14 October 2013

Bonding Day



Hai. I'm home. Dan seperti biasalah, kalau balik rumah ni bolehlah tulis entry panjang panjang berserta gambar-gambar. Oh yeah cuti aku 5 hari jer dan hari ni hari ke ketigaaaaaaa. Esok esok aku kena balik. Ei benci betul... Stghess.

Oh by the way, harini aku nak cerita pasal bonding day! Memandangkan aku ni jarang balik, maknanya aku jarang gila dapat luangkan masa untuk bonding day. Harini aku luangkan masa aku untuk bonding day! With the bestfriends and siblings and mom... 



Me so tembamzzzzz


Diorang dua orang ni la buat suprise kat aku. Thank you bff. You are one in a million. Sayang korang...


Budak kecik yang gila camera. Nak ambik gambar bertiga pun dia sibuk nak masuk.


Camwhore lagi.


Budak ni kalau dilayan, semua benda dia nak main. Sabo je la ~~


Eating pizza with love.


Lepas gi Jusco, pergi hospital amik ubat wan. Huhu camwhore lagi.


What I bought with my RM 250 baucer buku. Novel dua. Sekarang ni aku tengok ramai suka baca novel-novel yang genre dia macam novel yang aku beli bertajuk 'mental' tu.. Jadi aku pun nak try baca. Tapi baca lepas PSPM la. Dan oh novel Sophie Kinsella tu. Pada haritu aku nak beli tapi novel omputeh mahal lew. Haha. Dan buku pasal Haji tu aku belikan untuk ayah aku. Test pad tu pulak aku beli sebab words words dekat cover tu best. Test pad untuk sem depan. Dan pen pen semua tu pun. 

Oh dan paling penting, benda aku merengek nak beli pada haritu. Power bank!!! Kuang Kuang Kuangggggggg. Sekarang tak payah risau lagi nak dengar lagu sampai bateri habis memalam buta sambil study. Sebab esok tu boleh charge guna powerbank je dekat class. Yeay! I'm happyyyyyyyyyyyyyyyy.

Okayyyyyyyyyyyy lah. Babai....


07 October 2013

7 Oktober

7 Oktober.

Hari di mana aku dilahirkan 18 tahun yang lepas.

Alhamdulillah, aku masih diberi kesempatan untuk hidup lagi.

Alhamdulillah, aku masih punya waktu untuk terus menikmati manis dan pahitnya dunia.

Syukur ke atas Allah atas segala-gala yang telah diberikan.

Terima kasih kepada siapa yang ucap selamat hari lahir kepada aku.

Terima kasih kepada siapa yang langsung tak ingat harini hari lahir aku.

Well at least now I know siapa aku untuk kau.

Terima kasih untuk segala-galanya.

Moga aku diberi kesempatan untuk menyambut 7 Oktober pada tahun hadapan pula.

Selamat hari lahir wahai diri sendiri. Terima kasih ibu kerana melahirkanku!

12 September 2013

Sambutan Raya Di KMPP

Assalamualaikum...

Yeay. I'm home... Gembira bukan kepalang lagi bila dapat balik. Naik bas berjam jam sampai sakit pinggang aku terbaloi juga bila nampak kereta ayah aku dan tangan ayah aku yang melambai sambil potong bas aku. Haha.

Raya dah habis.

Dan aku baru nak update status pasal sambutan raya dekat KMPP haritu. Dah lama dah event tu tapi memandangkan dekat sana line internet sangatlah slow, jadi bila balik ni ha la baru aku dapat update.. So let's go!



Persediaan untuk sambutan hari raya! Dengan belon belon... And with my besties..


Semua dah bersiap sedia. Raya here we go.


With the roomate. Lin.


Roomates jugak. Orang Ganu & Orang Selangor. 


With ex-schoolmate. Haree.


Qila & Syazatul.


My Practicum! K3P2!! We are one big family.

Okay. Sampai sini jer. Malas nak taip. Babai

09 August 2013

Selamat Hari Raya



Pejam celik pejam celik dah sebulan kita semua berpuasa. Boleh dikatakan 90% puasa aku, aku berpuasa dekat Penang. Sendiri. Tanpa keluarga. Bersama kawan-kawan seperjuangan yang dahagakan kejayaan.

Apa perasaan aku agaknya yer?

Hmm...

Perasaan aku bercampur baur. Aku rasa pelik. Aku rasa sedih. Aku rasa teruja. Bercampur jadi satu dan dinamakan PeSeUj. (Pun boleh kan)

Pelik. Sebab makanan untuk berbuka tu bukan seperti yang aku makan selalu. Kalau dekat rumah aku sentiasa berbuka dengan air sejuk yang manis. Tapi kat Penang, aku berbuka hanya dengan air mineral yang berada dalam room temperature.

Sedih. Sebab aku tak berbuka dengan family dan berada nun jauh dari family. Sebab aku tak dapat makan masakan ibu aku. Sebab tak dapat berborak dengan family time makan.

Teruja. Sebab first time celebrate Ramadhan dengan kengkawan seperjuangan. First time sahur dengan kengkawan. Kengkawan yang nampak muka kita yang sembap time bangun dan terpisat-pisat makan masa sahur. Dan kengkadang sambil mata tertutup makan. 

Well. Senang cerita perasaan aku memang bercampur. Lagi lagi waktu awal awal puasa tu. Nak describe bebanyak pun korang takkan paham selagi korang tak rasa. Sebab dulu aku pon cakap besar kata aku takkan homesick la apa la, last last... hampeh...

Bila balik Seremban, aku punya feeling haruslah gembira. Gembira dapat buka puasa sesama dengan family. Minum air sejuk. Fuh everything seems soo complete for me.

Once again, you will never know the feeling to be back to someone you miss. Someone you really miss.



Yang atas ni tak rindu pon. Kah Kah Kah. Saja letak gambau. 

Oklah dapat celebrate puasa kat sini berapa hari jer. Pastu raya. Raya pun hari keempat dah balik Penang. Haih sedih giler. Takpe, setahun jer...

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat Islam yang berpuasa! Yang tak berpuasa tapi nak raya tu, tak malu ke?(Untuk budak yang 7 tahun ke atas sahaja).  Budak 5 tahun pon boleh puasa, ini kau dah besau panjang tak boleh berpuasa, apa kebenda semua ni? Haiyaa..


My Not So Big Family...  We are black this year!


Comel gila budak ni pakai tudung. Like seriously. Hahahaha. 


Gambar atas, my family with both sides of grandma and anak uda. 
Gambar bawah, me menggila with the siblings. Yang laki tu tengah semput semput sampai muntah muntah pun masih nak buat muka masa amik gambar. hahahaha. 

Saja je bergambar. Yang gambar last tu bersama adik aku. Haha diorang semua dah tukar dua tiga helai baju, aku masih dengan baju kurung hitam aku tu. Iyelah aku tak beli banyak baju raya tahun ni. Cuma sepasang baju kurung dan sepasang baju kasual. How sad is it?!

Okaylah. Dengan ini, aku ingin ucapkan selamat hari raya!

To all my friends, sorry tahun ni raya memang tak dapat berjumpa langsung. Jadual aku pack. Aku kat sini sampai raya keempat jer. Pastu dah balik Penang. Memang lepastu sebulan raya kat sana jer. Langsung tak balik sini lagi. Nanti cuti sem bulan 11 nanti, kita jumpa lah yer. 

Okaylah! Goodbye cemuwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Ah gedik sangat tu.

Assalamualaikum...