06 July 2013

Pulau Pinang


27 Mei 2013. Tarikh bersejarah. Tarikh di mana memaksa aku untuk berpindah dari negeri lain seorang diri. Memaksa aku untuk berhijrah di negeri orang lain. (Negeri je okay bukan negara).  Dari Negeri Sembilan, aku ke Pulau Pinang. Tempoh 5 jam memisahkan aku dengan keluarga aku. 2 buah negeri yang memisahkan Negeri Sembilan dengan Pulau Pinang. Jauh. Sangat jauh bagi aku, yang langsung tak pernah berpisah dengan keluarga aku.Tapi demi untuk mencapai cita-cita, membanggakan kedua ibu bapa aku, aku lupakan semua tu. Matrikulasi Pulau Pinang (KMPP), itulah tempat di mana aku belajar. 


Orintasi seminggu yang memenatkan. Memaksa aku untuk bangun pukul 4 pagi dan tidur pukul 11 malam. Untuk aku ketika itu, memang sangat memenatkan sebab kan lepas SPM selalu bangun lambat. Tapi aku bersyukur juga sebab tempat lain orintasi sampai pukul 12 malam. KMPP kira paling awal gak la bersurai. That is one of reason why I love orintasi KMPP. Tengoklah gambar di atas. Gambar muka budak homesick. Gambar muka budak tak cukup tidur.


First outing with the roomates.Let me introduce them. Yang pakai cermin mata tu namanya Lin. Yang tengah tu namanya Ain. Ada lagi sorang roomate tapi dia tak ikut. Nama dia Tiha. Nak beli barang untuk bilik kitorang. Lepas tu mencekik makan mekdi. Hahahaha. Pergi Pacific je. Banyak barang nak beli. Iron board. Rak kasut. Kipas meja. Kau bayangkanlah macammana aku angkut kipas meja tu satu pacific. Bayangkanlah...




With the classmates at bio lab. Semangat semua nak ambik gambar pakai lab coat. Konon ala-ala doktor leww tuuuu... Hahahaha. Gambar atas tu namanya Alin. Yang gambar bawah pakai tudung putih ada bunga putih dekat atas tu namanya Amimza. Yang tengah tu namanya Aina. Dan aku Amirah. Asal boleh nak nama semua A kan...


Hujung minggu ketiga. Parents aku datang. Gembira bukan kepalang. Roomates aku punya parents datang minggu sebelum parents aku datang. Aku jeles bukan kepalang tengok parents diorang datang. Hahaha. Bila parents aku datang, aku keluar bermalam dekat luar dengan diorang. Beli barang banyak untuk bawak ke matriks. 




Time ni first time pakai selendang pergi class. Hahaha padahal kalau kat seremban memang asyik pakai selendang je kan. Takdela, kat sana panas. Pastu rasa macam over pulak pakai selendang gy class. Jadi aku pun pakai le bawal walaupun bawal aku hmmmm cacat. Hahahaha. 

Berjalan-jalan di tasik. Hahaha hilangkan stress kononnya. Padahal tengok tasik tu lagi stress sebab kotor sangat tasik tu. Maklumlah pagi tu hujan kan. Hahaha. Tengok ragam manusia. Ada yang geng 4 perempuan 1 lelaki la. Ada yang 4 lelaki 1 perempuan la. Pelik betul. Ada yang dating. Ada yang piknik. Ada yang berkempen la. Memacam. 



Outing with lagi sekali. Pergi Jusco. Time ni memang shopping gegila. Hahahaha. Semua beli baju. Aku pun beli sehelai baju. Pastu beli stok makanan. Dan makan pizzaaaaaaaaaaaaaa. Yummy lama gila mengidam nak makan pizza. Baru dapat makan masa tu.



Classmate jugak. Nama dia Syazatul. Yang tengah tu menyibuk je interframe tu. Haha.

 Breakfast roti canai with the roomate. Pada memula masuk teringin nak makan roti canai. Last  last dapat jugak. Yummy okay yummy...Hahahaha. 

Sebenarnya kan... aku dah balik Seremban! Yabedaabedoooooooooooooooooo. Bestnya. Aku memang pada haritu nak balik Seremban tapi kalau setakat cuti 2 hari tu memang tak berbaloi langsung nak balik. Ini balik pun sebab Isnin cuti Penang Heritage Day. So balik Jumaat petang. Hari Isnin pagi balik Penang. Ada 2 hari spend kat rumah kan. 

