22 March 2013

Family Holiday -> Port Dickson

Kenapa bila holiday jer pergi Port Dickson? Tak ada tempat lain lagi ke wahai cik Mira? MEMANG TAK ADA!! Haha tetiba emo. 

Memandangkan Port Dickson ni kiranya tempat percutian yang paling dekat dengan rumah aku, jadi memang Port Dickson dijadikan tempat utama untuk bercuti. Nak pergi jejauh, ayah aku busy. Adik aku sekolah. Abang aku college. Aku? Duk rumah hadap tv. Jadi apa nak buat? Aku je yang banyak masa free sekarang, orang lain semua busy. Jadi pilihlah destinasi yang paling dekat. Jimat.

Company ayah aku ada satu banglo dekat Port Dickson. Jadi kitorang paksa ler ayah sewa banglo tu nak holiday. Dan ehhhh dapat pulak hari Jumaat sebelum result SPM keluar. Kononnya nak tenangkan hati sebelum dapat tau result. Ecewah. Poyo semata-mata. By the time aku tulis entry ni, aku dah pun dapat result aku. (Jangan tanya la result aku. Sebab result aku tak gempak pun. Aku sendiri down dengan result aku. Jadi don't make me sad)

Jap. Cari gambar..


Dalam kereta. Amboi siap ada bantal. Macamlah jauh sangat perjalanan kan padahal setengah jam jer dah sampai. Hahaha ini semua poyo!

Nak tengok macammana rupa tempat aku tinggal tu? Besar... 


Banglo ni khas untuk pekerja tertentu syarikat ayah aku je. Dan dapat murah lah tinggal situ. 


Sedikit gambar di first floor dan kat luar. Ada private pool. Woot woot. Feeling orang kaya jap.. Hahahaha.


Gambar di second floor. Ada 3 bilik kat atas. Besar bilik dia. Setiap bilik ada bilik air sendiri. Pun besar. 


Pemandangan ketika sunset. Indah sangat. Lawa sangat.


Mandi kolam!! Yeayyyyyyyyyyyyyyyy


Posing sama tak? Hahaha. 


Banana boat! Aku pun main jugak. Gambar tak de lah memandangkan I freehair masa tu.

Okaylah. Gambar tak banyak. Sebab banyak gambar private jer. Kitorang tak mandi pantai pun. Kitorang mandi kolam jer. Ahaks. 

Gelap dah kulit aku sebab berendam dua hari dalam kolam. Hahahaha. Nak ambik result pun malu sebab kulit gelap. Hahahaha. Memang ketara gila owh!!!

Tapi I had such a fun time with my family. Best. Bila lagi eyh nak pergi? Hehehehe.

Okaylah. Nak tengok Zizannnnnn. Babai :)

2 comments:

Anonymous said...

Xde contact? Org luar xboleh sewa ke

Unknown said...

maaf lambat balas.
Tak boleh la anon.