24 September 2012

Hidup



Kadang-kadang kita rasa hidup ni tak adil. Hidup ni berat sebelah.

Kenapa mesti kita je yang ditimpa masalah? Kenapa mesti kita je yang diuji? Kenapa mesti kita je yang kena?

Bila kita tengok hidup orang lain. Di mana kita rasa dia ada semuanya. Dia lawa, dia pandai, dia kaya. Tapi don’t judge the book by its cover. Kita tak tahu apa yang dialaminya. A smile can hide thousands of feelings.

Tak semestinya yang dilihat sempurna di mata kasar kita itu benar-benar sempurna. Dan tak semestinya benda yang tak sempurna dilihat pada mata kasar itu tak sempurna.  


 Cukup, jangan mengeluh. Ingatlah apa yang kita lalui semua ni tak sehebat apa yang dilalui orang lain. Masih ada lagi orang yang lebih susah hidupnya. Lebih merana hidupnya.

Lihat pada kanak-kanak yang kebuluran di negara-negara lain. Lihat pada hidup mereka. Nak makan pun susah apatah lagi nak beli barang lain.

Bersyukurlah pada diri kita. Walaupun kita tak kaya mana, tapi kita masih mampu nak makan. Masih mampu nak makan fast food setiap bulan. Masih mampu nak beli pakaian setiap bulan. Masih mampu nak melancong setiap bulan.

Jadi apakah kesusahan yang kita alami ini setanding dengan kesusahan yang mereka alami? Yang mereka terpaksa lalui setiap hari. Yang mereka jalani tanpa sedikitpun keluhan?

Setakat tak dapat I-phone nak kata itu problem yang besar? Ohh betapa tak bersyukurnya engkau wahai manusia.

Setakat ditinggalkan boyfriend/girlfriend kau nak putus asa dalam hidup sehinggakan engkau nak bunuh diri? Ingatlah wahai manusia yang beragama Islam, membunuh diri adalah satu perkara yang dilaknat Allah. Dan api nerakalah balasannya.

Setakat terpaksa kepanasan sekejap, kau kata itu big big problem? Ingatlah dikau, manusia-manusia yang tinggal di padang pasir lebih panas. Lebih terik mataharinya. Lebih tinggi temperature nya. Ingat juga, di Padang Mahsyar tinggi matahari hanyalah sejengkal dari kepala kita.

Jangan. Jangan jadi manusia yang tak reti bersyukur. Jangan jadi manusia yang terlalu pentingkan diri sendiri. Ingat. Ingat orang lain. Ingat masih ada ramai lagi yang lebih susah dari kita.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Bersyukurlah dengan apa yang kita lalui. Segala ujian akan lebih mematangkan kita. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan perkara yang tak termampu oleh hamba-Nya.


 Hidup aku pon tak sempurna. Tak perfect. Mungkin di mata kasar orang lain, hidup aku ni happy. Tak ada problem. No worries in my life. But you don't know me yet. Rahsia aku, aku simpan seorang diri. Masalah aku, aku simpan seorang diri. Cuma bila aku dah tak tahan sangat baru aku bagitahu orang. Itupun sangat jarang. Sangat sangat jarang.

Sebab bagi aku, masalah aku biar aku setel kan sendiri. Tak perlu libatkan orang lain.

Personal problem memang semua orang ada. Bagi yang tahu masalah aku, memang diorang sendiri takkan dapat jangka aku ada masalah tu. 

Tapi aku dah biasa. Aku dah terima semua tu. Aku anggap semua ni dugaan Allah. Dan Alhamdulillah, aku dah dapat harunginya. Aku dah terbiasa. Aku jadi kebal. Tak sedikitpun aku kesal dengan apa yang berlaku.

Tapi tipulah kalau aku cakap aku tak teringat langsung. Ada tu ada. Tapi nak buat macammana? Lagipun ini takdir Allah. Aku terima.

And I hope you too.

14 September 2012

Entry yang sengaja dilambatkan

Hai semua. 