Sebab tu la aku ada masa nak karang entri pepanjang macamni. Kalau kat sana mana boleh tulis entry macamni. Line lambat. Harap line u mobile je la yang aku guna. Tu pun kat phone. Dan kat phone leceh la nak update blog. 

Okaylah. Sebenarnya aku ada banyak assignment yang belum disentuh. Dan sekarang aku nak buat kerja. Hmm maybe lepas Maghrib la kot. Hahaha

Okay chow. Babai..

23 June 2013

Rindu

Well. Twelve days more to go and hello Seremban 2!

30 May 2013

Di matriks

Hai. Short entry je ni ye. Ni pun guna phone update ni.

Minggu ni minggu orintasi. Sibuk bebenau. Makan tak sempat. Mandi berebut. Tidur tak cukup. Itu perkara biasa waktu orintasi kans.

Homesick sangat ni. Tapi gila ke nak balik seremban? Ingat dekat ke? Dahla baru seminggu. Lainlah kalau dah sebulan ke kans.

Tapi tetap homesick. Almaklumlah kita tak pernah berjauhan dengan family sejauh ini. Serius jauh

Rindu semua. Okla bye.

P/S : Gambar tak letak url sebab update kat phone. Jangan curik k. Haha bajet femes

23 May 2013

Persiapan untuk sambung study

Hai semua! Yeay aku rajin update! Sep sikit.. Atau banyak. Haha sukati korang ler. 

Okay seperti yang kau, kau dan kau tahu, keputusan UPU dan matrikulasi sudahpun diumumkan. Alhamdulillah dua-dua dapat.

Memula sekali kita cerita pasal matriks. Time sekolah dulu aku langsung tak pernah terfikir untuk sambung study kat matriks. Sebab hmm I don't want to involve with BIOLOGY CHEMISTRY PHYSICS anymore..... Then taraa result keluar. Alhamdulillah. Walaupun tiga tiga subj tu tak dapat A, tapi kredit. Dan yang paling tak disangka sekali adalah BIOLOGY aku lebih bagus dari Physics. Haha. Siapa sangka? Akulah manusia yang paling kuat merungut bila nak exam bio, tetiba boleh score lebih dari Physics? Pastu ramai pula yang suruh masuk matriks dan syorkan matriks. Katanya singkat. So aku pun cam hmmmmmmm that sounds good. Keputusan aku mmg nak pergi matriks masa tu.

Tapi tetiba aku dapat matriks mana tau?

MATRIKULASI PULAU PINANG.

Time dapat result tu cam Hmmmmmmmmmmmm pasaipa jauh sangatss? Aku tak mohon Penang pun. Aku mohon Selangor Melaka Kuala Pilah. Pasaipa dapat Penang? 

Frust sikit. Then diorang(Single Ladies) kata Penang one of the best matrikulasi. Aku pun buat research. Memang Penang Top Three. Tapi tak ingat nombor berapa. So aku pun, OKAYLAH MARI KITA MASUK MATRIKS. 

Then tiba lah keputusan UPU keluar. Oh UPU aku kan ada 8 pilihan, 7 darinya semua UITM. 1 UTM. Haha. Aku ingat lagi top 3 yang aku pilih adalah Sains Aktuari, Sains Matematik, Statistik. Semuanya diploma lah kan. Aku mulanya pasang niat dalam hati, kalau aku dapat Sains Aktuari, aku akan pergi UPU. 

Dan aku dapat...

DIPLOMA STATISTIK dekat UITM SERI ISKANDAR, PERAK.


Aku macam hmmmmmmmmmm jauhnya. Even dekat sikit ah dari Penang tapi jangka masa 3 tahun kot. 3 tahun kena ulang alik dari Perak ke Negeri Sembilan. Better setahun ulang alik Penang ke Negeri Sembilan kan?

Jadinya keputusan aku untuk masuk matrikulasi tetap sampai sekarang. InshaAllah isnin ni daftar masuk. Aku harap keputusan aku ni keputusan yang betul. Aku harap pengorbanan aku untuk berjauhan dengan family, rumah, sedara mara, kawan-kawan ni berbaloi. Aku akan study hard dekat sana dan dapatkan result yang cemerlang untuk aku futher degree tahun depan! Dengan izin Allah, harapnya segala urusan dipermudahkan oleh-Nya...

