24 March 2011

We love you, Datin Maznah!

After nine years Datin berkhidmat untuk SMKS2, banyak benda yang berubah. Dari nothing to something. Dari dua tiga orang dapat straight A's untuk PMR sampailah 38 orang dapat straight A's untuk PMR. Dari sorang dua dapat straight A's untuk SPM sampailah lima orang dapat straight A's untuk PMR. Dari tak ada kelab okestra sampailah kelab okestra dah berkembang maju! Now it's time for you to leave this school.

Mungkin selama Datin berkhidmat untuk sekolah ni, ramai yang tak suka Datin. Ramai yang kutuk Datin. Tapi aku pasti lepas Datin pencen ni, semua warga SMKS2 pasti rindukan Datin! Yeah, aku sangat pasti tentang itu.




This flower is for Datin. Aku bagi lepas Datin habis nyanyi lagu Doa Buat Kekasih dengan okestra band. Ini daripada semua ahli kelab okestra. Walaupun Datin tertinggal bunga ani, tak apa. Kitaorang faham.




Meet my friend, Nadiah. Nadiah thanks temankan kita tau waktu ni. Betul ohh kita lonely kalau Nadiah tak ada. Walaupun kita ni banyak kerenah, tapi Nadiah layan je kan. Terharu kitaaaa. ♥


Lady Gaga yoooo! Ni pun hadiah untuk Datin. Dari kelab Okestra jugakkkkk. Tapi pelik lah, kenapa diorang tak buang tanda harga tuuuu? Pelik pelik! Hiihihihihi.




Yang ini namanya Haikal/Haiqal. Tak sure mana satu ejaan dia kan sebab tak pernah pulak tengok buku tulis dia. Dia Juniorrr. Ni kawan aku sejak kecik lagiiii, jiran lah katakan. Mak aku cakap muka dia macam The Rock. HAHA. Tu ahh dia suke bebenar sampai Head banginggg.


Kenalkan ini namanya Farhan. Budak Junior nii. Muda setahun dari aku which mean dia form three. Eheemm Ehemmm aku tahu rahsia kau doeee! Hiihihi.









  
Ini Za!OH MY GOD! Rindu Gilaaa kot nak pakai baju hijau tu lagi. Sumpah jealous gila tengok diorang buat persembahan. Tu ahh tarik diri lagiiiii. Tak pe tak pe, lepas ni kalau buat persembahan confirm aku masuk! Heeee ♥ Tapi masalahnya bila agaknya boleh buat persembahan lagi? Datin dah tinggalkan kita. Dahlah ramai cikgu tak suka dengan band okestra niii, apa lagi jeles lah cikgu kann. Cuma Datin & Mrs. Lim je yang sayangkan band nii. Sob Sob sedih.

Apa-apa pun, I wish the best for you Datin. Semoga Datin bahagia sentiasa. Rajin-rajin ahh jenguk SMKS2 niiiii, tengok tengokkan budak okestra K? I love youuu ♥

23 March 2011

Why women say his hot?

I wrote this thing as one of my friend ask me this question. Why woman say his hot? Or which one is hot at him? Yeah, it's a same question actually.

Actually, it depends on the girl. Kalau the girl rasa rambut lelaki tu yang hot, it means rambut lelaki tu lah yang hot. Depends. As you all know kan setiap orang mempunyai citarasa yang berbeza. 

Aku rasa senyuman Fizo yang buat dia nampak hot. Tapi mungkin orang lain rasa mata dia yang buat dia nampak hot. Tengok, tak sama kan pandangan aku dengan orang lain.





Tapi kalau mengikut aku, ada lima aset yang buat lelaki Hot. Iaitu :-

i) Rambut - aku ni kalau tengok orang, first thing yang aku tengok mestilah rambut. Tak ada benda lain, mesti rambut. Kalau aku minat dekat orang pun mesti sebab rambut dia. Hiihihi pelikkan? Yeah I know.


ii) Senyuman - Lelaki yang selalu senyum akan tampak handsome daripada lelaki yang mukanya selalu masam. So smile man!

iii) Abs - Cuba tengok gambar Taylor Lautner  dekat atas tuu. Lawaa kan body dia? Yeah, lawa! Sangat sangat Hot okayy.

iv) Cool 


v) Mata - mata sepet selalunya membuatkan wajah lelaki tu lebih hot. Yeah, it's true! Tapi lelaki mata bulat pun Hot jugak yek. Hiihihi.

