28 May 2014

Tak ramai.


Assalamualaikum....

Dulu waktu kecik-kecik, aku ingat watak dalam drama tu semua tak wujud. Aku fikir semua tu hanya ilusi sahaja. Tak benar dan tak wujud.

"Takkanlah ada orang sekejam tu sanggup bunuh darah daging dia sendiri"

"Mana ada anak yang sanggup tinggalkan mak bapak macamtu sekali"

"Ish, tak mungkinlah ada orang yang perangai kejam macamtu"

"Eh, mana ada orang yang baik macamtu"

Betapa naifnya pemikiran aku waktu kecik-kecik dulu.Tapi sebenarnya sampai sekarang pun aku tak percaya ada orang sekejam tu. Sanggup bunuh anak sendiri???! Weh perangai apa tu??? 


But oh well, itulah dunia sekarang. Dunia  yang penuh dengan kekejaman. Accept the fact yang tak semua orang baik. Tak semua orang ada sifat keperimanusiaan. Tak semua orang ada perasaan kasih sayang. Tak semua orang hidup dia bahagia. Tak semua orang ada kisah silam yang baik. Tak semua orang ada latar belakang keluarga yang bagus. Tak semua orang ada hidup yang berkualiti. Dan tak semua orang jahat.


Semakin aku meningkat dewasa, semakin aku kenal apa itu erti kehidupan. Semakin aku kenal apa itu manusia. Semakin aku mengerti apa maksudnya kasih sayang. Semakin aku faham apa itu sahabat. 

Tak ramai orang kat dunia ni kita boleh percaya. Tak ramai orang kat dunia ni kita boleh ceritakan problem kita. Tak ramai orang kat dunia ni kita boleh jadikan sahabat. Tak ramai orang kat dunia ni kita boleh minta nasihat.


Tapi aku ada beberapa orang yang aku kenal dan aku percaya. Aku ada beberapa orang yang aku kenal dan aku sayang. Aku ada beberapa orang yang aku tahu dialah sahabat sejati aku. Tak kira apa akan jadi selepas ni, aku tahu dia akan sentiasa ada dengan aku. Tak kiralah siapa aku akan jadi pada masa akan datang, aku tahu diorang akan sentiasa tunjukkan aku jalan yang betul.

Aku tak perlu ramai orang dalam hidup aku kalau semuanya menyesakkan dada aku. Apa guna? 

Aku cuma perlu simpan beberapa orang sahaja dalam hidup aku untuk aku kunci rapat-rapat dalam hati dan percaya dengan sepenuh hati aku yang diorang takkan tinggalkan aku. 

Sahabat-sahabatku, terima kasih sebab sentiasa ada dengan aku. You know who you are.

P/S : Kalau takde gambar dalam ni, bukan bererti kau takde dalam list orang yang aku percaya. 

17 May 2014

Hello peopleeeeeee

To be honest, aku sekarang menghadapi konflik yang paling kritikal dengan diri aku. Konflik apa? Konflik kemalasan. You know I'm so lazy right now sampai nak tengok tv pun malas. Macamtu teruk punya malas.

Well, this is just a short entry. Nak bagitahu korang yang aku masih bernafas. Masih ada lagi.

Bebudak lepasan SPM, dah make up your mind belum? Result matrik dah kuar, result upu pun dah kuar. Jadi pepandai lah korang buat keputusan yer. Pilih apa yang korang rasa terbaik untuk diri korang. Korang lebih kenal diri korang dari orang lain so you should know better what you want.

Bebudak lepasan matrik dan sewaktu dengannya, jom kita bangkit dari konflik kemalasan ni...........

Okay bye!

29 April 2014

Tamatnya sesi matrikulasi 2013/2014


Pada 28/4/2014, tepat jam 3.30 petang, secara rasminya aku telah bergelar pelajar lepasan matrikulasi. Yer. Lepasan. Bukan lagi budak matrik. Bukan lagi budak KMPP. Lepasan.

Pejam celik pejam celik, eh, dah 11 bulan dah aku menuntut ilmu di bumi matrikulasi Pulau Pinang. Cepat kan masa berlalu. Rasa macam baru bulan lepas aku melangkah masuk ke KMPP. Rasa macam baru bulan lepas aku awkward dengan roommates and classmates aku. Rasa macam baru bulan lepas aku pandai makan pepagi buta. Eh jap apa kena mengena makan pepagi buta ni?

Whatever. The point is, aku sendiri rasa macam tak percaya 11 bulan dah berlalu. Aku masih terasa macam mimpi bergelar pelajar lepasan matrikulasi. Tapi aku dah cubit tangan aku and I'm still here. So maknanya ini bukan mimpi. Ini realiti!



Masa berlalu cepat sangat sampai aku sendiri lupa saat aku masih awkward dengan kengkawan aku kat sana. Tetibe je eh dah rapat. Aku lupa start bila aku tak cover sendawa depan roommates aku. Aku lupa start bila aku tak cover gelak dalam kelas. Aku lupa start bila aku berani lontarkan suara (menjawab soalan) pensyarah. 

I


Kengkawan semua, aku takkan lupakan every moment yang kita spend sesama. Aku takkan lupakan apa yang korang pernah buat dekat aku in a good way or a bad way. I will remember everything. 



Ada suka dan ada duka yang aku lalui sepanjang aku belajar kat sana. Perkara yang memalukan pun ada. Tapi Alhamdulillah, I survive. Aku mampu bertahan. Walaupun memacam dugaan yang datang, aku mampu berjuang habis-habisan. 


Untuk budak lepasan SPM yang masih tak tahu nak masuk matrik ke diploma ke asasi ke, nanti aku tulis satu entry pasal tu. Tapi lebih mengenai matrik la. Jadi stay tuned. 


22 April 2014

Exam week

Hello.

Aku sekarang sedang menghadapi minggu peperiksaan.

Dan aku akan menamatkan pengajian aku kat matrik ni lagi 6 hari!

So wait for me readers!! Im coming home! Tell the world im coming home!! (Lagi 6 hari ler)