12 June 2012

Aku harus sedar

Hai. Nama aku Supermiera. Aku pernah bercita-cita untuk menjadi superhero macam powerpuffgirls waktu aku kecik-kecik dulu. Aku pon pernah bercita-cita untuk menjadi seorang yang dikenali ramai dengan kejayaan yang dapat dibanggakan. Ya, cita-cita itu masih ada di hati aku. Masih dan akan kekal di hati aku.


Aku dah sekolah selama 13 tahun masuk tahun ni. Dua periksa besar aku dah lalui dengan keputusan yang boleh dibanggakan. Tapi semua tu masih belum cukup. Aku kena dapat keputusan yang cemerlang dalam spm. Periksa besar. Aku kena tamatkan zaman persekolahan dengan cemerlang. Bukan kena lagi tapi harus.


Apa guna sekolah penat-penat 13 tahun kalau penamatnya hampeh? Kalau spm teruk, semua fail. Apa guna? Repeat balik paper? Sekarang ni bukan zaman dulu lagi. Zaman sekarang ni siapa cepat dia dapat. Dalam masa nak tunggu kau lulus spm tu, kwn-kwn yang sepermainan dgn kau tu semua dah jauh ke hadapan.


Kau sanggup orang lain cerca kau macamni, 'Oh dia tu dulu bukan main horeey horeey dalam kelas, memonteng kelas nombor satu, bergaduh setiap hari, kiranya dialah paling taiko dulu. Tapi itu semua dulu. Sekarang ni apa dah jadi? Kerja tak ada siapa nak terima. Hidup mak bapak yang tanggung. Entah siapalah yang malang dapat dia nanti kan?'


Sanggup kau dimalukan sebegitu rupa? Sanggupkah? Sanggup kau dicop sebagai 'makan duit mak bapak'? Sanggup kau dilabel sebagai 'orang malang'? Sanggup tak?


Kalau aku, aku tak sanggup. Betul-betul tak sanggup. Jadi, aku akan cuba kuatkan semangat aku.


I need to study hard. I need to cut out my entertainment time. No more games on schooldays! No more computer on schooldays! No more twitter on schooldays! No more! No more!


I need. I should. I will.


Trial aku 13.8. Lagi dua bulan. Betul-betul 2 bulan lagi. Spm 5.11. Ahh cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam aku bergelar pelajar form five, tup tap sekarang ni dah pertengahan tahun. Jangan salahkan masa tapi salahkan diri sendiri. Diri sendiri yang leka, lagi mahu disalahkan masa. Masa tak pernah tunggu kita, kita yg kena kejar masa. So here I am, trying to kejar masa.


Doakan aku supaya semangat aku ni bukan semangat taik ayam. Doakan aku semangat aku ni kekal sampai saat terakhir kertas terakhir aku dikutip. Doakan aku agar aku dapat mengejar masa yang sudah lama aku siakan. Doakan aku agar kuat semangat. Doakan aku agar mampu menolak semua dugaan yang mendatang. Doakan aku agar bila aku dapat keputusan spm nanti, aku boleh tersenyum gembira sambil memeluk kedua ibu bapaku dengan hati yang gembira. Doakan yang terbaik untuk aku.


Terima kasih Ya Allah kerana membuka hati aku sebelum terlambat. Memberi peluang aku untuk berubah sebelum semuanya sudah tidak ada mana lagi. Yang paling penting, terima kasih kerana memberi aku peluang untuk hidup di muka bumi ini, masih mampu bernafas dan masih mampu untuk bergerak seperti manusia yang lain. Terima kasih..


Terima kasih juga buat semua yang masih sudi membaca blog aku ini walaupun semakin hari aku semakin malas untuk update. Tak, ini bukan entry terakhir aku. Aku akan update lagi. Tapi mungkin jarang. Maafkan aku. Tapi aku kena dahulukan SPM dari ini. Tapi, apapun teruskan support aku.


Kepada semua pelajar form five, berubahlah sementara masih ada. Bulan 11 bukanlah lama lagi. Tolak masa cuti, tolak waktu tidur, waktu makan, waktu main. Kita cuma tinggal berapa bulan je. Kita kena berubah. 5 bulan je lagi. 5 bulan yang menjadi penentu masa depan kita....


Published with Blogger-droid v2.0.4

No comments: