12 July 2014

Puasa

Hai korang semua!! Selamat berpuasa. Macammana puasa? So far penuh tak? 



Puasa tahun  ni bagi aku lain dari tahun sebelumnya. Kenapa? Tahun ni aku berpuasa dekat rumah tanpa ada sebarang aktiviti. Faham tak maksud aku? Tak faham? Meh aku terangkan...

Dulu zaman aku sekolah, aku puasa kat rumah gak sebab aku sekolah harian je dari darjah satu hingga form five. Tapi kebanyakan masa aku habiskan dekat sekolah. Yelah sekolah balik kan dah pukul 3 petang camtu. Balik rumah, rehat rehat jap eh dah berbuka. Maknanya tak rasa sangat lah puasa tu sebab jadual pack. 

Pastu habis zaman sekolah, masuk matrik. Kat matrik lagi la jadual dia pack. Kelas sampai pukul 5. Beli makanan itu ini pung pang pung pang balik eh dah berbuka. Tapi sedih weh tahun lepas puasa. Dahlah puasa jauh dari keluarga for the first time. Tak dapat balik hujung minggu nak berbuka kat rumah. Balik rumah time nak dekat raya. Puasa berapa hari je dekat rumah. 

Ni haa dah habis matrik ni, aku duk umah tunggu keputusan upu keluar bulan 8 ni, dapatlah puasa sebulan penuh dekat rumah. Dan baru aku tahu puasa dekat rumah macamni lagi cepat laparnya. Ye lah, takde benda nak buat. Duk rumah tengok tv. Nak keluar naik kereta sikit mula lah pening lah apa lah. Peel memacam....

Huhu.

Okaylah itu je aku nak membebel harini. Sebab aku rasa dah lama gila aku tak membebel macamni. Asyik tulis entry yang puitis (ek eleh perasan. Sedarlah diri kau bukan budak sastera) je. Rasa lega sebab akhirnya dapat membebel macam nenek tua kat sini.

Haih blog I miss the old time....

Byeeee

No comments: