27 January 2012

Dramas.

Banyak sangat Drama dalam hidup kita kan. Dulu waktu aku kecik-kecik, aku tengok tv. Aku ingat semua tu cuma rekaan. Cuma imaginasi manusia. Benda yang tak logik dan impossible nak berlaku. Tapi bila aku dah besar ni haa, aku baru tahu benda tu actually berlaku. Walaupun nampak macam tipu but sebenarnya ianya terjadi. Huh? Apa aku merepek meraban ni?


Hidup ni pun macam drama dalam tv ah. Kena siksa, kena khianat, kena kahwin paksa, kena dera, kena buli, kena buang, kena jual. Eh kenapa semuanya negative side je? Oh ada juga positive side kay. Such as, finally they live happily ever after. Eh boleh pakai ke?


Ohh tujuan tulis entry ni sebenarnya nak bagitahu drama apa yang aku layan sekarang ni. Yang aku tunggu setiap hari atau setiap minggu untuk tengok cerita tu. Kita mula. Eceh.


1. Vanilla Coklat




Tak ke diorang tu comel gila? Muehehe. Seriously aku layan kot cerita ni. Aku tak tengok dekat tv tapi aku tengok dekat tonton.com. Memang best. Camne aku boleh terjebak tengok cerita ni? Sebab adalah satu hari tu aku tengah bosan tahap gaban. Jadi aku pergi dekat tonton.com. Aku cari drama best dan aku jumpa cerita ni. Tengok. Best pulak! Tu ah yang layan. Cerita ni macam funny funny sikit. Macam kena ah dengan jiwa aku. Har-Har. 


2. Swallow The Sun



At first, bila aku tengok iklan cerita ni, aku fikir cerita ni membosankan sebab dia berperang sana berperang sini. Then bila aku tengok, Ehhhhhhh best lah pulak. Terus aku layan. Dah lah Ji Sung berlakonnn. Handsome kot. Har-Har. Dulu dia berlakon dalam Protect The Boss, dia jadi macam lembik. Then dalam cerita ni dia jadi kuat, gagah perkasa pulak. Mula-mula macam pelik je tengok sebab dah biasa tengok dia jadi lembik. Har-Har. Lama-lama, Oh Myyyyy! Cair kot. Har-Har.

3. Running Man



Variety Show kegemaran aku. Har-Har. Cerita ni memang layan habis ahhhh. Lagi-lagi ada Jong Kook. Memangggggggggggg layan doe. Try tengok. 

4. Salaryman Cho Han Ji


Drama ni baru start hari rabu haritu. Memang syiok. Funny. Watak utama dia tak handsome sangat. Tapi watak lelaki yang no dua tu handsome. Yang nak balas dendam tu. Haa yang tu handsome. Cerita ni pon aku layannnzzz.

5. Raja Lawak 6


Aku layan jugak aaa raja lawak ni. Sebab apa? Sebab ada Jozan. Kay. Itu je. Har-Har. Peserta pulak aku sokong Shiro. Kot? Yang tu je yang aku kenal. Selalunya aku tengok setengah je lepastu aku dah selamat ke alam mimpi aku. Har-Har.


Kay itu je yang aku tengok kot. Har-Har. Aku tak banyak sangat layan tv sekarang ni disebabkan aku mula sedar diri aku nak SPM. Banyak cerita Korea je aku layan kan? Sebab apa? Sebab entahlah. Oh aku jarang layan cerita omputeh kalau ada episodes. Sebab malas aaaaaa. Aku layan movies je kalau cerita omputeh. 

Okay sebelum penutup, mari kita lihat gambar aku pakai selendang! Yeay! Selendang. Okay jangan gelak.



Ahhhh shattap you. Kay Challos :)






26 January 2012

Karate Doeeeeee


Maaf sebab baru harini sempat nak buat proper update sekali dengan gambar semua. Haisyh. Bukan apa, cuti ni aku langsung tak keluar pergi mana-mana. Jadi bila tak keluar, gambar pun Haremmm lah ada kan. Kenapa aku tak keluar? Good question bro. Mak aku sakit ahh. Baru elok hari rabu haritu. Baru hari Rabu lah aku keluar kan. 