So.. Harini dah hari Khamis. Isnin daftar. Apa kata kita buat checklist untuk barang-barang untuk dibawa ke matriks nanti? Okay let's goooooooooooooo.


Laundry


  • Sabun serbuk basuh baju - Untuk kalau basuh dekat mesin kans. Oh kat sana ada mesin basuh hasil dari google aku. K, don't worry.
  • Sabun cecair basuh baju - Pun untuk basuh mesin. Aku tak tau kenapa tapi mak aku suruh beli cecair dengan serbuk. Aku belasah jeeeeeee. Haha.
  • Sabun buku basuh baju - Untuk basuh tangan. Kalau malas nak basuh mesin, guna kudrat la. Tapi memang tak sebersih mesih la kan kalau guna tangan. HaHa.
  • Pelembut - Untuk wangikan pakaian time basuh. Tak yah pakai perfume dah pasni.
  • Penyepit baju time sidai - So baju tak terbang kalau angin kuattttt. Haha tak nak pula nanti pakaian dalam melayang kat tempat lain. Buat malu jee.
  • Hanger - Untuk gantung baju dalam almari! Yippe
  • Berus - Untuk basuh baju guna tangan. 
  • Baldi - Oh ni takde dalam gamba sebab lupa nak masukkan. Hehe. Baldi penting ye! Nanti nak angkat pakaian yang dah basuh untuk sidai guna apa? 

LADIES CARE

  • Over-night Pad - Selalunya aku pakai pad overnight ni time hari pertama kedua dan ketiga. Pagi dan petang dan malam. Haha. Sebab dia besar dan selesa dan takyah risau.
  • Regular Pad - Aku pakai time hari keempat kelima keenam. Aku tak suka yang ada wing sebab menyampah. Haha.
  • Pantiliner - Untuk setiap hari pakai. Dan hari last period. Aku suka yang nipisnya sebab selesa. 

TOILETRIES

  • Berus gigi - Belilah yang berpenutup ya! Haha. Aku beli 3 terus sebab hmm aku kan dapat jauh. Mesti ah jarang balik. 
  • Ubat gigi - Beli yang besar. Satu tu yang besar boleh tahan 2-3 bulan okay.
  • Sabun cecair mandi - Aku rasa better beli yang cecair punya sebab kalau yang jenis buku tu cam hmm berlendir je. Kan?
  • Syampoo - Aku beli yang besar. Muahaha tamaks. Yang besar tu boleh tahan 1-2 bulan kalau jenis yang cuci setiap hari macam aku. Hehe.
  • Pencuci muka - Pencuci muka aku tradisional punya k! Hahah.
  • Bekas sabun - Ni bekas untuk pencuci muka. Sebab pencuci muka aku jenis macam sabun. Menyampah betul.
  • Baldi kecil - Nanti pergi toilet, senang ah letak semua barang dalam baldi kans. Tapi aku tak beli pun. Ala, malas ar.
  • Pencukur - Untuk cukur segala bulu yang dibolehkan cukur.

PENJAGAAN MUKA DAN BADAN

  • Toner - Lepas cuci muka, pakai. Kengkadang suka feeling Korea tepuk tepuk muka. Haha.
  • Krim pagi & malam - Krim pagi yang penting ni!! Cari yang ada perlindungan UV. So takdelah hitam sangat kalau main panas.
  • Deodoran - Aku beli yang jenis stick. Sebab yang jenis cecair tu macam hmm tak selesa sangat. 
  • Perfume - Aku sebenarnya bukan jenis yang suka pakai perfume. Aku jarang gila pakai perfume. Dalam sebulan 4-5 kali je aku pakai. Haha. Tapi beli sebab comel sangats.
  • Kapas - Untuk pakai toner. 
  • Kapas telinga - Nanti banyak pula taik telinga sampai tak dengar apa yang pensyarah cakap. Amboi, pensyarah. Haha.
  • Bedak - Untuk orang jenis macam aku yang tak suka pakai make-up, bedak je la yang mampu untuk disapu di wajah. Tu pun colour natural. Haha.
  • Getah rambut - Untuk ikat rambut ler... Boleh juga guna untuk ikat keropok yang tak habis kan. Haha.
  • Handyplast - Untuk kecemasan. Manalah tau tetibe luka kan.
  • Lipbalm - Untuk hilangkan bibir kering. Tapi aku malas. Sebab tak selesa pakai. Haha.
  • Ketip kuku - PENTING! Jangan sampai kuku panjang macam lengsuir. Haha

