14 September 2011

Nowdays trends

 Bila aku duduk dekat mall tengok orang lalu lalang dengan gaya masing-masing, trend masing-masing, aku terfikir nak buat entry ni. Bila aku duduk dekat dalam bilik sorang-sorang aku mula menaip entry ni dekat Microsoft Word. Dan bila aku duduk sambil bergoyang kaki macam tak ada homework nak buat, aku post entry ni. So here you guys! (drum roll)  10 Trend orang sekarang! 
((1)    (1) Trend tudung




Siapa cakap perempuan pakai tudung tak boleh jadi fashionable? Eii kalau korang masih berfikiran macamtu, memang korang ni kolot betullah. Orang sekarang ni dah cipta macam-macam gaya untuk pakai tudung ni. Ada selendang satin, pashmina, tudung ariyani, tudung bawal. Etc. Dan sekarang ni orang dah semakin terbuka. Kalau dulu-dulu orang pakai tudung style Yuna pergi mall, mesti ramai kutuk kutuk. Kata prasan cantik lah. Over dress up lah. Tapi sekarang ni pakai selendang satin macam Hana Tajima tu pergi mall pun orang buat tak tahu. Kata trend kan. Tapi jangan pulak pakai selendang yang berbelit-belit tu pergi pasar malam. Haa tu ye memang patut dikutuk. Muehehe.  

(2) The Angry Bird Trends

Mula-mula ramai betul yang suka dekat Domo. Apa Domo tak tahu? Domo tu benda alah ni haa :-



Sampai beg, pencil box, rantai, subang, cincin, gelang, baju, seluar and even boxer pun nak ada gambar Domo. Pokok pangkalnya, barang apa yang ada Domo semua nak beli. Kalau patung tu sampai lima enam dekat rumah. Dari size penumbuk hingga size separuh dari kita. Semua ada. Fuh. Lepastu dah senyap sikit. 

Muncul pulak Angry Bird. Angry Bird tu Game. Yess Game. Ala Game yang ada watak haiwan hidung besar tu. Sampai budak-budak umur  dua tahun yang baru pandai cakap pun reti sebut  ‘nak angry bird! Nak Angry Bird!” Maknanya dia nak main game Angry bird lah. 



Tapi aku agak tak faham lah. Bukan ke dalam game tu ada watak haiwan hidung besar tu? Jadi kenapa Orang Islam mesti nak mengangungkan benda alah Angry bird ni? Ei aku kalau T-shirt Domo ada lah dua helai. T-shirt Angry Bird memang tak lah. Entah, tak suka dengan trend ni. 

(3) Trend cermin mata nerd


Apa tu cermin mata Nerd? Cermin mata Nerd ni cermin mata putih yang besarnya hampir separuh dari muka. Macam dalam gambar tu. Lagi besar cermin mata tu lagi nerd lah jenis cermin mata tu.

Orang yang selalu pakai cermin mata ni fikir dia comel. Konon-konon muka baik lah tu.  Tak dinafikan ada sesetengah wajah memang sesuai pakai cermin mata jenis ni. Tapi ada yang tidak. Dan bila yang golongan tidak tu pakai dan mula membajet macam dia budak paling comel di alam semesta ini, sudah semestinya aku rasa macam nak sedekahkan kasut aku yang size empat tu. 

Tapi tak apa. Kita kena faham orang sekarang ni suka berfashion. Jadi kena terima. Aku pun sebenarnya dah lama nakkan cermin mata macamtu. Tapi sebab tak nak kena hentam gelak dengan abang adik mak aku jadi ku pendamkan saja hasrat itu. Muahaha.

(4) Trend seluar colour terang


Lagi sekali pasal fesyen. Memang berani betul orang sekarang. Pakai seluar colour tak nak kalah. Kalau dulu colour hitam, biru pekat, biru lusuh yang jadi trend tapi tidak sekarang. Orang sekarang kalau boleh nak seluar colour hijau, kuning, merang, purple, oren  atau apa-apa warna yang striking.

