29 July 2012

Hari Sukan 2012

Hai. Selamat berpuasa everyone! Siapa setakat harini puasa dia penuh, angkat tangan. Congrats k. Aku awal-awal dah cuti puasa. Ngeh Ngeh. Allah bagi cuti, kita apa lagi, cuti lah kan. Hehe.


Oh harini nak cerita pasal Hari Sukan yang berlangsung dua minggu lepas. Lama dah. Baru sekarang nak post. Pemalas betul aku. Maaf, gambar memang dah dapat minggu lepas tapi minggu lepas malas gila nak on pc. Aku memang pemalas. Geddit.






Mata aku pepagi memang tak boleh bukak. Sebab mengantuk sangat. ZzzzZzZzz.. Izzani beside me. Gambar semua hasil dari camera dia lah. Harap maklum.



Mak cik ni kerja dia main handphone je. Tahu ah ada pakwe kan. Haha. Wawa, I love you :)


Haree. Dia one of my bestfriend waktu sekolah rendah. Sekarang ni dah kureng sikit memandangkan class dah lain. Tapi aku suka kawan dengan dia sebab dia tak racist. Dia pon suka je kawan dengan Melayu. Tu aku suka tu.


Look at this budak. Suka sangat ambik gambar sampai kitorang nak ambik gambar, dia menyibuk. Hahaha so cute okay. So cute.




Hahaha this budak lagi. Comel ah comel. Comel ah comel. Hehehehe.




Me. Hahahahahaha gemuk gila doh aku dalam gambar ni. Sangat sangat. Ah benci :(


Gambar pertama dia tak prasan kitorang capture gambar dia. Gambar kedua dia dah sedar lalu dia mula posing. Gambar ketiga, eh tak cukup lagi nak pose lagi! Hahahaha cute gila doh budak ni.


Random picture. Saje je capture gambar ni. Sebab boring. Hehe.

Okay sampai sini je ah aku post. Sampai sini je ah. Aku malas gila nak post gambar satu-satu sebab size dia besar ah. Jadi aku edit gabungkan tiga. Senang. Kan? 

Oh walaupun semua orang dah tahu, tapi aku nak jugak bagitahu sekali lagi. KEMBARA JADI JOHAN LAGI. Oh yeah. Walaupun aku tak menyumbang apa-apa jasa kepada KEMBARA since aku form one, tapi aku tak dapat elakkan perasaan bangga dalam diri bila diberitahu Kembara winning again. Haha sapa tak bangga woi? 

Okaylah, aku chow dulu. Oh harini buka puasa banyak dessert. Ada caramel, ada cake. Yummy Yummy. 

Okay peps. Chow dulu. Babai. Selamat berpuasa!



17 July 2012

Everything in one post

Assalamualaikum. Hai. Hello. 

Dah lama rasanya tak post entry pasal daily life aku kan? Lama ke? Lama kot. Asyik-asyik post pasal benda umum. Pasal hal-hal semasa. Pasal hal-hal merepek. Pasal luahan hati. Pasal SPM. Eh cukup. 

Harini mood aku memang nak update belog. Sejak dapat gambar Arobik hari Selasa minggu lepas, tetibe semangat aku nak update naik. Hehe. Tu lah. Aku ni rajin sebenarnya update belog cuma gambar tu je yang tak ado. Sebab macam tak best ah update takde gambar. Kan?

Sejak dua menjak ni aku agak busy ah. Haritu busy dengan hari Sukan.*tipu. Haha. Aku tak masuk apa-apa acara pun. Aku malas. Aku mana ada aktif dalam sukan. Pada dulu lagi. Imma a lazy bum bum. 

Oh pasal Aerobik hari Selasa haritu, aku ada banyak sangat gambarrr. Let me share. Tatap wajah kitorang ni. Wajah-wajah budak nak SPM! Wajah-wajah senior korang wahai adik-adik sekalian. Poyo? Yup it's me. No doubt.



Semua pakai baju sepesen. Baju ni kitorang dapat free. Haha ada parents yang kerja Petronas derma baju ni and bola. Bola pun dapat free weyh. Tapi bola aku, awal-awal dah kena rembat dengan adik aku. Nasib ah kan. 


Motif gambar ni? Sebenarnya kitorang nak tunjuk huruf. Nadiah (yang paling hujung pakai spek) tunjuk P. Izzani (yang tengah) tunjuk I. Aku (yang mata sepet) tunjuk C. Gabungkan jadi P.I.C. Apa maksud P.I.C? Nak tahu? Maksud dia PENDEK ITU COMEL. HAHA. Izzani yang reka. Sebab kitorang semua sama level ketinggian dia. Haha.