BED SHEETS DAN BARANG UNTUK TIDUR

  • Cadar & kuncu kuncunya- Untuk alas katil kita. Orang kata pihak matriks memang kasi satu cadar. Tapi satu je lah. Takkan la kita nak pakai satu je cadar sampai setahun kan? 
  • Selimut - Bawa la in case sejuk. Haha.
  • Bantal - Bawa sendiri lagi best. Bantal kat sana tu dah berapa ramai orang yang pakai dan berapa banyak peta dah ada, kita tak tau kan. So better bawa sendiri punya.
  • Bantal peluk - Untuk sesiapa yang suka memeluk. Haha.
  • Teddy bear - Ah buat penuh kereta je. Tapi sukati korang ler.

BARANG UNTUK KE KULIAH

  • Alat tulis - Beli je semua alat tulis yang korang rasa akan pakai. Aku main ambik je semua. Haha.
  • Kalkulator - Penting sebab kat sana belajar maths jugak kan dan physics chemistry semua pakai calculator kk.
  • Buku nota - Untuk tulis nota. Pilih yang comel sikit so semangat sikit nak study. Ye ke idok.
  • Fail - Untuk letak kertas kertas. Teratur sikit.
  • Beg ke kuliah - Beli la. Aku beli yang comel. Tak besar macam beg sekolah tapi tak kecik sangat sampai tak muat letak barang barang.
  • Test pad - Untuk tulis apa tah. Tapi bawakla.
  • Kertas A4 - Pun tak tau apa kegunaan dia. Tapi bawak je la.

FOODS & DRINKS

  • Air mineral - Kalau malam malam dahaga, kan ada air. Aku bawak sampai lima botol. Sebab aku rajin minum air mineral dalam botol. Kalau dalam cawan, aku malas. Haha tah pape perangai.
  • Maggie Cup - Ini penting! Haha stok makanan kalau lapar tengah tengah malam atau lapar tapi malas nak pergi kafe. 
  • Choki-choki - Sebab kalau beli cadbury akan cair, jadi choki chocki adalah coklat yang takkan cair (sebab dia memang dah cair pun). Kalau stress study, atau rasa nak mengunyah, makanlah choki choki.
  • M&M - Oh dan M&M pun coklat yang takkan cair! Tapi mahal. Haha.
  • Ice Lemon Tea segera - Sebab aku jarang minum air panas. So takyah beli milo, beli ice lemon tea je. Sedap sikit.
  • Chips More - Kudapan masa lapar antara class. 
  • Thermos - Untuk simpan air panas dalam bilik buat maggie tengah tengah malam. Aku baru beli tadi. Hehe.
  • Tupperware - Untuk letak makanan yang tak habis. 
  • Botol air - Kang air mineral dah habis, tadah je la air dalam botol k.

UBAT-UBATAN DAN KECEMASAN


  • Sewing kit - Penting sangat ni! Karang manalah tau tetiba seluar terkoyak ke, kan ada sewing kit. Jahit je tinggal.
  • Panadol - Aku ni kalau period, ada segugut. Sakit sangats. Selalunya kalau kena kat rumah, aku tak makan panadol. Tapi kalau kena kat luar, aku makan panadol. Terus hilang. 
  • Minyak angin - Kalau sakit perut. Sapu terus lega. 
  • Bekas ubat - Untuk sesapa yang kena makan ubat ikut aturan. Aku saja je beli. Takde kerja. 



IBADAT

  • Telekung - Bawak la at least dua okay. Satu basuh, satu lagi boleh guna.
  • Al-Quran - Untuk baca. Kalau boleh setiap hari baca.
  • Buku tentang Islam - Ni mak aku beli suruh baca kalau ada masa nanti.
  • Sejadah - Bawak la! Minggu orientasi solat kat surau. Hari biasa solat dalam bilik. So bawak lah.
  • Surah Yassin - Bawak juga untuk di baca malam Khamis.