Okay that's my opinion. How about you? Apa yang you rasa hot pada lelaki? Let me know okay. Daa :D

19 March 2011

School, Oh I'm not ready yet!

Esok last cuti. Lepastu sekolah balik.  Seriusly, it makes me feel like OH MAY GODDDD!


Malaslah nak bangun pagi-pagi! Malaslah nak tidur awal-awal! Malaslah nak gosok baju! Malaslah nak jalan kaki pergi sekolah! Malaslah nak daki tangga dua tingkat! Malaslah nak pergi main violin! Malaslah nak dengar cikgu membebel! 


Dahlahh nanti nak dapat result exam. Mesti tension kot. Okay I'm outta hereeeeee!

18 March 2011

Cakap tak serupa bikin.

Haritu aku kata aku nak study cuti nii sebab exam suck gila. Semangat betul aku sebelum cuti nak study physics, addmaths, bio, chemist. Tapiiii hampeh. 


Satu buku pon aku tak bukak. Tadi je baru bukak buku bio. Tu pon sebab nak buat PEKA. Apa niiiii? Cakap tak serupa bikin doee.


Aku memang nak study pon tapi masa tak mengizinkan. Cehh. Hiihihi ye lah. Cuti pon aku kena bangun awal. Setiap hari ade jea hal nak buat. Jadi tak ada masa nak study. 


Okay okay malam ni aku siapkan PEKA sambil tengok Raja Lawak. Yeahhhh ♥ 

16 March 2011

Kita hanya mampu merancang tapi Allah yang tentukan.

Bangun dari tidur, dapat news. Someone meninggal dekat Melaka. Yang ada kaitan jugak dengan my parents. But I don't know siapa orang yang dimaksudkan memandangkan I'm not too close with him.


Tadah tangan. Baca Al-Fatihah. Moga roh nya ditempatkan di kalangan orang yang beriman. 

13 March 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah.


Semuanya dah settle antara kau dengan aku. Aku happy, kau tahu? Thanks sebab sudi maafkan aku. Aku sayang kau, kawan.

12 March 2011

Lindungilah kami, Ya Allah.

A massive 8.9 magnitude earthquake hit the Pacific Ocean nearby Northeastern Japan at around 2:46pm on March 11 (JST) causing damage with blackouts, fire and tsunami.


The large earthquake triggered a tsunami warning for countries all around the Pacific ocean




Ya Allah, kau lindungilah kami dari bencana gempa bumi dan tsunami seperti mana yang Kau turunkan di Jepun. Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Lindungilah kami, Ya Allah.


 Sesungguhnya hanya kepada Engkaulah tempat kami berlindung dan hanya kepada Engkaulah kami menyembah. Engkaulah Tuhan kami yang satu dan tiada duanya. 


Amin Ya Rabbil Alamin.



11 March 2011

Aku rindu setengah mati :(


Waktu exam English Paper two, masa banyak lebih. Jadi aku guna masa tu untuk berangan. Aku berfikir dengan banyak. Aku fikirkan tentang kau, kau  & kau hingga aku tak ada masa untuk tidur macam budak-budak kelas aku yang lain buat. 


_________________________________

Aku rindu masa lalu aku. Betul, aku rindu. Aku rindu budak lelaki class 3B tahun 2010. Sekarang yang satu kelas dengan aku cuma Haree & Shivan. Korang semua mana? Syed dah pindah Teknik. Fatih & Kucai pindah SBP. Hafiz pindah sekolah askar. Aima pindah MRSM. Jadi siapa lagi yang ada? Betul, aku rindu korang. 

Walaupun dulu aku selalu merungut sebab korang memekak dalam class. Terutama Fatih. Tapi aku rindu kebisingan korang. Syed, aku rindu doe nak chit chat dengan kau. Aku rindu semua. Betul.

But this is what life is. Bila dah masuk form four, memang akan jadi macamni. Cuma aku je yang rindu korang. Tapi korang? Korang dah bahagia dengan kawan-kawan baru sampai lupa kawan korang dekat sini. Tak apa, aku faham. Aku faham sebab aku bukanlah kawan terbaik. Aku faham. 

__________________________


Aku minta maaf. Aku terpaksa buat kau macamtu. Kau tahu tak? Aku tiba-tiba teringatkan kau dan aku rasa macam bersalah gila. Aku tahu aku salah. Aku tahu aku jahat. Tapi, aku terpaksa. Aku tak nak buat benda tu jadi lebih complicated. 


