24 April 2012

Bertudung atau freehair?



Pelik aku tengok manusia zaman sekarang. Bukan sekadar tidak melakukan perkara yang wajib itu dengan alasan belum sampai seru, malahan mengutuk pula orang yang melakukan perkara wajib itu.


Awak tahu tak? Awak dah lah berdosa sebab tunjukkan aurat awak dekat lelaki lain. Lepastu awak tambah pula dosa awak dengan mengutuk orang yang pakai tudung. Apa tak cukup ke dosa awak sampai awak perlu tambah dosa lagi?






Awak cakap, "dia pakai tudung sebab fesyen. Bukan ikhlas pon."


Awak, sebab fesyen ke apa ke, yang penting dia pakai tudung. Yang penting dia tutup aurat dia. Niat dia biar dia seorang je yang tahu. Tapi awak tahu tak, dia tetap tutup aurat dia dari pandangan orang lain. Dosa dia kurang. Ini awak, dah lah tak pakai tudung lepastu pakai dress yang nampak lurah dada, pendek sampai nampak paha awak. Sekarang, fesyen mana yang lagi bagus? Fesyen awak atau fesyen orang yang pakai tudung? Fikir sendiri. 



Awak pun cakap, "orang yang pakai tudung bukannya baik sangat. Harap je pakai tudung, tapi jahat. Kitorang yang freehair ni lagi baik."

Awak, jangan salahkan tudung. Tudung tu tak bersalah pon. Yang bersalah orangnya. Jangan pernah salahkan tudung itu. K cuba awak bandingkan dua situasi ni. Pertama, orang yang pakai tudung tapi mencuri.  Kedua, orang yang freehair mencuri. Mana satu yang lagi berdosa? Sudah semestinya yang freehair kan? Dahlah dia berdosa sebab tayang aurat, lepastu dia mencuri pula. Tak ke banyak dosanya? Yang pakai tudung tu, at least dia tak dapat dosa untuk tayang aurat. Betul tak?


Kenapa perlu awak salahkan orang yang memakai tudung? Awak dah lah memang sah sah buat dosa yang sememangnya semua orang Islam tahu, lepastu awak nak menghina pula? 

Bukan nak berlagak alim. Bukan nak berlagak bagus. Sejujurnya, aku pun baru berhijab tahun ini. Aku mula berlajar menutup aurat dan bukan membungkus aurat tahun ini. Awak mungkin ingat saya tak ada hak nak menasihati orang lain sebab saya baru tahun ini pakai hijab. Tapi awak. Selagi kita ni Islam, kita wajib berdakwah walaupun kita sendiri tak perfect. Manusia zaman sekarang tak ada yang perfect.

Aku bukanlah anti budak freehair. Aku ada ramai kawan yang freehair. Ramai. Tapi mereka tak pula mempersoalkan tentang tudung. Sebab awak, yang wajib tu tetap wajib tak kiralah awak nak berdolak-dalih macammana lagi. Wajib tetap wajib. Hukumnya takkan berubah. 

Saya nasihat sebab saya tak nak awak semua terus hanyut dengan dunia yang sementara ni. Awak tahu tak, dunia ni dah makin sampai ke penghujungnya. Akui atau tidak, dunia kita dah semakin uzur, makin tenat. Nyawa kita pon boleh ditarik bila-bila masa je. Mungkin seminit lepas ni. Mungkin esok. Atau mungkin sepuluh tahun lagi. Tapi takkan awak nak bertaubat bila dunia dah kucar-kacir? Bila nyawa awak sampai ke penghujungnya? 

Saya sebagai saudara sesama Islam dah melaksanakan tanggungjawab saya, kalau lepasni malaikat tanya kenapa awak tak tutup aurat, jangan salahkan saya. Saya dah cakap. Saya dah nasihat. Awak yang tak nak dengar. 

Istighfar banyak-banyak. 

Saya doakan awak semua terbuka hati untuk pakai tudung. Untuk tutup aurat awak yang selama ni awak dedahkan kepada orang ramai. Sekian.

4 comments:

FiekaOnie said...

betul tu. saya setuju ! thumbs up ! :) tapi ramai jgk yg salah faham. tutup aurat ta smestinye pakai tudung. anggota lain ponn aurat jugak. lengan ponn aurat tapi ada jee yg pkai tdung tapi pakai bju lengan pndek. ta smpurna lagi tu kaedah tutup aurat die :)

supermiera said...

Yup! Betul tu.

nabil said...

isteri idaman saya adalah free hair
bukan rambut karat&bertudung
its not my type

supermiera said...

Oh okay. Lain orang lain citarasanya..