Dengar je perkataan 'comel', benda pertama apa yang terlintas di kepala korang? Kalau aku, sebut je perkataan comel, terus kepala aku terlintas kepada diri sendiri. Muahahaha. Menyampah betul kan orang perasan macam aku ni. Lek luu. Gurau je.
Sebenarnya banyak benda yang kita boleh cakap comel. Barang pun kita boleh cakap comel. Takkan nak sebut barang jelita kot. Cuba eh.
"Eh barang tu jelita sangat."
"Eh barang tu comel sangat."
Mana yang lebih sedap didengar? Mesti ah Comel kan...
Sebenarnya aku baru lepas kemas bilik. Dan seperti biasa, kalau kemas bilik mesti jumpa macam-macam benda yang kita beli tapi tak guna. Yang kita beli tapi hilang. Semua jumpa balik. Jadi, harini aku nak share a few things yang aku rasa comel yang berada dalam bilik aku. Let's see..
Comel sangat. Walaupun colour pink which is colour aku paling benci/menyampah/meluat tapi aku suka benda ni. Benda ni apa? Benda ni tabung sebenarnya. Kalau tengok betul-betul, ada beberapa je duit syiling dalam tu. Haha. Ini sebenarnya Za yang kasi. Sebab tu lah colour pink. Kalau tidak, memang tak lah aku nak beli benda colour pink. Gewdiks sangat you alls. Hahaha.
Benda ni boleh gerak kepala sebenarnya. Macam dancing gituu. Comel weyh. Ekor dia tu comel sebenarnya tapi tak berapa nampak ah dalam gambar. Hidung mancung gila. Muahahahaha. Ni pun Beela yang kasi. Hahahaha.
Butterfly towel. Ni dapat waktu Dinner Pengawas 2011. Comel sangat. Dahlah colour hijau. Lagilah bertambah comel.
Pen ni aku beli lama dah. Tapi sebab tak muat pencilbox, aku simpan je kat rumah. Beli sebab comel. Jarang pakai sebab aku bukan buat kerja sekolah dalam bilik pon. Jadi memang terperap je kat bilik pen ni. Hahahaha. Tapi sebab dia comel sangat, jadi aku akan terus simpan benda alah ni.
Pen ni sebenarnya... Aku yang seletep guna seletep dot dot. Waktu tu tengah bosan dalam class. Jadi, takde kerja. Buat lah benda alah ni. Kalau tengok dekat-dekat memang tak lawa. Tapi tengok jauh-jauh lawa sangat. Eh salah, tak lawa. Tapi comel. Muahahahaha.
Cooooooooooooooomel sangat. Hahhaha. Ni niena yang kasi. Tahun 2009.
Jam ni comel betul tak? Ni Izzani kasi. Tapi jam ni dah tak ada battery. Muahahaha. Malas nak pasang battery sebab bukan guna pun. Jam aku dalam bilik ada dua. Satu jam dinding. Satu yang ni. Dua-dua takde battery. Hahahahahahaha. Peduli lah kan. Janji comel!!
Penanda buku Dinasor!! Beli benda ni murah je. 2 RM 2. Hahahaha. Satu bagi Wanie. Satu aku simpan. Kira tanda friendship ah. Eh salah, kitorang bukan kawan. Kitorang cousin so.. cousinship. Eh? Hahahahaha. Comel.
Jam yang paling comel yang aku adaaaa. Hahahaha. Aku beli ni sebab comel je. Murah je jam ni. RM 25 je. Hahahaha. Jam ni unik. Dan comel.
Frog! Cuba teka apa ni? Ini ialah tong sampah!!Comel sangat. Beli kat kedai Dua Hengget. Sebenarnya takde function pun. Sebab dah ada tong sampah dah kat bilik aku. Tapi nak beli jugak sebab comel. Jadi sekarang, aku buat tong sampah untuk buang kapas. Hahahaha. Lambat gila nak tunggu dia penuh. Semenjak beli tu, baru sekali kosongkan sampah dalam tu. Hahahaha.