Me with Wawa. Ambik gambar ni sebab nak suruh dia print out letak dalam frame. Hahahaha. Dasar budak comel, Mira.


Aku dah boleh join budak sekolah rendah dah. Tinggi dah sama dah. Lagi beratur dekat budak sekolah rendah punya line. Haha. Kalau beratur dekat sekolah Menengah punya line, tak nampak instructor tu. Eh cuba nengok Fadzleen. Kwajo buat peace dekat kepala aku. Tak apa Leen. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas! Muahahahaha*evil laugh*




Ni semua bajet macam candid ah kononnya. Padahal dah plan nak ambik gambar cenggini. Izzani yang paling tak tahan pose dia. Bajet ayu. Hahahaha. Padahal tak delah ayu mana. Ganas dia kau jangan cakap. Orang yang kenal dia betul-betul mesti faham maksud aku. Hahaha,.


Like this! Tangga. Hehe. Za sesat pakai baju lain kaler. Nadiah buat muka ayu doh. Cair Argon tengok. Muahahahahaha jangan marah Nadiot..

Jangan tertipu dengan gambar. Budak laki yang pakai hoodies macam nak merompak rumah orang tu bukannya peluk aku. Dia cuma letak tangan atas beg aku. Harap maklum. Oh dan aku tak boleh tahan gelak tengok muka Za. Hahahahaha. Ini mesti kes tak sempat senyum orang dah capture gambar. Tak boleh blah weyh!


Gambar ni pun sama. Jangan tertipu kayh. Oh cuba nengok lelaki yang pakai kain putih atas kepala dia tu. Yang sebelah Za(pakai baju biru) tu. Pose tak hengat dunia weyh! Kalah mak nyah. Hahahaha.

Dan disebabkan hari tu, muka aku dahpun berbelang. BERBELANG WOI. Eh waktu tu bukannya panas sangat. Ke sebab PBSM haritu heh? Entahlah aku pun tak tahu sebab aku baru sedar muka aku berbelang semalam. Tu pun sebab diorang kecoh cakap muka diorang berbelang. Aku check, nengok-nengok muka aku pun berbelang. Haha. Takpe ah, baru rock sikit. Nanti lelama dia okay balik lah tu kan. KAN?


Oh lately ni aku tak tahu kenapa aku makan banyak sangat. Selera makan aku tinggi betul. Berat badan pun dah naik. Camne ni doh? Puasa ni aku kena struggle gila oh. Okay Mira? Struggle for your own good.


Dan satu berita gembira! Trial dilanjutkan. Jadi trial 3/9. Maksudnya aku ada masa lagi untuk setadi. Yeay yeay yeay! Dan raya nanti takdelah pressure sangat. Kan? Gua tak suka ah raya pressure-pressure sebab bagi gua, raya tu setahun sekali. Jadi haruslah kita enjoy. Dahlah raya nanti kezen aku nak bertunang. Wuuuuuu dengar dia nak bertunang, terasa macam aku dah semakin besar. Haha. 


Puasa hari Sabtu ni and aku tak sabar. Aku tak sabar nak bangun sahur. Aku tak sabar nak makan cornflakes dengan susu waktu sahur. Aku tak sabar nak makan magie waktu sahur. Aku tak sabar nak pergi bazar Ramadhan cari kuih sedap. Aku tak sabar nak solat terawih which aku langsung tak pernah pergi since umur aku 6 tahun. Aku tak sabar nak buka puasa dengan family aku. Aku tak sabar nak jealouskan abang aku sbb tak dapat buka puasa dgn kitorang. Aku tak sabar nak buka puasa dekat sekolah makan nasi beriyani macam tahun lepas. Aku tak sabar. Aku tak sabar.



Okay ah aku dah banyak type ni. Tujuan sebenar aku bukak pc ni sebenarnya nak buat folio addmaths. Tapi lain pulak aku buat. Haih folio addmaths kena hantar Jumaat ni. Dan aku baru siap sampai Task 2. Tak boleh doh. Aku kena print out dulu. Rumah aku dahlah takde printer ni. Kena mintak ayah aku tolong printkan dekat office. Haih. Jangan ayah aku tak pergi kerja esok pulak sudah lah. Terpaksa aku print dekat kedai nanti. Malas woi.

Oh okay. Aku nak berundur diri disebabkan mata aku ni pun dah semakin kabur. Mengantuk. Baru pukul berapa dah mengantuk. Harini penat sebab... Hmm sebab apa heh? Haha dasar pemalas. 

