21 February 2013

Blog yang aku suka baca

Aku follow bloggers lain ramai. Tak terkira. Kekadang ada yang suruh aku follow back. Ada yang aku suka blog dia dan follow. Ada jugak dalam list following aku yang dah berbulan-bulan (ada yang bertahun) tak update blog. Dan ada jugak blogger yang suka benoo tukar url blog dia(bila dah tukar url blog, blog dia dah tak keluar dekat homepage tu)

Tapi... Ada beberapa blog yang aku suka sangat baca. Kiranya, aku follow ah. Bila dia update belog jer aku terus baca. Pastu cara penulisan dia buat entry tu menarik. Oh mostly aku suka follow orang yang banyak letak gambar. Sebab aku suka sangat tengok gambar orang lain. Tengok cara dia dress-up. Tengok tempat yang dia lawat. Busybody sangat kan. Hehehe.

Okay. Jom tengok bloglist yang aku sukaaaaaaaaaaaa baca.

Tak ikut urutan. Random jer. Oh tekan pada nama dia kalau nak visit blog diorang. Okayy

1) Sepet


Suka baca belog dia. Best sangat sebab cara dia tulis sempoi jer. Dan dia rajin sangat update blog. Kengkadang satu hari sampai dua tiga entry dia tulis. Hoho. Dia suka cerita pasal diri dia. Pasal dia dengan tunang dia. Pasal family dia. Pasal online business dia. Pastu akak ni comel. Like seriously. Dan aku suka baca belog ni jugak sebab dia sepet. Sama macam aku. Hahahaha alasan apakah itu? Apapun, blog kak Sepet memang best! Dan semoga cepat kahwin. Hehe.

2) Hanis Zalikha


Siapa tak kenal dengan Hanis Zalikha? Aku follow dia dah lama kot. Sebelum dia jadi pelakon lagi. Sekarang dia dah jadi pelakon dan pengacara dan model dan blogger. Hoho. Dia memang cantik aaa. Makan banyak tapi badan mantain kurus jer. asdfhjkl jeles gila. Haha. Blog dia memang banyak isi. Suka baca. Really looking forward to watch Gangster Celop. Hahahaha. 

3) Marya Hana


















Kak Maryaaaaaaa! Blog dia pun awesome! Peminat tegar Running Man dan barang-barangan comel (especially made in Japan/Korea). Memang best ah baca entry-entry dia sebab entry-entry dia biasanya panjang dan banyak gambar! Yeayy. Suka cara dia tulis. Suka sangat tunjuk gambar makanan. Yummy. Memang awesome.

4) Izzani Madzlan


Izzani!! Hahahaha. Ni best friend aku. Dia ni jarang sangat update belog. Kengkadang tu sebulan sekali je dia update. Ada ke patut? Jadi aku pun jenguk belog dia sebulan sekali. Har Har. Oh dia ni suka sangat tukar url blog jadi blog dia memang tak keluar dekat homepage aku. Nasib nama url blog dia sekarang senang nak ingat. Hoho. Oh budak ni tulis blog dalam English. Selalunya luahkan perasaan. Jarang sangat post gambar. Jarang update pasal aktiviti harian jugak. Selalunya dia tulis random things. Tentang perasaan dia ketika itu. Haa like that. Apapun, Izzani, aku sokong kau! Dan please rajinkan diri tulis blog andaa. Hahahaha.

5) Fadzleen Qistina


Dia ni pun bestfriend aku gak. Dia ni pun jarang gila update belog!!!!!!!!!! Kekadang kena paksa dia update belog. Aku rasa tahun lepas entry dia sikit gila. Entah entah tak sampai pun lima belas. Hahahaha. Nyampah aku. Belog dia simple jer. Cerita pasal hidup dia. Disebabkan dia ni jarang gila update belog, jadi aku cuma akan bukak belog dia bila aku rasa macam dah lama gila tak bukak. (Tu pun kengkadang dia masih tak update lagi). Hoho. Fadzleen, please rajinkan diri anda update belog selepas anda pulang PLKN!!

6) Fadwah Dayini


Cuba cari diriku di dalam gambar di atas. Hoho. Dia ni pon bestfriend akuu. Dia ni dulu bapak jarang giler update blog. Tapi sejak kebelakangan ni dia rajin pulak update blog ni. Hahaha. Blog dia ni basically cerita pasal perasaan dia. Kengkadang dia cerita pasal aktiviti. Tapi selalunya dia luahkan perasaan dia dalam blog. Wawaaaaaaa! Sila teruskan usaha anda untuk rajin update blog okay.