Ohhh sekolah aku cuti seminggu. Yeay! Homework baru satu sentuh. Yeay lagi! Dan bab form four semua satu pun belum start lagi. Yeay lagi! Heh. Kenapalah dikau malas sangat wahai Mira? Sedar diri sikit boleh tak? Tahun ni nak SPM. This is SPM. This is your future kay. 

Tapi harini budak sekolah rendah sekolah. Gelak sikit dekat diorang. Har-Har. Kesian.

Petang tu aku pergi tengok budak darjah satu Karate-do. Haha. Sangat comel. Layan gambar sekejap. Tapi sorrylah kualiti tak elok bro. Aku zoom dari jauh jee. Guna phone lagi tu. Maap ya dong. Har-Har.


Semangat. 


Masih bersemangat.


Penat. Dahaga. Mengantuk. Zzz nak tidur.



Lepas geram sebab tak ada air. Menangis tak dapat air. Har-Har.


Dapat air. 


Logo tekak den. Barulah boleh semangat kembali! Hiyak.

Har-Har. Sebenarnya waktu tu dia dah menangis dah sebab lupa bawak air. Dahaga bonar. Kesian. Oh siapa budak dekat atas tu? Dia kazen aku. Nama dia Haiqal. Panggil Ah-Tai. Kenapa Ah-Tai? Jangan tanya aku sebab aku sendiri pun tak tahu. Har-Har.

Ohhh dia stay dekat rumah aku lepas balik sekolah sementara tunggu ayah dia jemput memandangkan rumah aku dekat gile dengan sekolah kan. Kiranya tambah sorang adik ah aku kan. Ready make lagi. Har-Har. 

Ohh sekolah rendah aku tuu dah lawa bebenor sekarang ni! Siap ada Wi-fi zone lagi. Untung ahh kan. Dulu time aku, tak ada apa sangat dekat sekolah tu. Iyalah sekolah baru kan. Waktu aku masuk standard two, sekolah tu baru bukak. Kiranya aku ni pelajar terawal sekolah laa. Har-Har. Sekarang ni, Fuyooooo lawa siut. Nak masuk sekolah rendah balik, boleh? Har-Har.


Muka minta penyepak? Har-Har. Okay. Cukuplah update untuk harini. Semoga anda terhibur. Aku akan buat next entry dalam masa yang terdekat. Esok atau lusa atau tulat. Iya. Aku tak tipu. Aku dah plan dalam kepala otak aku dah apa nak tulis untuk next entry. Ingat nak tulis lepas entry ni tapiiiiii nak tengok drama ah. Har-Har.

Kay Challos.

P/S : Ehh kepada adik Ah-Tai, Haziq. Selamat harilahir yang ke berapa ek? Har-Har. Semoga cepat tinggi dan gemuk. Dan semoga sihat selalu. Lots of love from me. Baiii.



22 January 2012

Yay. Belog saya dah transform!

Do you see it? Nampak tak wei? Kalau tak nampak, dasar kau orang semua buta. Ehhhhhhhh perubahan besar ni sedang berlaku. 


Yess! That's correct bebeh. 


Background belog aku dah tukarrr. Dan aku punya post ni telah ditukar ke belah kanan. Kanan kalau kau menghadap komputer lah. Kalau kau membelakangkan komputer, jadinya kiri. Har-Har-Har. Comel tak? To be honest, mula-mula aku nampak macam pelik jee blog aku. Tapi tak apalah, kadang-kadang kita tukar angin lah kan. 


Mana boleh aku je yang tukar penampilan. Belog pun nak jugak tukar penampilan. Har-Har.


Kay itu je pon nak update harini. Maaf tak ada gambar sebab aku tak keluar pergi mana-mana. Ohh my lidah sangat sakit. Susah aku nak makan. My God. 


Okayy Challos pepssssss :)

17 January 2012

Ini sebuah cerita

Cerita apa? Cerita cinta sampai meleleh air mata kee? Atau cerita komedi sampai pecah perut ketawa? Ataupunn cerita pengajaran yang buat kita insaf? 


Hmm. It's up to you lah nak kategorikan cerita aku ni sebagai cerita apa. I don't mind at all. Mungkin kau orang boleh kategorikan sebagai the worst story ever or the boring story ever. Label kan lah. I don't care. 



Cerita pertama. Teng Teng Teng.

First day datang bulan, biasalah aku haruslah kena period pain. Jadi waktu aku nak siap-siap pergi sekolah, it's a bit hurt. Sakit pinggang. Jadi aku pun tak siap properly. Mana yang aku ingat, aku capai. Mana yang aku sampai, aku ambil. Dan here I go. Pergi sekolah.

As you all know, aku pergi sekolah jalan kaki. Jadi aku jalan ahh dengan Nadiah. Then, dah sampai depan sekolah. Baru ingat, aku lupa bawa blazer. My God. Nasib baik ingat woo. Kalau tidak, memang parah aaa. Jadi aku dengan Nadiah pun berlari balik rumah ambil blazer yang tertinggal. Dengan sakit-sakit tu, berlari jugak. Budak-budak lelaki yang suka melepak sebelum masuk sekolah pun perli-perli aku, tapi peduli apa kan? 

Hehe. Sangat kelakar bila diingat kembali. Dah lah waktu tu memang dah lambat tau. Lagi bertambah lambat aa. Sampai sekolah cikgu dah berucap. Pengawas apakah ini? Achoii. Maaf, aku bukan sengaja memberii contoh yang tak baik. Cuma aku terlupa bawa blazer. Dan terpaksa patah balik. Everybody make mistakes right? And Nadiah, sorry sebab tak pasal-pasal Nadiah pun kena jogging pagi-pagi buta tuu. Haha. 



Cerita kedua. Jeng Jeng Jeng.

As you all know, aku ni baru mula bertudung kan? Jadi hal biasalah kepada sesiapa yang baru bertudung kan. Tudung tak betullah. Tudung tak nak ikut cakap lah. Tudung lembik sangat lah. Tudung itu lah. Tudung ini lah. Banyak sangat kerenahnya.

Aku pun tak terkecuali. Aku ni memang jarang ahh pakai tudung bawal kalau keluar. Serious. Aku cuma pakai tudung bawal kalau pergi sekolah jee. Sebab apa? Sebab tudung bawal ni sometimes kalau kita salah seterika, dia tak boleh bentukkan? Jadi haritu aku mula belajar pakai tudung bawal. Okay agak susah ahh. Hehe. 

Comot gila kot aku pakai first try. Memang sememeh je muka. Tapi bila dua tiga kali pakai bila keluar, aku rasa I'm okay with it. Dah rasa secocok. Tudung bawal tu dah bagi kerjasama dekat aku. Har-Har. Berlagak? Tak ado lah. Cuma bagitahu je. 


Cerita ketiga. Tra ta ta tangg tangg.

Hari Isnin memang hari memenatkan sedunia bagi aku ah. Serious aku cakap. Aku dah lah balik pukul 3.00. Actually pukul 3.20 petang tapi disebabkan ada program 1 M 1 S, kelas tambahan terpaksa dipendekkan 20 minit. Har-Har. Jadi balik pukul 3.00 lepastu terus pergi 1M 1S pukul 3.00. Nasib cikgu kasi budak form five lewat setengah jam. Jadi setengah jam tu kitorang solat. Tak sempat nak makan, pergi situ pulak. 

Pukul lima balik. Buat kerja sekolah. Hari Isnin selalunya banyak kerja sekolah kan? Jadi Kayyyy ambik kau buat hingga malam. Pukul 10 macamtu dah siap, tidur. My God. Monday is the lifeless day. Haha. 

Macam Isnin, eh maksud aku semalam. Lupa harini hari selasa. Haha. Macam semalam aku ada meeting pengawas, aku ada perjumpaan 1 M 1 S lagi. Bertindih masa tu. Tapi aku pergi meeting ah. Lagi penting kot? Memang semalam penat gilaaaa. Tu ah qada tidur petang tadi. Nasib tak banyak homework harini. Kalau tidak, pengsan edennnnn! 


Dah. Sampai tiga je lah cerita aku untuk harini. Aku pun dah tak ada idea nak tulis apa lagi. Mungkin lepasni aku tak update hingga cuti raya Cina nanti kay. Oh sekolah aku cuti seminggu! Happy nya aku. Boleh tidur lambat, bangun lambat, mandi lambat, dan apa-apa lah. Har-Har. Tak sabar nak cuti. Padahal baru masuk minggu ketiga sekolah kan. Nampak benar aku ni pemalas kan? Har-Har. Kay aku sedar tu. 

Okay aku nak buat kerja sikit nii. Goodbye peps. Kay Challos.