29 October 2011

Running Man





Dah tengok dekat atas tu? Best tak? 


Tajuk variety show tu Running Man. Yupe, it's korean variety show. Orang yang minat K-Pop mesti minat punya kan? Tapi orang yang tak minat K-pop pun mungkin akan suka.


Serious!

Aku ni mana ada minat K-Pop sangat. Aku minat gitu-gitu jee. Tapi rancangan ni memang best. Memang menarik minat aku untuk tengok.



Korang pun try lah tengok. Cerita ni memang best. 


Channel 393 (astro) , Every Friday, 6.30 p.m.


Okay? Kay Challos.

25 October 2011

Happy Deepavali

Happy Deepavali kepada semua yang menyambut. Makan muruku tu ingat-ingat sikit akuu. Eh tiba-tiba je kan? HAHA. 


Maaflah dah lama tak post entry. Maaflah entry kali ni sangat pendek. Maaflah entry kali ni sangat dull. Aku tak ada idea plus mata aku yang semakin membengkak. Bengkak bukan sebab crying-crying okay. Tolong sikit, kita tak ada masa nak crying-crying ni. Berlagak tak ayat aku? Hihi.


Okaylah. Tu jee nak tulis. Kay Challos. 

21 October 2011

Finally, it's over :)(:


Apa yang over nya? Tak. bukan pasal aku dah clash lah. Couple pun tidak, nak clash apa benda nya kan? Dan bukan juga friendship over. Sebab aku tak ada pulak gaduh dengan sesiapa sekarang ni. Jadi tak mungkinlah over yang itu. 

Jadi apa sebenarnya yang over? Ehh, OVER pulak kau ni Mira. Hihi.

Exam lah yang dah over. Yes!! After three weeks of examination, three weeks of suffering, finally it's over. Suka? Dah semestinya. Manusia mana je yang tak suka exam habis? Baru final exam, dah happy macamni. Kalau SPM, macammana lah agaknya? Hihi.


So Mira, How's your exam? 

B. Melayu

Ada ke patut suruh cari gaya bahasa dalam sajak? Memang tak lah. Aku gaya bahasa ni memang teruk. So I do badly in my paper two. Yang ada komsas tu. Dan aku dah dapat dah result untuk B. Melayu. Tak dapat A pun. Dapat B je. Sedih. 

English

Essay aku tulis pasal friends. HIhi. Penat aku cari idea nak menulis. Tapi English not bad lah. 

Maths

Paper one ramai yang tak cukup masa. Tapi aku sempat jee. Hihi. 

Sejarah

Great! Aku suka. Hope dapat A lah. Apa yang aku baca semua keluar. That's why aku suka tu. Cuma bahagian struktur akuu taram je. Tak ingat doh nak jawab apa. Bahagian Tamadun India tu. Waktu tu memang blank gila. Hihi.

Agama

Paper twoo. First time aku dapat jawab semua dalam paper two. Yang paling aku suka tajwid lah. Percaya atau tidak, aku dah hafal pasal tajwid semuaa. Hihi Bangga woo. Cuma ayat hafazan aku tak hafal lah. Tapi paper one memang susah. Pecah kepala otak nak ingat sirah ni. Betul. 

EST

Paper two susah gila babenggggggg. Yeah, walaupun objective tapi tetap susah. Ayat berbelit-belit. Aku bukannya terror pun English ni. 

Chemistry

Paper three awesome!

Biology

Paper two sucks. Rasa macam nak repeat balik je paper tu. Susah la gila. Betul. Walaupun aku dah study hard untuk Bio tetap aku tak boleh jawab jugak. Jangan fail sudah laaaa. Be good to me Biology!

Addmaths

Paper one okay. Paper two susah doh. Tapi kan, bila aku buat buat. Aku rasa aku tak boleh buat ah chapter function tu. Ye chapter pertama tuu. Betul, aku blank gila kot waktu nak buat function. Tapi aku terror bahagian Triangle. Yang guna cos sin semua tu. Hihi. Suka.

Physics

Paper Three bahagian design aku salah buat. Aku pergi buat Force dengan Mass. Sebenarnya Pressure dengan Mass. Sedih doh :| 

Dengan itu berakhirlah paper paper exam akuu. Tak perlu lah nak cakap pasal PJK dengan Sivik sebab tak penting pun. Kan? 

And ada lagi satu benda yang dah overr. 

Izzani, I made it. Aku dah lupakan diaaa. Dah over dah. Good for me kan? And yess no hard feeling. Hihi. Aku happy doh wei, Izzani. 

Eh okaylah. Banyak dah type nii. Okay Challos.


15 October 2011

Hari Anugerah Koko

Seperti yang aku bagitahu pada entry yang lepas, harini aku nak tulis pasal Hari Anugerah Koko yang dilangsungkan pada hari Khamis haritu bersamaan dengan 13 October 2011. Ceh, ayat skema pulak.


Sebelum tu, sila ambil perhatian di sini. Aku tak dapat pun anugerah tuuuu okay. Tapi class aku dapat. Kelas terbersih. Bangga pulak. Hihi.



Oh ye lagi satu. Harap maklum, tudung aku agak tak betul disebabkan anak tudung yang aku guna waktu tu tersangatlah tidak selesa buat aku. Oh aku bertugas sebagai usher. Yang kena bawak parents masuk dalam dewan, tunjuk tempat diorang tu. Tapi sedih, tak dapat usherkan parents sendiri. Al-maklumlah tak menang anugerah la kata kan. Hihi. Oh Wawa, jangan jealous ehhh? Hihihi.


Lepastu cikgu suruh aku ambil tandatangan tetamu-tetamu semua. Tapi Fadzleen yang pergi sorang. Sebab aku tengok ramai cameraman dan camerawoman yang menyemak kat depan tu. Macam sesak pulak. Jadi malas lah nak ikut. Hihi. Okay siapa tetamu-tetamu itu? Jeng Jeng Jeng...


Aidil Zafuan & Zaquan Adha. Pemain bola Negeri Sembilan tuu lah. Handsome kan? Melting duh semua perempuan dekat sekolah aku tu. Oh sebenarnya ada sorang lagi tetamu iaitu tukang rasmi majlis. Tapi tak ada pula gambar dia. Ye lah, orang semua sibuk tangkap gambar Aidil & Zaquan jee. HAHA.


Diaorang sepatutnya kena bagi ceramah about kerjaya dalam sukan. Tapi diorang pergi memperkenalkan diri diorang pulak. Choii. Hihi.


Orang kata muka aku sama dengan muka cikgu yang pakai tudung pink baju pink tuu. Hihi sama ke? Kita kembar lah cikgu. Oh ini lepas majlis dah tamat. Tengok Tengok aku paling pendek. Sobs Sobs.


Lepastu aku tunggu dekat kereta diorang. Nak kasi hamper yang sekolah kasi dengan cenderamata. Lama jugak la tunggu sebab diorang pergi menjamu selera. Jadi sebab lama sangat, kitorang snap la gambar dengan kereta dulu. Dengan kereta pun jadi laa kan. HAHA.


Eh dapat laaaa tangkap gambar dengan dia. Dengan Zaquan Adha jee dapat. Dengan Aidil tak dapat. Oh aku haritu tersalah bagi info. Yang adik ye nama dia Zaquan. Yang abang namanya Aidil. Hihi.


Apa ni? Aku sampai paras bahu jee. Choii. Oh jangan jealous yer semua orang. Kita dapat ambil gambar dengan diaa. Hihi.

Okaylah. Tu je lah gambar yang boleh aku share kan. Ni pun semua gambar dari camera Liyana Yusof. Thank you Za. 

Okay Challos <3