7) Ailyl Rozanna


Seriously blog ni best. Aku follow blog ni dari sebelum dia tunang hingga dia kahwin dan dapat anak sorang. Hoho. Dulu dia rajin update blog tapi semenjak dapat anak, kurang sikit aa update blog. Biasalah, sibuk jaga anak. Huhu. Akak ni comel okay. Ala-ala Korea wajahnya. Pastu suka tulis entry bergambar. Aku kan jenis yang suka baca entry bergambar. Jadi mestilah aku sukaaaaaaaaa.

8) Lieya Latif


Blog aunty ni comel. Hehehe. Anak-anak aunty ni semua comel. Comel gilaaaaaaaaaaaaaa. Lagi-lagi yang baby lelaki tu. Blog dia banyak tulis pasal tempat-tempat yang diorang selalu pergi. Dan banyak gambar!!!!  I like. Hiks Hiks. Dan dia rajin update blog!!! I likeeeeeeeee you know.

9) MHO muvee


Hahahahahahahahahahahahaha ni bukan kategori suka baca. Suka tengok should be a perfect tittle. Haha. Ini blog yang kasi kita tengok movie secara percumaaa! You know percuma! 

10) Cikbuwlan


Hahahahahahahahahahaha Ini kes apa ni???!!!! Kau gila ke baca blog sendiri haaaaaa? Okay kepada sesapa yang tak tau, sebenarnya aku ada second blog. Blog ni khas untuk penulisan. Oh aku sebenarnya suka tulis-tulis cerita ni. Ada niat gak dulu nak jadi novelis kononnya. Nak jadi writer. Haktuih. Hahahaha angan-angan je lah Mira hoiiiii.


Okay itu jer la yang aku nak tulis. Blog-blog kat atas tu gerenti best. Tengok ah dan follow diorang. (Hek eleh kau, follower pun tak sampai 300, ada hati nak acah-acah blogger femes.) Hahahahahaha. 

Okay. Bababababai....

07 February 2013

First Vacation with Friends

Hai. Apa khabar semua? Plan haritu berjalan dengan lancar walaupun sebenarnya lari sikit dari plan dan ada macam-macam masalah.Alhamdulillah. Perjalanan semua berjalan dengan lancar. Okay, apa sebenarnya plan tu? Sebenarnya kan... Kitorang rancang nak pergi Port Dickson dan overnight kat sana.

Jap... Siapa kitorang tu?

Kitorang tu aku(supermiera), Beela, Izzani, Nadiah, Niena. Siapa mereka ini? 


Inilah "kitorang" tu. From behind, Supermiera (obviously aku), Niena, Beela, Nadiah and Izzani. Time ni kitorang dalam bas. Tambang bas dari Seremban ke Stesen PD baru RM 4. Murah ke tak murah tu? Murah aaa kan. Okay sebenarnya aku spend kat sana less dari RM 70. Like seriouslyyyyyyyyyy.

Sampai sana, pergi supermarket kejap. Beli barang-barang sikit macam air, tuna, roti segala bagai aaa. Baru RM 7.20 sorang. 

Pastu beli buah RM 1. 

Then balik apartmen Izzani. Lepak-lepak sana. Tengok movie Minyak Dagu. Pastu perut lapar. Pergi lunch dekat kedai sebelah Politeknik PD. Aku order nasi goreng pattaya dengan sirap limau (sebenarnya aku order sirap laici tapi dia salah dengar kot). Baru RM 6.50. Pastu beli barang untuk masak dinner dalam RM 5.50. 

Pastu petang balik apartmen. Rehat jap. Lepas Asar, mandi kolam!!! Yeayyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy.



Mandi kolam!! Splashhhhhhhh...

Okay pastu malam lepas Maghrib dan lepas habis tengok Setia Hujung Nyawa, kitorang masak dinner reramai!!  Sebenarnya ada gambar makanan yang kitorang masak tapi mak aku terdelete gambar tu. Sobs Sobs. Kitorang masak Maggie Korean Style. Hahaha KONONNYA. 

Malam tu, kitorang main game UNO yang diubahsuai ikut cara family aku main dulu. Macammana? Senang jer, cara main dia sama. Yang bezanya, siapa kalah muka dia kena conteng. Dua orang yang menang dulu dapat conteng muka orang yang last sekali kalah dengan alat kosmetik (macam lipstick, celak). Haha. Best main game ni sebab boleh conteng muka orang. Camne jadinya muka kitorang?



Inilah hasil karya kami semua. Yang mana satu yang aku conteng? Aku conteng dua garis kat pipi beela. Aku conteng garis dahi kat muka Nadiah. Dan aku conteng sambung kening dan janggut kat muka Izzani. Hoho. 

Pastu tengok movie dan tidur. ZzzZzzz

Hari esoknya, bangun awal. Buat sandwiches, hot dog, daging burger dan bebola untuk jadi bekal piknik. Dan kitorang pergi Pantai Purnamaaaaaaaaaaaa. Kosong giler. Takde orang.


Makan makan..