Aku tahu aku tak bagi kau peluang langsung. Even kau call aku pon, aku tak pernah jawab. Aku takut kalau aku jawab, aku jadi tak sampai hati. Aku takut aku ubah fikiran. Aku tak nak teruskan lagi. Sebab aku tak nak terus menipu kau. Aku tak nak.


Memang pada dulu sepatutnya aku buat endah tak endah je dekat kau kan? Tapi entah, aku tak terfikir kau akan rasa macamtu dekat aku. Sebab siapalah aku untuk kau rasa macamtu dekat aku kan. Sampai sekarang pon aku masih tak percaya kau ada rasa macamtu dekat aku.


Aku minta maaf. Aku harap kau maafkan aku. Aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. 


_________________________________________________

Aku dah buat keputusan. Aku akan berhenti sayangkan kau. Aku akan berhenti dari terus merindui kau. Dan aku akan berhenti dari pandang kau. Cukuplah sampai dekat sini. Aku tak nak simpan perasaan ni lagi. Aku nak buang perasaan ni jauh-jauh.

Dan tolong gunting rambut kau tu. Jangan buat rambut macamtu lagi. Okay? Dan tolong makan banyak sikit. Jaga diri, jangan merokok.

________________________________________________

Kadang-kadang aku tanya dekat diri aku, sampai bila nak terus jadi macamni? Sampai bila aku dengan kau akan jadi macamni? Entahlah. Aku dengar ceramah haritu. Ustaz tu kata.

"Allah melaknat orang yang memutuskan hubungan persaudaraan"

Kita saudara kan? Kita saudara sesama Islam. Kalau boleh, aku nak kita baik macam dulu. Sebab aku rindu kau. Aku rindu sangat waktu dulu-dulu. Aku rindu tapi siapalah aku kan? Siapalah aku untuk merindu?

Aku minta maaf kalau kau masih marahkan aku. Aku mintak kau jangan benci aku. Aku minta maaf. Aku sayangkan kau.

___________________________________________

Aku penat sebenarnya. Kalaulah boleh, nak aku padam semua ingatan aku . Lupakan semua apa yang pernah terjadi. Tapi aku tak boleh. Walau apa pun, aku kena live my life. So here is it. Aku penat. Tapi aku akan teruskan hidup ni. Teruskan. Yeah

That's suck.



Exam dah habis. Okay, it's suck! Aku tak tahu nak cakap apa lagi. But yang aku tau, memang suck.

Bahasa Melayu : Terkejut aku tengok paper two. 

Maths : Dua soalan aku tak jawab. Yang lain semua okaylah.

English : Err, not bad lah, aku rasa.

Sejarah : Hiihihi, essay awesome! Sebab dapat soalan bocor dari 4 A2.

EST : Oh My God. Objektif punya soalan gila susah.

Biology : Grr, susah gila. Gila pun tak susah macamni.

Chemistry : Boleh lahh.

Add Math : WTF! Macam hell yeah.

Agama : Okay great. Cuma nama Khalifah tu aku salah letak satu. Aku pergi letak Abi Talib. It suppose Ali Bin Abi Talib. Hiihihi. 

Physics : Tak sesusah yang dibayangkan. Boleh jawab lagi lah.

Aku rasa down gila nie. Tak tahulah. Cikgu nak warning kalau markah teruk, cikgu nak tukarkan kelas kitorang. Dan cikgu nak masukkan budak 4B yang pandai dalam Chemist untuk belajar subject Bio dengan kitorang ni. Tak suka doe.

05 March 2011

Intra one coming soon. Haih :[

Aku tak sedia lagi nak exam. Aku masih tak dapat biasakan diri dengan subjek form four nih. Aku masih tak boleh nak ingat fact-fact untuk buat essay bio. Aku masih lemah dalam equation chemistry. Dan aku masih tak biasa buat essay sejarah.


Doakan aku dapat 10 A+ untuk Intra one. Dan doakan aku dapat jadi benchmark untuk mana-mana subject. Doakan aku, ye semua. Aku sayang korang.


P/S : Aku tak post entry baru hingga Intra one selesai.



04 March 2011

Err cikgu, saya ada banyak cita-cita lah.

Aku ada banyak cita-cita. Kalau kau nak tahu. Ni senarai cita-cita aku dari dulu hinggalah sekarang.






