10 August 2012
Diari Ramadhan Mira
Eceh tajuk nampak sangat tiru cerita Diari Ramadhan Rafique. Nampak noo copycat. Keh Keh Keh. Maaf maaf. Tajuk itu sahaja yang aku rasa menarik untuk entry bulan puasa. Hehe. Good job sesiapa yang bagi idea tajuk cerita Diari Ramdhan Rafique tu. Good job. Sangat kreatif.
Pejam celik pejam celik, dah tiga minggu kita puasa. Ahad depan dah raya. Fuyoo terasa cepat masa berlalu. Berat badan pun tak sempat lagi nak turun tiga empat kilo. Bazaar langsung tak pernah aku jejak kaki dekat sana. Murtabak pun baru sekali merasa. Dah nak raya dah? Woo how time flies.
Tapi apa yang pastinya, baju raya dah siap. Dah beres dibeli. Belum puasa lagi, dah beli dah sikit. Sekarang ni dah complete dah. Dah basuh semua. Tinggal gosok je. Walaupun warna oren baju kurung aku dan mak aku tak sama dengan warna oren baju melayu ayah abang dan adik aku, janji oren. Haha. Lain pula rona dia. Mengada tau oren ni nak banyak rona.
Terasa macam baju raya tahun ni banyak daripada tahun sebelum-belum ni. Baju kurung pun sampai dua. Tak pernah-pernah baju kurung dua, tetiba tahun ni dua. Oh tu sebab mak aku belanja jadi aku angguk sahaja! Haha.
Puasa tahun ni, Alhamdulillah okay. Tak sesukar mana. Dugaan memang banyak tapi Alhamdulillah aku dapat harunginya. Iman aku kuat lagi. Kadang-kadang aku sendiri pelik kenapa orang tak malu sangat makan depan orang ramai? Dah sah-sah Islam tetapi makan depan public. Tak rasa bersalah ke? Walaupun sekelumit perasaan bersalah tak ada? Inilah orang cakap, dunia akhir zaman. Buat dosa tanpa rasa bersalah atau rasa malu. Moga-moga kita semua tak tergolong dalam golongan itu.
Bibir memang kering gila. Tekak pun sakit gila. Sebab tak cukup minum air. Waktu buka puasa, aku minum dua tiga gelas je. Sahur dua gelas. Mana cukup kan? Nak minum air banyak-banyak takut kembung. Lepastu makan pulak kuih yang berminyak. haa kau jerawat mula lah muncul. Tapi sekarang dah kurang sikit. Waktu mula-mula puasa, perghh berlambak jerawat naik muka. Lama-lama aku control sikit. Tak makan benda yang berminyak sangat, dan Alhamdulillah jerawat aku dah kurang.
Okay. Sekarang ni aku target nak turunkan berat aku lagi sekilo. Hehe. Sambil menyelam minum air ah kan? Sambil berpuasa dan beribadat, kita kuruskan badan sekali!
Hehe okay everybody! Selamat menunaikan ibadah puasa. Semoga hidup anda semua diberkati Allah. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment