30 May 2013

Di matriks

Hai. Short entry je ni ye. Ni pun guna phone update ni.

Minggu ni minggu orintasi. Sibuk bebenau. Makan tak sempat. Mandi berebut. Tidur tak cukup. Itu perkara biasa waktu orintasi kans.

Homesick sangat ni. Tapi gila ke nak balik seremban? Ingat dekat ke? Dahla baru seminggu. Lainlah kalau dah sebulan ke kans.

Tapi tetap homesick. Almaklumlah kita tak pernah berjauhan dengan family sejauh ini. Serius jauh

Rindu semua. Okla bye.

P/S : Gambar tak letak url sebab update kat phone. Jangan curik k. Haha bajet femes

23 May 2013

Persiapan untuk sambung study

Hai semua! Yeay aku rajin update! Sep sikit.. Atau banyak. Haha sukati korang ler. 

Okay seperti yang kau, kau dan kau tahu, keputusan UPU dan matrikulasi sudahpun diumumkan. Alhamdulillah dua-dua dapat.

Memula sekali kita cerita pasal matriks. Time sekolah dulu aku langsung tak pernah terfikir untuk sambung study kat matriks. Sebab hmm I don't want to involve with BIOLOGY CHEMISTRY PHYSICS anymore..... Then taraa result keluar. Alhamdulillah. Walaupun tiga tiga subj tu tak dapat A, tapi kredit. Dan yang paling tak disangka sekali adalah BIOLOGY aku lebih bagus dari Physics. Haha. Siapa sangka? Akulah manusia yang paling kuat merungut bila nak exam bio, tetiba boleh score lebih dari Physics? Pastu ramai pula yang suruh masuk matriks dan syorkan matriks. Katanya singkat. So aku pun cam hmmmmmmm that sounds good. Keputusan aku mmg nak pergi matriks masa tu.

Tapi tetiba aku dapat matriks mana tau?

MATRIKULASI PULAU PINANG.

Time dapat result tu cam Hmmmmmmmmmmmm pasaipa jauh sangatss? Aku tak mohon Penang pun. Aku mohon Selangor Melaka Kuala Pilah. Pasaipa dapat Penang? 

Frust sikit. Then diorang(Single Ladies) kata Penang one of the best matrikulasi. Aku pun buat research. Memang Penang Top Three. Tapi tak ingat nombor berapa. So aku pun, OKAYLAH MARI KITA MASUK MATRIKS. 

Then tiba lah keputusan UPU keluar. Oh UPU aku kan ada 8 pilihan, 7 darinya semua UITM. 1 UTM. Haha. Aku ingat lagi top 3 yang aku pilih adalah Sains Aktuari, Sains Matematik, Statistik. Semuanya diploma lah kan. Aku mulanya pasang niat dalam hati, kalau aku dapat Sains Aktuari, aku akan pergi UPU. 

Dan aku dapat...

DIPLOMA STATISTIK dekat UITM SERI ISKANDAR, PERAK.


Aku macam hmmmmmmmmmm jauhnya. Even dekat sikit ah dari Penang tapi jangka masa 3 tahun kot. 3 tahun kena ulang alik dari Perak ke Negeri Sembilan. Better setahun ulang alik Penang ke Negeri Sembilan kan?

Jadinya keputusan aku untuk masuk matrikulasi tetap sampai sekarang. InshaAllah isnin ni daftar masuk. Aku harap keputusan aku ni keputusan yang betul. Aku harap pengorbanan aku untuk berjauhan dengan family, rumah, sedara mara, kawan-kawan ni berbaloi. Aku akan study hard dekat sana dan dapatkan result yang cemerlang untuk aku futher degree tahun depan! Dengan izin Allah, harapnya segala urusan dipermudahkan oleh-Nya...

So.. Harini dah hari Khamis. Isnin daftar. Apa kata kita buat checklist untuk barang-barang untuk dibawa ke matriks nanti? Okay let's goooooooooooooo.


Laundry


  • Sabun serbuk basuh baju - Untuk kalau basuh dekat mesin kans. Oh kat sana ada mesin basuh hasil dari google aku. K, don't worry.
  • Sabun cecair basuh baju - Pun untuk basuh mesin. Aku tak tau kenapa tapi mak aku suruh beli cecair dengan serbuk. Aku belasah jeeeeeee. Haha.
  • Sabun buku basuh baju - Untuk basuh tangan. Kalau malas nak basuh mesin, guna kudrat la. Tapi memang tak sebersih mesih la kan kalau guna tangan. HaHa.
  • Pelembut - Untuk wangikan pakaian time basuh. Tak yah pakai perfume dah pasni.
  • Penyepit baju time sidai - So baju tak terbang kalau angin kuattttt. Haha tak nak pula nanti pakaian dalam melayang kat tempat lain. Buat malu jee.
  • Hanger - Untuk gantung baju dalam almari! Yippe
  • Berus - Untuk basuh baju guna tangan. 
  • Baldi - Oh ni takde dalam gamba sebab lupa nak masukkan. Hehe. Baldi penting ye! Nanti nak angkat pakaian yang dah basuh untuk sidai guna apa? 

LADIES CARE

  • Over-night Pad - Selalunya aku pakai pad overnight ni time hari pertama kedua dan ketiga. Pagi dan petang dan malam. Haha. Sebab dia besar dan selesa dan takyah risau.
  • Regular Pad - Aku pakai time hari keempat kelima keenam. Aku tak suka yang ada wing sebab menyampah. Haha.
  • Pantiliner - Untuk setiap hari pakai. Dan hari last period. Aku suka yang nipisnya sebab selesa. 

TOILETRIES

  • Berus gigi - Belilah yang berpenutup ya! Haha. Aku beli 3 terus sebab hmm aku kan dapat jauh. Mesti ah jarang balik. 
  • Ubat gigi - Beli yang besar. Satu tu yang besar boleh tahan 2-3 bulan okay.
  • Sabun cecair mandi - Aku rasa better beli yang cecair punya sebab kalau yang jenis buku tu cam hmm berlendir je. Kan?
  • Syampoo - Aku beli yang besar. Muahaha tamaks. Yang besar tu boleh tahan 1-2 bulan kalau jenis yang cuci setiap hari macam aku. Hehe.
  • Pencuci muka - Pencuci muka aku tradisional punya k! Hahah.
  • Bekas sabun - Ni bekas untuk pencuci muka. Sebab pencuci muka aku jenis macam sabun. Menyampah betul.
  • Baldi kecil - Nanti pergi toilet, senang ah letak semua barang dalam baldi kans. Tapi aku tak beli pun. Ala, malas ar.
  • Pencukur - Untuk cukur segala bulu yang dibolehkan cukur.

PENJAGAAN MUKA DAN BADAN

  • Toner - Lepas cuci muka, pakai. Kengkadang suka feeling Korea tepuk tepuk muka. Haha.
  • Krim pagi & malam - Krim pagi yang penting ni!! Cari yang ada perlindungan UV. So takdelah hitam sangat kalau main panas.
  • Deodoran - Aku beli yang jenis stick. Sebab yang jenis cecair tu macam hmm tak selesa sangat. 
  • Perfume - Aku sebenarnya bukan jenis yang suka pakai perfume. Aku jarang gila pakai perfume. Dalam sebulan 4-5 kali je aku pakai. Haha. Tapi beli sebab comel sangats.
  • Kapas - Untuk pakai toner. 
  • Kapas telinga - Nanti banyak pula taik telinga sampai tak dengar apa yang pensyarah cakap. Amboi, pensyarah. Haha.
  • Bedak - Untuk orang jenis macam aku yang tak suka pakai make-up, bedak je la yang mampu untuk disapu di wajah. Tu pun colour natural. Haha.
  • Getah rambut - Untuk ikat rambut ler... Boleh juga guna untuk ikat keropok yang tak habis kan. Haha.
  • Handyplast - Untuk kecemasan. Manalah tau tetibe luka kan.
  • Lipbalm - Untuk hilangkan bibir kering. Tapi aku malas. Sebab tak selesa pakai. Haha.
  • Ketip kuku - PENTING! Jangan sampai kuku panjang macam lengsuir. Haha

BED SHEETS DAN BARANG UNTUK TIDUR

  • Cadar & kuncu kuncunya- Untuk alas katil kita. Orang kata pihak matriks memang kasi satu cadar. Tapi satu je lah. Takkan la kita nak pakai satu je cadar sampai setahun kan? 
  • Selimut - Bawa la in case sejuk. Haha.
  • Bantal - Bawa sendiri lagi best. Bantal kat sana tu dah berapa ramai orang yang pakai dan berapa banyak peta dah ada, kita tak tau kan. So better bawa sendiri punya.
  • Bantal peluk - Untuk sesiapa yang suka memeluk. Haha.
  • Teddy bear - Ah buat penuh kereta je. Tapi sukati korang ler.

BARANG UNTUK KE KULIAH

  • Alat tulis - Beli je semua alat tulis yang korang rasa akan pakai. Aku main ambik je semua. Haha.
  • Kalkulator - Penting sebab kat sana belajar maths jugak kan dan physics chemistry semua pakai calculator kk.
  • Buku nota - Untuk tulis nota. Pilih yang comel sikit so semangat sikit nak study. Ye ke idok.
  • Fail - Untuk letak kertas kertas. Teratur sikit.
  • Beg ke kuliah - Beli la. Aku beli yang comel. Tak besar macam beg sekolah tapi tak kecik sangat sampai tak muat letak barang barang.
  • Test pad - Untuk tulis apa tah. Tapi bawakla.
  • Kertas A4 - Pun tak tau apa kegunaan dia. Tapi bawak je la.

FOODS & DRINKS

  • Air mineral - Kalau malam malam dahaga, kan ada air. Aku bawak sampai lima botol. Sebab aku rajin minum air mineral dalam botol. Kalau dalam cawan, aku malas. Haha tah pape perangai.
  • Maggie Cup - Ini penting! Haha stok makanan kalau lapar tengah tengah malam atau lapar tapi malas nak pergi kafe. 
  • Choki-choki - Sebab kalau beli cadbury akan cair, jadi choki chocki adalah coklat yang takkan cair (sebab dia memang dah cair pun). Kalau stress study, atau rasa nak mengunyah, makanlah choki choki.
  • M&M - Oh dan M&M pun coklat yang takkan cair! Tapi mahal. Haha.
  • Ice Lemon Tea segera - Sebab aku jarang minum air panas. So takyah beli milo, beli ice lemon tea je. Sedap sikit.
  • Chips More - Kudapan masa lapar antara class. 
  • Thermos - Untuk simpan air panas dalam bilik buat maggie tengah tengah malam. Aku baru beli tadi. Hehe.
  • Tupperware - Untuk letak makanan yang tak habis. 
  • Botol air - Kang air mineral dah habis, tadah je la air dalam botol k.

UBAT-UBATAN DAN KECEMASAN


  • Sewing kit - Penting sangat ni! Karang manalah tau tetiba seluar terkoyak ke, kan ada sewing kit. Jahit je tinggal.
  • Panadol - Aku ni kalau period, ada segugut. Sakit sangats. Selalunya kalau kena kat rumah, aku tak makan panadol. Tapi kalau kena kat luar, aku makan panadol. Terus hilang. 
  • Minyak angin - Kalau sakit perut. Sapu terus lega. 
  • Bekas ubat - Untuk sesapa yang kena makan ubat ikut aturan. Aku saja je beli. Takde kerja. 



IBADAT

  • Telekung - Bawak la at least dua okay. Satu basuh, satu lagi boleh guna.
  • Al-Quran - Untuk baca. Kalau boleh setiap hari baca.
  • Buku tentang Islam - Ni mak aku beli suruh baca kalau ada masa nanti.
  • Sejadah - Bawak la! Minggu orientasi solat kat surau. Hari biasa solat dalam bilik. So bawak lah.
  • Surah Yassin - Bawak juga untuk di baca malam Khamis.


PAKAIAN

  • Baju kurung - Bawak la bebanyak. At least mesti ada 7. Pergi class WAJIB pakai baju kurung okay.
  • Baju dalam - Bawak bebanyak! Sebanyak yang mampu.
  • Seluar dalam - Bawak amount dia dua kali ganda dari baju dalam.
  • Inner baju, singlet, kain dalam - Pepaham je la ye perempuan.
  • Sarung lengan - Bawak  je lah.
  • Stokin - Bawak bebanyak! Lebihkan colour hitam dan skin colour.
  • Tracksuit - Mesti ada At least 5. Hehe. 
  • T-shirt lengan panjang - Pun mesti ada banyak. Untuk beriadah dan bila turun makan.
  • Baju tidur - Untuk tidur. Bawak la yang selesa dan sopan okay. Ingat ni bilik kongsi bukan bilik sorang.
  • Baju lawa untuk outing - Aku bawak skirt untuk outing sebab  jeans diharamkan kan? 
  • Sweater - Kalau sejuk memalam.
  • Tuala - Kang mandi takde tuala, susah pulak!

UNTUK YANG BERTUDUNG


  • Tudung bawal - Bawak la macam-macam colour. Sekarang ni aku selesa dengan bawal sebab selendang panas sangat bila pakai. Dan aku suka bawal colourful.
  • Selendang - Bawak la dua tiga kalau tetiba rasa nak pakai. 
  • Tudung segera - Bawak la kalau tetiba rasa lapar nak bungkus makanan kan. Senang, sarung je.
  • Anak tudung - Bawak banyak! Aku pakai anak tudung syria tu.. Ketat so selesa sikit.
  • Kerongsang - Bawak comel comel punya! Hahaha aku tak banyak kerongsang. Tapi aku bawak lebih dari 10 la.
  • Jarum - Kalau nak sematkan tudung bawal so dia tak nampak dada. Kalau kat sekolah dulu slalu pakai time koko.



KASUT-KASUTAN


  • Kasut pergi class - Kasut flat bertutup depan dia. Tak perlu pakai yang hitam tapi pilihlah colour yang gelap-gelap. Budak baru kan. Kena tunjuk skema sikit. Hehe.
  • Kasut sukan - Untuk koko dan aktiviti riadah. 
  • Kasut outing - Sukati kau la nak pakai kasut apa. Aku suka pakai selipar yang ada heel tu.Aku kan pendek orangnya. Kah Kah Kah.
  • Selipar bilik - Lantai bilik dia bukan macam lantai bilik kita ni haa. So bawak la selipar ya.
  • Selipar bilik air - Takkan nak pergi bilik air tak pakai selipar kot?



LAIN-LAIN

  • Pewangi almari - Penting so that baju kita sentiasa bau wangi. hehe.
  • Frame gambar - Penting gak untuk orang cam aku yang tak pernah berpisah dengan family aku lama-lama. Paling lama pernah pun seminggu. That's it. Haha.
  • Patung kecik - Saje buat hiasan.
  • Pad lock beg - Untuk keselamatan barang-barang kita juga.
  • Novel - Untuk bedtime story.
  • Kismis - Untuk minda. Hahaha.
  • Pen comel - Saje. Letak atas meja dalam bilik. Konon comel la tu.
  • Tong sampah kecik - Yang untuk letak atas meja study tu. Senang sikit nak buang sampah kalau tengah syok study, malas nak bangun. Dasar.
  • Laptop - Untuk buat assignment. Aku bawak netbook je. Kecik dan senang. 
  • Harddisc - Untuk download movie dan tengok movie bila cuti.
  • Handphone - PENTING SANGAT. Nanti camne nak call parents? Dan whatsapp SINGLE LADIES? Haha.
  • Segala charger gajet - Hahaha kalau takda ni, tak guna kau bawak laptop handphone.
  • Sudu garfu - Kalau nak makan dalam bilik, senang.
  • Beg duit - Tapi jangan bawa beg duit kosong. Haha.
  • Cermin mata/Contact Lens - Untuk orang yang rabun tapi tak sedar diri rabun (Yang pakai cermin mata masa study je), jangan lupa bawa cermin mata. Kang rabun susah pula! Atau contact lens. Tapi better cermin mata.
  • Mug - Untuk buat air ice lemon tea. Haha.
LAST BUT NOT LEAST

  • Dokumen-dokumen yang diorang suruh bawak dan kad ATM BSN! 
Okay.. Panjangnya tulis..

Ada pape yang aku missed tak? Hmm..

Rasa macam takde. Hahahahaha.

Okaylah dah penat. Nak turun tengok tv pulak. Bye Bloggers! 

P/S : Akanku cuba update lagi sekali before masuk matriks. Akan ku cuba.

22 May 2013

Hill Park


Hai. Memandangkan entry sebelum ni hangout tak cukup orang. Jadi entry kali ni hangout cukup orang malahan terlebih sudah.

Bersama kita kali ini adalah... 

Jeng Jeng Jeng.

Lima Single Ladies dan Dua I don't know their Relationship Guys.

Hahaha. Siapakah ahli-ahli itu? Jeng Jeng Jeng...



Gambar ketika masing-masing gagah mendaki bukit untuk sampai ke puncak. Oh lelaki yang dalam gambar asing itu lambat datang jadi gambar die tak banyak. Ehehehe.

Oklah mari kenalkan mereka. 

Tudung biru dan paling keding tapi pipi tembams = Beela
Tudung kelabu dan pipi besar macam bola pingpong = Izzani
Tudung purple 1 dan paling comel lote (pendek) = Niena
Tudung purple 2 dan paling kurus dan keciks = Nadiah
Tudung warna-warni dan pipi besar macam bola golf = Supermiera (Hehe it's me!)
Lelaki baju merah pakai topi ala pelukis = Amin
Lelaki pakai spek datang lambat nak mampos = Haree

Wah panjang mukadimah. Okay sekarang gambar time!!!!



Jemput naik adik-adik sekalian ke dalam helikopter saya yang sempit dan tangga naik dia macam pelik sangatssssssssss. Harap adik-adik semua enjoy my ride. Sekians.



Camne driver boleh ada dua orang? Kalaulah kereta betul ada dua stereng, memang sorang ke kanan sorang ke kiri. Terbelah duaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.... Hahahahaha.



Bajet ala ala daki gunung. Dengan seluar jean nya punnnnnnnnnnnnnnnnn. Langsung tak sesuai. Hahahaha.


Kami yang aktif. Yang lain berat bontot. Hahaha. Oh by the way entah kenapa pagi tadi aku automatik je sarung selipar tu. Selipar ada heel!!! Main panjat panjat lari lari camni. Tak sesuai u olls!!! Padahnya, amik kau tapak kaki sakit. Hahahahahaha. Nyampah betui. So next time please wear proper clothes. Ecewah...

Jap. Beela, apa yang kau buat? Kah Kah Kah. Pahal orang lain semua malasssssssssssss sangat nak panjat ha? Hahahaha

Kami bertiga. Izzani banya komplen sebab dapat tempat diri tu yang paling rendah. Hahahaha tak kisah aa benda tu rendah ke tinggi, kau tetap rendah izzani. Hahaha. Chill k bebeh.


Flying Fox kanak-kanak ribena! AMARAN. Ini tak sesuai untuk orang yang berat k. Really tak sesuai sebab ni sebenarnya bebudak punya mainan. Okay. Haha. Best siut main ni. Please buat yang lebih tinggi dan suitable untuk orang besau. Mesti gempak gilerssssssss

Single Ladies lagiiiiiii. We are bestfriends. Time salah sorang jatuh, kami semua sentiasa ada untuk tolong dan kemudian hmm gelak. Hahahaha.


Time ni Haree baru sampai. Gila lambat. Hahaha sampai sampai kena jadi tukang amik gambar. We olls gediks suka bergambar kk.


The Zombies.

Zombie bertudung purple 1 : Haha aku paling laju sekali dan aku yang dapat makan otak manusia (Beela) ni dulu!
Zombie bertudung kelabu : Aku kena jaga imej aku. Kena jadi zombie yang paling ayu sekali dalam dunia zombie ni walupun aku tengah lapar nak makan otak.
Zombie bertudung purple 2 : Sedaya upaya akan ku kejar engkau wahai zombie yang layu dan Eh please zombie tak payah nak jaga imej sangats.
Zombie bertudung warna warni : Lapar tak lapar, jaga imej tak jaga imej, laju tak laju, kita zombie ni kena berhati hati. Karang jatuh tarak guna kk.
Zombie lelaki berbabju merah : Aku malas.