Nanti aku update entry untuk Hari Sukan sekolah kitorang. Gambar tak ada ah. Gambar dekat Izzani. Nanti okay. Tunggu je lah. Mungkin hujung minggu ni ke kalau tak penat puasa. Haih apa je aku buat time puasa? Hahaha. Nanti puasa mesti aku banyak songeh tak boleh study sebab takut pening. Lepastu tak boleh kena panas nanti migrain. Haha pondan betul aku.

Dah apa aku merepek?  Ni lah bahananya sebab lama tak update belog pasal life aku. Kan semua dah keluar. Maaf semua orang sebab terpaksa baca entry yang superdupertripel merepek. Ampunkan patik yaaa. 

Haha okay nak layan ERA jap. Lepastu nak tutup pc dan ZzzZZz nak berhibernasi. Hahahaha. Goodbye everyone and goodnight! Sleep tight. *lambaitangan* *flyingkiss* 

11 July 2012

Falling to my bestfriend.



Hai. Bertemu kembali setelah lama aku tak mengupdate. Tak ada la lama sangat. Tak sampai sebulan. Tak sampai tiga minggu pun. Aku memang tak boleh kalau lama tak update belog. Walau sebusy manapun aku, aku tetap akan cari masa update. At least dua tiga entry setiap bulan. Kekadang aku sendiri pelik macammana orang boleh ignore kan belog dia berbulan-bulan? Ada tu setahun empat lima kali je update. Camne tu? Aku tak boleh sebab aku rasa worry je biarkan belog aku sepi lama sangat.






Pernah tak kau fall dekat bestfriend kau? Maksud aku, kau suka bestfriend kau lebih dari sepatutnya. Pernah tak?


Sebenarnya, perkara tu biasa. Kalau nengok movie/drama, mesti ada cerita bestfriend falling to each other. Novel lagi lah banyak. Kan? Normal lah tu. Kalau dah duapuluh hours asyik hadap muka orang tu, sedikit sebanyak hati kita mesti rasa something. Sebab tu lah, adanya adab pergaulan batas. Kan?


As for me, aku sedaya upaya cuba elakkan perkara cenggini. Bukannya apa, takut nanti bila kita luahkan feeling kita, persahabatan kita terus putus. Tu kalau tak terima. Kalau dia ada perasaan sama macam kita, lainlah kan. Tu untung lah. Kalau tak luahkan perasaan pulak, nanti makan hati bila dia cerita pasal girl/boy lain. Betul dak?


Tipulah kalau aku kata aku tak pernah fall dekat kawan sendiri. Pernah tu pernah. Tapi takdelah fall teruk sangat. Cuma a little bit crush on him. Tapi tu semua cerita lama. Sekarang dah tak ada dah. Sebab tu lah, kalau kau perasan aku mana ada rapat sangat dengan budak laki sekarang. Aku rapat-rapat cenggitu je.
Waktu zaman lower form, aku memang ramai gila bestfriends lelaki. Sampai orang lain salah anggap. Jadi bila masuk upper form, ramai pulak bestfriends lelaki aku pindah. Bila diorang pindah, aku pun macam malas dah nak cari bff lain. Jadi sekarang ni aku cuma berkawan. Kawan biasa.


Kadang-kadang aku rapat, kadang-kadang aku tak rapat. Depends on time. Bukan apa, nak elakkan salah faham kata kau. Aku dah besar dah sekarang. Bak kata cikgu, dah boleh kahwin dah. Jadi, aku kena jaga batas aku. Tak nak orang lain salah anggap. Aku pun kenalah berusaha untuk tidak buat orang salah anggap. Kan?


Dulu aku ada satu bestfriend aku ni. Dia suka aku. Hahaha. You know, zaman lower form manalah tahu sangat kan. Waktu tu aku baru break dengan ex aku. Bila aku bagitahu dia aku baru break. Dia punyalah happy. Waktu tu, aku tak tahu dia suka aku. Tapi rasa pelik jugalah nengok perangai dia. Yelah, aku baru break dia happy pulak? Sepatutnya sedih lah kan.


Aku tahu dia suka aku bila aku dah couple dengan orang lain, dan dia pulak dah suka orang lain. Haa waktu tu, baru aku tahu. Time tu aju gurau-gurau je. Then, dia mengaku dia pernah suka aku dulu. Hahahaha lawak gilo. Tapi, lepastu kitorang tetap kawan. Sebab, benda dah lepas kot. Buat apa nak dikenang kan?