PAKAIAN

  • Baju kurung - Bawak la bebanyak. At least mesti ada 7. Pergi class WAJIB pakai baju kurung okay.
  • Baju dalam - Bawak bebanyak! Sebanyak yang mampu.
  • Seluar dalam - Bawak amount dia dua kali ganda dari baju dalam.
  • Inner baju, singlet, kain dalam - Pepaham je la ye perempuan.
  • Sarung lengan - Bawak  je lah.
  • Stokin - Bawak bebanyak! Lebihkan colour hitam dan skin colour.
  • Tracksuit - Mesti ada At least 5. Hehe. 
  • T-shirt lengan panjang - Pun mesti ada banyak. Untuk beriadah dan bila turun makan.
  • Baju tidur - Untuk tidur. Bawak la yang selesa dan sopan okay. Ingat ni bilik kongsi bukan bilik sorang.
  • Baju lawa untuk outing - Aku bawak skirt untuk outing sebab  jeans diharamkan kan? 
  • Sweater - Kalau sejuk memalam.
  • Tuala - Kang mandi takde tuala, susah pulak!

UNTUK YANG BERTUDUNG


  • Tudung bawal - Bawak la macam-macam colour. Sekarang ni aku selesa dengan bawal sebab selendang panas sangat bila pakai. Dan aku suka bawal colourful.
  • Selendang - Bawak la dua tiga kalau tetiba rasa nak pakai. 
  • Tudung segera - Bawak la kalau tetiba rasa lapar nak bungkus makanan kan. Senang, sarung je.
  • Anak tudung - Bawak banyak! Aku pakai anak tudung syria tu.. Ketat so selesa sikit.
  • Kerongsang - Bawak comel comel punya! Hahaha aku tak banyak kerongsang. Tapi aku bawak lebih dari 10 la.
  • Jarum - Kalau nak sematkan tudung bawal so dia tak nampak dada. Kalau kat sekolah dulu slalu pakai time koko.



KASUT-KASUTAN


  • Kasut pergi class - Kasut flat bertutup depan dia. Tak perlu pakai yang hitam tapi pilihlah colour yang gelap-gelap. Budak baru kan. Kena tunjuk skema sikit. Hehe.
  • Kasut sukan - Untuk koko dan aktiviti riadah. 
  • Kasut outing - Sukati kau la nak pakai kasut apa. Aku suka pakai selipar yang ada heel tu.Aku kan pendek orangnya. Kah Kah Kah.
  • Selipar bilik - Lantai bilik dia bukan macam lantai bilik kita ni haa. So bawak la selipar ya.
  • Selipar bilik air - Takkan nak pergi bilik air tak pakai selipar kot?



LAIN-LAIN

  • Pewangi almari - Penting so that baju kita sentiasa bau wangi. hehe.
  • Frame gambar - Penting gak untuk orang cam aku yang tak pernah berpisah dengan family aku lama-lama. Paling lama pernah pun seminggu. That's it. Haha.
  • Patung kecik - Saje buat hiasan.
  • Pad lock beg - Untuk keselamatan barang-barang kita juga.
  • Novel - Untuk bedtime story.
  • Kismis - Untuk minda. Hahaha.
  • Pen comel - Saje. Letak atas meja dalam bilik. Konon comel la tu.
  • Tong sampah kecik - Yang untuk letak atas meja study tu. Senang sikit nak buang sampah kalau tengah syok study, malas nak bangun. Dasar.
  • Laptop - Untuk buat assignment. Aku bawak netbook je. Kecik dan senang. 
  • Harddisc - Untuk download movie dan tengok movie bila cuti.
  • Handphone - PENTING SANGAT. Nanti camne nak call parents? Dan whatsapp SINGLE LADIES? Haha.
  • Segala charger gajet - Hahaha kalau takda ni, tak guna kau bawak laptop handphone.
  • Sudu garfu - Kalau nak makan dalam bilik, senang.
  • Beg duit - Tapi jangan bawa beg duit kosong. Haha.
  • Cermin mata/Contact Lens - Untuk orang yang rabun tapi tak sedar diri rabun (Yang pakai cermin mata masa study je), jangan lupa bawa cermin mata. Kang rabun susah pula! Atau contact lens. Tapi better cermin mata.
  • Mug - Untuk buat air ice lemon tea. Haha.
LAST BUT NOT LEAST

  • Dokumen-dokumen yang diorang suruh bawak dan kad ATM BSN! 
Okay.. Panjangnya tulis..

Ada pape yang aku missed tak? Hmm..

Rasa macam takde. Hahahahaha.

Okaylah dah penat. Nak turun tengok tv pulak. Bye Bloggers! 

P/S : Akanku cuba update lagi sekali before masuk matriks. Akan ku cuba.