Zombie bertudung purple 1 : Yeay aku dapat otak dia dulu!
Zombie bertudung kelabu : Tak, aku yang dapat otak dia dulu. 
Zombie bertudung purple 2 : Hahaha korang semua diam! Kau tak nampak ke tangan aku dah capai kaki dia dulu. Aku yang dapat!
Zombie bertudung colourful : Tak dapat otak tak apa, janji selamat. 
Zombie lelaki berbaju merah : Lantak koranglah. Aku malas.

Hahaha sekian entry kali ini dan cerita merepek zombie. Okay see you guys later!

P/S : I will update persiapan untuk sambung study esok or hmm jumaat. Okay. 

17 May 2013

Bestfriends Forever and ever and ever


Kembar muka. Me. Kembar selendang (Selalu pakai selendang hitam sama-sama tapi time ni tak). Kembar baju (Sebab haritu ada orang ingat dia tu aku sebab kaler baju yang kitorang pakai)

Kembar muka = Beela

Kembar selendang = Izzani

Kembar baju = Nadiah

Hehe takde point pun tulis macamtu sebenarnya. Kembar aku yang sebenar-benarnya Beela aje. Yang lain semua poyo.

Oklah sebenarnya kitorang haritu pergi PD. Stay PD 2 hari 1 malam. Mulanya nak stay 3 hari 2 malam tapi disebabkan masing masing busy sangats nak prepare barang untuk futher study, jadi takpelah mari kita tidoq sehari je.


Me with Beela. Kami nak mandi kolam!!!!!!!! Yang lain lembap sangats bersiap. Hehe.


Me with a fake skin colour. Hahahaha camera 360 sangatsssssssssssssssssssssssssssss.


Before masuk kolam, kita pose dulu. Pompuan sangatssss


Terjun!!!!! Yabedabedoo.


Percubaan buat mata juling. Izzani menjadi. Aku menjadi. Beela tu hahahahaha apsal kau tido hah? Nadiah tak mau buat mata juling, dia gedik. Hahahaha.


Keesokannya. Mari kita ke pantai. Bukan untuk mandi ye pembaca pembaca sekalian. Hanya untuk bergambar. Yesssss bergambar. Typical woman huh? Lantakleww


Merenung ke masa hadapan kononnya. Hahahha.


Tak tau nak describe apa. Pantai dan kami. Haha

Bawal girls.

Bayang-bayang ku sentiasa menghantui kalian. Walau di mana kalian berada wahai sahabat, aku akan sentiasa menghantui kalian. Bersiap sedia...


Kami semuaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. Single Ladies akan complete kalau ada NIENA. Niena we love you...

Ok kami nak menapak balik rumah. Hahahaha. 

Okay itu je lah entry untuk kali ini.. 

Akhir entry, aku ingin menyampaikan beberapa pesanan kepada mereka...

Korang jaga diri bebaik nanti. Don't ever ever let anybody hurt you. Physically or emotionally. Don't ever. Kalau stress nanti rajin rajin la whatsapp aku, Tango aku. Boleh videocall. Nanti dapat kawan baru, jangan lupa aku. Ingat, korang sentiasa kawan baik aku forever and ever and ever.Aku harap aku pun sama untuk korang. Okay..

Byeeeeeeeeeeeeeeeeee :)

10 May 2013

Apa yang aku buat sekarang?


Perhatikan mata aku. Sebelah kecik sebelah besar. Pahal? Hahahaha memang semua anggota yang berpasangan sebelah kecik sebelah besar. SEMUA.

Okay lately ni aku selalu post entry yang pendek. Yang hmm tak ada gambar. Yang ada gambar je. 

Maap maap. Lately ni aku busy.

Apa yang aku buat?

Hmm aku busy buat persiapan untuk sambung study. Sekarang persiapan dah 95%. Tinggal a few things je yang masih belum ada.

Macam harini. Harini je aku pergi 3 mall. Kau tahu tak betapa penatnya berhijrah ke 3 mall? Penat woi...


Okaylah. Sebenarnya aku takda mood pun nak berblogging ni...

Jadi nanti bila ada masa, aku update pasal persiapan yang aku buat. Nanti aku akan list kan barang barang. Tapi nantilah. Bila barang aku dah 98% siap. hehehehehe

Bye

06 May 2013

Saje

Hai. Long time no see.

Harini malas nak taip so tengok je la gambau

Bye