04 February 2014

MUET


Hello....

Jadi seperti yang dijanjikan pada entry lepas, harini aku nak cerita pasal MUET. Kalau bebudak matrik PST batch aku, dah ambil pun MUET. Dah dapat result dah pun. Kalau bebudak PDT batch aku akhir tahun ni diorang akan ambil. Kalau bebudak diploma, diorang ambik MUET ni sem 5 nanti, kalau tak silap aku la. 

MUET ni apa? MUET ni test pasal English la. Selain MUET, ada IELTS. MUET ni standard Malaysia jer. IELTS ni International la, untuk bebudak yang buat preparation untuk study oversea. Kalau kau memang bercadang nak study oversea, better ambil IELTS terus. Tapi selalunya kalau U kerajaan, dia memang ada sekali MUET.

Apa gunanya MUET ni?

Kau orang jangan pandang rendah pada MUET ni. MUET ni penting untuk degree nanti. Ramai budak matrik aku pandang rendah MUET ni, pastu dapat result, kecewa. Universiti yang grand grand banyak mintak band 3 ke atas. Kalau kau dapat 4.00 pun, kalau MUET band 2, susah nak mintak Universiti yang grand sangat ni. Lagi-lagi dalam bidang yang demand macam medic.

Apa tu band?

Camni, kalau kat sekolah ada gred A sampai G, MUET ada band 1 sampai 6.

Band 1 ni untuk orang yang memang langsung tak reti English. Tapi jarang la orang dapat band 1 ni. Kat matrik aku pun, aku tak pernah dengar lagi orang dapat band 1 ni. FAILED.

Band 2 ni orang yang English dia cam kurang sangat. Bukan dia tak reti langsung English. Haa aku perhatikan ramai Budak Melayu dapat band 2 ni. Bebudak matrik aku pun ramai dapat band 2. Ramai juga budak yang akademik dia cemerlang, 3.5 ke atas tapi dapat band 2. FAILED jugak.

Band 3 ni kira average la. Untuk orang yang biasa-biasa English dia. Ramai orang aim nak band 3 sebab band 3 ni kira band lulus la. Dah tak payah risau nak re-sit MUET lagi.

Band 4 ni ramai Cina dengan India dapat. Melayu cam tak ramai sangat tapi still ada la. Kalau bebudak Melayu dapat band 4 dah kira Wowwwwww bagi orang lain. 

Band 5 dengan Band 6 tak ramai yang dapat. Band 5 mungkin ada la dekat matrik aku tapi band 6 takde sorang pun budak matrik aku yang dapat. 

Ada paper apa dalam MUET ni?

MUET ni ada 4 bahagian. Ada speaking, writting, reading and listening. Ramai orang mengalami kesukaran pada bahagian speaking. Aku pun. Tapi jangan risau sebab speaking tak membawa markah yang banyak. Reading bawa markah banyak jadi kau orang score la bahagian reading. Macam aku, aku score bahagian reading. Jap ni skor permarkahan dia.

Listening and speaking : each 45 marks.
Reading : 120 marks.
Writing : 90 marks.

Nampak tak reading bawak banyak markah? Aku bahagian speaking memang teruk gila tapi sebab aku markah reading aku tinggi, jadi aku dapat cover bahagian speaking tu.

Ehem apa result aku?

Alhamdulillah, aku dapat band 4. (Sebab tu aku berani nak tulis entry ni)

Jadi apa nasihat untuk sesiapa yang nak improve English untuk MUET ni?

Aku pun English tak pandai sangat. SPM pun A jer, tak dapat A+ macam orang lain. Tapi SPM bukanlah segalanya kan? Jadi jangan runsing kalau English kau tak bagus okay.Jom sesama kita improve English kita. Ini cara aku :-

(1) Banyakkan baca novel English. Secara jujurnya, aku dulu masa sekolah tak minat sangat dengan novel English tapi lepas sekolah, aku try la beli novel English. Eh, best pulak. Jatuh cinta pulak dengan novel English ni. Memang novel English ni mahal. Satu novel English boleh dapat 2 novel Melayu. Tapi apalah salahnya kita berkorban sikit untuk kejayaan kan? Penulis kesukaan aku of course Cecelia Ahern sebab cerita dia tak heavy dan sempoi untuk kita yang baru nak start minat novel English ni.

