17 July 2012

Everything in one post

Assalamualaikum. Hai. Hello. 

Dah lama rasanya tak post entry pasal daily life aku kan? Lama ke? Lama kot. Asyik-asyik post pasal benda umum. Pasal hal-hal semasa. Pasal hal-hal merepek. Pasal luahan hati. Pasal SPM. Eh cukup. 

Harini mood aku memang nak update belog. Sejak dapat gambar Arobik hari Selasa minggu lepas, tetibe semangat aku nak update naik. Hehe. Tu lah. Aku ni rajin sebenarnya update belog cuma gambar tu je yang tak ado. Sebab macam tak best ah update takde gambar. Kan?

Sejak dua menjak ni aku agak busy ah. Haritu busy dengan hari Sukan.*tipu. Haha. Aku tak masuk apa-apa acara pun. Aku malas. Aku mana ada aktif dalam sukan. Pada dulu lagi. Imma a lazy bum bum. 

Oh pasal Aerobik hari Selasa haritu, aku ada banyak sangat gambarrr. Let me share. Tatap wajah kitorang ni. Wajah-wajah budak nak SPM! Wajah-wajah senior korang wahai adik-adik sekalian. Poyo? Yup it's me. No doubt.



Semua pakai baju sepesen. Baju ni kitorang dapat free. Haha ada parents yang kerja Petronas derma baju ni and bola. Bola pun dapat free weyh. Tapi bola aku, awal-awal dah kena rembat dengan adik aku. Nasib ah kan. 


Motif gambar ni? Sebenarnya kitorang nak tunjuk huruf. Nadiah (yang paling hujung pakai spek) tunjuk P. Izzani (yang tengah) tunjuk I. Aku (yang mata sepet) tunjuk C. Gabungkan jadi P.I.C. Apa maksud P.I.C? Nak tahu? Maksud dia PENDEK ITU COMEL. HAHA. Izzani yang reka. Sebab kitorang semua sama level ketinggian dia. Haha.


Me with Wawa. Ambik gambar ni sebab nak suruh dia print out letak dalam frame. Hahahaha. Dasar budak comel, Mira.


Aku dah boleh join budak sekolah rendah dah. Tinggi dah sama dah. Lagi beratur dekat budak sekolah rendah punya line. Haha. Kalau beratur dekat sekolah Menengah punya line, tak nampak instructor tu. Eh cuba nengok Fadzleen. Kwajo buat peace dekat kepala aku. Tak apa Leen. Ada ubi ada batas, ada hari aku balas! Muahahahaha*evil laugh*




Ni semua bajet macam candid ah kononnya. Padahal dah plan nak ambik gambar cenggini. Izzani yang paling tak tahan pose dia. Bajet ayu. Hahahaha. Padahal tak delah ayu mana. Ganas dia kau jangan cakap. Orang yang kenal dia betul-betul mesti faham maksud aku. Hahaha,.


Like this! Tangga. Hehe. Za sesat pakai baju lain kaler. Nadiah buat muka ayu doh. Cair Argon tengok. Muahahahahaha jangan marah Nadiot..

Jangan tertipu dengan gambar. Budak laki yang pakai hoodies macam nak merompak rumah orang tu bukannya peluk aku. Dia cuma letak tangan atas beg aku. Harap maklum. Oh dan aku tak boleh tahan gelak tengok muka Za. Hahahahaha. Ini mesti kes tak sempat senyum orang dah capture gambar. Tak boleh blah weyh!


Gambar ni pun sama. Jangan tertipu kayh. Oh cuba nengok lelaki yang pakai kain putih atas kepala dia tu. Yang sebelah Za(pakai baju biru) tu. Pose tak hengat dunia weyh! Kalah mak nyah. Hahahaha.

Dan disebabkan hari tu, muka aku dahpun berbelang. BERBELANG WOI. Eh waktu tu bukannya panas sangat. Ke sebab PBSM haritu heh? Entahlah aku pun tak tahu sebab aku baru sedar muka aku berbelang semalam. Tu pun sebab diorang kecoh cakap muka diorang berbelang. Aku check, nengok-nengok muka aku pun berbelang. Haha. Takpe ah, baru rock sikit. Nanti lelama dia okay balik lah tu kan. KAN?


Oh lately ni aku tak tahu kenapa aku makan banyak sangat. Selera makan aku tinggi betul. Berat badan pun dah naik. Camne ni doh? Puasa ni aku kena struggle gila oh. Okay Mira? Struggle for your own good.


Dan satu berita gembira! Trial dilanjutkan. Jadi trial 3/9. Maksudnya aku ada masa lagi untuk setadi. Yeay yeay yeay! Dan raya nanti takdelah pressure sangat. Kan? Gua tak suka ah raya pressure-pressure sebab bagi gua, raya tu setahun sekali. Jadi haruslah kita enjoy. Dahlah raya nanti kezen aku nak bertunang. Wuuuuuu dengar dia nak bertunang, terasa macam aku dah semakin besar. Haha. 


Puasa hari Sabtu ni and aku tak sabar. Aku tak sabar nak bangun sahur. Aku tak sabar nak makan cornflakes dengan susu waktu sahur. Aku tak sabar nak makan magie waktu sahur. Aku tak sabar nak pergi bazar Ramadhan cari kuih sedap. Aku tak sabar nak solat terawih which aku langsung tak pernah pergi since umur aku 6 tahun. Aku tak sabar nak buka puasa dengan family aku. Aku tak sabar nak jealouskan abang aku sbb tak dapat buka puasa dgn kitorang. Aku tak sabar nak buka puasa dekat sekolah makan nasi beriyani macam tahun lepas. Aku tak sabar. Aku tak sabar.



Okay ah aku dah banyak type ni. Tujuan sebenar aku bukak pc ni sebenarnya nak buat folio addmaths. Tapi lain pulak aku buat. Haih folio addmaths kena hantar Jumaat ni. Dan aku baru siap sampai Task 2. Tak boleh doh. Aku kena print out dulu. Rumah aku dahlah takde printer ni. Kena mintak ayah aku tolong printkan dekat office. Haih. Jangan ayah aku tak pergi kerja esok pulak sudah lah. Terpaksa aku print dekat kedai nanti. Malas woi.

Oh okay. Aku nak berundur diri disebabkan mata aku ni pun dah semakin kabur. Mengantuk. Baru pukul berapa dah mengantuk. Harini penat sebab... Hmm sebab apa heh? Haha dasar pemalas. 

Nanti aku update entry untuk Hari Sukan sekolah kitorang. Gambar tak ada ah. Gambar dekat Izzani. Nanti okay. Tunggu je lah. Mungkin hujung minggu ni ke kalau tak penat puasa. Haih apa je aku buat time puasa? Hahaha. Nanti puasa mesti aku banyak songeh tak boleh study sebab takut pening. Lepastu tak boleh kena panas nanti migrain. Haha pondan betul aku.

Dah apa aku merepek?  Ni lah bahananya sebab lama tak update belog pasal life aku. Kan semua dah keluar. Maaf semua orang sebab terpaksa baca entry yang superdupertripel merepek. Ampunkan patik yaaa. 

Haha okay nak layan ERA jap. Lepastu nak tutup pc dan ZzzZZz nak berhibernasi. Hahahaha. Goodbye everyone and goodnight! Sleep tight. *lambaitangan* *flyingkiss* 

1 comment:

Sydalina said...

Amira , tetiba terasa rindu tengok update mira harini , rindu S2 :D , Btw,kirim salam kat semua ye , kalau berkesempatan laa.
*Balas di cbox eay ,