02 October 2011

Cengeng?

Siapa dekat sini tak tahu apa maksud cengeng, tolong google sendiri. Hihi. Gurau.


Cengeng tu maksud dia orang yang ada hobi menangis. Kena sikit menangis. Kena banyak lagi lah kan. 


Siapa dekat sini cengeng? Aku nasihatkan jangan teruskan bacaan. Tak nak? Tak nak tak apa tapi nanti jangan nak banyak cekadak dengan aku kay. 


Aku bukan benci. Aku bukan tak suka. Aku cuma meluat dengan orang cengeng ni haa. Kalau budak-budak yee aku faham. Tapi kalau dah besar panjang tu masih cengeng, apa kes bro?


Yer. Aku mengaku aku memang cengeng dulu. Aku dulu memang kena sikit menangis. Kena sikit menangis. Tapi itu DULU. Waktu fikiran aku belum matang. Waktu nak goreng telur pun tak reti. Zaman air milo pun suruh mak yang buat. Haa waktu tu. Waktu tu memang cengeng.




Aku yang dalam bulatan hijau tu. Waktu zaman ni ha lah.




Tapi bila aku masuk sekolah menengah, fikiran aku dah mula matang. Aku dah mula kuatkan diri aku. Aku dah mula untuk belajar supaya tidak jadi cengeng lagi. Aku dah mula belajar berdikari.  


Jadi kalau aku boleh bertukar dari seorang cengeng kepada tidak cengeng. Kenapa kau tak boleh? 


Tak adalah. Sometimes aku rasa orang macam bangga pulak menangis ni. Iya betul. Kadang-kadang orang buat status dekat fb kata dia menangis lah apa lah. Aku rasa annoying sangat. Even orang tu kita tak kenal pun, aku rasa annoying jugak. 


Rasa macam, kenapa nak show off yang kita menangis? Macam perlu ke? Tak rasa ke menangis tu satu benda yang tak perlu nak bagitahu semua orang? 


Okay mungkin ramai yang akan terasa dengan entry aku kali ni. Tapi aku cuma luahkan apa yang aku rasa. Apa yang aku fikir. Dah lama aku simpan pertanyaan ni sorang sorang dan baru sekarang aku terasa nak tulis entry pasal ni. 


Tak. Bukan aku cakap kita tak boleh menangis sebab memang dah lumrah manusia akan menangis waktu sedih kan. Tapi cuma tak perlu lah nak bagitahu semua orang yang kita tengah menangis atau baru lepas menangis. Sebab bagi aku, menangis ni bukan sesuatu perkara yang perlu dibanggakan. Menangis is satu benda yang private. Yang hanya kita dan orang-orang tertentu jee yang perlu tahu. Bukan untuk satu dunia tahu. Itu bagi aku lah.


Cuba korang fikirkan baik baik apa yang aku cuba katakan dalam entry ni. Fikirkan sedalam-dalamnya. 


Okay Challos.

No comments: