12 June 2012

Aku harus sedar

Hai. Nama aku Supermiera. Aku pernah bercita-cita untuk menjadi superhero macam powerpuffgirls waktu aku kecik-kecik dulu. Aku pon pernah bercita-cita untuk menjadi seorang yang dikenali ramai dengan kejayaan yang dapat dibanggakan. Ya, cita-cita itu masih ada di hati aku. Masih dan akan kekal di hati aku.


Aku dah sekolah selama 13 tahun masuk tahun ni. Dua periksa besar aku dah lalui dengan keputusan yang boleh dibanggakan. Tapi semua tu masih belum cukup. Aku kena dapat keputusan yang cemerlang dalam spm. Periksa besar. Aku kena tamatkan zaman persekolahan dengan cemerlang. Bukan kena lagi tapi harus.


Apa guna sekolah penat-penat 13 tahun kalau penamatnya hampeh? Kalau spm teruk, semua fail. Apa guna? Repeat balik paper? Sekarang ni bukan zaman dulu lagi. Zaman sekarang ni siapa cepat dia dapat. Dalam masa nak tunggu kau lulus spm tu, kwn-kwn yang sepermainan dgn kau tu semua dah jauh ke hadapan.


Kau sanggup orang lain cerca kau macamni, 'Oh dia tu dulu bukan main horeey horeey dalam kelas, memonteng kelas nombor satu, bergaduh setiap hari, kiranya dialah paling taiko dulu. Tapi itu semua dulu. Sekarang ni apa dah jadi? Kerja tak ada siapa nak terima. Hidup mak bapak yang tanggung. Entah siapalah yang malang dapat dia nanti kan?'


Sanggup kau dimalukan sebegitu rupa? Sanggupkah? Sanggup kau dicop sebagai 'makan duit mak bapak'? Sanggup kau dilabel sebagai 'orang malang'? Sanggup tak?


Kalau aku, aku tak sanggup. Betul-betul tak sanggup. Jadi, aku akan cuba kuatkan semangat aku.


I need to study hard. I need to cut out my entertainment time. No more games on schooldays! No more computer on schooldays! No more twitter on schooldays! No more! No more!


I need. I should. I will.


Trial aku 13.8. Lagi dua bulan. Betul-betul 2 bulan lagi. Spm 5.11. Ahh cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku bergelar pelajar form five, tup tap sekarang ni dah pertengahan tahun. Jangan salahkan masa tapi salahkan diri sendiri. Diri sendiri yang leka, lagi mahu disalahkan masa. Masa tak pernah tunggu kita, kita yg kena kejar masa. So here I am, trying to kejar masa.


Doakan aku supaya semangat aku ni bukan semangat taik ayam. Doakan aku semangat aku ni kekal sampai saat terakhir kertas terakhir aku dikutip. Doakan aku agar aku dapat mengejar masa yang sudah lama aku siakan. Doakan aku agar kuat semangat. Doakan aku agar mampu menolak semua dugaan yang mendatang. Doakan aku agar bila aku dapat keputusan spm nanti, aku boleh tersenyum gembira sambil memeluk kedua ibu bapaku dengan hati yang gembira. Doakan yang terbaik untuk aku.


Terima kasih Ya Allah kerana membuka hati aku sebelum terlambat. Memberi peluang aku untuk berubah sebelum semuanya sudah tidak ada mana lagi. Yang paling penting, terima kasih kerana memberi aku peluang untuk hidup di muka bumi ini, masih mampu bernafas dan masih mampu untuk bergerak seperti manusia yang lain. Terima kasih..


Terima kasih juga buat semua yang masih sudi membaca blog aku ini walaupun semakin hari aku semakin malas untuk update. Tak, ini bukan entry terakhir aku. Aku akan update lagi. Tapi mungkin jarang. Maafkan aku. Tapi aku kena dahulukan SPM dari ini. Tapi, apapun teruskan support aku.


