10 January 2013

Pada akhirnya...


Aku boleh makan durian sampai berpuluh-puluh ulas tapi aku tak boleh makan walaupun sebiji buah oren.

Aku boleh makan semangkuk besar tom yam tapi aku tak boleh makan walaupun sesudu masak lemak cili api.

Aku boleh makan dua keping roti canai cicah sambal dengan kari tapi aku tak boleh makan walaupun secubit roti canai cicah kuah dhal.

Aku boleh makan nutella sebanyak mana pun yang aku nak tapi aku tak boleh makan peanut butter walaupun sedikit.

Apa ni perbandingan makanan semua? Apa yang dimaksudkan? Apa maksud tersirat di sebalik semua perbandingan tu?

Aku walaupun cuba menjadi setabah mungkin, pada akhirnya aku akan menangis juga bila hati aku dah sampai limitnya.

Aku walaupun cuba menjadi se'cool' mana, pada akhirnya aku pasti akan menggelabah pada saat-saat tertentu.

Dan aku walaupun sekasar mana, pada akhirnya aku masih seorang perempuan...

3 comments:

Unknown said...

as salam, nk tanye dr stesen universiti...naik bas bape minit ye nk sampai ke UM?

Unknown said...

Tak ingat pula berapa minit tapi kejap je.

Unknown said...

ouh yeke...ok tq 4 that info