12 July 2014

Puasa

Hai korang semua!! Selamat berpuasa. Macammana puasa? So far penuh tak? 



Puasa tahun  ni bagi aku lain dari tahun sebelumnya. Kenapa? Tahun ni aku berpuasa dekat rumah tanpa ada sebarang aktiviti. Faham tak maksud aku? Tak faham? Meh aku terangkan...

Dulu zaman aku sekolah, aku puasa kat rumah gak sebab aku sekolah harian je dari darjah satu hingga form five. Tapi kebanyakan masa aku habiskan dekat sekolah. Yelah sekolah balik kan dah pukul 3 petang camtu. Balik rumah, rehat rehat jap eh dah berbuka. Maknanya tak rasa sangat lah puasa tu sebab jadual pack. 

Pastu habis zaman sekolah, masuk matrik. Kat matrik lagi la jadual dia pack. Kelas sampai pukul 5. Beli makanan itu ini pung pang pung pang balik eh dah berbuka. Tapi sedih weh tahun lepas puasa. Dahlah puasa jauh dari keluarga for the first time. Tak dapat balik hujung minggu nak berbuka kat rumah. Balik rumah time nak dekat raya. Puasa berapa hari je dekat rumah. 

Ni haa dah habis matrik ni, aku duk umah tunggu keputusan upu keluar bulan 8 ni, dapatlah puasa sebulan penuh dekat rumah. Dan baru aku tahu puasa dekat rumah macamni lagi cepat laparnya. Ye lah, takde benda nak buat. Duk rumah tengok tv. Nak keluar naik kereta sikit mula lah pening lah apa lah. Peel memacam....

Huhu.

Okaylah itu je aku nak membebel harini. Sebab aku rasa dah lama gila aku tak membebel macamni. Asyik tulis entry yang puitis (ek eleh perasan. Sedarlah diri kau bukan budak sastera) je. Rasa lega sebab akhirnya dapat membebel macam nenek tua kat sini.

Haih blog I miss the old time....

Byeeee

03 July 2014

Siblings



Kengkadang aku rasa sakit hati sangat dengan kau sampai aku pernah terdetik, 'why you should exist?'



Kengkadang aku rasa kecik hati sangat sampai aku malas nak ambik tahu pasal kau. Siap aku cakap dalam hati yang aku takkan tolong kau bila kau susah nanti
.

Kengkadang aku rasa happy sangat dengan kau sampai aku minta janganlah cepat berakhir masa tu. Biarlah lama sikit.

Tapi kau kena tahu.


Andai kata satu hari nanti kau dalam kesusahan dan kau perlukan bantuan, kau boleh harapkan aku.


Andai kata satu hari nanti, kau dalam kesedihan yang teramat sangat, kau boleh datang dan pinjam bahu dan telinga aku.


Andai kata satu hari nanti, ada apa-apa berlaku, aku akan jaga kau semampu aku.
Kau tahu tak? Air dicincang takkan putus. Aku akan jaga kau semua selagi kita berbinkan ayah yang sama.

Kau jangan risau? Kalau kau lupa diri satu hari nanti atau besar kepala, aku akan bagi penampar tepat dekat muka kau supaya kau sedar siapa kau.

Sebab apa?

Sebab kita adik beradik.


19 June 2014

English Drama Yang Aku Suka





Duk rumah ni macam biasalah, banyak benda aku buat. Banyak benda aku belajar. Dan yang pastinya banyak cerita aku tengok. Hehehe. Sekarang ni aku tak tengok sangat cerita Korea sebab hmm storyline dia kebanyakannya sama je, bosan pulak. Sekarang ni aku layan drama omputeh. 

Jom tengok drama apa aku layan....

1) CSI NY




Dalam banyak-banyak drama CSI, aku paling suka series yang ni. Maybe sebab leader dia yang paling hensem kot berbanding CSI yang lain (Hahaha perempuan sangat u olls). Time aku tengok ni, ada la sikit terlintas kat hati aku nak jadi CSI jugak. Hahaha pengaruh kuat okay.

2) How I Met Your Mother




Sape yang layan drama omputeh, mesti layan drama ni. Best kot cerita ni. Walaupun aku taklah tengok pada season 1. Aku cuma tengok season 6, 7 and 8. Season 9 tak tengok lagi sebab time dia main kat tv, aku kat matrik. So sekarang ni aku tengah tunggu ulangan cite ni. Malas nak tengok online hehe. Tapi apa-apa pun drama ni memang best! 

3) New Girl




Drama ni pun best jugak. Jess ni macam typical woman yang suka menggelabah. Kelakar cerita ni.

4) CSI Las Vegas




CSI ni pun best gak. Banyak sangat series. Sekarang kat tv tengah main Series 14. Baru episod 3 kot. 

