Makan tak kenyang-kenyang. Tidur tak puas-puas. Belajar tak faham-faham. Online tak penat-penat. Weh apa dah jadi dengan diri aku? Serious, can anyone tell me what happened to me? Can youuu?!
Huh.
Aku tak faham dengan diri aku. Kata nak berubah sangat. Kata nak mulakan cara hidup baru. Kata nak lupakan semua yang lama. Tapi apa yang berlaku sekarang?
Ya. Iman aku tak kuat. Ku akui itu.
K aku rasa down sangat bila result Intra one aku teruk. Teruk gilaaaa. Teruk sampai you kennot imagine it. Yang meningkat, ya meningkat. Yang menurun, menurun ya amat.
Tapi kita kena belajar dari kegagalan. Gagal sekali tak bermakna gagal selamanya bukan? Dan aku masih ada waktu. Aku ada lebih kurang tujuh bulan sebelum menghadapi exam besar iaitu SPM. Masih sempat kan?
Mira, you have to work hard. Budak batch 94 dah buktikan kebolehan diorang. 10 orang straight A's dah buktikan sekolah kitorang banyak peningkatan. Dua kali ganda dari batch 93. Dan aku harap batch 95 iaitu batch aku, kitorang dapat tingkatkan amount tu dan bukan kurangkan.
Dan kalau boleh memang aku nak tergolong dalam one of the straight A's student. Tapi aku kena sedar kemampuan aku. This is SPM bukan PMR. Jadi aku tak terlalu mengharap untuk dapat semua A. Aku cuma target 6 A. Ya 6 A sudah cukup membuatkan hati aku gumbira ra ra. Tapi kalau ada rezeki, sudah semestinya aku mahukan 10 A.
Untuk mencapai cita-cita aku ni, seriously I need to change. Aku kena berubah. Kawan-kawan, tolong aku untuk berubah. Tolong aku untuk capai cita-cita aku. Pleashhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh
Ya Allah, tolonglah hamba-Mu ini untuk mencapai cita-citanya. Yang baik datang dari-Mu dan yang buruk datang dari aku, hamba-Mu yang kerdil ini.
Assalamualaikum.
P/S : Account facebook aku dah deactive sebab aku tak nak buang masa dekat situ. Kalau ada apa-apa hal, contact melalui phone ataupun twitter. Harap maklum.
Dan oh tahniah dekat abang aku. I'm proud of you. Seriously! Hope lepasni kau terus maju dalam hidup kau.