07 September 2011

Period Pain



Oh yee tadi dapat report card dekat sekolah. And well benda pertama yang aku check adalah Kehadiran aku. Okay aku tak hadir 19 Hari termasuk MC dan ponteng. Tapi aku tak tahu lah berapa hari yang aku ponteng. Tapi rasanya kurang dari 7 hari kot. 


Sebab kebanyakannya aku dapat MC doktor. Ye lah, aku perempuan. Setiap bulan Period. Dan bila Period je mula lah kena period pain atau lebih senang dipanggil segugut. Kalau kena segugut tu maca sakit perut je tak apa. Ini tidak. Kadang-kadang tu sampai tak boleh nak bangun. Sakit sangat.


Ada masa pulak tu aku kena sampai dua hari. Tu memang tahap kronik lah. Ada dua ke tiga kali aku kena sampai dua hari. 


Memanglah boleh makan panadol jee terus baik. Tapi cuba ambil tahu kesan sampingan dia sikit. Dan nenek aku pun tak galakkan sangat aku makan panadol. Jadi aku pun tak makanlah. Aku cuma baring dan tuam dengan benda panas.


Okay mungkin perempuan faham situasi aku tapi lelaki confirm tak faham. Tak payah ambil contoh jauh. Contoh dekat dah ada which is abang aku. Dia memang kalau aku period je mesti perli. Kata aku lembik lah apa lah. Which is aku rasa nak sepak je muka dia tapi tak boleh. Hihi.


Eh apa pun aku tak dapat surat amaran lagi sebab surat amaran pertama hanya akan dihantar bila aku tak datang sekolah 11 hari tanpa surat. Jadi aku memang yakin aku banyak MC dari ponteng. Dan aku akan cuba menghadirkan diri aku ke sekolah setiap hari lepasni. Insya-Allah. 


Eh mungkin lepas ni aku akan jarang update blog. Bukan apa, bulan October dah nak Final Exam. Dan aku Bio masih lagi merangkak-rangkak. Physics lagi lah. Dahlah Final Exam dua hari before birthday aku. Sedih siut. Dahlah tahun lepas pun PMR waktu birthday aku. Apa kan nasib? Birthday exam.


Oh ye jadi aku akan jarang update blog. Mungkin seminggu sekali atau dua kali je aku akan update. Tak macam selalu kalau boleh setiap hari nak update blog kan. Jadi don't miss me yeah. [macam ramai orang baca je kan].


Before aku end kan entry ni, nak letak gambar sikit. Jadi tak de lah korang rindu aku sangat kan. Hehehe.



Ini budak kelas 4 Arif 1 iaitu kelas aku. Comelkan aku pakai tudung? Okay prasan. 


Follow tumblr aku. http://supermiera.tumblr.com

Okay Challos.


No comments: