23 June 2012

Life as a Teenager


Aku remaja. Kau remaja. Semua budak sekolah aku pun remaja. Abang aku remaja. Adik aku remaja. 

Dan biasalah, remaja memang suka memberontak. Suka sangat. Suka buat benda yang orang tak kasi buat. Suka giler. Suka mencuba sesuatu yang baru. Berani mati. Itulah remaja. Itulah yang selalunya orang describe pasal remaja.

Dan sebagai remaja, memang tak pernah nak berfikir panjang. Kita cuma buat apa yang terlintas dekat fikiran kita tanpa berfikir apa-apa risiko. But, it's not good. Sebab takut nanti bila zaman remaja kau dah habis, kau akan menghadapi risiko yang pada zaman remaja langsung kau tak fikirkan tu. 

You should think before act. Quote yang mengatakan you should follow your heart not your mind is absolutely crap. No! You should follow your mind. Sebab kalau kita ikut hati, kita lebih akan ikut kepada dorongan nafsu. Hasutan syaitan. Sebab nafsu tak waras. Jadi we have to follow our mind. Sebab akal berfikiran waras. 

Sekarang ni banyak benar kes lari ikut boyfriend/teman facebook. Tu semua sebab ikut hati lah tu. Okay apa kau dapat kalau kau tinggalkan family kau yang jaga kau since birth untuk pergi kepada seorang lelaki yang kau baru kau kenal tu? Cinta? Come'on girls! Kalau dia betul cintakan kau, dia takkan suruh kau lari dari family kau. Dia takkan sentuh kau pun. Sebab kalau betul dia cintakan kau, dia akan jaga kau, dia akan protect kau, dia akan memiliki kau dengan cara halal. Take that notes girl. Be smart.

Remaja memang tak lari dari fesyen. Suka bena berfesyen. Yang pakai tudung, tudung mesti berbelit-belit. Fesyen Hana Tajima lah, Ombak rindu lah. Sekarang ni tengah top fesyen tudung bawal yang bawah ada bulu-bulu tu kan? Aku pun ada. Tapi seriously aku rasa tudung tu leceh sebab nak bentukkan dia punyalah susah. Setakat ni, aku pernah pakai sekali je. Kah Kah Kah.

Yang tak pakai tudung pulak, sibuk nak potong rombut fesyen artis kegemaran diorang. Lelaki pun tak ketinggalan. Fesyen rambut mohawk lah. Punk lah. Apa lah. Macamtu juga dress-up. Kiranya fesyen dengan remaja ni tak boleh dipisahkan lagi. Including me. Tapi sebab sekarang ni aku pemalas, jadi aku tak berapa dress-up sangat. Aku lagi suka yang simple. Simple is nice, actually.

Sebagai remaja, kita memang suka sesuatu yang comel. Like me, I love something cute. Suka sangat. And that's why I bought all of this. Tapi pemadam Italy tu dah hilang dah. Belum sempat guna dah hilang. Betapa cuainya aku. Sigh.


Life as a Teen actually fun. Sangat seronok. Cuma that depends on us. Cuma satu je nasihat aku. Jangan pernah buat sesuatu yang akan merosakkan masa depan anda. Nanti kau juga yang akan menyesal. Dan bila saat tu tiba, I bet semua orang akan lari dari kau. That is how world is. Manusia memang macamtu.


Oh by the way, result Mid year dah keluar. And I am so happy. Alhamdulillah, result aku banyak yang meningkat kecuali AddMaths. I need to improve my Addmaths a lot. Doakan aku k.

Orait bloggers, babai.





12 June 2012

Aku harus sedar

Hai. Nama aku Supermiera. Aku pernah bercita-cita untuk menjadi superhero macam powerpuffgirls waktu aku kecik-kecik dulu. Aku pon pernah bercita-cita untuk menjadi seorang yang dikenali ramai dengan kejayaan yang dapat dibanggakan. Ya, cita-cita itu masih ada di hati aku. Masih dan akan kekal di hati aku.


Aku dah sekolah selama 13 tahun masuk tahun ni. Dua periksa besar aku dah lalui dengan keputusan yang boleh dibanggakan. Tapi semua tu masih belum cukup. Aku kena dapat keputusan yang cemerlang dalam spm. Periksa besar. Aku kena tamatkan zaman persekolahan dengan cemerlang. Bukan kena lagi tapi harus.


Apa guna sekolah penat-penat 13 tahun kalau penamatnya hampeh? Kalau spm teruk, semua fail. Apa guna? Repeat balik paper? Sekarang ni bukan zaman dulu lagi. Zaman sekarang ni siapa cepat dia dapat. Dalam masa nak tunggu kau lulus spm tu, kwn-kwn yang sepermainan dgn kau tu semua dah jauh ke hadapan.


Kau sanggup orang lain cerca kau macamni, 'Oh dia tu dulu bukan main horeey horeey dalam kelas, memonteng kelas nombor satu, bergaduh setiap hari, kiranya dialah paling taiko dulu. Tapi itu semua dulu. Sekarang ni apa dah jadi? Kerja tak ada siapa nak terima. Hidup mak bapak yang tanggung. Entah siapalah yang malang dapat dia nanti kan?'


Sanggup kau dimalukan sebegitu rupa? Sanggupkah? Sanggup kau dicop sebagai 'makan duit mak bapak'? Sanggup kau dilabel sebagai 'orang malang'? Sanggup tak?


Kalau aku, aku tak sanggup. Betul-betul tak sanggup. Jadi, aku akan cuba kuatkan semangat aku.


I need to study hard. I need to cut out my entertainment time. No more games on schooldays! No more computer on schooldays! No more twitter on schooldays! No more! No more!


I need. I should. I will.


Trial aku 13.8. Lagi dua bulan. Betul-betul 2 bulan lagi. Spm 5.11. Ahh cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku bergelar pelajar form five, tup tap sekarang ni dah pertengahan tahun. Jangan salahkan masa tapi salahkan diri sendiri. Diri sendiri yang leka, lagi mahu disalahkan masa. Masa tak pernah tunggu kita, kita yg kena kejar masa. So here I am, trying to kejar masa.


Doakan aku supaya semangat aku ni bukan semangat taik ayam. Doakan aku semangat aku ni kekal sampai saat terakhir kertas terakhir aku dikutip. Doakan aku agar aku dapat mengejar masa yang sudah lama aku siakan. Doakan aku agar kuat semangat. Doakan aku agar mampu menolak semua dugaan yang mendatang. Doakan aku agar bila aku dapat keputusan spm nanti, aku boleh tersenyum gembira sambil memeluk kedua ibu bapaku dengan hati yang gembira. Doakan yang terbaik untuk aku.


Terima kasih Ya Allah kerana membuka hati aku sebelum terlambat. Memberi peluang aku untuk berubah sebelum semuanya sudah tidak ada mana lagi. Yang paling penting, terima kasih kerana memberi aku peluang untuk hidup di muka bumi ini, masih mampu bernafas dan masih mampu untuk bergerak seperti manusia yang lain. Terima kasih..


Terima kasih juga buat semua yang masih sudi membaca blog aku ini walaupun semakin hari aku semakin malas untuk update. Tak, ini bukan entry terakhir aku. Aku akan update lagi. Tapi mungkin jarang. Maafkan aku. Tapi aku kena dahulukan SPM dari ini. Tapi, apapun teruskan support aku.


Kepada semua pelajar form five, berubahlah sementara masih ada. Bulan 11 bukanlah lama lagi. Tolak masa cuti, tolak waktu tidur, waktu makan, waktu main. Kita cuma tinggal berapa bulan je. Kita kena berubah. 5 bulan je lagi. 5 bulan yang menjadi penentu masa depan kita....