 Tak dinafikan seluar warna-warni macamtu memang lawa. Sangat berfesyen. Tapi kalau ianya terlalu striking, ia akan menimbulkan kesan seksi seksa. Lagi-lagi kalau masukkan baju dalam seluar.  Mungkin dia rasa seksi tapi orang lain yang pandang seksa. Tak pasal-pasal orang lain dapat dosa maksiat mata. Aduh.


Kalau aku, aku nak seluar colour merah. Dan dipadankan dengan T-shirt labuh putih. Sumpah lawa gila. Macam pelajar AF dah. Merah putih.

Jadi di sini aku nak nasihatkan, kalau nak pakai seluar yang warna striking-striking ni, kalau boleh pakailah baju yang labuh dan janganlah di masukkan baju tu ke dalam seluar. Aku nasihatkan sahaja. Nak ikut atau tidak, terpulang kepada korang. Korang ada akal, korang fikirlah sendiri. 




(5) Trend baling mercun dekat sekolah



Dekat sekolah ramai yang baling mercun sana sini. Waktu bulan Ramadhan lagi lah. Yee mungkin diorang terlebih excited nak raya walaupun diorang tak sambut raya. Eh betul. Budak yang main mercun tu kadang-kadang bukan budak Islam tau. Yang Islam pun ada lah. Tapi kira boleh dimaafkan lah. Sebab diorang excited nak raya. Tapi yang bukan Islam tu? Apa tujuan main mercun? Habaq sikit kat Cek naa.

Aku rasa orang yang suka main mercun dekat sekolah ni nak perhatian orang ramai. Ye lah, bila ada orang letupkan mercun semua tercari-cari dari mana datangnya mercun. Siapa baling mercun tu? Dan atas sebab tu lah dia baling mercun. Dan ada juga yang fikir ‘macho betul aku main mercun ketupat dekat sekolah’. Nama mercun pun ambik nama makanan.. Haiyo.

Tapi apapun trend ni memang tak boleh diubah. Bukan waktu raya je. Waktu nak habis sekolah, waktu perayaan lain, waktu habis exam. Tetap ada. Dan aku rasa memang tak ada cara lah nak hentikan. Jadi reda je lah.

(6) DSLR Trend


Eh memang sekarang ni trend DSLR tengah malatop kot. Pergi mana mana mesti nampak orang bawak camera besar gedabak tu. Pergi mall nampak. Pergi zoo nampak. Pergi pasar malam pun nampak. Hadoi. Yang tang pergi mall, pergi zoo semua tu aku boleh faham lagi. Tapi pergi pasar malam? Aduh tak logic betul bawak DSLR pergi pasar  malam. Nak buat macammana, orang sayangkan DSLR. Satu saat pun tak nak berpisah kan.

Same goes to my friends. Kebanyakan diorang ada DSLR ni. Semua score dalam PMR lepastu mintak DSLR kat mak bapak masing-masing. Aku pun nak jugak DSLR ni tapi nanti-nantilah. Aku nak beli dengan duit aku sendiri. Baru best. Dan baru kita akan jaga betul-betul. Insya-Allah. And aku nak beli colour hijau macam dekat atas. Boleh? *Err ada ke kat Malaysia ni?

(7) K-Pop Trend


K-pop di sini bermaksud lagu Korea. Aku sangat-sangat tak faham kenapa orang sekarang terlalu mengagungkan muzik Korea lebih dari muzik tempatan. Padahal for me, muzik kita lebih best.

 Ye memang lagu Korea tu best. Menghiburkan. Tapi tak perlu lah nak jadi fanatic sangat kan? Tak perlu lah sampai sanggup tarik rambut sebab nak dapatkan album Girls Generation. Kan? Tak perlulah sampai tolak-tolak sampai salah sorang jatuh dalam kolam lepastu mati lepas sebab dia tak reti berenang disebabkan hanya nak bersalam dengan Super Junior. Okay mungkin melebih. Tapi the point is tak payah nak melebih-lebih sangat dengan K-Pop ni.