Aku ni sebenarnya cucu nenek aku yang nombor empat. Nenek belah ibu lah. Yang ketiga, Wanie. Sebaya dengan aku cuma dia lahir bulan satu aku lahir bulan sepuluh. Yang kedua, abang aku. Tua setahun dari aku. Dan yang ketiga kakak Wanie. Kitorang panggil dia Kak Long. Okay harini nak cerita pasal Kak Long lah.

Raya ketiga haritu, kak long aku bertunang. Bertunang dengan siapa? Dengan boyfriend dia lah. Okay sebenarnya aku baru dapat gambar haritu. Dapat waktu aku tengah trial. Pastu trial busy study. Sekarang baru ada masa nak update. Okay.

So here she is.  Lawa kan? Like seriously lawa gila kot.


Muka aku comot gila waktu tu. Dengan tudung yang tak betul. Susah doh nak pakai tudung cokelat tu. Dia tak nak bentuk dengan elok. Pastu dengan muka aku yang berminyak akibat kepanasan. Hmmm.


Kah Kah Kah....


Maaf. Ada orang dalam gambar ni kelakar. Dan ada yang okay. Sebab ramai sangat, maka tidak mampu ku puaskan hati semua orang. Sebab gambar ni aku okay. Jadi aku letak gambar ni. Kah Kah Kah. Sellfish betul.

Okay tu je gambar. Sebenarnya banyak lagi tapi banyak yang kabur. Dan banyak yang wajah aku beminyak. Tak nak aku. Hahahahahahaha.

Okay so aku berhenti dekat sini dulu.

Goodbyeee

30 August 2012

Masih mood raya.



Minggu ni minggu kedua kita sambut bulan Syawal. How was your Syawal? I have a great Syawal this year. But biasalah bila kita dah makin besar, duit raya pun makin kurang. I know that problem. 

Itulah kelebihan orang pendek like me. Dah seventeen years old pun orang ingat fourteen years old. Ada tu, masih ingat aku darjah enam! Whoo hold on buddy. I am form five. Tapi takpe, gua reda. Sebab duit raya masyukk sangat. 

Sampai orang ingat aku ni adik kepada adik aku yang sebenar ni. Hahahahahahahaha. Iki, you look old. Not because you taller than me. Pity you iki. 

Okay aku raya tahun ni agak meriah juga walaupun trial SPM minggu ketiga raya. Cuak. Cuak jugak tapi raya, raya jugak. Bagus benoo, Tapi bila tadi duduk dalam dewan, feeling nak ambil exam dah mai dah. Hahaha cuak doh.

Apapun sekarang ni, nak post gambar raya.. Gambar raya aku dengan family Seremban belah ibu. Tapi gambar tak banyak sangat aaa.Gambar aku lagi le. Semua syok sendiri punya gambar. K.



Ini Syami. Anak kepada mak teh aku. Budak ni baru darjah satu tapi perangai diaaaaa. Pergh macam orang tua. Berkawan pun dengan orang tua. Setakat budak enam tahun, tujuh tahun dia tak layan aaa. Dia layan budak darjah enam form one form two. Hahahaha gangster kononnya.


Ni pun anak mak teh aku. Nama dia Safwan. Adik kepada Syami. Beza setahun je kalau tak silap aaa. Budak ni lain sikit perangai dia. Dari kecik, dia ni memang pandai bercakap. Cakap mengalahkan orang tua.Ada je yang dia nak cakap. Lepastu kalau datang rumah orang, dia suka observe. Pernah jumpa tak budak enam tahun yang suka observe rumah orang? Haa inilah budaknya.'



Oh ini ayah aku. Bukak kasut guna kaki macamtu je. Dasar pemalas. Bapak dengan anak sama je. Hahahahahahaha. Aku pun bukak kasut macamtu je. Malas nak duduk, bukak satu-satu. Leceh. Oh ini dekat rumah uda aku. Ye lah, kau tengok kain baju tu je kau dah tahu tu bukan rumah aku. Rumah aku manede budak kecik. 


Pendek tapi naik basikal tinggi. Hahahahaha kelakar pun ada bila tengok dia kayuh. Pelik semacam. 