Published with Blogger-droid v2.0.4

05 June 2012

6 days trip.

Hey. Miss me huh? What no? Eleh, nak cover? Tak payah cover lah. Rindu cakap rindu. Ego jangan nak melangit sangat. Nanti diri yang merana. Oh, apa aku merepek ni?

Intro yang sangat sangat memualkan. Habis followers aku semua muntah muntah. Tak apalah. Followers aku pun bukannya ramai sangat. Tak sampai 300 pun lagi :( Why bloggers why? *meraung sambil hentak kepala dekat meja*

K aku memang dah merepek sangat ni. Someone stop me please. Huh macam ada orang nak tolong kan....

Oh balik pada topik. Haritu aku pergi balik Pahang. Rancangan utama nak pergi Terengganu. Nak drop nenek aku dekat Pahang lepastu jejalan dekat Ganu. But biasalah, plan last minute. Mana ada hotel kosong. Why hotel why? Sedih siut. Kalau tidak, aku dapat makan kopok lekor sambil minum kopi. Syiok woi. Eh dekat Pahang pun ada lah!

Tukar plan B.

Pergi Pahang! Bercuti di Pahang or should I say balik kampung? Sebab.... Aku banyak pergi rumah orang je. Haha standard ah tu bila balik kampung. K nevermind. Eh tahu dak? Satu aku salute dekat sini. KFC depaaaa tak ramai orang macam kat Somban ni. Aku lalu depan KFC 24 hours tu, tak ada orang pun dalam dia. Whoosyh.. That's great. Cuma Mc'D diorang ramai. Mungkin orang Kuantan tak makan ayam, diorang makan burger. Mungkin. 

Okay. Sampai selasa tengah malam dekat rumah Mak Ngah. Aku lepas melantak semangkuk nasi goreng dalam  kereta, terus tertidur. Haha. Teghuk naaa peghangai. Sampai sana terus masuk tidur. ZzzZzzZzzZzz

Hari kedua, pergi jalan Balok. Makan kopok lekor wuuu.. Sedap hoi. Pastu Pergi rumah sana, pergi rumah sini sampai tengah malam. Lepastu kawan ayah belanja makan malam. Pukul 9.30 malam! BERTAMBAH GEMOK AH CENGGINI. Makan nasi pulak tu. Tapi sebab waktu tu memang tak makan apa-apa jadi makan je lah. Sedap memang sedap tapi biasalah, aku ni tak pandai makan sangat kalau orang ramai. Maksud aku, aku agak malu ah nak ambik lauk yang jauh dari aku. Malu kata KO. Haha. Bukan control cun.  Bukan on diet. Tapi memang perangai aku cenggitu. Pada dulu kot. Kecuali kalau aku dengan orng yang aku rapat sangat such as family. Baru aku Okay. 

Hari ketiga, pergi jalan dekat Teluk Cempedak. Teluk Cempedak right? Haha. Jejalan dekat sana. Banyak beghuk kecik kecik tu. Menakutkan. Jalan-jalan. Feeling ombak rindu jap. K ada gambar. Jap tengok.


Gambar aku tak banyak sebab aku yang pegang camera. Jadi gambar aku kena ambik sendiri. Boring right?

Adik aku buat muka comel. Meluat sangat K.

Lepastu makan Burger King. Adik aku ah. Aku waktu tu dah konyang dah sebab dekat rumah mak ngah dah sarapan mi goreng. Adik aku bangun lambat jadi dia tak sompat sarapan. Dia merengek lapar. Jadi makan ah dekat burger King. Caye dak? Burger King dia tak ramai orang langsung! Like seriously... Kenapa aku rasa macam Burger King murah ek? Sebab one family makan tak sampai RM 50 pun. Kalau Mc'D selalunya dah enam puluh tujuh puluh hengget. Kenapa heh? Mungkin sebab Burger King ada set kot. Kitorang order yang family set punya. Yang memang lengkap ah untuk kitorang. Siap dengan pie, fries nugget segala bagai. Kenyang nak mampus. Tapi sos dia seriously aku cakap langsung tak sedap.

Lepastu orang call kata nak bagi ikan. Oh kawan ayah aku banyak yang kerja nelayan. Jadi one of them nak bagi ikan lah. Dapat ikan. Ingatkan nak bawak balik. Sekali dia suruh mak cik yang bukak kedai tepi pasar tu goreng tepung ikan tu. Aku like blank. Sebabnya perut aku dah full gila. Tapi aku makan jugak sekor. Haha. Sekor kata kau. Dia bagi sampai 10 hekor. Haha. Banyak sangat. Then balik dan malam keluar pergi rumah mak long. Balik lambat sebab ayah aku sempat lak pergi kenduri rumah kawan dia. Choii. Haha.

Hari keempat, tak pergi memana. Semua orang penat. Adik aku sampai demam panas. Haha lembik. Dapat ah nengok Running Man and super spontan. Oh Zizan menang! Yeayyyy! Perasan dak Zizan sangat-sangat sayang kat Johan? Sampai dia menang, dia sebut first sekali Zizan. Like Wow! That kind of friendship is what I want. Anyone? Oh dan that day birthday Beela. Beela Beelon happy birthday!

Hari kelima, buat bbq! Yeay! This is what I'm waiting for. Ayah tempah satu bilik dekat De Rhu Hotel. Dan kitorang buat bbq kat luar tu. Okay sangat sangat seronok. Makan ayam sampai perut buncit. Aku makan banyak woi.

Nyum Nyum.

Haha ni je gambar aku sorang yang orang lain capture!
Then dah feeling semua. Dah solat Asar which is aku tak payah sebab aku dah solat Jamak! He-He. Kitorang mandi pantai! Yeay! Pantai Balok je. Tempat kitorang tu kosong. Tak ada yang mandi. Jadi we run the world! Yeah. Haha.


Kenapa dia senyum macamtuuuuuuuu> Gua nak muntah. Adik aku curik gelang aku

Abang aku curik gelang aku. Kwajo. Abang adik sama je.
Oh lepastu dah bosan main wave, pergi beralih dekat kolam mandi pulak. Mandi sana woo. Great. Adik aku poyo sebab dia reti berenang. Tak sedar diri tengah demam tu. Haha. Habis mandi dalam kul 7 naik masuk bilik semua rebut bilik air. And of course aku dapat dulu. Haha. 

Hari ke-enam, time to go back! Bangun dari tidur, kepala aku pulak yang sakit. Tapi aku pergi sarapan buffet dengan abang aku. Kan dapat percuma untuk 2 orng tu. Aku pergi dengan abang aku. Makan. Makanan dia tak banyak pilihan. Jadi aku makan Kuay Te Aw , Hot Dog, Wedges, Roti telur, Samosa dengan air teh. Nak makan cornflakes tapi aku tengok abang aku tak makan banyak, aku jadi malu. Haha! 

Balik rumah sampai lewat gila. Lepas breakfast tu aku langsung tak makan apa-apa. PMS lah woi. Entah apa pe'el aku sekarang ni. Bila period je tak selera makan sakit kepala. Haih. Sampai rumah terus tidur sebab kepala aku dah macam nak pecah. 

And now here I am! Di rumah! Home sweet home! Dah dua hari aku kat rumah ni. Best woi. At least, half of the holidays, I spend it in a right way. Pergi holiday kan. Minggu ni aku duk rumah je. Nak rehat kat rumah. Study sikit. (ye lahtu). Hehe. 

Okay panjang dah tulis. K babai semuaaaa. Take care! Oh prasan tak gambar tak banyak? Aku in no mood untuk ambil gambar atau tangkap gambar sendiri. No mood k. Haha. Okay babai.