Kepada semua pelajar form five, berubahlah sementara masih ada. Bulan 11 bukanlah lama lagi. Tolak masa cuti, tolak waktu tidur, waktu makan, waktu main. Kita cuma tinggal berapa bulan je. Kita kena berubah. 5 bulan je lagi. 5 bulan yang menjadi penentu masa depan kita....


Published with Blogger-droid v2.0.4

05 June 2012

6 days trip.

Hey. Miss me huh? What no? Eleh, nak cover? Tak payah cover lah. Rindu cakap rindu. Ego jangan nak melangit sangat. Nanti diri yang merana. Oh, apa aku merepek ni?

Intro yang sangat sangat memualkan. Habis followers aku semua muntah muntah. Tak apalah. Followers aku pun bukannya ramai sangat. Tak sampai 300 pun lagi :( Why bloggers why? *meraung sambil hentak kepala dekat meja*

K aku memang dah merepek sangat ni. Someone stop me please. Huh macam ada orang nak tolong kan....

Oh balik pada topik. Haritu aku pergi balik Pahang. Rancangan utama nak pergi Terengganu. Nak drop nenek aku dekat Pahang lepastu jejalan dekat Ganu. But biasalah, plan last minute. Mana ada hotel kosong. Why hotel why? Sedih siut. Kalau tidak, aku dapat makan kopok lekor sambil minum kopi. Syiok woi. Eh dekat Pahang pun ada lah!

Tukar plan B.

Pergi Pahang! Bercuti di Pahang or should I say balik kampung? Sebab.... Aku banyak pergi rumah orang je. Haha standard ah tu bila balik kampung. K nevermind. Eh tahu dak? Satu aku salute dekat sini. KFC depaaaa tak ramai orang macam kat Somban ni. Aku lalu depan KFC 24 hours tu, tak ada orang pun dalam dia. Whoosyh.. That's great. Cuma Mc'D diorang ramai. Mungkin orang Kuantan tak makan ayam, diorang makan burger. Mungkin. 

Okay. Sampai selasa tengah malam dekat rumah Mak Ngah. Aku lepas melantak semangkuk nasi goreng dalam  kereta, terus tertidur. Haha. Teghuk naaa peghangai. Sampai sana terus masuk tidur. ZzzZzzZzzZzz

Hari kedua, pergi jalan Balok. Makan kopok lekor wuuu.. Sedap hoi. Pastu Pergi rumah sana, pergi rumah sini sampai tengah malam. Lepastu kawan ayah belanja makan malam. Pukul 9.30 malam! BERTAMBAH GEMOK AH CENGGINI. Makan nasi pulak tu. Tapi sebab waktu tu memang tak makan apa-apa jadi makan je lah. Sedap memang sedap tapi biasalah, aku ni tak pandai makan sangat kalau orang ramai. Maksud aku, aku agak malu ah nak ambik lauk yang jauh dari aku. Malu kata KO. Haha. Bukan control cun.  Bukan on diet. Tapi memang perangai aku cenggitu. Pada dulu kot. Kecuali kalau aku dengan orng yang aku rapat sangat such as family. Baru aku Okay. 

Hari ketiga, pergi jalan dekat Teluk Cempedak. Teluk Cempedak right? Haha. Jejalan dekat sana. Banyak beghuk kecik kecik tu. Menakutkan. Jalan-jalan. Feeling ombak rindu jap. K ada gambar. Jap tengok.


Gambar aku tak banyak sebab aku yang pegang camera. Jadi gambar aku kena ambik sendiri. Boring right?

Adik aku buat muka comel. Meluat sangat K.