Aku Cuma cakap apa yang aku rasa. Mungkin lepasni peminat fanatic K-Pop marah aku. Tapi this is what I think. Malaysian, change your mind. Ubah fikiran. Support our local industries. At least dapat menolong negara kita sendiri. Tapi kalau support luar negara punya, apa yang kita dapat?

To be honest aku pun tengok cerita Korea. Yeah, aku tengok cerita Running man which is Kim Jong Kook(gambar kat atas tu) sangat sangat handsome, aku tengok Family Comes here, aku tengok Protect The Boss yang baru episod dua. Aku tengok. Tapi tak ada lah over sangat. Apapun akuu rasa Malaysia is the best. Tak tahulah korang kan.

(8) Trend Text Manja-Manja

Aii. Nie itew punyer belog. Follow itew punyer belog au. I lap yu!
Ataupun.

HyE. NiH KiTeR PuNy0 BeLoG. FoLlOw KiTeR PuNy0 BeLoG Yew. I loikee Yu.

Trend ni memang dah makin berleluasa sekarang. Dulu waktu aku kecik kecik aku terikut-ikut juga dengan trend ni. Ye lah waktu tu pemikiran tak matang kan. Apa yang orang lain buat, aku pun nak try jugak. Konon-konon manja lah tulis perkataan-perkataan macamtu. Tapi sekarang bila dah matang ni *err matang ke?* baru aku tahu betapa annoyingnya menulis begitu. Hihi. So guys jangan tulis macamtu lagi. Annoying!



(9) Trend Jam Striking


Jam colour yang striking like hijau, kuning, merah, biru and others yang orang ramai guna. Selalunya orang pakai jam G-Shock. Eleh setakat jam G-shock RM 40 beli dekat Uptown, apa ada kesah? Aku ada colour hijau punya. Memang betul-betul striking. Lepastu aku guna jee terus ramai yang guna. *berlagak* Tapi betul woo. Sampai ada seorang laki ni cakap dengan aku dia nak beli jam macam aku. So there he is. With the same design as my watch but different colour. Tapi design sebijik kot. Ahah. 

Tapi tak kisah kan. Aku pun tiru Zizan Raja Lawak. HAHAHAHAHA


Tapi betul memang ramai gila pakai jam colour striking-striking ni. Menarik woo. Menyerlah sikit. Eh bukan sikit tapi banyak. Hehe.

(10)  Trend couple letak gambar pasangan masing-masing

Trend ni terjadi hanya pada orang yang statusnya 'in a relationship'. Sebab orang single tak boleh buat trend ni. Orang dah kahwin pun takkan buat trend ni. 

Trend ni akan mengelirukan kita semua. Betul. Tengok nama lelaki tapi kenapa gambar perempuan? Ataupun tengok gambar lelaki tapi kenapa nama perempuan? Oh rupanya diorang letak gambar couple diorang. Cukup annoying tau.

Aku cakap ni bukan sebab aku jealous dengan orang yang couple. Cuma don't you all think it's a bit over? Yeah. Cukuplah bubuh dekat status tu in a relationship with ..... . Takk perlu nak over sangat. Okay guys?

Orait. Setakat ni jee. Ada apa-apa lagi yang korang nak tambah? Sila komen. Challos.

8 comments:

Anonymous said...

trend no 1 tu mcm ler dia tu bertudung......muakakakakkaa

Anonymous said...

Niceeeeeeeeeeeeeeee! :)

Unknown said...

Memang lah tak bertudung pun.

Aleen said...

no 7.... hmmm if setakat mssg dngn pakwe ke makwe ke x pe la... tapi smpi letak kt status fb atau twitter, a bit annoying..

Unknown said...

maksud kau no 8?

Anonymous said...

kmu ada tengok cerita running man

Anonymous said...

aq sangat suke trend yg no.3.sangat comel
tapi mybe x sesuai untuk aq.

Unknown said...

Yupe. Kita tengok cerita running man.
Dan trend no 3 tu. Err no comment. Well, I don't know you kan.