Pastu sebab boring sangat takde orang, kitorang sanggup jalan kaki pergi Teluk Kemang. Jauh gak. Sakit kaki. 

Kat sana, main banana boat! Yeayyyyyyyyy


Baru start..


Baru jalan...

WOI!! LAJUNYAAA. Menggigil,


Posing jap kat tengah laut.
Jatuh!!! Hoho. 

Okaylah, pengalaman baruuuuu naik banana boat. Dulu pernah gak naik tapi tak jatuh. Sebab takot. Hoho time nak jatuh ni dug dap dug dap gak. Macam nak gugur je jantung. Hoho.

Oh banana boat RM 10 sorang. 

Balik jalan kaki. Serious wa cakap, penat gila. Sampai rumah lepas mandi dan keringkan rambut dan solat Zuhur then ZzzzzZzzz.

Lepas Asar, pergi Telok Kemang. Naik teksi sorang RM 1. Pergi Telok Kemang beli T-shirt. Harga T-shirt baru RM 18. Then makan air batu campur, Oh yang tu Nadiah belanja. Hoho. Pastu balik apartmen kena jalan kaki!! PENAT!!


Dalam lif. Tima nak bertolak gy Telok Kemang...Semua muka stok baru bangun tido ni.


Bergambar di tepi kolam.


Rasanya time ni kat tengah jalan time nak balik. Hoho. Muka penat semua orang!!

Yeay sampai pon apartmen!! Finally bebehhhhhhhh :)

Marilah lihat gambar kami semua syok sendirii sementara menunggu mak niena untuk jemput kitorang.

Me with the twin (beela)


Beela. izzani. Amirah. Kami geng Merah!


Kami.

Apa ni feeling lentok?? Gedih ah kau Mira...


Kami saling sayang menyayang.. Hoho Hashtag Ini Semua Poyo.


Oh kau nak jadi sivaji the boss eh Mira? Motif?


Love among us...


Muahahahahaha. Ke tepi semua orang, aku nak konker satu gambar ni. Muahahahahaha.


Oh anda semakin menjadi gila, Mira. Mohon pergi check otak anda...


My twin and me!! Serupa tak?Hoho Serupa tapi tak sama...

Okay setakat ni je lah entry guaaaaa. Gua penat dah ni. Kalau korang perasan, makin sampai ke penghujung, makin merepek apa yang aku tulis. Hoho.

Okay, so setelah dikira-kira, memang aku spend less than RM 70. Ini semua thanks to parents Izzani sebab kasi kitorang stay dekat apartmen dia dan mak Niena sebab jemput kitorang balik. Hoho jimat duit.

Jadi kalau korang nak jimat duit, pergilah vacation di mana korang ada tempat tinggal free!!! Hoho. Apapun, aku belajar banyak dari vacation aku dengan kawan-kawan aku ni. Best memory ever! 

Next plan apa ye? Mungkin pergi theme park dengan kawan-kawan? I don't know. Kita simpan duit dulu okay. And I need to find a job... Like seriously. Hoho. 

Okay bloggers, till then. Goodbye and Assalamualaikum...

29 January 2013

First Time

Hola Holi Holu...

Intro je dah tak pape. Inikan lagi isinya. Lek lu. Don't judge too early. Wokay guys.

Sebenarnya nak update entry ni dah lama. Tapi kemalasan yang menimbun dalam diri aku walaupun aku takde benda nak buat sangat dekat rumah. Well, obviously it's me. 



First time naik ktm.. Actually bukanlah first time sangat sebab dulu pun aku ada naik ktm dari Labu pergi Seremban. Tapi kiranya ni first time aku naik ktm pergi KL lah. Oh dan juga first time pergi KL dengan kawan without ibu bapa.

Agak nerves ah sebenarnya sebab aku ni mana pernah pergi jejauh without pengawasan orang tua. Pastu nak naik kenderaan awam lak tu. Gegirl nerves. Hoho. Tapi Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.

Gambar atas tu gambar dekat ktm Seremban menuju ke KL Sentral. Tak boleh duduk woi!! Orang penuh! Sedih siut. Sakit kaki gua. Setiap kali berhenti kat stesen, aku harap sangat ada orang turun tapi harapan je lah. Makin ramai naik ada lah. Huhu sedih.

Pastu turun kat KL Sentral, tukar naik komuter. Oh kali ni beli token guna mesin automatik!! Baru ah feeling Korea sikit. Haha. Aku yang tukang belikan tiket untuk semua orang. Murah je, dari KL Sentral pergi stesen Universiti baru RM 1.60. Oh naik komuter aku dapat duduk jap. Huhu legaaaaaaaa.

Dah sampai stesen Universiti, naik bas awam. Oh first time naik bas awam gak. Murah je. RM 1 terus dia hantar kat padang UM. Dalam bas pun dapat duduk. Seat dia bapak tinggi woi. Best je feeling tinggi.