Lepastu makan Burger King. Adik aku ah. Aku waktu tu dah konyang dah sebab dekat rumah mak ngah dah sarapan mi goreng. Adik aku bangun lambat jadi dia tak sompat sarapan. Dia merengek lapar. Jadi makan ah dekat burger King. Caye dak? Burger King dia tak ramai orang langsung! Like seriously... Kenapa aku rasa macam Burger King murah ek? Sebab one family makan tak sampai RM 50 pun. Kalau Mc'D selalunya dah enam puluh tujuh puluh hengget. Kenapa heh? Mungkin sebab Burger King ada set kot. Kitorang order yang family set punya. Yang memang lengkap ah untuk kitorang. Siap dengan pie, fries nugget segala bagai. Kenyang nak mampus. Tapi sos dia seriously aku cakap langsung tak sedap.

Lepastu orang call kata nak bagi ikan. Oh kawan ayah aku banyak yang kerja nelayan. Jadi one of them nak bagi ikan lah. Dapat ikan. Ingatkan nak bawak balik. Sekali dia suruh mak cik yang bukak kedai tepi pasar tu goreng tepung ikan tu. Aku like blank. Sebabnya perut aku dah full gila. Tapi aku makan jugak sekor. Haha. Sekor kata kau. Dia bagi sampai 10 hekor. Haha. Banyak sangat. Then balik dan malam keluar pergi rumah mak long. Balik lambat sebab ayah aku sempat lak pergi kenduri rumah kawan dia. Choii. Haha.

Hari keempat, tak pergi memana. Semua orang penat. Adik aku sampai demam panas. Haha lembik. Dapat ah nengok Running Man and super spontan. Oh Zizan menang! Yeayyyy! Perasan dak Zizan sangat-sangat sayang kat Johan? Sampai dia menang, dia sebut first sekali Zizan. Like Wow! That kind of friendship is what I want. Anyone? Oh dan that day birthday Beela. Beela Beelon happy birthday!

Hari kelima, buat bbq! Yeay! This is what I'm waiting for. Ayah tempah satu bilik dekat De Rhu Hotel. Dan kitorang buat bbq kat luar tu. Okay sangat sangat seronok. Makan ayam sampai perut buncit. Aku makan banyak woi.

Nyum Nyum.

Haha ni je gambar aku sorang yang orang lain capture!
Then dah feeling semua. Dah solat Asar which is aku tak payah sebab aku dah solat Jamak! He-He. Kitorang mandi pantai! Yeay! Pantai Balok je. Tempat kitorang tu kosong. Tak ada yang mandi. Jadi we run the world! Yeah. Haha.


Kenapa dia senyum macamtuuuuuuuu> Gua nak muntah. Adik aku curik gelang aku

Abang aku curik gelang aku. Kwajo. Abang adik sama je.
Oh lepastu dah bosan main wave, pergi beralih dekat kolam mandi pulak. Mandi sana woo. Great. Adik aku poyo sebab dia reti berenang. Tak sedar diri tengah demam tu. Haha. Habis mandi dalam kul 7 naik masuk bilik semua rebut bilik air. And of course aku dapat dulu. Haha. 

Hari ke-enam, time to go back! Bangun dari tidur, kepala aku pulak yang sakit. Tapi aku pergi sarapan buffet dengan abang aku. Kan dapat percuma untuk 2 orng tu. Aku pergi dengan abang aku. Makan. Makanan dia tak banyak pilihan. Jadi aku makan Kuay Te Aw , Hot Dog, Wedges, Roti telur, Samosa dengan air teh. Nak makan cornflakes tapi aku tengok abang aku tak makan banyak, aku jadi malu. Haha! 

Balik rumah sampai lewat gila. Lepas breakfast tu aku langsung tak makan apa-apa. PMS lah woi. Entah apa pe'el aku sekarang ni. Bila period je tak selera makan sakit kepala. Haih. Sampai rumah terus tidur sebab kepala aku dah macam nak pecah. 

And now here I am! Di rumah! Home sweet home! Dah dua hari aku kat rumah ni. Best woi. At least, half of the holidays, I spend it in a right way. Pergi holiday kan. Minggu ni aku duk rumah je. Nak rehat kat rumah. Study sikit. (ye lahtu). Hehe. 