5) Dads



Funny!!!! Memula aku tengok sebab abang aku tengok. Pastu eh best pulak. Terus aku follow drama ni. Lawak dan Eli comel!!! Hahahaha. 

6) Mixology


Cerita ni basically berlaku dalam satu malam je sebenarnya. (I guess so) Aku baru je start tengok drama ni sebab terjumpa siaran ni time tengah cari cerita apa yang best. So far so good la drama ni

7) Don't Trust The B in Apt 23



Cerita ni kelakar tapi lucah. Tapi cite omputeh semua lucah kan. Hahahaha. Tapi serious, ni 18 tahun ke atas baru boleh tengok. Budak kecik jangan mengada nak tengok okay.

8) Gossip Girl



XOXO Gossip Girl.

9) Mellisa And Joey



Pun kelakar jugak!

10) CSI Miami


Hehehehe best!!! Aku memang minat CSI so what??

Okay itu je yang dapat aku fikir. Banyak lagi sebenarnya tapi Ahh pening kepala. Hahaha. So far, the best show is CSI. Second best show How i met your mother. Third hmm dads kot. 

So see you later readers! 

Byeeeeeeeeeeeeeeeee

08 June 2014

Untuk perempuan sahaja



Hi! Entry kali ni khas untuk perempuan sahaja. Yer, lelaki tak payah la baca entry ni. Skip this entry will you boys?

Dalam entry ni, aku nak tulis a few tips untuk kita wahai para perempuan. Bukan nak bagi tips muka flawless ataupun tips kurus sebab muka aku pon berjerawat jugak dan aku pon tak kurus walaupun masih dalam kategori normal ye.

Just nak bagitahu tips umum untuk kita. Okay let's start.

(1) Siapa kat sini senggugut? Angkat tangan!! Haha aku pun menghadapi masalah ni. Dulu senggugut aku teruk tau. Maknanya masa first day aku period tu, aku memang baring je. Time sekolah dulu, memang kalau aku kena period,aku ponteng sekolah. Jadi kau bayangkanlah setiap bulan mesti ada absent sekali disebabkan masalah senggugut yang teruk. Tapi...

Kini tidak lagi! (Dramatik tak ayat?) Senggugut tu ada lagi tapi tak ada la teruk sangat. Maknanya tak ada la aku baring je sepanjang first day period tu. Aku boleh la jenjalan, tengok wayang bla bla. Sakit tu kurang la cuma rasa macam lenguh lenguh pinggang je.

Apa tips? Itulah aku nak bagitahu ni. Korang amalkan senaman ni. Jap aku describe camne senaman ni. Memula korang baring atas katil ke atas lantai ke atas sofa ke. Suka hati korang la, janji boleh baring. Tapi aku slalu buat atas katil sebab lembut. Lepas dah baring korang luruskan tangan. Angkat dua dua kaki perlahan-lahan sampai 90°. Pastu tahan jap selama mana korang boleh dan turunkan kaki perlahan-lahan. Buat lah sebanyak yang korang mampu. Amalkan tiga empat hari sebelum period. Kalau rajin buat lah setiap hari. Insya-Allah berkesan.

(2) Hari pertama period tu, jangan minum air sejuk. Minum air panas atau suam.

(3 ) Tukar la pad tu selalu. Jangan biar lama sangat. Tak elok untuk kesihatan kita. Dalam sehari tu pastikan tukar pad 3-4 kali yer girls.

(4) Ada jugak orang kata minum air coke masa period elok. Well yang ni aku tak tau betul ke tidak sebab aku jarang minum air coke. Cause perut aku tak tahan sangat air gas ni.

(5) Kalau nak hilangkan kesan darah akibat bocor kat pakaian dalam kita atau apa-apa lah, guna sabun mandi atau syampoo. Stain tu akan lebih senang hilang.

(6) Tak payah guna berus nak hilangkan kesan darah tu. Just geselkan pakaian tu. Hmm camne ek nak describe. Pepaham sendiri je boleh?

(7) Minum air mineral banyak-banyak. (Benda ni aku paling susah nak ikut sebab tergoda dengan air manis)

(8) Kalau sakit perut, pegang perut sambing cangkung. (Okay ni takde motif)



(9) Pakai ubat gigi kalau nak hilangkan jerawat dalam masa yang singkat. Pakai sebelum tidur. Kau guna je colgate apa-apa pon. 

(10) Amalkan pakai bedak sejuk before tidur untuk hilangkan kesan jerawat. Oh well, benda ni aku baru start amalkan. Biasalah leceh kan pakai bedak sejuk. Kengkadang habuk dia masuk mata, pergh perit gila rasa. Masuk dalam hidung terus terbersin sampai penuh katil dengan partikel-partikel putih tu. Hahaha.

Okaylah itu sahaja petua yang aku boleh bagi! Ini yang aku pernah buat kecuali nombor 4 tu. Hehehe. Okay bye semuaaaaa!!