26 September 2012

Welcome

Welcome to the family! (19/9/12)

Published with Blogger-droid v2.0.8

25 September 2012

SPM makin hampir

Hai. Spm is just around the corner. I am nervous. My self-confidence are getting lower because of trial result. Ada lah beberapa yang naik such as maths.. Tapi yang turun tu tak kurang hebatnya jugak. Chemistry. Oh nooo!!

Tak sangka SPM dah makin hampir. Awal tahun ye ye je nak SPM cepat. Sekarang ni bila SPM dah dekat, mula lah gabra semacam. I'm afraid. I want to get a good results.

K mulai hari ni nak kena study. No more hangat-hangat taik ayam. I need to study!! Study study study study study study study. K bye

Published with Blogger-droid v2.0.8

24 September 2012

Hidup



Kadang-kadang kita rasa hidup ni tak adil. Hidup ni berat sebelah.

Kenapa mesti kita je yang ditimpa masalah? Kenapa mesti kita je yang diuji? Kenapa mesti kita je yang kena?

Bila kita tengok hidup orang lain. Di mana kita rasa dia ada semuanya. Dia lawa, dia pandai, dia kaya. Tapi don’t judge the book by its cover. Kita tak tahu apa yang dialaminya. A smile can hide thousands of feelings.

Tak semestinya yang dilihat sempurna di mata kasar kita itu benar-benar sempurna. Dan tak semestinya benda yang tak sempurna dilihat pada mata kasar itu tak sempurna.  


 Cukup, jangan mengeluh. Ingatlah apa yang kita lalui semua ni tak sehebat apa yang dilalui orang lain. Masih ada lagi orang yang lebih susah hidupnya. Lebih merana hidupnya.

Lihat pada kanak-kanak yang kebuluran di negara-negara lain. Lihat pada hidup mereka. Nak makan pun susah apatah lagi nak beli barang lain.

Bersyukurlah pada diri kita. Walaupun kita tak kaya mana, tapi kita masih mampu nak makan. Masih mampu nak makan fast food setiap bulan. Masih mampu nak beli pakaian setiap bulan. Masih mampu nak melancong setiap bulan.

Jadi apakah kesusahan yang kita alami ini setanding dengan kesusahan yang mereka alami? Yang mereka terpaksa lalui setiap hari. Yang mereka jalani tanpa sedikitpun keluhan?

Setakat tak dapat I-phone nak kata itu problem yang besar? Ohh betapa tak bersyukurnya engkau wahai manusia.

Setakat ditinggalkan boyfriend/girlfriend kau nak putus asa dalam hidup sehinggakan engkau nak bunuh diri? Ingatlah wahai manusia yang beragama Islam, membunuh diri adalah satu perkara yang dilaknat Allah. Dan api nerakalah balasannya.

Setakat terpaksa kepanasan sekejap, kau kata itu big big problem? Ingatlah dikau, manusia-manusia yang tinggal di padang pasir lebih panas. Lebih terik mataharinya. Lebih tinggi temperature nya. Ingat juga, di Padang Mahsyar tinggi matahari hanyalah sejengkal dari kepala kita.

Jangan. Jangan jadi manusia yang tak reti bersyukur. Jangan jadi manusia yang terlalu pentingkan diri sendiri. Ingat. Ingat orang lain. Ingat masih ada ramai lagi yang lebih susah dari kita.

Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Bersyukurlah dengan apa yang kita lalui. Segala ujian akan lebih mematangkan kita. Sesungguhnya Allah tidak akan menguji hamba-Nya dengan perkara yang tak termampu oleh hamba-Nya.


 Hidup aku pon tak sempurna. Tak perfect. Mungkin di mata kasar orang lain, hidup aku ni happy. Tak ada problem. No worries in my life. But you don't know me yet. Rahsia aku, aku simpan seorang diri. Masalah aku, aku simpan seorang diri. Cuma bila aku dah tak tahan sangat baru aku bagitahu orang. Itupun sangat jarang. Sangat sangat jarang.

Sebab bagi aku, masalah aku biar aku setel kan sendiri. Tak perlu libatkan orang lain.

Personal problem memang semua orang ada. Bagi yang tahu masalah aku, memang diorang sendiri takkan dapat jangka aku ada masalah tu. 

Tapi aku dah biasa. Aku dah terima semua tu. Aku anggap semua ni dugaan Allah. Dan Alhamdulillah, aku dah dapat harunginya. Aku dah terbiasa. Aku jadi kebal. Tak sedikitpun aku kesal dengan apa yang berlaku.

Tapi tipulah kalau aku cakap aku tak teringat langsung. Ada tu ada. Tapi nak buat macammana? Lagipun ini takdir Allah. Aku terima.

And I hope you too.

14 September 2012

Entry yang sengaja dilambatkan

Hai semua. 

Aku ni sebenarnya cucu nenek aku yang nombor empat. Nenek belah ibu lah. Yang ketiga, Wanie. Sebaya dengan aku cuma dia lahir bulan satu aku lahir bulan sepuluh. Yang kedua, abang aku. Tua setahun dari aku. Dan yang ketiga kakak Wanie. Kitorang panggil dia Kak Long. Okay harini nak cerita pasal Kak Long lah.

Raya ketiga haritu, kak long aku bertunang. Bertunang dengan siapa? Dengan boyfriend dia lah. Okay sebenarnya aku baru dapat gambar haritu. Dapat waktu aku tengah trial. Pastu trial busy study. Sekarang baru ada masa nak update. Okay.

So here she is.  Lawa kan? Like seriously lawa gila kot.


Muka aku comot gila waktu tu. Dengan tudung yang tak betul. Susah doh nak pakai tudung cokelat tu. Dia tak nak bentuk dengan elok. Pastu dengan muka aku yang berminyak akibat kepanasan. Hmmm.


Kah Kah Kah....


Maaf. Ada orang dalam gambar ni kelakar. Dan ada yang okay. Sebab ramai sangat, maka tidak mampu ku puaskan hati semua orang. Sebab gambar ni aku okay. Jadi aku letak gambar ni. Kah Kah Kah. Sellfish betul.

Okay tu je gambar. Sebenarnya banyak lagi tapi banyak yang kabur. Dan banyak yang wajah aku beminyak. Tak nak aku. Hahahahahahaha.

Okay so aku berhenti dekat sini dulu.

Goodbyeee