Waktu aku kecik-kecik aku nak jadi doctor. Pernah aku berangan dengan kawan aku nak bukak clinic sama-sama, kononnya. Hiihihi. Tu angan-angan waktu aku sekolah rendah lah. Biasalah jawapan standard kan waktu kecik-kecik dulu. Semua cita-cita nak da'bomb je kan. Tapi bila aku melangkah ke form one, baru aku realize something yang buat aku tak boleh jadi doctor. Apa benda tu? Biarlah hanya aku & orang tertentu jea yang tahu. Tapi apa pun, doctor memang cancel lah.





Lepastu waktu aku kecik-kecik jugak, aku nak jadi cikgu. Biasalah, waktu sekolah rendah dulu aku tengok jadi cikgu macam best jea. Lepastu mula lah berangan kalau aku jadi cikgu aku nak buat kelas aku lain dari yang lain. Aku nak rehat satu jam. Macamlah ada kuasa sangat kan. Tapi bila aku tengok cikgu-cikgu dekat sekolah menengah yang memang stress jee, terus aku lupakan hasrat aku. Hiihihi. Maunya dapat anak murid yang nakal tahap gaban, memang penat lah kan. So cancel.


Lepas dah cancel dua tu, aku mula lah cari cita-cita baru. Aku nak bukak taska plus tadika. Hiihihi. Comel kan cita-cita aku tuu? Kenapa aku bercita-cita nak bukak taska plus tadika? Sebab aku suka budak-budak. Comel. Tapi bila aku fikirr, budak-budak zaman sekarang ni hyperactive nya lima puluh kali ganda. Terus cancel. Penat lah. Kalau sorang dua boleh tahan lah, tapi kalau berpuluh-puluh? Tak ke pengsan aku? Lagipun zaman sekarang orang cerewat. Nanti kalau luka sikit anak dia, mula lah saman-menyaman. Kalau tak nak anak tu luka sikit pun, jaga lah sendiri kan anak tu. Banyak cekadak pulak. Hiihihi. Apa pun, bukak taska plus tadika cancel.


Pastu, aku nak jadi engineer. Nak jadi macam ayah aku. Dapat travel merata-rata tempat. Aku suke. Tapi ayah cakap jangan jadi macam ayah sebab stress. Hiihihi tapi aku nak jugak. Sebab best. Tapi entahlah sekarang aku still nak jadi ke tidak. Rasa macam nak tapi in the same time rasa macam tak nak. lima puluh lima puluh. So tak tahu.


In the same time, aku nak bukak business sendiri. Tak kisahlah business apa pun. Janji business. Hiihihi. Maybe a boutique? Or salon. Or cafe? Ataupun florist. Err, apa-apa je lah. Tapi memang superb lah kalau impian ni tercapai. Memang I likeeee lah. Ini cita-cita akuuu hingga sekarang okay.


Dan aku nak jadi lawyer. Lawyer yang berjaya! Aku nak tolong orang yang tak bersalah yang dimasukkan ke dalam lokap. Kesian diorang kannn. Tak bersalah tetapi disalahkan. Dan kalau ada rezeki lebih, aku nak bukak Mira & Co. Hiihihi mantap habis wey. Ni pun cita-cita aku sekarang.


Ada lagi dua sebenarnya tapi err. malulah aku nak cakap. Biarlah aku simpan jeee lagi dua tuu. Nanti kalau dah besar aku dapat capai cita-cita aku yang aku tak bagitahu dekat sini, aku bagitahu ye. Hiihihi. Apa pun doakan aku okayyyy. Okaylah Challos.



Adanya kau di hidup aku.

Tadi aku nampak kau. Setelah tiga hari aku tak nampak kau, finally todak aku nampak jugak kau. And yeah, I feel so great. Hiihihi. 


Ada kau dalam hidup aku buat aku lebih bersemangat untuk pergi sekolah, kau tahu? Tapi maaflah, depan kau aku terpaksa buat buat cool. Tapi dalam hati, hanya Allah yang tahu. 


And buatlah rambut macam tuuuuu selalu depan aku. Aku sukee ♥


Aku dah macam stalker pulak kan. Sorry aku bukan stalker. Aku bukan fanatic. Aku cuma minat dekat kau. Dan benda ni cuma aku sorang je yang tahu. Sebab aku tak nak orang lain tahu dan bila nampak kau diorang sengih-sengih. Aku tak suka macamtu. 


Apa pun. Aku sayangkan kau ♥