28 March 2013

Blog Abang Gua

Hello. Sebenarnya aku tengah bengang ni. Kenapa? Sebabnya komputer aku ni dah lain benoooooooooooooooooooooooooooo!!!!!

Entah apa yang abang aku tukar pun aku tak tau. Tak kisahlah nak tukar camne pun tapi mana semua benda yang aku download tu!!???

Haih aku memang nak promote blog abang aku. Tapi photoscape hilang!!! Haihhh. Ni tengah download balik. 44 minit lagi. Haiyaaaaa. Lambat.

Jadi, sekarang.. Aku nak tengok We Got Married Yong Hwa Oppa dengan Seoh Hyun. Jumpa lagi 40 minit! Bye...

Dah habis satu episod. Lagi 19 minit...

Ok taraaaaaaaaaaaaaaa


Inilah dia blog abang gua! Muahahaha..

http://singabiru46.blogspot.com/

Seperti blog description dia, blog ni mengisahkan tentang ilmu-ilmu akhirat dan dunia. Maksudnya, ilmu agama dan ilmu-ilmu lain yang kita boleh praktikkan di dunia yang serba moden ini. 

Abang aku ni belajar IT. Jadi sebab tu dia tahu pasal IT ni. Tengoklah komputer rumah ni haa. Habis dia tukar sampai aku sendiri kengkadang confius. Haritu kan aku dah lama gila tak main komputer, dalam sebulan lebih ah sebab aku guna netbook mak aku je. Bila aku bukak komputer ni, aku pun confius. Ni komputer rumah ke komputer dia? Hahaha. Habis dia letak password dan diubahnya computer ni jadi macam laptop dia. Haih poning den.

Kenapa singabiru46? 

Hmm aku pun tak tahu sangat lah. Tapi ini apa yang aku rasa. Mengikut gerak hati adik kan. 

Singabiru bermaksud Chelsea. Did I spell it correct? Sebab abang aku memang minat gila dengan kumpulan Chelsea. Die hard fan..

46? Well blog ni dia kongsi dengan makwe dia. 46 is combination of their birthday year. Abang aku lahir tahun 94. Makwe dia lahir tahun 96. So jadilah 46. Get it? Diorang ambil nombor last tahun kelahiran diorang dan gabungkan. (Dan yes makwe dia muda setahun dari aku.)

Jadi dengan itu terhasillah singabiru46!!

Did I get it right bro? Muahahahaha. Kalau salah, maafkanlah..

Okaylah.. Apapun korang visit lah blog dia dan follow blog dia. Okay.. Bye..

1 comment:

afiq khairuddin said...

muahahahahaha..terima kasih bro !