Then sampai UM pergi lah karnival Jom Masuk U. Panas gila dalam tu sebab aircond rosak. Like seriously. Kenapa time aku pergi gak aa rosak? Dah macam telur goreng dah kitorang. Jap, ada gambar. 



Terpaksa edit sikit disebabkan muka kitorang yang berminyak nak mampus. Terutamanya aku. Serious time tu comot gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

Lepas balik UM tu, kitorang naik bas pergi Mid Valley. Pergi makan. Hoho. Dapat makan makanan Koreaaaaaa. Yeay! Yeay! Yeay!

Oh, first time makan makanan Korea dekat luar jugak!



Ini set yang aku makan. Bibimbap. Harga dia takdelah mahal sangat. Kira mampu ah untuk orang menganggur macam aku ni. Sedap. Cuma kimchi dia kureng sikit. Aku buat lagi sedap kot kimchi dia. Haha.



Ini set yang aku order bersama Niena. Kek beras pedas. Yummyyyyyyy!! 


Dan ini niena punya. Jajangmyeon. Ahhhhh entah macammana eja pun aku tak tau. Malas ah nak google. Line sedang slow gilaaaaa. 

Oh kitorang makan dekat foodcourt Mid Valley. Harga takde aa mahal sangat. Standard jer. Tiga-tiga hidangan tu baru RM 30 lebih. Murah ah gak sebab selalunya makanan negara lain ni harga satu set je dah 20+ kan. 


Lepas perut dah kenyang, hati pun gembira. La La La....


Lepas makan, jejalan kejap. Ah jangan ditanya mengapa selendangku begitu.Aku pun tak tau asal dia meleret ke lengan camtu. Huhu sodih.

Guna handphone Beela amik gambar. Oh lelaki baju merah yang pakai beg warna langsung tak matching(gambar bawah) tu memang poyo cenggitu bila amik gambar.Agaknya kalau bagi penampar, baru dia tahu apa tu erti penyesalan. 

Inilah semua yang terlibat pada hari itu. Budak-budak 3B tahun 2010. Oh how I miss them. 

Dan pastu time balik! Time balik memang semua dah penat gilaaaaaaaaa. Sampai stesen Bangi, dapat duduk. Finally. Huh lega kaki den. Pastu dah dapat duduk, mula lah camwhore kejap. Nah, tengoklah gambar kami bertiga yang comel. *tangan atas bahu*




Guna camera 360 ni. Tulah lawa semacam. Suci semacam muka aku. Kalau tak hehhhhhhh. Camera trick semua ni. Hashtag INI SEMUA POYO. Haha'

Aku kira-kira semua kan. Agak murah aaaaa. Kiranya aku belanja tak sampai RM 50 pun. How jimat am I??!! Hahahaha.

Oh berbalik kepada tajuk (Oh kau dah meleret panjang-panjang, baru sekarang nak berbalik kepada tajuk) , apa yang first time?

(1) First Time naik KTM pergi KL Sentral 
(2) First Time pergi KL without pengawasan orang tua
(3) First Time naik bas awam yang bagi tiket
(4) First Time makan makanan Korea dekat kedai
(5) First Time naik Komuter pergi Stesen Universiti
(6) First Time pergi Universiti Malaya

Ohhh banyaknya first Time aku pada hari itu. Pecah rekod.

I am happy on that day. I am proud of myself sebab berjaya naik transport awam :)

Okaylah, sampai sini je. Oh aku ada satu plan lagi dengan kengkawan aku. Minggu depan aku cerita. Okayyyyyy. Babai.

XoXo Mira. Publish. (tetibe feeling Istanbul Aku Datang)

10 January 2013

Pada akhirnya...


Aku boleh makan durian sampai berpuluh-puluh ulas tapi aku tak boleh makan walaupun sebiji buah oren.

Aku boleh makan semangkuk besar tom yam tapi aku tak boleh makan walaupun sesudu masak lemak cili api.

Aku boleh makan dua keping roti canai cicah sambal dengan kari tapi aku tak boleh makan walaupun secubit roti canai cicah kuah dhal.

Aku boleh makan nutella sebanyak mana pun yang aku nak tapi aku tak boleh makan peanut butter walaupun sedikit.

Apa ni perbandingan makanan semua? Apa yang dimaksudkan? Apa maksud tersirat di sebalik semua perbandingan tu?

Aku walaupun cuba menjadi setabah mungkin, pada akhirnya aku akan menangis juga bila hati aku dah sampai limitnya.

Aku walaupun cuba menjadi se'cool' mana, pada akhirnya aku pasti akan menggelabah pada saat-saat tertentu.

Dan aku walaupun sekasar mana, pada akhirnya aku masih seorang perempuan...