Okay itu je lah yang aku nak tunjukkan. Sebenarnya banyak lagi benda comel tapi malas ahhh nak capture banyak-banyak. Jadi, lain kali eh? Okay, dengan ini aku ingin mengundurkan diri.
Goodbye everyone! Dan selamat ber'comel' semua!
30 November 2012
29 November 2012
One more subject to go
Hai. I'm a bit excited sebab SPM tinggal dua paper lagi which is on 4th December. Yeay! Kemudian, I will MERDEKAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAA! For a few months. Lepas SPM macam-macam benda NAK buat. Tapi tak tahu lah BOLEH buat ke tidak kan.
Okay tak nak cerita pasal tu. Nanti dah habis SPM betul-betul, baru cerita k. Sekarang ni, nak cerita pasal birthday abang aku which is on 25.11. Okaylah. Kita sambut birthday dia dekat Shah Alam. Makan makanan Jepun. Teriyaki. Aku rasa macam baru first time makan tapi abang aku kata dah dua kali makan. Aku pun confius gak. Aku yang pelupa atau abang aku yang bercelaru maklumat. Hehe.
Tapi dulu aku selalu jugak makan makanan Jepun. Dulu ada kedai Jepun dekat Terminal One. Waktu tu Jusco belum bukak lagi. Memang kat Terminal ramai gila orang shopping. Selalu sangat makan dekat situ. Setiap kali pergi Term, mkan situ, Memang sedap.
Tapi yang ni punya.. Erkk..
Salmon Bento with Sup Miso. Okay lahhhhhhhhh tapi tak sesedap restoren Jepun yang dekat Term dulu tu.
Abang aku punyaaaa. Nampak dia punya lagi sedap. Muahahahaha.
Us. Me wearing tudung yang Nadiah kasi! Wuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu.
Okaylah. Sebenarnya gua tak nak cakap banyak. Gua malas gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Aku tahu entry ni boring gila. Aku tahu. Aku tahu. Aku tahu. Aku tahu. Aku tahu. Aku tahu.
Okay last nak tunjuk gambar paling comel.
Okay bye.
12 November 2012
Last Day Of School
Hai. Haruslah mulakan entry dengan gambar sendiri. Wajib bagi semua bloggers yang gewdiks macam ai. Hahahahaha.
Hari Jumaat haritu ialah hari terakhir aku bersekolah. Untuk tahun ni dan untuk selama-lamanya!! Dah tamat musim persekolahan aku. Dah tamat zaman persekolahan aku. Sekarang ni aku cuma pergi sekolah ambil exam je. Dah tak ada belajar dengan cikgu dalam kelas bersama teman-teman seperjuangan (ayat sastera sangat). Dah tak ada dah.
Okay, sebelum bercerita dengan lebih lanjut tentang perasaan aku. Apa kata, kita berhibur sekejap dengan gambar-gambar yang perasan comel. Ambil guna camera Izzani. Ada 400 lebih keping gambar. Dan gambar aku ada 3/4 daripada keseluruhan gambar. Hahahahaha bapak banyak doh. Jadi, mari kita tengok. Comel ke idok ambik gambar bebanyak ni?
Wawa and me. Kita kawan since sekolah rendah. Form four baru rapat. Rapat gila ah. Pernah juga gaduh dengan dia ni. Paling teruk waktu form three. Waktu tu, aku bagitahu dia tentang apa yang aku tak puas hati dekat dia. Perghh pastu tak cakap lama ah. Pastu form four sekelas, entah kenapa kitorang boleh jadi rapat balik. Tiba-tiba. Tanpa petir tanpa kilat. (metafora sangat) And Wa, I love you. Like seriously you are my friend. Can we be friend forever and ever?
Ni gambar ramai-ramai time pengawas tengah busy check kebersihan class. Lama sangat tunggu. Bosan sangat.
