Assalamualaikum....
Dulu waktu kecik-kecik, aku ingat watak dalam drama tu semua tak wujud. Aku fikir semua tu hanya ilusi sahaja. Tak benar dan tak wujud.
"Takkanlah ada orang sekejam tu sanggup bunuh darah daging dia sendiri"
"Mana ada anak yang sanggup tinggalkan mak bapak macamtu sekali"
"Ish, tak mungkinlah ada orang yang perangai kejam macamtu"
"Eh, mana ada orang yang baik macamtu"
Betapa naifnya pemikiran aku waktu kecik-kecik dulu.Tapi sebenarnya sampai sekarang pun aku tak percaya ada orang sekejam tu. Sanggup bunuh anak sendiri???! Weh perangai apa tu???
Semakin aku meningkat dewasa, semakin aku kenal apa itu erti kehidupan. Semakin aku kenal apa itu manusia. Semakin aku mengerti apa maksudnya kasih sayang. Semakin aku faham apa itu sahabat.
Tak ramai orang kat dunia ni kita boleh percaya. Tak ramai orang kat dunia ni kita boleh ceritakan problem kita. Tak ramai orang kat dunia ni kita boleh jadikan sahabat. Tak ramai orang kat dunia ni kita boleh minta nasihat.
Tapi aku ada beberapa orang yang aku kenal dan aku percaya. Aku ada beberapa orang yang aku kenal dan aku sayang. Aku ada beberapa orang yang aku tahu dialah sahabat sejati aku. Tak kira apa akan jadi selepas ni, aku tahu dia akan sentiasa ada dengan aku. Tak kiralah siapa aku akan jadi pada masa akan datang, aku tahu diorang akan sentiasa tunjukkan aku jalan yang betul.
Aku tak perlu ramai orang dalam hidup aku kalau semuanya menyesakkan dada aku. Apa guna?
Aku cuma perlu simpan beberapa orang sahaja dalam hidup aku untuk aku kunci rapat-rapat dalam hati dan percaya dengan sepenuh hati aku yang diorang takkan tinggalkan aku.
Sahabat-sahabatku, terima kasih sebab sentiasa ada dengan aku. You know who you are.
P/S : Kalau takde gambar dalam ni, bukan bererti kau takde dalam list orang yang aku percaya.