Okay ah. Itu je gambarnya pun. Sikit je. Gambar aku banyak yang blur je. Entah nape dengan camera aku, aku sendiri tak tahu. Gambar last ni aku edit je. Sebab tu ah cerah semacam. Gua tak seputih seperti ni. Kulit aku warna biasa-biasa je. Tak gelap tak cerah. Just nice kata orang Puteh. Hahahahaha prasan.

Oh Trial spm aku Isnin ni. Isnin niii!!! Aku trial dua minggu je. Dua minggu yang aku rasa akan menjadi dua minggu paling busy dalam hidup aku. Trial weyh! Trial lagi susah pada exam sebenar. Dont chu get it? 

So bertemu kembali selepas dua minggu. Doakan aku yang terbaik. I will do the best. Aku target berapa? Aku target 5A ke atas dan yang lebihnya hanya B atau C. Aku tak nak D, E ,F,G. Tak nak doh. Please, Ya Allah.

Okaylah aku chiau dulu.

Asalamualaikum...

21 August 2012

First time beraya di Pahang



Merujuk kepada perkara di atas, saya, Nur Amirah Binti Mohamed Khairuddin dengan nombor I.C 951007-05-**** ingin memberitahu bahawa sepanjang 16 tahun 10 bulan saya berada di bumi tercinta ini, tahun ini merupakan tahun pertama saya beraya di tempat lain selain Seremban. 

Perghh berlagak macam nak tulis surat penting je. Padahal nak cerita pengalaman beraya di tempat lain selain Seremban. Mesti semua tertanya-tanya, mengapakah saya tak pernah beraya di Pahang? Adakah ibu saya queencontrol sampai raya pertama wajib beraya di rumah  Seremban?

Tidak sama sekali. Sebenarnya, nenek belah ayah aku tinggal sekali dengan aku. Jadi, buat apa nak balik Pahang beraya? Sebab nenek aku memang dah ada dengan aku. Kan? That's why kitorang balik Seremban je setiap tahun. 

Tapi tahun ni memang pecah rekod balik beraya dekat Pahang. Mula-mula ayah aku bagitahu kitorang balik raya Pahang, aku macam 'What? Pahang? Alaaa kenapa?'. But then, bila dah sampai kat sana, best pulak. Beraya sana sini. Makan sana-sini. Memang terbaik.

Oh tahun ni kitorang orange! Polka dot orange! Aku pakai bawal je raya pertama. Kononnya mula nak pakai bawal ala Najwa Latiff. Last-last leceh sangat aku pakai macam dekat atas tu je. Lagi simple. Senang. 

Okay we look at the pictures. K?


Haha. Maaf. Kitorang lupa nak ambik gambar pagi-pagi tu. Bila dah sampai rumah, aku dah cabut tudung, barulah ingat nak ambil gambar. Hahahahahaha. Pastu gua malas nak sarung tudung balik. Beginilah jadinya.


Tengok rokok di tangan ayah aku dan pak ngah aku. Mentang-mentang dah boleh hisap rokok di pagi hari. Amboih.


Semua dah tukar pakaian moden kecuali aku and mak aku. Haha. Tapi mak aku dah tukar baju kurung. Aku je yang masih pakai baju kurung pagi tadi. Malas ah nak tukar. Sebenarnya bawak satu je baju kurung. Haha.


Gambar tak ready lagi. Hahahahahahahahahaha.


This is my family and pak ngah family. Oh kejap, aku tak ada dalam gambar ni. So, this is my family without me and pak ngah family. Sobs Sobs.


And this is with me! Aku ada. Yihaaaaaaa.


Hahahaha ada line. Silau. This is my family. Gua punya family. 


This is pak ngah family...


The powerpuff girlsssssssszz.


Me and my bro. Hahaha.


Dah syok sendiri ambik gambar dah... Atoyai.


Mata aku senyum bersama dengan aku.


Apahal gedik sangat nak kelip mata sebelah ni?


HAHHHAHAHAHAHAHAHAHAHA. Awat buruk naaaaa ni?


Dengan ini berakhirlah entry raya pertama aku. Penat dah jari aku. Harap raya korang bermakna tahun ni! Budak form five, marilah kita beraya di minggu pertama raya ni. Minggu ketiga dah nak trial. K bye.