Kita kawan sampai bila-bila yerrrrrrr?
Motif?
Pun sama. Kita kawan sampai Jannah. Sampai bila-bila. Forever and ever and everrrrrrrrrrrrrrrrr
Sebenarnya gambar ni rosak. Tapi nampak smart pulak. Hahahaha. Macam tangga.
Nadiah and Me. Aku kenal dengan dia waktu sekolah rendah tapi tak ngam sangat. Pastu rasanya waktu form one baru okay sikit dengan dia. Dan form four baru rapat gila! Sebab dia parking motor dekat rumah aku. Jadi selalu pergi sekolah sama-sama. Oh tak percaya eh dia bawak moto? Hahahahaha memang dia muka baik tapi ganas. Kah Kah Kah.. Nadiah, I lap you. You lap me? Hahahahaha. Friend forever eh?
Di Kantin. Menikmati suasana kantin untuk kali terakhir sebagai pelajar sekolah. Sedihnya kitaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Intan!! Kita kawan since form five which is tahun ni lah. Kita takdelah rapat mana pun tapi bolehlah kan. Still kawan. Still boleh gelak sama-sama. I lapchu.
Aleen and me. Aleen is a good friend. Walaupun dia 3/4 lelaki dan 1/4 perempuan, tapi dia still macam pompuan lain. Gewdiks. Hehehehe. Kitorang pun rapat since form four. Best kawan dengan dia. Sebab dia gila! Otak sewel. Hahhaha, Aleen aku sayang kau. Kita kawan sampai bila-bila. Nanti pergi PLKN, pakai sunblock okay. Supaya kau tak hitam logam. Hahahahaha.
I love you all. Muah kanan muah kiri.
Hehehehehe. Ni je yang datang sekolah. Ni pun campur dengan class lain. Hahaha
We rawks.
How can I not love them? Hmmmmmmm
Menggila sekejap bersama diorang. Hahahahahaha. Seronok sangat.
Kita kawan sampai bila bila. Forever and ever. (entah ke berapa kali ulang benda ni)
Asyik peace je aku ni. Why why why??!!
Pertandingan muka paling hodoh. Dimenangi oleh siapa? Jeng Jeng Jeng...
Za!! Kita kawan pun since sekolah rendah tapi time tu aku tak suka dia. Sebab dia suka jerit. Sakit telinga aku woi! Tapi masuk form one, kitorang rapat. Form four lah yang paling rapat sekali. Zaaaaaaaa! I love you. Kawan sampai bila-bila ehh?
Kawan sampai mati.
Banyak sangat gambar. Penat aku menaip. Eh silap, penat aku upload gambar. Naik lenguk pinggang aku. Hahahahaha. Okaylah. Last day memang best. Memang hari paling banyak ambil gambar. Hari paling banyak senyum. Hari paling banyak gelak. Hmmm.
Aku sedih jugak nak habis sekolah ni. Sedih sebab lepasni dah tak boleh bergurau senda dengan cikgu-cikgu. Tak boleh nak curi-curi makan dalam kelas. Tak boleh nak buat bising dalam library(takde sivik betul). Tak boleh nak makan bekal orang. Tak boleh nak pau gula-gula orang. Tak boleh nak buat isyarat rahsia yang hanya dua pihak faham bila cikgu ada tengah ajar.
Hmmm pasti aku rindu detik-detik tu...
Tapi aku juga tak sabar nak habis sekolah. Terlalu banyak perkara pahit yang berlaku di sekolah. Sampaikan aku sendiri tak sabar-sabar nak menghabiskan zaman persekolahan aku.
Hmm sekarang ni kita fokus pada SPM. Lepastu kita berparti sampai malam. (Parti di situ bermaksud tengok tv dari pagi sampai tengah malam) Hahahaha no life gilaaaaa.
Okaylah. Last picture from me.
Hwaiting!!!
K bye
Subscribe to:
Posts (Atom)