


Okay itu jee nak tulis. Esok last exam untuk this week. Sambung paper minggu depan untuk semua science stream. In one week. Memang banyak la rambut aku gugur nanti. Stress siut. 

Kay Challos :)

07 October 2011

Sweet Sixteen.

People. Terima kasih sebab wish me happy birthday. Terima kasih sangat-sangat. Ingat jugak korang dekat aku yee? Hihi. 


Dekat sekolah, Wawa bawak cake untuk akuu dengan Ummi. Kitorang lahir pada hari yang sama. Waktu je lain. Hihi. Kita happy sangat oh. Okay jom tengok gambar.





Love youuu <3

Wawa, thanks for the cake. Sedap sangat.




Izzani, thanks. Nanti bila aku nak minum milo malam-malam dalam bilik, aku guna cawan ni ye. And thanks sebab beli hijau. Hihi. Love you.


Iyee, mata aku macam tertutup kan. Choii.


Jahat ah kau Mina Bul Bul. Choiii.



This is Ummi, the one yang lahir sama tarikh dengan aku tuuu. 


Love you.




Manja Manja. HAHA.




Berehat sejenak bersama Kit-Kat. Hihi. Thanks.


I love you.



And you love me. Hihi.


Eh. HAHA. Pencil box hijau tu comel kn? Itu aku punya woot woot.

Maaf gambar tak teratur. Aku main letak jee pon. Hihi. 

First time celebrate dekat sekolah ohh. Memang rasa terharu gilaa bila ayah Wawa sanggup nak kasi cake. Sedap pulak tu. Then ramai pulak orang wish aku. Macam, ohh aku dihargai! Happy :D

Okay kita stop sini dulu. Thanks a lot. Challos.

02 October 2011

Cengeng?

Siapa dekat sini tak tahu apa maksud cengeng, tolong google sendiri. Hihi. Gurau.


Cengeng tu maksud dia orang yang ada hobi menangis. Kena sikit menangis. Kena banyak lagi lah kan. 


Siapa dekat sini cengeng? Aku nasihatkan jangan teruskan bacaan. Tak nak? Tak nak tak apa tapi nanti jangan nak banyak cekadak dengan aku kay. 


Aku bukan benci. Aku bukan tak suka. Aku cuma meluat dengan orang cengeng ni haa. Kalau budak-budak yee aku faham. Tapi kalau dah besar panjang tu masih cengeng, apa kes bro?


Yer. Aku mengaku aku memang cengeng dulu. Aku dulu memang kena sikit menangis. Kena sikit menangis. Tapi itu DULU. Waktu fikiran aku belum matang. Waktu nak goreng telur pun tak reti. Zaman air milo pun suruh mak yang buat. Haa waktu tu. Waktu tu memang cengeng.




Aku yang dalam bulatan hijau tu. Waktu zaman ni ha lah.




Tapi bila aku masuk sekolah menengah, fikiran aku dah mula matang. Aku dah mula kuatkan diri aku. Aku dah mula untuk belajar supaya tidak jadi cengeng lagi. Aku dah mula belajar berdikari.  


Jadi kalau aku boleh bertukar dari seorang cengeng kepada tidak cengeng. Kenapa kau tak boleh? 


Tak adalah. Sometimes aku rasa orang macam bangga pulak menangis ni. Iya betul. Kadang-kadang orang buat status dekat fb kata dia menangis lah apa lah. Aku rasa annoying sangat. Even orang tu kita tak kenal pun, aku rasa annoying jugak. 


Rasa macam, kenapa nak show off yang kita menangis? Macam perlu ke? Tak rasa ke menangis tu satu benda yang tak perlu nak bagitahu semua orang? 


Okay mungkin ramai yang akan terasa dengan entry aku kali ni. Tapi aku cuma luahkan apa yang aku rasa. Apa yang aku fikir. Dah lama aku simpan pertanyaan ni sorang sorang dan baru sekarang aku terasa nak tulis entry pasal ni. 


Tak. Bukan aku cakap kita tak boleh menangis sebab memang dah lumrah manusia akan menangis waktu sedih kan. Tapi cuma tak perlu lah nak bagitahu semua orang yang kita tengah menangis atau baru lepas menangis. Sebab bagi aku, menangis ni bukan sesuatu perkara yang perlu dibanggakan. Menangis is satu benda yang private. Yang hanya kita dan orang-orang tertentu jee yang perlu tahu. Bukan untuk satu dunia tahu. Itu bagi aku lah.


Cuba korang fikirkan baik baik apa yang aku cuba katakan dalam entry ni. Fikirkan sedalam-dalamnya. 


Okay Challos.