Jadi pada hari Ahad yang bermacam ragam ini, mari kita tulis entry pasal Korean Variety Show! Hiyahhhhh.
Aku ni mula tengok Korea dari rancangan variety lah. Dulu, waktu orang kata lagu K-pop best, drama Korea best, aku macam pelik lah. Macammana k-pop boleh best sedangkan kau tak tahu pun maksud lagu tu? Drama Korea ni berbelit ah cerita dia, asyik menangis menangis dan menangis! Eceh prejudis sangat waktu tu. Pastu puas lah aku berjanji pada diri sendiri aku takkan libatkan diri dengan Korea!
Then datanglahhh rancangan variety show. Running Man!! TERtengok dekat ONE TV (Channel 393 Astro Beyond). Dan TERjatuh cinta. Dan dari situ mulalah start tengok drama Korea.. Oh lagu Korea aku tak layan pun. Aku layan dua tiga lagu je. Hehe.
Jadi, variety show diorang lah yang membuatkan aku tertarik dengan budaya diorang (selain dari suka minum arak bila stress). Jadi, hari ini aku nak list kan 10 variety show yang aku layann dan minat. So let's see...
1) Running Man
Well. Rancangan ni lah yang buat aku minat Korea. Seriously, rancangan ni memang menarik minat aku. Kelakar. Comel. Daya saing. Aku paling suka Kim Jong Kook. Sebab dia taff (Tipikal woman)!! Hahahahaha. Melting doh. Korang kena tengok rancangan ni. Tengok dari 1st. Aku start tengok masa diorang ada Song Jong Ki lagi. Pastu Jong Ki keluar rancangan ni atas sebab kesibukan. Pastu aku cari kat internet episod pertama dan tengok. Hahahaha memang best. Pecah perut aku tengok rancangan ni. Kelakar gila!!
2) Family Outing Season 1
Show ni pun aku layan at the same time aku layan running man. Sebab diorang siarkan pada siaran yang sama. Aku ingat lagi, cerita ni hari Selasa. Running man hari jumaat. Pastu aku lebih layan sebab cast dia ada dua orang yang sama. Jong Kook dengan Jae Suk. Show ni pasal aktiviti yang diorang buat sepanjang 2 hari dekat kampung. Pastu ada lah game dia. Time kena masak. Yang paling tak boleh blah masa Jaesuk dengan Daesung kena masak dua orang. Hahahahahaha lawak gila. Dumb and dumber gituwww. Show ni dah lama habis tapi boleh tengok dekat internet. Aku pun tak habis tengok lagi sebab aku start tengok pada setengah. Bila ada masa baru aku habiskan tengok rancangan ni.
3) We Got Married (Yonghwa And Seohyun)
Show ni best!!! We Got Married!!! Aku tengok online jer show ni. Memang best. Aku baru tengok Yong Hwa dengan Seo Hyun. So sweet. Aku tengok pun sebenarnya pada mulanya aku saja je lah kan. Orang kata rancangan ni best. Jadi aku pun okaylah jom kita tengok satu episod. Dapat pulak Yong Hwa. Lagilah aku layannnnnnnnn. Show ni depa buat format macam kononnya diorang dah kahwin dan macammana diorang jalani hidup diorang. Best!!!
4) Two Days One Night Season 2
Konsep show ni lebih kurang macam konsep Family Outing. Cumanya diorang ni tak ada tetamu. Kalau ada tetamu pun, just in a special occasion. Jadi, agak bosan di situ sebab asyik muka yang sama je. Sebab penerbit show ni KBS, maka orangnya pun aku kurang kenal sebab selalunya aku suka tengok show dari SBS. Tapi cerita ni best jugak. :)
5) Let's Go Dream Team Season 2
Rancangan ni dari KBS jugak. Rancangan ni all about sports. Best jugak lah. Yang tak bestnya, show ni dia suka ulang benda yang sama. I mean, dia nak kasi kita saspen tu over sampai kita pun rasa menyampah. That's all. Nothing much to say memandangkan ahli dia ramai nak mampus sampai aku tak ingat nama. Tapi sekarang ni, yang paling power is Taeho. Kan? Hahahaha.
6) Star King
Star King ni kira variety show jugak kan? Hahahha. Star King ni menampilkan banyak peserta (Artis or non artis) yang ada bakat untuk tampil menunjukkan bakat mereka. Ada macam-macam bakat. Ada magic. Ada tarian. Ada benda yang entah pape macam kopek ketam. Hahahaha pelik aku. Tapi rancangan ni best ah. Kengkadang.
7) Invincible Youth Season 2
Ni pun rancangan KBS!! Hahahahaha. Show ni best jugak. Aku tengok waktu nak dekat habis. Dalam 10 episod terakhir cenggitu. Hahahaha. Rancangan ni pendek je. Tapi menarik. Aku paling suka yang ahli Girls Generation tu. Apa nama dia? Hyoyon? Yang rambut blond tu. SWebab dia comel. Hahahahahahahahaha.
8) Strong Heart
Ni Kategori Talk Show aku rasa tapi hmm lantaklah. Hahahahaha. Ni dulu aku kengkadang jer layan sebab bukan semua artis diorang aku kenal. Aku tengok bila ada artis yang aku kenal jer. Kalau tidak, malaslah aku nak tengok. hahaha tapi sekarang ni Ho Dong dengan Seunggi dah tak mengacarakan rancangan ni lagi.
9) X-Men
Ni show lama. I mean lama gilaaaaaaaaaaa. Boleh nampak aa. Cuba tengok Jong Kook. Muda gila masa ni. Hahahaha. Tapi show ni best. Aku tengok kat internet gak. Ada beberapa eps je ada. Best! Lawak! Oh dalam rancangan ni ada beberapa orang Running Man (Haha, Jaesuk, Jongkook), ada juga Jong Min dari Two Days 1 night, ada Hodong dengan Seunggi dari Strong Heart. Hoho ramai artis top ada. Best!!
10) Heroes
Show ni aku tengok dua tiga episod jer. Hahahahahaha. Jadi no comment! Tapi orang kata best. Hmm entahlah..
Okay dah siap! Pening aku fikir variety show apa lagi yang aku dah tengok. Hahahahahaha.
Aku paling syorkan kau tengok Running Man ler. The best variety show ever! Huaaaaa.
Okaylah, penat type. Babai :)