Macammana nak lupakan feeling kita dekat kawan kita? Senang je sebenarnya. Kalau ikut cara aku, aku jarakkan sedikit hubungan aku dengan laki tu. Bila sampai masa feeling aku dah okay, baru aku okay balik. Eleh, macam banyak kali je aku ni kan. Padahal sekali je. Tu pun crush main-main cenggitu je.
Tapi serious, cara tu berkesan. Aku ada dua orang kawan yang mulanya bff then diaorang couple tapi sekarang tetap bestfriend sebab diorang realize yang diorang lebih better jadi bestfriend dari couple. Sampai sekarang, diorang masih bff. How sweet is it?


Kalau boleh, kita elakkanlah ada feeling dgn bestfriend kita. Takut nanti feeling tu jejaskan persahabatan kita. Aku bukannya dr. Cinta. Aku bukannya berlagak pandai dalam hal ni. Aku tertarik untuk tulis ni sebab sejak kebelakangan ni, novel dalam wattpad banyak kisah bff turn to lover. Lagipun aku tulis berdasarkan pengalaman dan apa yang aku fikir. Mungkin engkau fikir lain, tapi inilah apa yang aku fikir.


Okay bye!
Published with Blogger-droid v2.0.6

23 June 2012

Life as a Teenager


Aku remaja. Kau remaja. Semua budak sekolah aku pun remaja. Abang aku remaja. Adik aku remaja. 

Dan biasalah, remaja memang suka memberontak. Suka sangat. Suka buat benda yang orang tak kasi buat. Suka giler. Suka mencuba sesuatu yang baru. Berani mati. Itulah remaja. Itulah yang selalunya orang describe pasal remaja.

Dan sebagai remaja, memang tak pernah nak berfikir panjang. Kita cuma buat apa yang terlintas dekat fikiran kita tanpa berfikir apa-apa risiko. But, it's not good. Sebab takut nanti bila zaman remaja kau dah habis, kau akan menghadapi risiko yang pada zaman remaja langsung kau tak fikirkan tu. 

You should think before act. Quote yang mengatakan you should follow your heart not your mind is absolutely crap. No! You should follow your mind. Sebab kalau kita ikut hati, kita lebih akan ikut kepada dorongan nafsu. Hasutan syaitan. Sebab nafsu tak waras. Jadi we have to follow our mind. Sebab akal berfikiran waras. 

Sekarang ni banyak benar kes lari ikut boyfriend/teman facebook. Tu semua sebab ikut hati lah tu. Okay apa kau dapat kalau kau tinggalkan family kau yang jaga kau since birth untuk pergi kepada seorang lelaki yang kau baru kau kenal tu? Cinta? Come'on girls! Kalau dia betul cintakan kau, dia takkan suruh kau lari dari family kau. Dia takkan sentuh kau pun. Sebab kalau betul dia cintakan kau, dia akan jaga kau, dia akan protect kau, dia akan memiliki kau dengan cara halal. Take that notes girl. Be smart.

Remaja memang tak lari dari fesyen. Suka bena berfesyen. Yang pakai tudung, tudung mesti berbelit-belit. Fesyen Hana Tajima lah, Ombak rindu lah. Sekarang ni tengah top fesyen tudung bawal yang bawah ada bulu-bulu tu kan? Aku pun ada. Tapi seriously aku rasa tudung tu leceh sebab nak bentukkan dia punyalah susah. Setakat ni, aku pernah pakai sekali je. Kah Kah Kah.

Yang tak pakai tudung pulak, sibuk nak potong rombut fesyen artis kegemaran diorang. Lelaki pun tak ketinggalan. Fesyen rambut mohawk lah. Punk lah. Apa lah. Macamtu juga dress-up. Kiranya fesyen dengan remaja ni tak boleh dipisahkan lagi. Including me. Tapi sebab sekarang ni aku pemalas, jadi aku tak berapa dress-up sangat. Aku lagi suka yang simple. Simple is nice, actually.

Sebagai remaja, kita memang suka sesuatu yang comel. Like me, I love something cute. Suka sangat. And that's why I bought all of this. Tapi pemadam Italy tu dah hilang dah. Belum sempat guna dah hilang. Betapa cuainya aku. Sigh.


Life as a Teen actually fun. Sangat seronok. Cuma that depends on us. Cuma satu je nasihat aku. Jangan pernah buat sesuatu yang akan merosakkan masa depan anda. Nanti kau juga yang akan menyesal. Dan bila saat tu tiba, I bet semua orang akan lari dari kau. That is how world is. Manusia memang macamtu.


Oh by the way, result Mid year dah keluar. And I am so happy. Alhamdulillah, result aku banyak yang meningkat kecuali AddMaths. I need to improve my Addmaths a lot. Doakan aku k.

Orait bloggers, babai.