Okay panjang dah tulis. K babai semuaaaa. Take care! Oh prasan tak gambar tak banyak? Aku in no mood untuk ambil gambar atau tangkap gambar sendiri. No mood k. Haha. Okay babai. 

29 May 2012

Purpelish


Apa hal dengan minah purple dekat atas ni? Dengan tudung cacat. Dengan jari tembam. 

Oh hello semua. Yeay! Cuti. Walaupun cuti aku ada class tambahan. Tiga hari. Tapi yang aku mampu hadir sehari je. Yang lain tu kenapa tak mampu hadir? Good question. Bila aku update entry baru nanti, kau orang akan tahu kenapa aku tak mampu hadir. Bukan sebab aku malas k.




Cuti ni kau orang semua plan nak pergi mana? Say what? London? Perghhhh. Untung ler. Gua tak mampu nak pergi London tu. Lagipun passport gua dah mati. Haha. 

Lu orang tahu tak? Gua sekarang dah gian main game X-Box. Ayok tak tayok! Sapa nak tanggung? 

Setiap hari mesti gua nak main je game tu. Macam kau addict dekat twitter, macamtu la. Lepastu main bukannya sekejap. Berjam-jam. Sampai orang marah sebab tak boleh tengok tv. Haha gua demand. Gua main X-Box guna TV depan sebab TV tu besar. Gua tak main ah tv dekat bilik game ni. Haha demand woi. 


Haha. Rasa pelik dan kelakar pulak guna 'gua' 'lu'. Aku acah je guna. Ganas tak? Haaa aku memang ganas. Nama pun SuperMiera. Kerja selamatkan orang tu memang aku nombor satu. Tapi hidup sendiri tak selamat. Acano tu?

Haha okay dah. Sebelum aku merapu meraban. Lebih baik aku chow dulu. Kaghang ada orang tekan butang unfollow aku puleks. Hehe. Babai everibody! 


26 May 2012

Kosong...

\

Korang tahu apa perasaan aku sekarang? Apa aku rasa lepas exam? Aku rasa kosong. Aku rasa blank. Totally blank. Rasa macam aku ni blur tahap gaban. Sebab... Sebab.. SPM dah nak dekat woi. Thinking of it, make me shivering. Haih. Tapi in the same time aku rasa sangat tak sabar nak jawab paper SPM walau diri ini belum lagi bersedia. 

Three weeks of exam really make me lifeless. Lifeless gila. Lagi-lagi time sehari before exam Chem, sehari sebelum exam Bio, sehari sebelum exam Addmaths. Oh sehari sebelum Physics aku boleh tertidur dengan buku atas kepala dan badan atas lantai. Perghh menyesal gila sebab tertidur tu. 


Tapii yang berlalu biarkan berlalu. Yang sekarang kita kena usaha. Seriously aku ni memang jenis last minute punya orang. Semua benda aku buat last minute. Aku bukan macam perempuan lain. Kalau perempuan lain, sehari sebelum nak keluar jalan-jalan dah siapkan baju apa nak pakai esoknya. Tapi aku... Time nak keluar, time tu lah baru nak gosok baju, baru nak gosok tudung, baru nak cari kasut... Eh, apa kena mengena? 

Pointnya, aku ni memang suka buat last minute. Esok nak exam, harini baru study. Esok nak sekolah, harini baru buat homework. 



Tapi aku, walaupun pendek orangnya punya cita-cita yang tinggi. Sangat tinggi. Sehingga kadang-kala tak masuk akal. Aku bercita-cita nak score SPM. Nak dapat biasiswa penuh. Nak study oversea. Tapi... kalau aku teruskan sikap aku yang last minute, apa aku mampu untuk gapai cita-cita aku tu? Ya, disiplin ialah perkara penting untuk berjaya. 

Yes. I need to change....