(2) Tengok cerita English WITHOUT subtitle. Kenapa? Sebab kalau ada subtitle, korang akan tend to baca subtitle tu so korang macam buat dek je dengan apa yang actor tu cakap. Tapi kalau tak ada subtitle, korang akan bagi 100 percent fokus dengan apa yang actor tu cakap. Melalui cara ni, korang akan improve english korang. 

(3) Banyakkan cakap English dengan kengkawan. Memanglah malu kan memula. Tapi lelama kau akan okay. Tak payah cakap fully English kalau tak selesa. Cuma selitkan English yang mudah mudah dalam perbualan tu. Contohnya sorry, whatever, I don't care, nevermind, then, thanks dan sewaktu dengannya. Mulakan dengan benda yang simple dulu. 

Tu je la kot cara aku. Kengkadang cara ni nampak macam remeh, macam EH BETULKE BOLEH IMPROVE ENGLISH DENGAN TENGOK DRAMA/MOVIE? Yes boleh. Kalau aku dari A sahaja boleh dapat band 4 untuk MUET. Tak mustahil untuk korang. Jangan rendah diri sangat dengan result SPM kau. A+ pada SPM tak menjamin  band 6 pada MUET. 

Bukan nak show off result MUET aku tapi cuma aku nak berkongsi tips. Mungkin tips aku ni dapat memberi manfaat kepada korang. Who knows right? 

Okay byeeeeeeeeeeeeeeeee.


30 January 2014

Lawatan pertama kat KMPP


Assalamualaikum. Yeay dah sampai rumah ni. Boleh update blog bersama gambar. Bosanlah asyik update guna phone jer. 

Ni aku nak cerita pasal lawatan pertama aku ketika aku di KMPP.

Haritu club koko aku ada buat lawatan gi AIMST. University yang lebih kepada medical la. Untuk jadi nurse. Tempat dia best ah. Facilities dia menarik. 



Pedulikan muka aku. Ni aku nak bagitahu ni, satu patung tu harga dia berpuluh ribu. Mahal gila...








Ahli kelab kitorang. Gabung dua kuliah which is K3 and K5 kalau tak silap aku. Tapi budak K5 ada dua orang je. Yang lain semua K3. Dan pompuannya semua budak klas aku kecuali yang paling hujung tu.


Sebenarnya aku takde idea la nak tulis apa. Aku cam tak biasa pulak nak tulis blog bila dah lama tak berblogging ni. Nak menaip pun cam malas jer. Hehe.

Okaylah nanti ada masa, aku update lagi! I will reveal my Muet Result for the next entry. Jeng Jeng Jeng...

16 January 2014

Later I will tell you everything.

Sebenarnya banyak benda nak cerita.

Aku nak cerita pasal street art dekat Penang ni.

Aku nak cerita pasal result muet yang aku baru dapat tadi.

Aku nak cerita pasal apa kos yang aku patut mohon untuk degree nanti.

Aku nak cerita pasal matriks and the reasons why adik-adik lepasan spm patut pilih matrik.

Tapi....

Aku tak ada masa..

Jadi boleh tak aku hold on dulu dengan cerita tu? Dan Insya-Allah bila aku balik untuk mid sem nanti, aku akan cerita.

But for now, aku undur diri dulu.

Ups tak sampai dua minggu lagi. Need to work hard. Ok bye.

06 January 2014

The thing is....

People belive in fairytale. They hope their life will be the same as fairytale. But the thing is fairytale never exist.

Orang semua nak hidup gembira selamanya. Dapat gelak ketawa setiap hari tanpa henti. Tapi mereka lupa, 'they live happily ever after' tak wujud di dunia ni.

People tend to judge people easily. They never know that person but yet judging the person. The thing is nobody perfect in this world.

Orang selalu suka mengharapkan sesuatu yang tak pasti. Sesuatu yang mustahil. Sesuatu yang di luar kemampuan seseorang itu. Tapi diorang lupa yang diorang akan kecewa pada akhirnya nanti.

P/S : This is just what I feel about people nowadays. Maaf jarang update benda benda yang menarik sekarang. Dan maaf sebab sekarang aku suka update benda benda yang random dan merapu.

Take care people.